Isnin, 12 November 2018

Lepasan lama penampar tersimpan. 8621.


Pandai menjawab - akibatnya:

Kalau benar hebat seseorang tidak akan berdiri di tempat yang dipersoalkan. Orang hebat tidak akan berbunyi, malah dalam diam bangkit dengan usaha kerana Allah dan berdoa serta bertawakal pada Allah.
12 September 2014
Kisah Asal Usul Api Di Dunia
Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim
Apakah asal usul api di dunia ini?

Di dalam hadis diceritakan bahawa Jibril A.S telah datang kepada Rasulullah S.A.W lalu baginda bertanya kepada Jibril a.s; "Wahai Jibril, terangkanlah kepadaku sifat neraka itu." Kemudian Jibril menjawab, "Allah telah menciptakan neraka, apinya sudah dinyalakan 1000 tahun yang lalu, sehingga neraka itu menjadi hitam. Hitamnya neraka itu seperti malam yang gelap, apinya tidak pernah padam, juga terus menjilat-jilat, bara api neraka selamanya tidak akan padam."

Neraka Jahannam itu mempunyai beberapa ular yang besarnya seperti leher unta, juga terdapat kala jengking yang besarnya seperti keldai sehingga penghuni neraka berlari ketakutan. Ular-ular itu menggigit setiap bibir ahli neraka untuk dikelupaskan kulit mereka. Tidak ada seorang ahli neraka pun yang bisa selamat dari seksaan itu, kecuali mereka lari ke neraka lain.
Gambar sekadar hiasan. Spesis ular yang terbesar di dunia bukanlah dari spesis Anaconda, tetapi dari spesis Titanoboa! Subhanallah.

Abdullah bin Abbas meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Di dalam neraka itu terdapat ular-ular yang besarnya seperti leher unta. Jika ular itu menggigit salah seorang dari ahli neraka itu dengan sekali gigitan, maka rasa sakitnya itu dapat dirasakan sehingga 40 tahun lamanya."

Ibnu Mas'ud meriwayatkan, "Api di dunia ini hanyalah satu juz daripada 70 juz api neraka. Ketika Allah mengutuskan Jibril pergi ke tempat malaikat yang menjaga neraka untuk meminta api supaya dapat digunakan oleh Nabi Adam A.S, sehingga Nabi Adam dapat memasak menggunakan api tersebut. Malaikat Malik kemudian bertanya kepada Jibril, "Wahai Jibril, berapa banyak yang kamu hendak dari api ini?" Jibril menjawab, "Kira-kira sebesar kurma."

Malaikat Malik Kemudian berkata, "Wahai Jibril, jika aku memberimu api sebesar kurma, maka pasti akan hancur tujuh langit dan bumi akibat dari panasnya api nraka.". Lalu Jibril berkata, "Kira-kira sebesar biji kurma." Malaikat Malik berkata, "Kalau aku memberikan menurut apa yang kamu hendaki (sebesar biji kurma), maka tidak akan turun dari langit setitis air, juga tidak akan tumbuh dari dalam bumi beberapa tumbuh-tumbuhan."
Perbandingan saiz di antara kurma dan biji kurma. 

Kemudian Jibril melaporkan kepada Allah, "Wahai Tuhanku, berapa yang harus aku ambil dari api neraka itu?" Allah berfirman, "Ambillah kira-kira sebesar semut kecil. Kemudian Jibril mengambil api neraka itu kira-kira sebesar semut kecil. Kemudian api neraka tadi yang sebesar semut kecil itu, dibenamkan ke dalam lautan sebanyak 70 kali. Kemudian Jibril datang membawa api itu dan diletakkan di atas gunung yang tinggi, maka gunung itu menjadi hancur.

Kemudian Jibril mengembalikan api tadi ke tempatnya, iaitu neraka, sedangkan asapnya yang masih tertinggal di beberapa batu dan besi ditinggalkan, sehingga hari ini. Maka api yang ada sekarang ini adalah daripada api neraka yang sebesar semut itu. Oleh itu ambillah keterangan ini sebagai satu pengajaran kepada diri kita semua. Allahuarkabar!
Kemudian api neraka tadi yang sebesar semut kecil itu, dibenamkan ke dalam lautan sebanyak 70 kali. Kemudian Jibril datang membawa api itu dan diletakkan di atas gunung yang tinggi, maka gunung itu menjadi hancur.

Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sumber: Himpunan Kisah-Kish Teladan, Syarikat Nurulhas. 
Sebarkan Ilmu, Untuk Saham Akhirat !
https://qiamatmakinhampir.blogspot.com/2014/09/kisah-asal-usul-api-di-dunia.html

Popular Posts

10 Mayat Yang Tidak Akan Reput Di Dalam Kubur







Kisah Malaikat Harut dan Marut Mengajar Sihir Kepada Manusia

Eksklusif ! Hari Pertama Kita Di Syurga



Tiada ulasan: