Xmengaku pencuri, perompak dan penyamun sebab Allah sudah cabut rasa malu pada diri seseorang hamba Nya itu. Dalam erti kata tersembunyi [tidak disedari pelaku], hamba Nya itu telah Allah hinakan dengan kelaku menegakan benang basah.
Kalahnya pencuri, perompak dan penyamun dan yang bersubahat ini di dunia ialah di Mahkamah. Di Pengadilan Allah di Akhirat kelak. Paling awal di alam barzah. Bersiap sedia kita semua, supaya kita termasuk di kalangan orang-orang yang beruntung di Akhirat kelak. Aamiin.
Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub
'Cukup-cukuplah panggil Najib penyamun, pencuri'
RIDAUDDIN DAUD 8 NOVEMBER 2018
SHAH ALAM - “Cukup-cukuplah menggelar dan memanggil Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai penyamun, pencuri.”
Demikian nasihat Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub yang menggesa orang ramai tidak lagi melabel Najib dengan tuduhan sebegitu kerana masih belum terbukti bekas perdana menteri itu bersalah.
Menurutnya, ‘cerita pencuri, penyamun’ itu diwar-warkan dan dilaungkan sejak dua tahun dulu, sebelum pilihan raya lagi dan ia adalah kerja-kerja pembangkang pada waktu itu.
“Ini kerja-kerja pembangkang ketika itu, kemudian disokong oleh Mahathir (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri yang sampai sekarang menggelar Najib sebagai pencuri.
[ ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya bukan pencuri perompak penyamun’ ]
“Pencuri yang dimaksudkan mereka dikaitkan dengan kes kononnya Najib mencuri duit 1MDB.
“Dakwaan yang dikemukakan kepada Najib satu pun tidak sentuh soal 1MDB tapi semua dakwaan atas dasar AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001),” katanya kepada Sinar Harian.
Ketika ditanya adakah beliau merasakan Najib benar-benar menyamun dan mencuri duit 1MDB, Mustapha menegaskan beliau tidak percaya dengan tuduhan sebegitu.
“Kalau tanya sayalah, saya tidak percaya Najib curi atau samun duit 1MDB. Kalau nak menggelar Najib pencuri dalam kes 1MDB ini, kita tidak dapat ada bukti-bukti jelas katakan beliau terlibat.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Apa perasaan anda kalau berada di tempat Najib? ]
“Mungkin apa yang berlaku adalah dia salah urus dalam hal 1MDB. Itu yang berlaku,” tegasnya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib menegaskan bahawa beliau bukan seorang pencuri, perompak dan penyamun.
Kenyataan itu dibuatnya melalui perkongsian di Facebook Live baru-baru ini berkenaan dakwaan dan tohmahan mengenai dana RM2.6 bilion ke atas dirinya.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/cukup-cukuplah-panggil-najib-penyamun-pencuri-1.901706
Tiada ulasan:
Catat Ulasan