Sabtu, 20 Oktober 2018

Pemimpin tidak hanya bertanggung jawab kepada rakyatnya, tapi diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah Subhanahu Wa ta'ala. 8478.


Foto Rahmat Rahman.
Dosa pemimpin

Suatu hari sahabat Abu Dzar al-Ghiffari memohon kepada Rasulullah ﷺ untuk mengabdikan diri sebagai pemimpin di kawasan-kawasan seperti sahabat yang lain. Abu Dzar berkata, "Wahai Rasulullah
 ﷺ, tidakkah engkau hendak menggunakan (perkhidmatan)-ku?"

Namun, Rasulullah ﷺ yang mengetahui karakter para sahabatnya mengetahui bahawa Abu Dzar tidak sesuai untuk menjadi seorang pemimpin. "Wahai Abu Dzar, engkau itu lemah (dalam kepemimpinan), dan kepimpinan itu ialah amanah dan akan menjadi kehinaan serta penyesalan pada Hari Kiamat."

Sungguh, Rasulullah ﷺ tidak meragukan kesalehan dan ketakwaan Abu Dzar al-Ghiffari, tetapi ia hendak mengingatkan akan bahaya menjadi pemimpin tanpa mampu menjalankan amanah yang dipikulnya. Kerana, pemimpin tidak hanya bertanggung jawab kepada rakyatnya, tapi diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah Subhanahu Wa ta'ala.

Jika seorang pemimpin mampu menunaikan amanah dengan baik, memberikan hak-hak bagi orang yang dipimpinnya, dan berbuat adil kepada diri, keluarga, dan rakyatnya, ia termasuk orang yang paling dicintai Allah dan mendapat naungan dari sisi-Nya pada Hari Kiamat. "Sehari menjadi pemimpin yang adil, lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun." (HR Ahmad).

Sebaliknya, jika seorang pemimpin tidak adil, mengabaikan tanggung jawabnya terhadap rakyat, dan hanya berpihak kepada diri, keluarga, dan kelompoknya, ia akan menyesalinya pada Hari Kiamat. "Barang siapa yang menjadi pemimpin (hanya) bagi 10 orang atau lebih, Allah akan mendatangkannya dengan tangan terbelenggu pada lehernya pada Hari Kiamat, ia akan dibebaskan oleh kebaikannya atau dikencangkan dosanya, awalannya ialah kesalahan, pertengahannya penyesalan, dan akhirannya kehinaan pada Hari Kiamat. "(HR Ahmad).

Dosa seorang pemimpin tidak boleh disamakan dengan dosa manusia biasa kerana dosa pemimpin kesan luas dan merugikan orang-orang yang dipimpinnya. Pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, membiarkan kezaliman, dan menelantarkan orang-orang yang tidak mampu, akan dibalas oleh Allah dengan kehinaan dan azab yang pedih. Oleh kerana itu, para pemimpin umat Islam terdahulu selalu memikirkan tentang penderitaan rakyatnya kerana merasa takut akan perbuatan dosa yang nanti akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah.

Oleh itu, sungguh sangat menghairankan jika seorang pemimpin hanya membimbangkan keselamatan diri dan keluarganya dari rongrongan rakyat atau lawan-lawan politiknya, sementara ia melalaikan rakyatnya dalam jeratan kemiskinan. 


Umar bin Khattab RA pernah merinding ketakutan akan kedudukannya pada Hari Kiamat hanya kerana membimbangkan seekor keldai yang tak boleh makan. "Andaikan seekor keldai terjerembap di daerah Iraq, nescaya Allah kelak akan bertanya pertanggungjawabanku, mengapa engkau tidak meratakan jalannya?"

Seandainya setiap pemimpin lebih membimbangkan kedudukannya di sisi Allah dibanding jabatan dan kekuasaannya saat ini, ia akan sentiasa mendengar dan memperhatikan keperluan rakyatnya. Sekecil apa pun kesalahan pemimpin terhadap rakyatnya, akan menjadi penyesalan, kehinaan, dan azab baginya pada Hari Kiamat. 

