Sabtu, 13 Oktober 2018

Dicermati. 8376.


Google+
https://plus.google.com/
Foto
Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu

Kenny Chee - Pertama, terima kasih kepada Sdr Shahabudeen kerana menulis pandangannya Hang Tuah Berbangsa Cina.

Memang banyak diperkatakan tentang Hang Tuah berketurunan Cina, terutama setelah Wawasan 2020 diumumkan oleh seorang perdana menteri yang mengubah paradigmanya, dari pendukung ketuanan Melayu kepada pendukung meritokrasi, serta pendukung teori bahawa orang Melayu, berasal dari imigran Indonesia.

Walaupun Hang adalah satu nama keluarga Cina, Hang juga adalah satu gelaran kepada orang Melayu zaman dahulu, seperti Tuan, Wak dan Wan. Dalam loghat orang Melayu Kedah, Hang adalah satu panggilan yang sudah lama dipakai, dan perdana menteri kita juga menggunakannya bila berinteraksi dengan rakyat Kedah yang sering bergaul dengannya.

Dalam sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan, satu daripada suku kaum Orang Melayu Asli, nenek-moyang kepada orang Melayu Deutero (Melayu “Melayu”) seperti Sdr. Mahathir, Sdr. Anwar Ibrahim dan Sdr. Abdullah Ahmad Badawi yang kita hormati.

Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua.

Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.

Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Begitu juga sahabat karibnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka adalah anak-anak saudara Hang Mahmud.

Orang Bugis adalah golongan Melayu Asli Borneo (nama betul pulau itu adalah Brunei sempena suku kaum Brunei yang paling berkuasa dan mendirikan negara mereka sendiri). Mereka dan juga orang Melayu Asli lain yang menghuni seluruh kepulauan Melayu asalnya tinggal di pulau Brunei. Orang Melayu Asli pulau Brunei pula, berhijrah dari tanah besar Asia Tenggara, tempat asal bangsa Melayu.

Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan

Mengenai Hang Jebat, dia tidak menderhaka kepada raja dalam erti kata yang sebenar. Hang Jebat memberontak kerana Sultan Mansur Shah menghukum bunuh Hang Tuah, yang difitnah oleh ejen Siam, musuh tradisi Melayu Melaka. Bapa saudara Sultan Mansur, Bendahara (Ketua Menteri) Tun Perak, yang menjadi orang kuat Melaka yang sebenar, tahu bahawa Hang Tuah tidak berzina dengan isteri raja. Dia menyembunyikan Hang Tuah di Kelang. Tun Perak telah menasihati Sultan Mansur Shah berangkat bersama keluarganya dan pembesar lain ke Kelang semasa Hang Jebat menguasai Melaka. Di sana, Tun Perak telah membawa Hang Tuah mengadap sultan, dan sultan telah mengampunkan Hang Tuah.

Pengunduran sultan Melaka ke ibu negeri keduanya, Kelang, adalah satu taktik strategik yang dirancang oleh Tun Perak yang bijak. Tun Perak adalah pakar perang secara pengunduran strategik, satu taktik yang berjaya menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan Johor. Dari Kelang, Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur telah mengumpulkan tentera-tentera dari negeri-negeri naungan Melaka seperti Kedah, Kelantan, Siak, Minangkabau dan Mandahiling. Tentera ini telah mengalahkan Hang Jebat yang mentadbir Melaka sebagai “wakil raja”. Hang Jebat telah ditangkap oleh Sultan Melaka dan dihukum bunuh. Tetapi Sultan Melaka telah membenarkan Hang Jebat, yang pernah berjasa kepadanya, memilih cara hukuman.

Hang Jebat telah meminta supaya orang yang paling kuat dan berani di empayar Melaka bertikam keris dengannya. Akibatnya, Hang Tuah, yang disangka mati, telah dihantar oleh sultan untuk bertarung dengan Hang Jebat.

Kita tidak akan tahu sama ada Hang Tuah benar-benar membunuh Hang Jebat. Atau adakah Hang Tuah membunuh seorang penjahat dan mengatakan kepada Sultan dan Bendahara bahawa Jebat telah mati. Disebabkan Hang Tuah adalah sahabat baik Tun Perak, dan Tun Perak adalah orang yang paling kuat di Melaka, Hang Tuah mungkin telah melepaskan Hang Jebat dan membunuh seorang penjahat.

Sejarah Melayu yang ditulis oleh cicit Tun Perak, Tun Seri Lanang, sebenarnya banyak memburukkan imej raja dan pembesar Melaka yang awal, seperti Sultan Mansur, Hang Tuah dan Tun Perak. Tun Seri Lanang berkhidmat sebagai bendahara semasa Empayar Melaka berpindah pusatnya ke Johor, dalam abad ke-16. Empayar itu, yang digelar Empayar Johor-Riau-Selangor-Pahang, sempena empat ibu negaranya, banyak dipimpin oleh raja yang lemah, dan pembesar yang rasuah dan zalim.
Foto Beranimasi

Foto
Foto
___Assalamu'alaikum
Warahmatullahi wabarakatuh

#Bismillah.

_Dahsyatnya bacaan laa haula wa _
laa Quwwata illa billah

* TIDAK ADA DAYA DAN KEKUATAN*
* KECUALI PERTOLONGAN ALLAH*

*LAA HAULA WA LAA QUWWATA
ILLA BILLAH*

Adalah harta terpendam,di bawah singgasana ARSY AR_RAHMAN

DAN OBAT BAGI 99 PENYAKIT
YANG PALING RINGAN ADALAH PENYAKIT GUNDAH
Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto
옥☀. Kecerahan

⑧ pagi akumen ⑧


🗓 Sabtu 🗓
1440/02/04 2018/10/13


Yahya ibn Mu'adh berkata: "Tubuh kuat dalam kesakitan dan sepenuh hati dengan dosa, sama seperti badan tidak dapat menemui kesedapan makanan, apabila ia menjadi keras, maka ia tidak menemui rasa manis. Solatlah dengan rasa berdosa."


Teks Asal:

10m
🌹☀. إشـــــــــــــــراقـة .☀🌹

قال يحيي بن معاذ: " سقم الجسد
بالأوجاع ، وسقم القلوب بالذنوب،
فكما لا يـجـد الجسد لـذة الطعـام
عند سقمه ، فكذلك لا يجد حلاوة
العـبـادة مـع الـذنـوب ".

🌹 صـبـاح الفطـنـة 🌹

🗓 السـبت 🗓
١٤٤٠/٠٢/٠٤ ٢٠١٨/١٠/١٣
Foto

Foto

¤═════¤۩۞۩¤═════¤
5 NASEHAT MALAIKAT JIBRIL
UNTUK RASULULLAH & UMMATNYA
¤═════¤۩۞۩¤═════¤

🕌 🕌 🕌
#BISMILLAH

Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh

#SubhanAllah_Alhamdulillah_Allahu_Akbar

#Salam_santun_ukhuwah_yaa_akhi_wa_ukhti

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
5 Nasehat Malaikat Jibril Untuk Rasulullah Dan Ummatnya
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Dari Sahl bin Sa'd radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
ﺃَﺗَﺎﻧِﻲْ ﺟِﺒْﺮِﻳْﻞُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ ، ﻓَﻘَﺎﻝَ : ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﻋِﺶْ ﻣَﺎ ﺷِﺌْﺖَ ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻣَﻴِّﺖٌ ، ﻭَﺃَﺣْﺒِﺐْ ﻣَﻦْ ﺷِﺌْﺖَ ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻣَﻔَﺎﺭِﻗُﻪُ ، ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﻣَﺎ ﺷِﺌْﺖَ ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻣَﺠْﺰِﻱٌّ ﺑِﻪِ ، ﺛُﻢَّ ﻗَﺎﻝَ : ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﺷَﺮَﻑُ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻦِ ﻗِﻴَﺎﻣُﻪٗ ﺑِﺎﻟﻠَّﻴْﻞِ ، ﻭَﻋِﺰُّﻩُ ﺍﺳْﺘِﻐْﻨَﺎﺅُﻩُ ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ
" Jibril mendatangiku lalu berkata, "Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, karena sesungguhnya kamu akan mati, cintailah siapa yang kamu suka, karena sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya dan berbuatlah sesukamu, karena sesungguhnya engkau akan diberi balasan karenanya." Kemudian dia berkata, "Wahai Muhammad! Kemuliaan seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk shalat malam), dan keperkasaannya adalah ketidakbutuhannya terhadap manusia ."
(H.R. Ath Thabarani, Abu Nu'aim dan Al Hakim )

▶️ Nasehat Pertama
" Hiduplah sesukamu, karena sesungguhnya kamu akan mati !"
ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, "Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan." (Q.S. Al-Anbiyā' 21 : 35 )

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala juga berfirman, "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan ." (Q.S. Al Jumu'ah 62 : 8 )

Dengan mengingat kematian, diharapkan setiap mu'min menghilangkan ketergantungan dan ketamakan hati terhadap dunia dan kesenangan-kesenangannya.
Dengan mengingat kematian, sudah seharusnya manusia memendekkan angan-angan untuk dunia dan hanya mengharapkan kehidupan di negeri akhirat yang kekal.

▶️ Nasehat Kedua
" Cintailah siapa yang kamu suka, karena sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya !"
Setiap mu'min dibebaskan untuk mencintai siapa saja di antara semua makhluk, namun sesungguhnya mereka akan berpisah dengannya.
Maka jangan sampai seorang mu'min menyibukkan hatinya dengan kesenangan-kesenangan dunia yang fana berupa istri, anak, harta dan selainnya dari hal-hal yang dicintai.

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, "Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah megah antara kamu serta berbangga banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan dari ALLAH serta keridhaan Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu ." (Q.S. Al Hadid 57 : 20 )

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, " Harta dan anak anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih lebih baik pahalanya di sisi Rabb mu serta lebih baik untuk menjadi harapan ." (Q.S. Al-Kahfi 18 : 46 )

▶️ Nasehat Ketiga
" Berbuatlah sesukamu, karena sesungguhnya engkau akan diberi balasan karenanya !"

" Berbuatlah sesukamu" berarti bahwa manusia bebas melakukan perbuatan yang baik maupun yang buruk sesukanya.
Namun semuanya akan berakhir saat kematian datang, selanjutnya setelah kematian ternyata ada perhitungan dan pembalasan di akhirat. Setiap orang akan diberi putusan sesuai dengan konsekuensi dari perbuatannya.

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, " Berbuatlah apa yang kamu kehendaki; sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan ." (Q.S. Fuṣṣilat 41 : 40 )

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala juga berfirman, " Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula ." ( Q.S. Az Zalzalah 99 : 7-8 )

▶️ Nasehat Keempat
" Kemulian seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk shalat malam) !"
Ketinggian dan kehormatan seorang mu'min adalah usahanya menghidupkan malam dengan mendawamkan shalat tahajjud di dalamnya, berdzikir dan membaca Al-Qur'an.

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, " Dan pada sebagian malam hari shalat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah mudahan Rabb mu mengangkatmu ke tempat yang terpuji ." (Q.S. Al-Isrā' 17 :79 )

" Dan hamba hamba Rabb Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata kata yang baik. Dan orang yang melalui malam hari dengan sujud dan berdiri untuk Rabb mereka ." ( Q.S. Al-Furqān 25 : 63 )

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala juga berfirman, " Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa berada di dalam taman taman surga dan di mata air mata air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir akhir malam mereka memohon ampun (kepada ALLAH) ." ( Q.S. Adz-Dzāriyāt 51 : 15-18 )

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, " Seutama-utama shalat sesudah shalat fardhu ialah shalat sunnah di waktu malam ." (H.R. Muslim )

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, " Shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu adalah qiyamul lail (shalat di tengah malam) ." ( Q.S. Muttafaqun 'alaih )

▶️ Nasehat Kelima
" Keperkasaannya adalah ketidakbutuhannya terhadap manusia !"
Kekuatan, keperkasaan dan keunggulan seorang mu'min dari orang lain adalah ketercukupannya dengan apa yang dikaruniakan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala kepadanya, dan ketidakbutuhannya terhadap apa yang ada di tangan manusia. Dan karena mulianya hamba ini di tengah-tengah manusia, maka ia menjadi orang yang dicintai di tengah-tengah mereka.

Abu Abbas Sahl bin Sa'd As Sa'idi radhiyallahu 'anhu berkata, " Seorang laki laki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata, "Wahai Rasulullah, tunjukkan padaku suatu amalan yang apabila kulakukan aku akan dicintai ALLAH dan dicintai manusia." Rasululullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Zuhudlah terhadap dunia, pasti ALLAH mencintaimu, dan zuhudlah terhadap apa yang di tangan manusia, pasti manusia pun mencintaimu." (H.R. Ibn Majah )

Umur manusia itu sangatlah pendek ketika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang kekal.
Jibril menyampaikan pesan singkat tentang melalui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang hal terbesar yang bermanfaat dan bisa menyelamatkan setiap hamba ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dari kengerian hari pembalasan yang pasti akan datang kemudian.

Dan nasehat singkat ini pun telah mencakup kebaikan dunia dan akhirat, dan memberikan jaminan dengan kebahagiaan di dua negeri tersebut (dunia dan akhirat).


                                        ::::::::::🌹🌹🌹::::::::::::

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

Semoga apa yang telah disampaikan ini ada manfaatnya,

Bila ada salah lisan tak bermakna mohon dimaafkan yang benar itu pasti datangnya dari Allah dan yang salah itu datangnya dari kelemahan diri Anna pula.

Wallahù'alam bíshawab Wabíllahí taùfík walhídayah,

Wassalamù'alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh

                                        #Ping..!
                                    #Community
                                         😇💗😇

                  💗💗💗🔸🔸💗💗💗🔸🔸💗💗💗
Foto

Foto

Scott Alexander Ballingall on Instagram: “'Once Again' This is the color, original image. #autumn #photographer #artphotography #fineartphotography #canadianartist…”

Foto


Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto

Tiada ulasan: