Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Itulah susunan ketentuan dan takdir Allah.
MENCONTENG UNTUK PER
UBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Kaitan Syarikat 'misteri' Mastoro Kenny dengan Zahid Hamidi
Mastoro Kenny – apa sebenarnya syarikat 'misteri' ini?
Persoalan ini timbul setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa syarikat ini membayar RM13.25 juta kepada Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi bagi mendapatkan projek MyEG.
MyEG bagaimanapun dalam kenyataan di Bursa Malaysia selepas itu berkata mereka tidak tahu menahu berkaitan syarikat itu dan tidak pernah berurusan dengannya.
Carian profil syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat perunding teknologi maklumat (IT) itu turut membekalkan perisian, membina laman web dan membekalkan aksesori komputer.
Malaysiakini mengenal pasti pemiliknya M Kumaraguru, 46, sebagai orang yang sama yang memiliki syarikat Mentari Maju Textiles.
Sebagai pemilik Mentari Maju, dia telah diheret ke mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram pada 14 Mac lalu.
Beliau dilapor melakukan kesalahan itu antara 17 Januari hingga 23 Februari 2017.
Ia kebetulan waktu yang sama ketika Mastoro Kenny didakwa membayar RM13.25 juta kepada Zahid.
Menurut pertuduhan kedua dan ketiga melibatkan Mastoro Kenny, Zahid dikatakan menerima 23 cek yang keseluruhannya bernilai RM13 juta antara 7 Disember 2016 hingga 8 Februari 2017.
Dalam pertuduhan pertama pula, Zahid dikatakan menerima RM250,000 pada 15 Julai 2016.
Pemberian itu dibuat sebulan sebelum Kumaraguru mendaftarkan Mastoro Kenny pada 19 Ogos tahun itu.
Alamatnya didaftarkan di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Setakat ini masih belum jelas projek apa yang dipercayai SPRM cuba diperoleh dari MyEG dengan memberikan wang kepada Zahid.
Kedua-dua syarikat itu, Mastoro Kenny atau Mentari Maju Textiles, tidak wujud di alam maya.
Menurut SSM juga, pendaftaran kedua-dua syarikat itu juga tamat pada 18 Ogos 2017 dan 11 Julai tahun yang sama.
Pertuduhan terhadap Zahid melibatkan Mastoro Kenny adalah berkaitan kesalahan menerima suapan.
Jika sabit kesalahan, Zahid boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.
Zahid berdepan lapan pertuduhan menerima suapan, 10 pertuduhan pecah amanah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Kaitan Syarikat 'misteri' Mastoro Kenny dengan Zahid Hamidi ~ Menconteng Untuk Perubahan™Persoalan ini timbul setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa syarikat ini membayar RM13.25 juta kepada Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi bagi mendapatkan projek MyEG.
MyEG bagaimanapun dalam kenyataan di Bursa Malaysia selepas itu berkata mereka tidak tahu menahu berkaitan syarikat itu dan tidak pernah berurusan dengannya.
Carian profil syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat perunding teknologi maklumat (IT) itu turut membekalkan perisian, membina laman web dan membekalkan aksesori komputer.
Malaysiakini mengenal pasti pemiliknya M Kumaraguru, 46, sebagai orang yang sama yang memiliki syarikat Mentari Maju Textiles.
Sebagai pemilik Mentari Maju, dia telah diheret ke mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram pada 14 Mac lalu.
Beliau dilapor melakukan kesalahan itu antara 17 Januari hingga 23 Februari 2017.
Ia kebetulan waktu yang sama ketika Mastoro Kenny didakwa membayar RM13.25 juta kepada Zahid.
Menurut pertuduhan kedua dan ketiga melibatkan Mastoro Kenny, Zahid dikatakan menerima 23 cek yang keseluruhannya bernilai RM13 juta antara 7 Disember 2016 hingga 8 Februari 2017.
Dalam pertuduhan pertama pula, Zahid dikatakan menerima RM250,000 pada 15 Julai 2016.
Pemberian itu dibuat sebulan sebelum Kumaraguru mendaftarkan Mastoro Kenny pada 19 Ogos tahun itu.
Alamatnya didaftarkan di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Setakat ini masih belum jelas projek apa yang dipercayai SPRM cuba diperoleh dari MyEG dengan memberikan wang kepada Zahid.
Kedua-dua syarikat itu, Mastoro Kenny atau Mentari Maju Textiles, tidak wujud di alam maya.
Menurut SSM juga, pendaftaran kedua-dua syarikat itu juga tamat pada 18 Ogos 2017 dan 11 Julai tahun yang sama.
Pertuduhan terhadap Zahid melibatkan Mastoro Kenny adalah berkaitan kesalahan menerima suapan.
Jika sabit kesalahan, Zahid boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.
Zahid berdepan lapan pertuduhan menerima suapan, 10 pertuduhan pecah amanah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
https://penburukonline.blogspot.com/2018/10/kaitan-syarikat-misteri-mastoro-kenny.html
Pindah kedutaan ke Baitulmaqdis: Indonesia beri amaran kepada Australia
ainulillia 19/10/2018
Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir menegaskan, masalah Palestin adalah sangat penting dan sensitif bagi Indonesia.
Selain itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan Indonesia, Brigadier Jeneral Totok Sugiharto turut memberi amaran kemungkinan mengkaji semula kerjasama ketenteraan bersama negara itu.
Sebelum ini, Morrison berkata, dia terbuka dengan cadangan bekas Duta Besar negara di Israel, Dave Sharma supaya memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis.
Katanya, Australia mengiktiraf Barat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sementara Timur Baitulmaqdis adalah milik Palestin.
Beberapa pengkritik tempatan telah bertindak balas terhadap keputusan itu, dan menggambarkannya sebagai taktik semata-mata untuk mendapatkan undi pada pilihan raya kecil yang akan datang, bagi kerusi Dewan Perwakilan Australia Wentworth.
Bekas Menteri Luar Palestin, Nabil Shaath juga mengutuk langkah itu sebagai penghalang untuk mencapai keamanan di rantau tersebur.
Pada masa sama, Pegawai Palestin juga telah melobi negara-negara Arab untuk mengkaji hubungan perdagangan dan politik mereka dengan Canberra.
“Jika ini adalah cara anda melakukan politik di Timur Tengah untuk memenangi pilihan raya kecil di Australia, maka izinkan saya menjadi sangat negatif terhadap dasar kerajaan Australia.
“Kami akan melakukan yang terbaik hingga ia akan menyebabkan kerosakan kepada hubungan Australia dengan dunia Arab,” kata Shaath.
Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sekali gus mengumumkan pemindahan kedutaannya ke wilayah itu.
AS menjadi satu-satunya kedutaan asing di Baitulmaqdis selepas memindahkan pejabatnya secara rasmi pada Mei lalu, yang kemudiaan diikuti Guatemala serta Paraguay.
Tindakan itu telah mencetuskan kemarahan dunia Islam dan mendorong tunjuk perasaan besar-besaran di jalanan bagi membantah keputusan AS dan kekejaman yang dilakukan rejim pengganas Israel ke atas rakyat Palestin.- Agensi
Pindah kedutaan ke Baitulmaqdis: Indonesia beri amaran kepada Australia - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/19/pindah-kedutaan-ke-baitulmaqdis-indonesia-beri-amaran-kepada-australia/
Tuntutan Kasthuriraani bukti Melayu PH ‘dicandu’ ajaran liberal Rahmatan Lil Alamin
Ahli Parlimen Pakatan Harapan masih berdiam diri biarpun wakil rakyat DAP asak kedudukan Islam
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 10 Safar 1440H, Jumaat – Ahli Parlimen Melayu dalam Pakatan Harapan seolah-olah bersengkokol apabila hanya berdiam diri dengan tuntutan wakil rakyat DAP, P Kasthuriraani yang mendesak kerajaan meratifikasi Konvensyen Kebebasan Agama dan Kepercayaan bagi membenarkan murtad di Malaysia.
Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata, tindakan membisu membuktikan ajaran liberal Rahmatan Lil Alamin PH adalah candu yang mendiamkan mereka daripada mempertahankan kedudukan agama Islam dalam negara.
“Sedangkan tuntutan tersebut sewenang-wenangnya memberi hak kepada semua manusia untuk mengamalkan dan menukar agama mereka sesuka hati termasuklah orang Islam,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas desakan P Kasthuriraani di dewan rakyat baru-baru ini supaya kerajaan menerima pakai deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagi membenarkan murtad, selain semua ajaran sesat bebas diamalkan.
Justeru, Muslim berkata, Pemuda Isma menyeru umat Islam untuk sedar dengan pencanduan dan cubaan untuk memesongkan kefahaman dan sensitiviti umat Islam hari ini.
Katanya, apa yang disuarakan adalah cubaan besar-besaran yang memanipulasi terma Rahmatan Lil Alamin menggunakan media massa dan platform perdana.
“Hasilnya amatlah berbahaya kepada survival umat Islam dan kedudukan Islam dalam negara. Kerana hasil fahaman ini akan menjadikan orang Islam bersikap apologetik, berdiam diri dan tidak endah tatkala diancam,” katanya.
Tuntutan Kasthuriraani bukti Melayu PH 'dicandu' ajaran liberal Rahmatan Lil Alamin - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/19/tuntutan-kasthuriraani-bukti1-melayu-ph-dicandu-ajaran-liberal-rahmatan-lil-alamin/
Kompleks pakar akan dibina di Hospital Port Dickson
Pesakit tidak lagi perlu dihantar ke Hospital Seremban untuk menerima rawatan pakar
PORT DICKSON, 10 Safar 1440H, Jumaat – Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Zainuddin Mohd Ali berkata, sebuah kompleks pakar akan dibina di kawasan Hospital Port Dickson tidak lama lagi.
Beliau berkata, kompleks itu dianggarkan memerlukan peruntukan kos sebanyak RM130 juta.
Katanya, peruntukan tujuan tersebut telah diluluskan di peringkat Kementerian dan penganugerahan tender kini dalam proses peringkat akhir.
“Kompleks ini akan dilengkapi 132 katil tambahan, klinik pakar, wad, empat bilik bedah dan Unit Rawatan Rapi yang mana kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada penduduk Port Dickson.
“Kita juga tidak perlu hantar pesakit dari sini ke Hospital Seremban lagi,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.
Beliau berkata demikian selepas majlis lawatan dan serahan mesin dialisis dan alat bantuan kecemasan oleh Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Hospital Port Dickson di sini, hari ini.
https://www.ismaweb.net/2018/10/19/kompleks-pakar-akan-dibina-di-hospital-port-dickson/
DAP dan kebebasan murtad
1. UCAPAN YB Batu Kawan ini telah menjadi satu perbahasan yang panas dan panjang, menyentuh aspek kebebasan beragama. Di Malaysia, hak kebebasan beragama ini telah pun dijamin dalam Perlembagaan. Kristian bebas untuk menukar agama, begitu juga Hindu, Budha dan agama-agama lain.
2. Sekiranya Kristian, Hindu dan Budha telah pun bebas untuk menukar agama mereka, maka kepada siapakah kebebasan agama ini ditujukan? Adakah kepada Muslim yang ingin diberikan ruang untuk bebas murtad? Ini yang menjadi perseoalan.
3. Di dalam Islam, murtad dikategorikan sebagai satu dosa besar bahkan hukumannya sangat berat. Sekiranya YB menujukan kebebasan beragama ini kepada seorang Muslim, maka ia adalah sesuatu yang tidak wajar di dalam agama maupun Perlembagaan.
4. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan Islam. Perkara 11 (4) memberi peruntukan bahawa Undang-undang Negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
5. Fahaman seperti Syiah atau Ahmadiyyah yang disebutkan oleh YB Batu Kawan ini adalah bukan agama bahkan ia adalah sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Atas dasar itu, pihak berautoriti menyifatkan fahaman ini sebagai bertentangan dengan agama Islam bahkan fahaman mereka diharamkan.
5.1 Sebagai contoh dalam kes syiah; kesemua negeri di Malaysia telah memfatwakan pengharaman Syiah dengan pelbagai justifikasi kesesatan mereka. Daripada kesemua negeri tersebut hanya kelantan, Sabah dan Sarawak yang belum mewartakannya atau dalam proses pewartaan, manakala sebelas yang lain telah berbuat demikian. Sebelas negeri tersebut adalah:
a) Wilayah Persekutuan (8 Mac 1997, PU(B)106);
b) Selangor (24 September 1998, PU10);
c) Negeri Sembilan (12 Mac 1998, NS.PU5);
d) Terengganu (25 September 1997, PUN Tr.1110);
e) Melaka (27 Julai 1997, M.PU5);
f) Pulau Pinang (6 Januari 1997, Pg.PU1);
g) Kedah (18 Februari 1999, No. 37);
h) Perak (4 Januari 2012);
i) Johor (16 Februari 2012, No. 1156);
j) Perlis (7 Ogos 2012, No. 109);
k) Pahang (12 September 2013, No. 1564)
(Sumber: Soal Jawab Isu Syiah, JAKIM, 87-89)
6. Daripada sini, apa yang perlu kita faham adalah, kebebasan beragama telah pun terjamin di Malaysia ini bagi semua agama. Bagi Muslim, mereka tertakluk dengan perundangan Syariah yang telah mereka perakukan melalui lafaz syahadah yang mereka ungkapkan setiap hari di dalam solat mereka.
Moga Allah melindungi Islam dan memberikan kesejahteraan kepada Malaysia.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies
https://www.ismaweb.net/2018/10/19/dap-dan-kebebasan-murtad/
Friday, October 19, 2018
PAS Kesal DAP Diskriminasi Pembangunan Pantai Timur.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditemu ramah wartawan selepas kuliah jumaat di kediamannya Kampung Rusila. - Foto Ghazali Kori
MARANG: PAS kesal dengan sikap diskriminasi DAP, parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang tidak menyokong hasrat kerajaan untuk membawa pembangunan saksama kepada lima negeri termasuk Terengganu dan Kelantan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, diskriminasi DAP terhadap hasrat Kerajaan Persekutuan untuk memajukan negeri Pantai Timur begitu ketara.
Beliau berkata, DAP yang mendominasi kerusi di Pantai Barat dilihat sebagai punca yang boleh menggagalkan usaha Kerajaan Persekutuan untuk berlaku adil dan saksama dalam membawa pembangunan kepada negeri.
“DAP bersikap tidak jujur terhadap keadilan apabila kepemimpinan parti itu masih berdegil kerana enggan mempedulikan pembangunan di negeri Pantai Timur dan Utara, termasuk Perlis serta Sabah dan Sarawak.
“PAS menyokong penuh hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan pembangunan di Pantai Timur dan Utara supaya pembangunan lebih setara dapat dilakukan.
“PAS juga meminta semua parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bersama-sama sebagai pembangkang supaya menyokong hasrat Perdana Menteri untuk melakukan reformasi kerajaan.
“Namun malang apabila ada parti komponen dalam PH sendiri tidak menyokong dan saya berterus terang parti itu adalah DAP,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila, di sini, hari ini.
Beliau mengulas reformasi kerajaan yang digariskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dibentangkan Dr Mahathir di Parlimen, semalam.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, contoh paling ketara ialah sikap tidak jujur kepemimpinan DAP apabila tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar, termasuk Terengganu dan Kelantan.
Katanya, DAP sebenarnya mewarisi sikap penjajah apabila meninggalkan negeri yang majoriti penduduknya Bumiputera.
“PAS amat mengalu-alukan reformasi pemisahan bidang kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan yang cuba untuk diperbetulkan Perdana Menteri dan kita anggap itu adalah reformasi yang sebenarnya untuk kebaikan negara.
“Kita sedar Kerajaan Persekutuan tidak boleh menanggung semua peruntukan untuk negeri melaksanakan projek pembangunan, perlu ada pembahagian peruntukan, cuma Kerajaan Persekutuan perlu memantau bagi mengelak berlakunya salah laku,” katanya.
Abdul Hadi berkata, kaedah pembahagian itu akan meringankan bebanan Kerajaan Persekutuan selain memberi peluang kepada kerajaan negeri yang dipilih rakyat untuk melaksanakan agenda pembangunan mengikut acuan masing-masing. (BH)
http://www.ibnuhasyim.com/2018/10/pas-kesal-dap-diskriminasi-pembangunan.html
Share:
<strong style="border: 0px; font-family: inherit; font-size: 23px; letter-spacing: -0.01em; margin: 0px; padding: 0px; vertical-align: baseline;">Watch How World Cup 2018 Dream Come True For France</strong><br />
<div style="background-color: white; border: 0px; font-family: "open sans", arial, sans-serif; font-size: 16px; margin-bottom: 26px; padding: 0px; vertical-align: baseline;">
<iframe allow="autoplay" allowfullscreen="" frameborder="0" height="770" src="https://www.dailymotion.com/embed/video/x6owqal" style="border-style: initial; border-width: 0px; font-family: inherit; margin: 0px; max-width: 100%; padding: 0px; vertical-align: baseline;" width="770"></iframe></div>
<div class="quads-location quads-ad2" id="quads-ad2" style="background-color: white; border: 0px; float: none; height: 90px; margin: 0px; padding: 0px; text-align: justify; vertical-align: baseline; width: 770px;">
bbb</div>
</div>
.
Watch How World Cup 2018 Dream Come True For France
Tiada ulasan:
Catat Ulasan