Wallahu 'alam.

Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1272880679521630&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
Beginilah Pemimpinnya dan Beginilah Penegak Hukum Nya

Abdurahman an-Nashir, Khalifah Andalus tahun 300H-350H. Hari itu, dia mengumpulkan seluruh jajaran pejabat negeri. Dalam rangka grand opening istana yang baru selesai dibina. Istana Dar ar-Raudhah. Bukan saja besar tetapi teramat megah. Cukuplah disebutkan di sini, bahawa istana itu berlapis emas dan perak hingga atapnya. Soalan khalifah tentang istananya, membuka acara tersebut. Semua pegawai yang bicara memuji sang khalifah.

Hingga sampailan soalan itu kepada Penguatkuasa Undang-undang di negeri itu, al-Mundzir bin Said al-Baluthi. Al-Mundzir yang ditanya malah menangis. Air mata mengalir membasahi janggutnya. Inilah kenyataan sang penguatkuasa undang-undang,

"Demi Allah wahai Amirul Mukminin, saya tidak menyangka bahawa syaitan telah menyesatkanmu hingga setakat ini. Dengan semua yang Allah berikan kepadamu berupa nikmat, syaitan telah menempatkanmu di rumah orang kafir."

Foto Rahmat Rahman.
Bak petir di siang hari. Khalifah marah, "Bagaimana kamu tempatkan saya sejajar dengan orang kafir?"

Al-Mundzir menjawab, "Bukankah Allah telah berfirman: Dan sekiranya bukan karena hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan ( juga) tangga-tangga (perak) yang mereka menaikinya ..... "(Qs az-Zukhruf: 33)

Khalifah Abdurahman an-Nashir yang tadi marah, kini tertunduk sambil menangis teresak-esak. Kemudian berkata, "Semoga Allah memberimu pahala yang paling agung atas jasamu terhadap kami, dirimu, dan muslimin dan Islam ini. Semoga Allah memperbanyak orang seperti anda. Apa yang anda katakan itu benar."

Kemudian sang pemimpin tertinggi negeri yang telah merasa bersalah itu memerintahkan agar semua lapisan emas dan perak pada bangunan istananya dihilangkan. (Lihat: al-Andalus al-Tarikh al-Mushawwar, DR. Thariq al-Suwaidan, h. 165)

Begitulah, Andalus mencapai puncak kejayaannya di tangan pemimpin tertinggi yang sangat siap meminta maaf dan memperbaiki kesalahan dan didampingi oleh penguatkuasa undang-undang yang adil dan tidak takut menyampaikan kebenaran di hadapan sesiapa.


Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1269794839830214&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.

Foto Rahmat Rahman.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ahmad)

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=531430536999985&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.

Foto Rahmat Rahman.

Foto Rahmat Rahman.

Foto Rahmat Rahman.
Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matah
ari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa share...


Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=539759822833723&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
Zaman Penjajahan British. Tanah Melayu Merdeka 31 Ogos 1957.

Walau bagaimana pun itulah kejahatan komunis yang memangsakan Polis Melayu yang beragama Islam (Berkhidmat sebagai Polis Penjajah British) berserta isteri dan anak-anak mereka. Inilah antara akibat dan kesan British membawa pendatang China ke Tanah Melayu ialah mereka membawa sekali fahaman komunis, budaya samsing, kongsi gelap, perjudian dan pelacuran. Genting Highland adalah mercu tanda perjudian terkenal di dunia yang berada di Malaysia, hingga ke hari ini, yang asalnya imegran China dengan kerjasama pemimpin politik umno Melayu waktu itu (1960an). Peristiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkebetulan dengan Perayaan Tahun Baru China, waktu itu. 

Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong..
23/02/1950 ........... 


Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.


Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu..


Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin Peng: new light on the Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack. [4] Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja ..bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk.
Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 0415H.

Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar merekamenyerah. 

Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran. Sekitar pukul 0500H pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 0700H, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.

Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.


Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.[6] Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.


Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.


Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.


14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.


# bantuan dari perkampungan berdekatan 


Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema ke beberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong. Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.


Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling Pekan Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai di sana pada jam 1000H dan ketika itu berita mengenai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong baru dapat disampaikan.

Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat Kerajaan British dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.

Ada pendapat yang menyatakan peristiwa Bukit Kepong 
menyamai dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texas) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

# mereka yang gugur dalam pertempuran

Anggota Polis


Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad

Polis Bantuan/Auxiliary Police

Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad bin Yatim
AP 1912 Mahmud bin Sa'at
AP 1925 Ali bin Akob
AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota

Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran di luar balai polis

AP 2098 Redzuan bin Alias
Embong bin Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng

Al fatihah...

Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=540027166140322&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
BETOI KA CARTA NI???
Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=540196792790026&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=540705386072500&set=a.521244958018543&type=3&theater
Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
Foto Rahmat Rahman.

Foto Rahmat Rahman.
PERBANYAKKANLAH SELAWAT KHUSUSNYA PADA HARI JUMAAT. 

Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam :

◆ Sesungguhnya di antara hari-hari kalian yang afdhal adalah Hari Jumaat. 

◆ Justeru, perbanyakkanlah untukku selawat.

◆ Sesungguhnya selawat kalian akan dibentangkan kepadaku.

Hadith riwayat Imam Abu Daud rahimahullah dan dinilai sahih oleh Asy-Syeikh Al-Albani rahimahullah.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam khususnya pada hari Jumaat yang mulia ini."

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد،
كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم،
إنك حميد مجيد،
اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد،
كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم،
إنك حميد مجيد.

(Lafaz selawat riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim rahimahumallah)

الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولمشايخه ولجميع المسلمين.

Kuala Lumpur,
Jumaat, 22 Jamadil Awwal 1436H ● 13 Mac 2015.

Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=548649621944743&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل مُحَمَّ

(COPY & PASTE DARI GROUP WHATSAPP)

STRESS KERJA...

Bila otak dah berdengung, apa lagi, kedai mamak 24 jam lah tempat yang dituju. Hmmm ...... keluar ke tempat lain pula la. Tapi ke mana? Kedai mamak kat sini ni memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat. Bukan nak makan sangat pun. Cuma nak minum aje. Dapat teh tarik halia kaw pun dah sedap. Tiba-tiba teringat satu kedai yang seorang kawan cadangkan dah bertahun dulu. Baik ... Boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit aje pun .. kalau memandu.

Sampai kat kedai dah pukul 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh. Hmmm ... Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot? 

Duduk dan order. Mak aiii ... minah yang ambil order ni .. mukanya ... manis lagi cuka. Comei tu boleh le tahan juga. Bak kata orang sebagai penyeri kedai tapi kalau muka kelat dan ketat, pergi mana pun tak berseri. 

Sementara menunggu minuman, mata mula meliar memerhati sekeliling kedai. Entah mengapa tiba-tiba terlihat ada sebiji botol kecil, diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah. Mulalah menggaru kepala yang tak gatal. 

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan, berjubah hitam tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhati setiap pelanggan yang datang. Rambutnya bagai model iklan syampu Rejoice - sebelum menggunakan syampu. Mengerbang.

Rupanya... alahai... harimau tengok pun boleh pengsan! Terkopek sana sini. Badannya dihayun-hayunkan bagai meratip. Apa yang diratipkan pun, tidak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepala pelanggan itu.

"Ini teh nya. Makan tak mahu?" tanya seorang lagi pelayan, sambil menghentak mug berisi teh. Kepala digelengkan. Ehhh ... baru kerja jadi pelayan dah berlagak. Udah le duit pelanggan tu yang membayar gaji, tapi layan pelanggan macam orang minta sedekah. 

Petua orang tua, bila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Kalau minuman tu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, adalah sesuatu yang diletakkan.

Setelah semua itu dilakukan, bacalah selawat dan doa makan. 

Ketika tangan di hulur ke arah mug, entah bagaimana, kedengaran kuat bunyi mug merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba terbelah dan air teh melempah. Hampir sahaja teh panas mengenai seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah benda di atas alang pintu. 

Ia berayun sekali lagi. Bagaikan monyet di dalam kandang. Mamak kat kaunter cepat-cepat berlari dan bertanya apa berlaku. Kepala digeleng sambil membayar terus duit teh. Bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum lagi dan mahu digantikan dengan minuman lain.

Hmmm ... tak perlu untuk diganti. Biarlah. Tapi sebelum keluar sempat menegur mamak. 

"Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali," sambil menunjuk ke arah siling. Mamak seolah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.

Melangkah keluar daripada kedai itu, terasa ada benda yang mengikuti. Menoleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam sedang mengekori. Nampaknya tak boleh balik rumah teruslah ni. Mahu tak mahu, kaki terus melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan. Tambahan - air mineral dan limau nipis. Badan menghadap belakang kedai. Limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan berserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan minuman, kaki perlahan melangkah ke arah kereta. 
Foto Rahmat Rahman.
Bulu roma tegak kembali. Masih mengikuti rupanya. Perlahan botol air mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama semakin rapat.

Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, ia terus melompat ke arah lampu jalan dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapa pelanggan di kedai mamak memerhati dengan pelik. 

Buat-buat tak tahu aje lah. Bukan ini lembaga yang mengekori .. tetapi hampir sama tanpa sabit panjang 

Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya .. ia mash di situ. Bagai menunggu arahan tuannya. Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya... Apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada luar? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak! 

Apakah ketamakan telah mengabui matanya .... (C&P)

P/S Kalau anda ada petua sebelum makan di kedai luar, share shj ilmunya.. Kadang kita ingat orang lain tahu... tapi ada yang ramai lagi yang tak tahu..
mudah2an ilmu/share anda dimanfaatkan...

Wajib baca...... untuk penggemar kedai mmmaamakk


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=548674688608903&set=a.521244958018543&type=3&theater
Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). 

Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. 

Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1;
"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab;
"Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100;
"Kenapa kau begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab;
"Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi;
"Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab;
"Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi;
"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.

*cerita yg simple tp msg tersirat bagus utk dikongsi*

untuk renungan bersama......

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=551179468358425&set=a.521244958018543&type=3&theater
Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
Foto Rahmat Rahman.
PANDUAN SOLAT UNTUK PESAKIT.
Foto Rahmat Rahman.
AMALAN SUNAT KETIKA GERHANA

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

1. Solat dan berdoa

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

2. Berzikir dan beristighfar

Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu."

3. Berlindung daripada azab kubur

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

4. Bersedekah

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

5. Memerdekakan hamba

Asma’ r.a. berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”

Inilah di antara sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari. Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW

ATURAN SOLAT GERHANA

1. Disunatkan mandi sunat gerhana sebelum solat.

2. Bilal menyeru : ‘Assolata Jami’ah’

3. Berdiri lurus mengadap kiblat.

4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan ‘Usolli sunnata khusufil qamari rak’ataini makmuman lillahi ta’ala’ “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari ‘Usolli sunnata kusufisy syamsi rak’ataini makmuman lillahi ta’ala’ “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.

6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.

7. Baca al-Fatihah dan Surah.

8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).

9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.

10. Baca al-Fatihah dan Surah.

11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.

12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.

13. Kemudian ruku’, I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.

14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah

Foto Rahmat Rahman.
TALAQQI

Talaqqi yakni ertinya mengaji secara berhadap-hadapan dgn guru dgn bersifat mendengar dgn telinga, melihat dgn mata & memahami dgn hati.. Maka dgn sifat talaqqi ini, para ulama' berpendapat bahawa TIDAK SAH mengambil ilmu drpd Syeikh Google, TIDAK SAH mengambil ilmu drpd Maulena Televisyen & TIDAK SAH mengambil ilmu drpd BABA CD @ VCD melainkan kena jugak mengambil ilmu dgn menghadap seorang guru dgn cara dengaq suara guru, lihat muka guru & faham dgn bertanya kpd guru.. Tidak sah ini adalah tidak sah dari segi pengambilan ilmu, bukan tak boleh terus, kalau hanya utk rujukan, maklumat atau ulangkaji, takdak masalah, boleh.. Tapi ilmu yg kita nak amalkan itu, tak dapat tidak kena bertalaqqi.. Tolong ambik faham tentang bab yg sangat penting & mustahak ini naa.


Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=560649104078128&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!! 

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali anda baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Bagi yg belum menerima nya, dipanjangkan info ini..semoga dipanjangkan pahala (insyaAllah) bagi yg menulisnya.......hanya berkongsi ilmu.


Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=560683474074691&set=a.521244958018543&type=3&theater
Foto Rahmat Rahman.
Ilmu Tasawuf terbahagi kpd 3 yakni Tasawuf Amali, Tasawuf Irfani & Tasawuf Falsafi..

📝 Tasawuf Amali

- Amali ni maksudnya amalan.. Para ulama' kata, amali itu adalah perkara yg mesti diamalkan ketika dlm keadaan apa sekalipun.. Contoh, sifat ikhlas kena diamalkan dlm keadaan apa sekalipun.. 

📝 Tasawuf Irfani @ Isyraqi

- ilmu yg meneroka jauh ke dlm alam fikir & alam hati (perasaan) yg mengajar tentang rasa & perasaan yg benar & salah.. Sekaligus mendidik rasa (emosi) itu supaya berbetulan dgn Al-Quran & Sunnah Rasul.. Inilah tasawuf lanjutan & 'alim.. (Dipetik dlm Kitab Fathu Rahman)..

- Tasawuf Irfani ini bersifat kerohanian yg bertujuan membentuk & mentarbiyah pemikiran, akal & hati kita supaya selari dgn syari'at Allah Ta'ala.. Tasawuf Irfani ini boleh dikatakan membawa kita sehingga ke peringkat jatuh cinta dgn Allah Ta'ala.. Sifat jatuh cinta dgn Allah Ta'ala ini dibawa oleh Nabi صلى الله عليه وسلم kemudian diwariskan kpd para sahabat r. anhuma kemudian diwariskan kpd para ulama' tabi'in & para ulama' tabi' tabi'in sehingga sampai kpd segelintir para ulama' di zmn kita.. Di zmn kita tak ramai yg ada Tasawuf Irfani yakni peringkat mencintai Allah Ta'ala ini, tapi yg banyak merepek tu adalah.. Berlambak dekat luaq sana termasuklah kita yg banyak merepek.. Sedangkan pada hakikatnya, kita semua kena balik kpd mencintai Allah Ta'ala kerana Dialah yg paling layak dicintai.. Tapi kita ni lebih banyak mencintai manusia & mencintai dunia berbanding mencintai Allah Ta'ala..

- Bahkan dlm Tasawuf Irfani inilah kita diajar supaya menjadi 'Isyraq' yakni menjadi asyik.. Isyraq maksudnya asyik.. Irfan itu pula maksudnya tenggelam.. Contohnya, Al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah menemui irfannya atau menemui isyraqnya pada usianya 11 tahun.. Ini saya petik melalui tulisan para ulama' yg terkemudian yg menulis tentang Imam Abu Hanifah Rahimahullah.. Contoh lain, Imam Mazhab kita yakni Al-Imam As-Syafi'e Rahimahullah menemui irfannya atau menemui isyraqnya pada usianya 14 tahun.. Ini juga saya petik drpd catatan para ulama' yg menulis tentang beliau.. Begitu jugalah dgn Imam Mazhab Maliki, Imam Malik Rahimahullah menurut satu riwayat bahawa beliau menemui isyraqnya pada usianya antara 11 atau 15 tahun.. Begitu juga dgn Imam Mazhab Hambali, Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahimahullah.. Imam As-Syafi'e Rahimahullah sangat2 menghormati Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahimahullah sedangkan Imam As-Syafi'e Rahimahullah usianya lebih tua berbandingnya bahkan Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahimahullah merupakan anak murid kpd Imam As-Syafie Rahimahullah.. Tetapi beliau sangat menghormatinya sehingga beliau memberikan komen apabila ditanya oleh anak muridnya yg lain tentang Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahimahullah di dlm Kitab Al-Risalah bahawa Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahimahullah sangat2 hampir dgn Allah Ta'ala bahkan maqamnya lagi tinggi drpd ulama'2 yg lain yg takdak tolok bandingnya pada zaman itu.. Dan Imam As-Syafi'e Rahimahullah menceritakan bahawa isyraqnya & irfannya Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahimahullah, cuma beliau tidak memberitahu usia atau tahun berapa.. Tapi Imam As-Syafi'e Rahimahullah meletakkan bahawa Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahimahullah lagi hebat drpdnya dari segi isyraqnya & irfannya.. Pengajarannya apa? Nak bagitau bahawa para ulama' terdahulu kalau solat, berlakulah apa pun disekelilingnya, mereka tak ambil peduli kerana tahap kekhusyukan mereka & tahap keasyikan mereka kpd Allah Ta'ala sangat2 hebat..

- Tapi kita ni, umur dah sampai 80 tahun tak mati2 lagi tapi tak pernah khusyuk semasa tengah solat..

📝 Tasawuf Falsafi

- Tasawuf Falsafi ini ada khilaf dikalangan para ulama' Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.. Mereka mengatakan bahawa jika kita tidak melalui peringkat2 Tasawuf Amali & Tasawuf Irfani, maka haram hukumnya apabila kita masuk Tasawuf Falsafi.. Dlm erti kata lain, haram bagi kita utk terjun terus ke dlm alam Tasawuf Falsafi.. Kerana ia akan membawa kita berkhayal tentang Tuhan, berkhayal tentang zat Allah Ta'ala.. Sedangkan haram hukumnya berkhayal tentang zat Allah Ta'ala.. Kerana Tasawuf Falsafi ini ianya menghalusi perkara2 Irfani & perkara2 Isyraqi, oleh itu, org2 yg terus terjun ke dlm Tasawuf Falsafi tanpa melalui Tasawuf Amali & Tasawuf Irfani ini akan jadi seumpama dia rasa yg dialah Tuhan, akulah Tuhan & Tuhanlah aku.. Ini satu fahaman yg cukup sesat dlm tasawuf yg kita sifatkan sbg tasawuf bid'ah.. Ini akibatnya apabila seseorg itu terus terjun ke dlm Tasawuf Falsafi tanpa melalui Tasawuf Amali & Tasawuf Irfani.. Natijahnya, saya nasihatkan, tak perlulah kita pelajari Tasawuf Falsafi sebab ilmu ini terlalu jauh & terlalu tinggi sangat sangat sangat sangat sangat bagi kita yg baru peringkat org awam ini.. Namun memadailah kita belajar tentang Tasawuf Amali, apabila kita dah kuasai betul2 Tasawuf Amali, barulah kita belajar atau lanjutkan pula tentang ilmu Tasawuf Irfani..

Wallahu'alam..


Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=561704773972561&set=a.521244958018543&type=3&theater

Tiada ulasan: