Khamis, 22 November 2018

Yang haram. Haram jadah lain. Tu kena tanya najib sebab dia yang sebut masa jadi PM. 8689.


Kepala bapak kau. Melayu terbangsat. etc... semua keluar dari mulut dia. Insan terpilih xkanlah berkata kesat. 

DAP sedia peguam iring Eddy Rejang ke balai polis

Roketkini pada roketkini.com - 3 jam yang lalu
DAP akan menyediakan peguam bagi mengiringi lelaki yang merakam aksi dirinya sendiri mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang promoter bir …

Kisah Gadis Promoter Arak Di Pasaraya Ampang..

Ibnu Hasyim pada Ibnu Hasyim - 4 jam yang lalu
*Walau dimaki, gadis promoter bir minta tidak panjangkan isu* *PETALING JAYA:* Gadis promoter bir yang dimaki oleh seorang lelaki di sebuah pasar raya menerusi video yang tular sehingga membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia, meminta supaya isu tersebut tidak dipanjangkan. Perkara itu dimaklumkan oleh syarikat pengeluar minuman keras, Carlsberg Malaysia, tempat gadis tersebut bertugas, dalam satu kenyataan pada pagi Rabu. Pengarah urusannya, Lars Lehmann berkata, pihaknya kecewa mengenai bagaimana promoter berkenaan diperlecehkan semasa bertugas walaupun memenuhi piawaian dan pera... lagi »

Thursday, November 22, 2018


Kisah Gadis Promoter Arak Di Pasaraya Ampang..


Walau dimaki, gadis promoter bir minta tidak panjangkan isu


PETALING JAYA: Gadis promoter bir yang dimaki oleh seorang lelaki di sebuah pasar raya menerusi video yang tular sehingga membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia, meminta supaya isu tersebut tidak dipanjangkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh syarikat pengeluar minuman keras, Carlsberg Malaysia, tempat gadis tersebut bertugas, dalam satu kenyataan pada pagi Rabu.
Pengarah urusannya, Lars Lehmann berkata, pihaknya kecewa mengenai bagaimana promoter berkenaan diperlecehkan semasa bertugas walaupun memenuhi piawaian dan peraturan.
Menyifatkan tindakan lelaki tersebut merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima, beliau berkata syarikat bagaimanapun berbangga dengan gadis tersebut dalam menangani situasi yang sukar ketika itu.
Malah katanya, syarikat menawarkan sokongan sebaik sahaja petugas tersebut membuat laporan kejadian. 
“Kami ingin menegaskan bahawa aktiviti pensampelan kami hanya untuk orang bukan Islam pada had usia yang dibenarkan mengikut undang-undang.
“Walaupun kami mempunyai hak di atas perkara (insiden) ini, keutamaan kami adalah keselamatan promoter. Kami menghormati keputusan promoter tersebut untuk tidak memanjangkan perkara ini lagi,” katanya.
 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Carlsberg Malaysia berhubung insiden promoter syarikat itu dimaki.
Lars berkata, promoter berkenaan menghargai kata-kata sokongan yang diterima daripada semua pihak. 
Tambah Lars, gadis tersebut meminta semua pihak untuk menghormati privasinya dengan tidak menyebarkan imej, video dan maklumat peribadinya.
“Carlsberg Malaysia menghormati keputusan promoter tersebut dan terus menawarkan bantuan kepadanya serta memantau keadaan pada masa sama,” katanya.
Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang lelaki melemparkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap seorang promoter wanita di rak jualan bir di bahagian barangan tidak halal di sebuah pasar raya di Ampang. 
Menerusi video yang tular, dia juga berterusan mengkritik wanita itu dan mendesaknya untuk bercakap dalam bahasa Melayu kerana katanya ini adalah 'Bumi Melayu'.
Walaupun lelaki berkenaan memarahinya dan mendesak mahu mengetahui sama ada dia mempromosikan bir itu kepada semua orang termasuk orang Islam, promoter itu tetap kelihatan tenang.
 Lelaki yang memaki promoter bir  dalam satu video tular membuat permohonan maaf secara terbuka.
Selain memaki dan melayan promoter wanita itu secara kasar, lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat lucah sebelum beredar.
Lelaki berkenaan yang lebih dikenali sebagai Edi Rejang kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka di halaman Facebokok, pada malam Selasa.
“Saya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut.
“Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal di atas tindakan saya terhadap promoter tersebut,” katanya, sambil menambah berharap agar isu berkenaan tidak seharusnya dipanjangkan oleh mana-mana pihak selepas ini. (mStar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya lelaki yang menegur gadis itu dipersalahkan. Kalau gadis itu Muslim, ia wajar ditegur kerana memang salah dari segi hukum agama orang Islam berkerjasama dalam menjual arak. Dan pemimpin pula (PH) perlu memikirkan bagaimana rakyatnya yang Islam bebas mengamalkan agamanya di dalam negaranya sendiri.

Yang mengaku Islam tapi tak mahu ikut peraturan agamanya, itu soal lain. Dari segi undang-undang negara di Malaysia bolehkah arak kencing syaitan atau bir dijual di pasaraya secara terbuka? Kalau boleh itulah realiti suasana Islam di Malaysia. Samada Islam tulin atau Islam tuli? Terserah..
Hasil carian imej untuk 8 golongan minum arak
Hasil carian imej untuk mahathir minum arak
Hasil carian imej untuk mahathir minum arak
Hasil carian imej untuk mahathir minum arak

1 comment:

Anonymous said...
Apakah ini satu taktik diversion pada waktu orang Islam sedang bersatu membantah ICERD? Kenapa pula dap yang muncul sebagai hero?











http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/kisah-gadis-promoter-arak-di-pasaraya.html
Ibnu Hasyim: Kisah Gadis Promoter Arak Di Pasaraya Ampang..

Lagi, 153 Orang TKI Bermasalah Dideportasi dari Malaysia

Muhammad Bunga Ashab pada SINDOnews | Berita Terkini dan Terpercaya | RSS - 12 jam yang lalu
Ratusan TKI bermasalah kembali dideportasi dari Malaysia lewat Pelabuhan Internasional Sri Bintan Pura (SBP) Tanjungpinang, Rabu (21/11/2018).



Tiada ulasan: