Tulah... Beroleh kuasa KHIANAT. Kuasa kadang mengakibatkan seseorang jadi biadap kurang ajar. Takdir dan ketentuan Allah terlebih awal dari perkhabaran kepada manusia dengan peristiwa tewasnya umno.
Tetapi ...Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Singapura dikafirkan. Ingatkan insaf - Pulau Batu Putih pun sudah jadi wilayah kafir yang asalnya kedaulatan Tanah Melayu. Diberi amanah tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pun kena jual. TUDM Sungai Besi pun dari milik kerajaan sudah jadi milik syarikat asing. Nauzubillahminzalik.
Bila seseorang ingat Kerajaan Malaysia boleh dijadikan dia punya. Walhal mati pun tinggal. Orang lain take over. Al maklum Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dah tuu Sudah jatuh ditimpa tangga.
Tu yang jadi sampai berpuluh-puluh pertuduhan setiap seorang. Xkan satu pun xlekat untuk disabitkan kesalahan. DENDAM? kalau menghukum sebab dendam atau sabotaj senang sahaja... Hidup ibarat putaran roda.
Percayailah takdir dan ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta'alla.
KU NAN, LOOKING PALE AFTER A NIGHT IN THE LOCKUP, CHARGED FOR TAKING RM3 MILLION IN BRIBES FROM 2 PROPERTY DEVELOPERS, BAIL SET AT RM1 MILLION
Thursday, 15 November 2018
BRO, KALAU SAMUN PUN DAH JUTA-JUTA....
Bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil mempertikai keputusan mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM1 juta terhadap Rosmah Mansor yang dituduh menerima rasuah berkaitan projek solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak.
Turut didakwa bersama Rosmah hari ini ialah bekas pegawai khasnya, Rizal Mansor yang juga dikenakan ikat jamin sebanyak RM1 juta oleh mahkamah.
Isham mempertikai jumlah itu kerana katanya, dalam pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kepada Najib dan Rosmah sebelum ini, pasangan itu sudah pun membayar sebanyak RM12.6 juta ikat jamin kepada mahkamah.
Hello bro...kalau dah samun pun juta-juta, mestilah ikat jamin kena berjuta juga jumlahnya!!
Takkan nak kena ikat jamin sebanyak RM5,000 saja macam orang curi makanan di pasaraya misalnya. Lagilah tak logik nanti.
Lagi satu bro...janganlah tunjuk sangat "tak cerdik" tu depan orangramai dengan mempertikai benda-benda simple macam ni!! (ShahbudinHusin 15/11/2018)
Shahbudin dot com: BRO, KALAU SAMUN PUN DAH JUTA-JUTA....
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/bro-samun-pun-juta-juta.html
KU NAN DIDAKWA TERIMA RASUAH RM3 JUTA
KUALA LUMPUR: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 2 pertuduhan menerima RM3 juta daripada 2 pemaju hartanah berhubung penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menerima RM1 juta daripada pemaju Datuk Tan Eng Boon yang didakwa memberi rasuah dan bersubahat dengan ahli Parlimen Putrajaya itu.
Tan turut didakwa di mahkamah hari ini.
Bendahari agung Umno itu didakwa melakukan kesalahan itu di Bank CIMB cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra pada 27 Disember 2013.
Bagi pertuduhan ke-2, Tengku Adnan didakwa menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan, Cai Kin Kong melalui sekeping cek daripada Aset Kayamas Sdn Bhd, walaupun beliau tahu Aset Kayamas, Sinerjuta Sdn Bhd, Fiber Vista Sdn Bhd, Era Ecoland Sdn Bhd, Garuda Searah Sdn Bhd dan Ujana Mutiara Sdn Bhd berurusan dengan kementeriannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016.
Tengku Adnan diwakili peguam, Tan Hock Chuan, manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar.
Tengku Adnan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang menyatakan ia adalah kesalahan untuk penjawat awam menerima sebarang pemberian tanpa pertimbangan.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya.
Beliau turut berdepan satu pertuduhan alternatif di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Umar mencadangkan ikat jamin RM1 juta yang tidak mendapat bantahan daripada peguam Tengku Adnan.
Hakim kemudian menetapkan ikat jamin RM1 juta dengan 2 penjamin million dan mengarahkan Tengku Adnan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Sebutan semula kes ini pada 12 Disember nanti.
FREE MALAYSIA TODAY
https://www.malaysia-chronicle.com/?p=144169
Tiada ulasan:
Catat Ulasan