Isnin, 3 Disember 2018

Itu semua Amanah Allah buat saya. 8797.



Ada hikmah di sebalik kejadian itu,  pada 10 Ogos 1982 di Jalan Parlimen Kuala Lumpur. Aamiin 



Kisah teladan yang sangat baik buat kita. Walaupun kemalangan, semua dokumen tersimpan rapi dalam keadaan berdarah.
Semua disimpan dalam sarung bantal hospital kerana kata bekas pekerja Pos Malaysia itu, surat berdaftar boleh jadi duit, jam tangan, dan dokumen rasmi.
"Itu semua Amanah Allah buat saya"
Semoga hari ini kita juga dapat jalankan tugasan dengan penuh amanah.
BHARIAN.COM.MY
Ahad, 2 Disember 2018 | 12:01pm
MASZLEE (kanan) ketika bertemu Norlisman di Bilik Kunjungan, Bangunan Sementara Parlimen, Khamis lalu. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
'Terima kasih pakcik'
Oleh Veena Rusli veena@nstp.com.my\

KUALA LUMPUR: Dr Maszlee Malik sukar menahan air mata yang bergenang sambil menatap wajah insan yang menunjangi jati dirinya sejak 36 tahun lalu.

Pertemuan eksklusif Menteri Pendidikan itu bersama Norlisman Abu, 65, di bangunan Parlimen pada Khamis lalu, merakam sejarah tersendiri buat kedua-duanya, selain turut menjadi satu lagi catatan bermakna buat akhbar ini.

Pada 10 Ogos 1982, Norlisman yang bertugas sebagai posmen, terbabit dalam kemalangan di selekoh laluan berhampiran Jalan Parlimen dalam keadaan hujan renyai.

Ketika membrek motosikal bagi mengelak daripada merempuh kereta di hadapan, beliau tercampak ke jalan raya dan cedera parah di kepala.

Dalam keadaan darah mengalir membasahi muka, Norlisman sempat mencapai kunci motosikal bagi membuka peti menyimpan surat dan mencapai beberapa keping surat berdaftar yang sepatutnya dihantar pada hari itu.

“Saya tak ingat sangat siapa yang menghantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tapi yang pasti saya dakap erat semua surat berdaftar itu, habis berdarah semuanya.
PERTEMUAN Maszlee bersama Norlisman kira-kira sejam di bangunan Parlimen pada Khamis lalu. 
- NSTP/Mohd Yusni Ariffin
“Kebetulan masa saya sampai di Wad Kecemasan HKL, ada wartawan dan jurugambar akhbar yang berada di situ kerana tugasan lain.

“Mereka nampak saya diusung sambil memeluk surat berdaftar, keluarlah gambar dan berita saya dalam BH dan New Straits Times (NST) esoknya,” katanya.

Apa kaitan kisah Norlisman dengan Menteri Pendidikan itu?

Maszlee mendedahkan bagaimana kisah posmen jujur itu kerap diceritakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 (STAR 2), Johor Bahru, Ho Peng Seng, ketika perhimpunan.

“Saya tinggal bersama datuk ketika kecil dan membesar membaca akhbar BH. Saya ingat kisah pakcik Norlisman kerana ia berbeza dengan berita kemalangan yang biasa dibaca.

“Berita dalam BH itu memaparkan sikap amanah pakcik Norlisman, bukannya cerita kemalangan semata-mata. Saya betul-betul kagum dan gambar beliau yang disiarkan itu melekat di ingatan sepanjang kehidupan.
MASZLEE mendakap Norlisman pada pertemuan eksklusif di bangunan Parlimen pada Khamis lalu. 
- NSTP/Mohd Yusni Ariffin
“Apabila guru besar turut bercerita kisah posmen jujur yang memeluk surat berdaftar walaupun dalam keadaan luka akibat kemalangan, saya rasa teruja... seolah-olah ada yang menghubungkan kami.

“Ingatan paling utama ialah pentingnya kita memiliki amanah dan integriti dalam apa juga yang dilakukan dan pakcik Norlisman menjadi teladan terbaik buat saya,” katanya.

Terharu bertemu idola

Sesekali mengesat air mata kerana terharu dapat bertentang mata dengan idolanya, Maszlee menelefon Norlisman selepas mendapat nombornya daripada anak pesara Pos Malaysia Berhad itu.

Panggilan telefon daripada seorang menteri diakui pesara itu hampir membuatnya kehilangan kata-kata, namun pantas ditangkis Maszlee yang spontan mencapai dan menggenggam tangan Nurlisman.

“Jangan macam tu pakcik. Saya yang patut menghargai, yang patut berterima kasih kerana secara tidak langsung pakcik mendidik saya dengan nilai paling mulia iaitu amanah hingga hari ini,” katanya.

Maszlee berkata, liputan berbeza BH mengenai kejadian itu banyak mencorakkan keperibadiannya, selain mengakui laras bahasa tinggi akhbar berkenaan membantu dalam bidang akademik dan selepas melangkah ke alam pekerjaan.
MASZLEE mendengar cerita Norlisman yang menjadi inspirasi kepada beliau ketika masih di bangku sekolah. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Katanya, laporan positif sedemikian berupaya membantu mencorakkan pemikiran masyarakat supaya menempatkan nilai murni di tempat sewajarnya.

Kemalangan itu menyebabkan Norlisman dirawat di HKL empat hari tiga malam dan mendapat 14 jahitan. Apa kesudahan surat berdaftar yang didakap erat itu?

“Saya simpan dalam sarung bantal. Saya tak kasi doktor atau misi (jururawat) usik. Itu amanah. Surat berdaftar boleh jadi ada duit, ada dokumen, ada jam... itu amanah Allah buat saya.

“Apabila ketua saya datang melawat di HKL, barulah saya lepaskan surat itu. Kawan saya yang mengganti tugas menghantar surat berkenaan ada bercerita, mulanya penerima marah sebab tengok surat ada kesan darah.

“Apabila dimaklumkan saya kemalangan dan simpan surat sampailah ketua datang, orang tu tak jadi marah, malah simpati pula dengan saya,” katanya.

Kejujuran Norlisman itu mendapat perhatian umum, termasuk Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) yang mengirim surat penghargaan, sejambak bunga dan buah-buahan.

Kebetulan juga, kerajaan ketika itu baru melancarkan kempen ‘Bersih, Cekap, Amanah’ sebagai dasar utama pentadbiran - bertepatan dengan apa yang dilakukan Norlisman.
MASZLEE menyampaikan cenderahati kepada Norlisman. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Di akhir pertemuan kira-kira sejam itu, Norlisman yang bersara pada 2006, sekali lagi membuatkan Maszlee gagal menyeka air mata.

“Sejujurnya, saya tidak pernah bermimpi untuk bertemu seorang menteri seperti ini. Saya cuma seorang posmen yang menjalankan tugasnya dan jika ada yang menjadikan peristiwa itu sebagai inspirasi, ia semua milik Allah,” katanya.

Dalam nada penuh hormat, Maszlee membalas: “Pakcik mungkin tidak tahu tapi apa yang pakcik lakukan itu mendidik masyarakat termasuk saya. Didikan itu membawa saya menjadi Menteri Pendidikan ke hari ini.

“Terima kasih banyak-banyak pakcik, dan terima kasih juga buat BH,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/504383/terima-kasih-pakcik

rencana

ARKIB : 05/04/2014

Peluk seikat surat berdarah

KEMALANGAN membabitkan posmen mungkin perkara biasa kerana tugasan harian itu menuntut mereka berada di jalan raya sepanjang masa.
Namun kemalangan yang menimpa seorang posmen 32 tahun lalu agak berbeza kerana mangsa, Nor Lisman Abu, menunjukkan sikap yang cukup terpuji walaupun ketika itu beliau mengalami kecederaan serius di kepala.
Kemalangan yang menimpa Nor Lisman pada hari itu bukan sahaja menjadi tajuk utama berita di dada-dada akhbar, bahkan turut mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalannya Tun Musa Hitam.
Di dalam laporan-laporan berita itu, Nor Lisman diangkat menjadi ‘hero’ kerana keengganan beliau menyerahkan surat-surat yang dibawa kepada anggota polis yang datang memberi pertolongan atas prinsip amanah terhadap tugasnya.
Laporan kemalangan Nor Lisman yang dipadankan dengan gambar beliau memeluk seikat surat dengan kesan darah di bahagian muka menjadi bahan berita selama beberapa hari.
Nor Lisman ketika ditemui S2 di Kampung Sungai Raya, Batu 9 Cheras, berkata, dalam kemalangan itu beliau diminta oleh salah seorang anggota polis menyerahkan surat berdaftar sebelum dihantar ke hospital.
Beliau bagaimanapun menolak pelawaan anggota polis berkenaan atas rasa amanah dan tanggungjawab pada surat-surat yang dibawa.
“Niat polis itu baik... nak tolong simpan, tapi surat-surat berdaftar itu adalah ‘nyawa’ saya. Saya tak boleh serah kepada sesiapa yang bukan penerima.
“Saya menolak pelawaan anggota polis itu dengan baik dan memegang surat-surat tersebut sehingga wakil Pos Malaysia datang mengambilnya di hospital,’’ ujar bekas posmen itu lagi.
Dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Parlimen pada 10 Ogos 1982 itu, motosikal yang ditunggang Nor Lisman terbabas selepas beliau cuba mengelak sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah.
“Kejadian berlaku ketika hujan renyai-renyai. Masa itu, saya baru keluar dari Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur (bersebelah Bangunan Sultan Abdul Samad) untuk menghantar surat ke Damansara.
“Kemalangan menyebabkan saya cedera di bahagian kepala dan tangan. Syukur saya masih ada kekuatan untuk bangun dan mengambil surat-surat yang jatuh di atas jalan,’’ katanya.
Nor Lisman berkata, keputusan yang dibuat itu telah ‘menyelamatkan’ surat-surat berdaftar tersebut sehingga semuanya selamat diserahkan kepada penerima beberapa hari selepas kejadian walaupun dalam keadaan berlumuran darah.
“Saya diberitahu ‘surat berdarah’ itu menyebabkan ramai penerima terkejut dan ada juga yang marah. Tetapi selepas mereka tahu apa berlaku melalui akhbar, ada yang datang melawat saya di hospital dan mengucapkan terima kasih,’’ katanya.
Nor Lisman berkata, sepanjang empat hari dirawat di Hospital Kuala Lumpur, beliau menerima penghargaan daripada banyak pihak termasuk jambangan bunga dan surat penghargaan daripada Perdana Menteri serta Timbalannya ketika itu.
Atas sikap amanah yang ditunjukkan itu, Nor Lisman dianugerahkan pingat Pangkuan Negara pada 1983 dan Bintang Mangku Negara pada 2004. Beliau juga tersenarai sebagai salah seorang daripada calon Anugerah Man of The Year.
Katanya, walaupun tidak pernah mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan, beliau cukup gembira sekiranya kejadian itu dapat dijadikan iktibar kepada seluruh kakitangan Pos Malaysia dan masyarakat di negara ini umumnya.
“Salah satu sebab saya berkeras untuk tidak melepaskan surat itu adalah saya teringat pesanan penyelia saya.
“Dia pesan setiap surat adalah amanah yang harus dijaga dalam apa jua keadaan. Kalau tidak, saya akan sampai ke dua destinasi, sama ada balai polis atau penjara,’’ tambahnya.
Berbekalkan pengalaman yang ditimba dari peringkat paling bawah, Nor Lisman dinaikkan pangkat sehingga bersara sebagai Pegawai Latihan di Pusat Latihan Pos Malaysia kira-kira tujuh tahun lalu.
Sepanjang lima tahun menjadi tenaga pengajar di pusat latihan di Bangi itu, beliau sudah melatih kira-kira 4,000 kakitangan Pos Malaysia Berhad.
Salah satu daripada aspek yang diberi penekanan kepada murid-muridnya adalah tentang pentingnya sikap amanah dalam melaksanakan tugas bagi mengelak kejadian kehilangan surat.
Peluk seikat surat berdarah
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140405/re_06/Peluk-seikat-surat-berdarah

KISAH POSMEN BERDARAH PELUK SURAT WALAU PARAH KEMALANGAN
\
AKU nak kongsi kisah 34 tahun lalu atau lebih tepat pada tanggal 10 Ogos 1982 di Kuala Lumpur. Ketika itu Norlisman Abu, seorang posmen sedang menunggang motosikalnya sambil membawa sejumlah surat biasa dan SURAT BERDAFTAR. Malang menimpa apabila motornya terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta yang melanggar traffic light.

Akibatnya, Norlisman parah kerana terhumban di tepi jalan. Namun atas prinsip amanah, walau dalam keadaan berlumuran darah dan terhoyong-hayang, dia tetap bangun dan berjalan mendapatkan surat-surat itu serta memeluknya dengan erat.

Walaupun polis yang tiba di situ memujuknya untuk mengambil surat itu, Norlisman hanya memberi surat biasa, tetapi tidak dengan SURAT BERDAFTAR. 

Akhirnya, dia dibawa ke hospital dgn SURAT-SURAT BERDAFTAR itu sekali. Di hospital juga begitu. Norlisman tetap enggan menyerahkan surat-surat tersebut sehinggalah wakil Pos datang mengambilnya di wad beliau dirawat.

Keputusan yang dibuat itu telah menyelamatkan surat-surat berdaftar tersebut sehingga semuanya selamat diserahkan kepada penerima beberapa hari selepas kejadian walaupun dalam keadaan dipenuhi darah kering.
Beliau diberitahu, disebabkan surat-surat itu berdarah, ramai penerima terkejut dan ada juga yang marah. Tetapi selepas mereka tahu apa yang berlaku melalui akhbar, ada yang datang melawatnya di hospital.

Apa yang menarik dalam kes ini, waktu dia memeluk surat itu dalam keadaan berlumuran darah, ada jurugambar sempat mengambil gambarnya. Esoknya, kesemua akhbar di negara ini menyiarkan foto berkenaan hingga menarik perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir. Dr. M kemudiannya mengarahkan Menteri melawat dan memberi penghormatan kepada beliau di HKL.

Sifat amanah Norlisman ternyata LUAR BIASA. Tak ramai yang tahu kisah ini atau mungkin dah lupa. Aku yang tahu dan ingat rasa bertanggungjawab untuk menukilkannya kembali agar ia tidak pudar ditelan masa. Dialah unsung hero yang kita perlu kenang jasa-jasanya.
Wajah terkini beliau
Petikan dari buku Kriminal penulis Syahril A. Kadir.
KISAH POSMEN BERDARAH PELUK SURAT WALAU PARAH KEMALANGAN
https://www.bukupojok.my/info-Artikel/45/KISAH-POSMEN-BERDARAH-PELUK-SURAT-WALAU-PARAH-KEMALANGAN

Sabtu, 3 November 2018 | 7:19pm
Mereka cuba halang saya guna Facebook - Najib
Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mendakwa seorang timbalan pendakwa raya cuba menghalang beliau daripada memuat naik sebarang kenyataan di Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan itu dibuat selepas akaun Facebook beliau mendapat tumpuan luar biasa pengguna media sosial itu. 

Najib mendakwa, beliau juga dihalang daripada menghadiri program UMNO.

“Posting saya Alhamdulillah dapat tumpuan luar biasa sampai timbalan pendakwa raya minta saya jangan buat posting di Facebook lagi.

“Dia takut posting saya dan minta hakim (supaya saya) jangan buat posting dan hadir program UMNO.
NAJIB dalam sesi santai bersama penyokong tegarnya di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

“Mujur hakim tak setuju dan tolak permohonan itu. (Kerajaan) Malaysia Baharu cuba sekat (saya), rumah kena geledah, kasut cucu kena ambil, hadiah daripada ketua kerajaan dia ambil, rumah emak saya dia geledah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi santai bersama penyokong tegarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
NAJIB mendakwa seorang timbalan pendakwa raya cuba menghalang beliau daripada memuat naik sebarang kenyataan di Facebook. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/494234/mereka-cuba-halang-saya-guna-facebook-najib

BN tewas kerana fitnah, penyelewengan fakta - Najib
BN kalah sebab dakwaan, janji palsu PH - Najib
Najib bukan pemimpin 'masuk bakul angkat sendiri' - Salleh


Tiada ulasan: