Jenis tanam kepala ke bawah, kaki ke atas - cam tanam tiang letrik terbalik. Sedikit, secubit, secoet. Benang dah basah - usahalah tegakan. Penjara menanti najib.
Ada kebaikan untuk pertimbangkan cadangan bernas ini dari saudara Wee Ka Siong.
Selesaikan dan kembalikan ketenangan secepat mungkin.
https://www.facebook.com/search/top/?q=najib%20razak
Ini Najib Razak yang baru. I i Najib Razak yang bangkit berjuang demi rakyat yang ditindas PH dan demi membersihkan namanya yang difitnah oleh PH
Najib Razak Najib Razak - Ini adalah perkembangan Tun Razak Exchange...
Projek TRX ini yang di bawah 1MDB menjadi bahan kepada pelbagai pembohongan, fitnah dan serangan sebelum PRU14.
Saya ingin ambil kesempatan untuk memperbetulkan segala pembohongan ini, biarpun ia sudah dilakukan sebelum ini.
Bertentangan dengan apa yang diperkatakan, ia bukan sekadar lubang besar di kawasan itu tanpa sebarang pembangunan atau 1MDB mencuri kesemua wang daripada projek ini. Ia kini satu pembangunan yang pesat.
Kerajaan hanya memberikan RM1 juta sebagai modal permulaan kepada 1MDB, di mana 1MDB kemudiannya meminjam jumlah selebihnya.
Sebab itu tanah bagi TRX ini dijual oleh kerajaan kepada 1MDB pada harga murah. Pada masa itu, tanah TRX ini yang terletak di bahagian lama bandaraya ini bukanlah tanah kosong tetapi sudah didiami oleh kedai, bangunan, pangsapuri dan juga pasar Imbi.
Harga jualan itu sendiri tidak menceritakan sepenuhnya di mana sebahagian daripada syarat penjualan itu adalah, TRX perlu membiayai pemindahan dan pampasan kepada penghuni di kawasan itu.
Ia adalah satu proses yang perlahan dan mahal.
Contohnya, Kompleks Bersepadu Komersil Pudu (ICC) dibiayai dan dibina oleh 1MDB sebagai ganti kepada pasar Imbi. Ia dibuka pada April 2016.
1MDB juga diberitahu bahawa kerajaan tidak akan membiayai pembangunan infrastruktur bagi TRX dan 1MDB perlu membiayainya dan membina sendiri.
Memandangkan kawasan itu adalah satu kawasan yang sesak di bandaraya Kuala Lumpur, 1MDB perlu membiayai dan membina infrastruktur bernilai RM3 bilion yang turut mencakupi beberapa terowong bawah tanah bagi menghubungkan TRX dengan lebuhraya berhampiran.
Kesemua ini menokok tambah kepada kos tanah yang dibeli 1MDB. Jangan hanya melihat kepada harga tanah sahaja.
Satu lagi propaganda pada masa itu ialah mengenai projek Exchange 106 di mana ia adalah bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara dan kononnya dimiliki sepenuhnya oleh syarikat asing dan memalukan kerana Malaysia tidak memiliki bangunan tertinggi itu.
Ini tidak benar. Kerajaan memiliki 51 peratus daripada Exchange 106 ini.
1MDB juga memiliki 40 peratus daripada pembangunan LifeStyle Quarter di TRX dengan syarikat hartanah terbesar Australia, Land Lease yang memiliki baki 60 peratus. Pembangunan LifeStyle Quarter ini merangkumi sebuah hotel mewah, enam menara kediaman dan sebuah premis peruncitan serta sebuah taman.
Sebelum PRU14, syarikat seperti HSBC, CCCC, Prudential, Affin Bank dan banyak syarikat lain telah membeli tanah daripada 1MDB dan membina ibupejabat rantau mereka di tanah berkenaan.
Tetapi selepas PRU14, masih tidak nampak ada sebarang kemasukkan syarikat baru di TRX.
Kita dapat gambarkan betapa banyak hasil dan aktiviti ekonomi daripada pembinaan ini dalam video dapat dijana dan sumbangannya kepada kerajaan serta negara ini. Betapa banyaknya pembekal bahan mentah, pekerja, jurutera, syarikat pembinaan dan lain-lain meraih manfaat daripada TRX setakat ini? Sudah tentu berganda-ganda.
Dan betapa banyak manfaat akan diterima rakyat Malaysia daripada pekerjaan berpendapatan tinggi setiap tahun apabila TRX memulakan operasi sebagai pusat kewangan Malaysia.
Terdapat banyak lagi tanah kosong menanti untuk dibangunkan di TRX dan dimiliki oleh 1MDB.
Bagaimanapun, salah satu lot tanah itu dijual kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta atau pada harga RM2,773 sekaki persegi.
Lanjutan dari pembelian Tabung Haji itu, pembeli lain telah membayar RM3,500 sekaki persegi, malah ada yang membayar lebih dari RM4,000 sekaki persegi.
Pada masa itu, Tabung Haji diserang bertalu-talu oleh PH dengan mendakwa 1MDB telah merompak Tabung Haji dan Tabung Haji bakal muflis ekoran pembelian itu.
Pada ketika itu, saya tertanya-tanya, bagaimana agaknya Tabung Haji boleh muflis dengan membeli tanah itu pada harga RM180 juta pada masa ia memiliki aset RM60 bilion. Tetapi apabila propaganda itu diulang-ulang dan dilaungkan tanpa henti serta membangkitkan emosi rakyat, sukar untuk kita memberitahu mereka logik ini.
Hari ini, tidak mungkin Tabung Haji akan menjual tanah itu biarpun dipaksa untuk menjualnya. Ini kerana mereka memiliki sebidang tanah yang boleh meraih keuntungan besar kerana jiran mereka adalah ibupejabat kepada pelbagai syarikat kewangan antarabangsa dan pelbagai syarikat terbesar di dunia.
Sebagaimana Lim Guan Eng pernah nyatakan, projek TRX menguntungkan dan kerajaan akan meraih untung biarpun selepas mengambilkira kos dan faedah pinjaman bagi projek itu.
Nilai penangunan kasar (GDV) TRX sebanyak RM40 bilion atau lebih kepada kerajaan. Nilai aset kepada kerajaan bakal meningkat dan bernilai lebih tinggi pada masa akan datang.
Ini belum lagi mengambil kira hasil cukai yang diperolehi daripada fasa projek pembinaan dan hasil cukai daripada pekerja dan syarikat yang beroperasi di TRX ini kelak.
Ada stesen MRT yang besar di TRX dan sebelum ini, bakal menyambung kepada stesen di Bandar Malaysia untuk terus ke Singapura. Tetapi semua ini telah dimansuhkan.
Walaupun 1MDB memang ada masalah tetapi niat menubuhkannya ialah baik - iaitu untuk terus membangunkan negara dan menjana aktivit ekonomi dan peluang pekerjaan.
1MDB masih boleh beruntung besar selepas membayar segala hutang jika aset-aset mereka terus dibangunkan dan perjanjian penyelesaian dengan IPIC diteruskan untuk mendapat kembali setiap sen yang didakwa hilang oleh 1MDB.
Saya pernah nyatakan sebelum ini mengenai hasil RM400 bilion bagi Petronas dan Tenaga Nasional Berhad berikutan peranan 1MDB membantu menyelesaikan perjanjian berat sebelah IPP.
Hari ini saya menyentuh mengenai TRX. Saya akan menulis mengenai projek Bandar Malaysia selepas ini.
Adalah penting untuk melihat kepada aset dan hasil daripada projek 1MDB dan tidak terkongkong kepada hutang ditanggung mereka semata-mata.
https://www.facebook.com/najibrazak/videos/vb.157851205951/285995095357279/?type=2&theater
Najib Razak - Siaran
Saya bernasib baik bahawa ISA telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes liwat. - DS Najib Razak
Amat ketara bahawa kerajaan PH hari ini menggunakan segala kuasa kerajaan, agensi kerajaan dan media di bawah kawalan mereka untuk terus mempengaruhi pemikiran rakyat demi memburukkan nama saya biarpun kes 1MDB menunggu perbicaraan di mahkamah.
Terbaru ialah dakwaan melalui kenyataaan media Jabatan Audit Negara pada pagi Ahad bahawa bekas pegawai saya pada awal tahun 2016 pernah cuba untuk menyembunyikan fakta bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat di 1MDB.
Selepas saya tiba dari Pekan melalui perjalanan kereta petang tadi, saya telah meminta peguam saya untuk mengeluarkan kenyataan bagi membalas dakwaan terbaru ini.
Saya akan muatkan di FB saya sebentar lagi.
Jika kita lihat secara teliti dan matang, Kementerian Kewangan di bawah saya telah menjawab melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 untuk mengesahkan bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat 1MDB tetapi hadir dalam kapasiti mewakili syarikat PetroSaudi dan bagi pihak Putera Turki.
Sebelum itu juga, fakta ini juga telah disahkan, dijelaskan dan dibincangkan di prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 25 November 2015.
Kedua-dua pendedahan ini sudah berlaku sebelum tarikh yang didakwa oleh kenyataan media Jabatan Audit Negara bahawa berlakunya cubaan untuk menyembunyikan nama Jho Low di dalam laporan Audit Negara.
Amat jelas, tiada sebarang cubaan oleh kerajaan lalu untuk menyembunyikan dari ahli PAC ataupun dari rakyat tentang kehadiran Jho Low dalam salah satu mesyuarat 1MDB.
Saya bernasib baik bahawa ISA telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes liwat.
Foto: Silaturahmi Akbar Mahasiswa dan Pemuda Sulawesi Selatan, bertema Kepemimpinan Nasional Menyongsong Pemimpin yang Bebas dari Isu Masa Lalu, Rabu (28-11-2018)
Indonesia Kaya Tapi Tak Sejahtera Karena Pemimpinnya Tak Jujur Rabu, 28 November 2018 21:25
KIBLAT.NET, Jakarta – Indonesia tak kunjung sejahtera meski kaya akan sumber data alam. Penyebabnya adalah tak adanya pemimpin yang jujur.
Hal itu diungkapkan oleh Direktur Lingkar Madani (Lima), Ray Rangkuti. Dia menyebut Indonesia, yang kaya sumber daya alam, tak kunjung sejahtera disebabkan pemimpin yang jujur.
“Kita ini kurang pemimpin yang jujur, jangan serahkan perubahan ke orang tua dan politisi,” ungkap Ray Rangkuti dalam acara Silaturahmi Akbar Mahasiswa dan Pemuda Sulawesi Selatan, bertema Kepemimpinan Nasional: Menyongsong Pemimpin yang Bebas dari Isu Masa Lalu di bilangan Setiabudi, Jakarta Pusat, Rabu (28/11/2018).
Menurutnya, musuh bangsa Indonesia adalah korupsi. Karenanya, harus ada pemimpin yang berani melawan korupsi dan sikap-sikap tidak amanah serta tidak jujur.
Dalam kesempatan yang sama, Politisi Partai Amanat Nasional (PAN) Bashirudin Amiruddin menyebut masa depan Indonesia berada di tangan para pemuda alias kaum milenial. Pada Pemilu serentak 2019 mendatang para milenial menjadi pemilih mayoritas.
Di hadapan ratusan mahasiswa dia mengatakan jika ada yang salah pada kepemimpinan di Indonesia, yang salah bukanlah pemilihnya. “Bukan salahkan mereka, tapi tanya sendiri mengapa kita pilih dia,” ujarnya.
Reporter: Muhammad Jundii
Editor: Imam S.
Editor: Imam S.
https://www.kiblat.net/2018/11/28/indonesia-kaya-tapi-tak-sejahtera-karena-pemimpinnya-tak-jujur/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan