Jumaat, 16 November 2018

Seminggu RM300.00 8657.


Tiga minggu berturut-turut - Mula-mula konon bayar itu ini. Sebelumnya beribu dah habis. Reset bayaran pun tak nampak sebagai tunjuk bukti. Rupa-rupanya enjoy sakan dengan kawan. Sudahnya pelajaran tak sampai tiga bulan. Out kena kick. Lepas itu bukan tak buat hal lagi. Memang tidak pernah belajar? Atau memang tak ada sikap cerdik atau buka mata. Nauzubillahminzalik.

Hasilnya sampah. Kali ke 3 di tempat berbeza dihukum buang. Dari kes ponteng duduk bawah pokok sawit dan duduk rumah kawan ponteng. Di gantung sebab kes rokok dan ke tiganya ponteng dan memalsukan surat cuti sakit.

Akhirnya semua jadi sampah dan menjadi orang yang tidak boleh dipercayai dan bukan orang yang tahu menghargai diberi peluang. Lebih suka menjadi pembuli kepada keluarga dan jenis pembohong. Cakap besar tetapi malas dan pemalas.

Semuanya utamakan kawan. Kawan xada duit dia yang susah - berlagak macam banyak duit. Bila sendiri susah xpula cari kawan - cari keluarga juga. Boleh auta kononnya orang yang ada kelulusan tinggi xbergaji seperti dia... tapi kerja yang gaji tinggi kononnya cuma sekejapan kerjanya dan dibuang kerja sebab ponteng dan pemalas. Sempat lagi berbohong. Nauzubillahminzalik.
Titik dalam bulatan itu diri kamu. Dikelilingi warna putih dan bulatan biru itu sebagai penampan sedia ada dalam diri kamu. Putih sekeliling kamu akan kekal putih atau bertukar warna? Ikut kehebatan kamu? Ikut ilmu dan amal yang kamu ada? Terus menambah ilmu? 


Tiada ulasan: