Akibat air laut semakin naik, Singapura bakal menjadi negara kota yang tenggelam.
Sayugia diingatkan nukilan ini tanpa prajudis. Terima kasih.
Xperlu bazirkan duit biaya bina pintu buka tutup laut atau keperluan resevor. Kembalikan Azan di lain-lain Masjid di Singapura, berkumandang sebagaimana Masjid Sultan, Singapura. LKY pun now ingin keluar dan izinkan Azan berkumandang semula. Pastinya dia ingin anut Islam tapi to late - hidayah untuk dia telah tertutup.
2. Beri kuasa Majlis Agama Islam Singapura melindungi iman Umat Islam Singapura seperti adakan Mahkamah Syariah yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah konvensional. Barulah yang jadi pengunjung (Orang Islam) jalan merah boleh didakwa, begitu juga yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan boleh ditangkap dan didakwa. Lagi bagus jika pemerintah Singapura laksanakan Hukum Hudud sebagai garis panduan Umat Islam Singapura dan Umat Islam yang datang berkunjung ke Singapura.
3. Jenamakan semula Singapura bukan Singapore. Selari dengan Lagu Kebangsaan Berbahasa Melayu - Majulah Singapura bukan Majulah Singapore.
4. Lagi pun Singapura masih tanah jajahan takluk Sultan Johor. Itu sebab Sultan Johor dan kerabatnya tidak perlu cop paspot untuk ke Singapura. Bendera pun bulan dan bintang petanda Singapura sebagai sebahagian Wilayah Nusantara yang berteraskan Islam.
Langkah-langkah di atas dapat menutup mulut longkang Melayu yang contohkan Singapura kononnya itu ini. Walhal Umno lah yang telah mengkafirkan Singapura dan Pulau Batu Putih. Nauzubillahminzalik.
Cukuplah 4 syarat di atas bagi melindungi Singapura dari tenggelam sebagaimana olahan pemikiran pakar yang hanya bergantung kepada celek akal bertaraf manusia sahaja. Mereka tidak akan dapat mengatasi Kehendak, Ketentuan dan Takdir Allah Subhanahu Wa Ta'alla.
Dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'alla ...berita dibawah xperlu diviralkan dan hanya langkah membazir dalam menyekat kehendak Allah .. Siapalah manusia jika dibanding dengan Kerajaan Allah. Sebuk sekat air laut naik melimpah, Allah takdirkan bumi Singapura terbelah? Allahu Akbar.
SINGAPURA – Dengan paras air laut di peringkat global dijangka semakin meningkat, Public Utility Board (PUB) terpaksa buka tender bagi mengenal pasti cara-cara melindungi struktur pantai Singapura daripada tenggelam.
Demikian diumumkan sendiri oleh agensi air negara tersebut menerusi satu kenyataan rasmi media yang dikeluarkan pada 27 Januari dan turut disiarkan stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.
PUB dilaporkan sedang menimbangkan untuk mengarahkan agar satu kajian kejuruteraan dijalankan bagi mengenal pasti langkah-langkah melindungi struktur-struktur yang melindungi tanah daratan utama Singapura.
Ini termasuk empangan, pintu pasang surut, daik dan alur limpahan air di 11 takungan bagi menangani isu air laut yang semakin meningkat pada masa akan datang dan dijangka menenggelamkan republik itu jika kurang bersedia.
Tender dikeluarkan PUB tersebut bakal menyemak kembali rekaan struktur sedia ada dan menilai sama ada ia mencukupi untuk bertahan daripada ancaman paras air laut yang dijangka semakin meningkat pada masa depan.
Ini juga meliputi langkah-langkah memastikan kesempurnaan struktur di takungan itu sebagai persediaan berdasarkan Tinjauan Perubahan Iklim Nasional kedua yang dijalankan oleh Pusat Kajian Iklim Singapura.
Sebahagian daripada penyesuaian yang mungkin dilakukan termasuk meninggikan pintu pasang surut, memasang tiang penimbal dan menaik taraf struktur pintu pasang surut, menurut kenyataan badan berkanun itu lagi.
Ketua Pegawai Kemampanan PUB, Tan Nguan Sen berkata bahawa langkah pencegahan awal ini perlu demi mempertingkat perancangan penyesuaian bagi menangani kesan perubahan iklim dan melindungi prasarana air.
“Meskipun struktur takungan cukup menangani paras air laut sekarang, tender ini membolehkan kita buat persediaan bagi paras laut semakin tinggi dan langkah awal lindungi takungan hingga tahun 2100,” jelas Tan.
Bagi menampung kenaikan paras air laut masa akan datang, paras tambakan minimum di Singapura pernah dinaikkan setinggi satu meter pada 2011 iaitu dua meter melepasi paras air laut tertinggi yang pernah dicatatkan.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Baca: Tarif Bil Air Singapura Bakal Naik Lebih RM6 Elak Bazir
https://www.mynewshub.tv/hangat/singapura-buka-tender-projek-lindungi-negara-itu-tenggelam/
HALANG… Hasrat Firefly Sdn. Bhd., anak syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) pindah operasi pendaratan dan perlepasan di Singapura disekat Penguasa Penerbangaan Awam Malaysia (CAAM).
Ini mengakibatkan syarikat ditubuhkan sejak 2007 itu gagal dapat kebenaran CAAM untuk beroperasi di Lapangan Terbang Seletar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, menurut laporan media Singapura hari ini.
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dilaporkan keluar kenyataan itu sebagai jawab pertanyaan media ekoran Firefly mengesahkan awal minggu ini bahawa penerbangannya ke Singapura digantung mulai 1 Disember.
Syarikat tersebut menyatakan bahawa ia perlu selesaikan dengan pihak CAAM terlebih dahulu mengenai “hal-hal berkaitan rancangan CAAS untuk memindahkan operasi pesawat kipas turbo dari terminal di Changi ke Seletar”.
Untuk rekod, terminal penumpang komersial yang baharu di Seletar, kira-kira 16 kilometer dari Changi; mula beroperasi minggu lalu dengan penerbangan pesawat kipas turbo dijadual beroperasi mulai awal bulan depan.
Changi Airport Group (CAG), sebuah agensi milik pemerintah republik itu menyatakan bahawa pemindahan “operasi pesawat lebih kecil dan perlahan” ke Seletar akan membolehkan penggunaan optimum sumber di Changi.
Mendedahkan urutan masa berhubung hal tersebut, CAAS menyatakan pada 2014, pihaknya sudah memaklumkan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Firefly tentang pemindahan operasi penerbangan pesawat kipas turbo.
Pada dasarnya, Firefly sudah setuju dengan pemindahan itu dan menurut CAAS “sebagaimana setiap pemindahan operasi penerbangan lain, CAG kemudian berunding pula dengan Firefly tentang tempoh masa pemindahan.”
Pada Julai 2018, CAG secara formal memaklumkan Firefly bahawa operasi penerbangannya akan dipindahkan ke Lapangan Terbang Seletar mulai 1 Disember 2018 dan menurut CAAS, perkara ini dipersetujui oleh Firefly.
Namun pada 14 November lalu, Firefly maklum CAG bahawa ia tidak dapat izin rasmi CAAM untuk beroperasi di Seletar. CAAS menyatakan pihaknya sudah minta CAAM untuk kongsi sebarang isu pengawalseliaan pemindahan.
Malah CAAS menambah bahawa pihak berkuasa Singapura sudah pun membuat “semua persiapan dan meluluskan semua permohonan” oleh Firefly yang memiliki 13 buah pesawat model ATR 72 untuk beroperasi di Seletar.
Menurut CAAS lagi, lapangan terbang itu juga memenuhi keperluan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa berhubung reka bentuk dan operasi terminal yang asalnya merupakan Pangkalan Tentera Udara Singapura.
Pihak Singapura ketika ini masih lagi menantikan penjelasan rasmi daripada kerajaan Malaysia tentang keprihatinan ini supaya kedua-dua negara boleh mengadakan dialog secara membina, menurut CAAS.
“Singapura sudah sampaikan kepada Malaysia bahawa kami sedia bekerjasama dengan mereka berkaitan isu ruang udara bagi kepentingan penerbangan awam antarabangsa dan dua hala,” tambahnya lagi. – Agensi/Mynewshub.TV
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/malaysia-sekat-firefly-pindah-dari-changi-ke-seletar/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan