Jumaat, 7 Disember 2018

Kewajaran bertindak dengan berkeputusan penting. Daya fikir seseorang. 8828.



Foto Rin Du.
Ada 'risiko keselamatan'? Suhakam batal perhimpunan Hari Hak Asasi di PJ esok
Diterbitkan 5 minit yang lalu pada 07 December 2018
Oleh Fathi Aris Omar
Tan Sri Razali Ismail kecewa acara sambutan Hari Hak Asasi Sedunia di Petaling Jaya esok terpaksa dibatalkan 'dengan taktik tekanan dan ekstremisme.' — Foto oleh Miera Zulyana
Tan Sri Razali Ismail kecewa acara sambutan Hari Hak Asasi Sedunia di Petaling Jaya esok terpaksa dibatalkan 'dengan taktik tekanan dan ekstremisme.' — Foto oleh Miera Zulyana 

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menunda perhimpunan sambutan Hari Hak Asasi Sedunia di Petaling Jaya esok kepada tarikh lain yang belum ditetapkan.

Pengerusinya berkata polis memaklumkan kepada suruhanjaya itu dan Pejabat Perdana Menteri "terdapat risiko berkaitan keselamatan negara" jika acara itu diteruskan. 

"Suhakam kecewa kerana kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia seakan-akan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme sehingga mengakibatkan acara yang telah dirancang sejak beberapa bulan yang lalu terpaksa ditangguhkan," kata Tan Sri Razali Ismail.

Perhimpunan ini, yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mahu diadakan di seberang jalan di depan pusat beli-belah Amcorp Mall. 

Umno dan PAS pula mahu mengadakan perhimpunan di tepi Dataran Merdeka bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Dua parti ini menyalahkan Suhakam, yang mendukung ICERD, yang didakwa tiba-tiba menganjurkan perhimpunan pada hari yang sama dengan demonstrasi mereka.

Dalam kenyataan sama, Razali juga memohon maaf kepada orang awam, para jemputan, peserta dan sukarelawan yang terlibat dalam acara ini.

Dua pemimpin kanan Umno dan PAS hari ini dilaporkan risau penyokong mereka "bertembung" dengan peserta perhimpunan Hari Hak Asasi Manusia jika ada "provokasi."


Umno, PAS syak 'provokasi,' risau 'bertembung' penyokong kerajaan
Diterbitkan 35 minit yang lalu pada 07 December 2018
Oleh Abdul Rahim Sabri
Ahli Umno, PAS dan badan bukan kerajaan menghadiri perhimpunan membantah ratifikasi ICERD di Kampung Gajah, Perak 17 November 2018. — Foto oleh Farhan Najib
Ahli Umno, PAS dan badan bukan kerajaan menghadiri perhimpunan membantah ratifikasi ICERD di Kampung Gajah, Perak 17 November 2018. — Foto oleh Farhan Najib

KOTA BARU, 7 Dis — Umno dan PAS risau penyokong mereka yang berdemonstrasi tepi Dataran Merdeka “bertembung” dengan peserta perhimpunan Hari Hak Asasi Manusia di Petaling Jaya.

Mereka bimbang “provokasi” antara perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dengan acara Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

“Bagi saya, ini satu provokasi secara terancang,” kata setiausaha agung Umno Tan Sri Annuar Musa seperti dilapor Utusan Online selepas perhimpunan isu tersebut di sini.

“Para peserta mungkin berhimpun di tempat berlainan tetapi bagaimana jika mereka bertembung kerana menaiki LRT yang sama atau berkonvoi guna jalan yang sama. 

“Kalau ada yang ‘nakal’ dan sengaja mahu memburukkan keadaan, bagaimana?”

Setiausaha agung PAS pula berhujah peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman tidak membenarkan dua perhimpunan besar diadakan serentak dalam jarak berdekatan.

“Saya tidak tahu macam mana himpunan anjuran Suhakam yang pengerusinya Tan Sri Razali Ismail, orang yang jelas menyokong ICERD, diluluskan pihak berkuasa.

“Jadi esok ada dua kumpulan berhimpun, satu kumpulan menyokong ratifikasi dan satu lagi menolak,” katanya.

Razali semalam menjelaskan suruhanjaya itu sudah merancang perhimpunan tersebut sejak beberapa bulan lepas bagi menyambut hari tersebut, yang jatuh 10 Disember.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual hadir di majlis Suhakam yang diadakan di seberang jalan di depan pusat beli-belah Amcorp Mall.

https://www.projekmm.com/s/1701009/umno-pas-syak-provokasi-risau-bertembung-penyokong-kerajaan?
Foto Moorthy Tun Moorthy Tun.

Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad
6 Disember 2016

KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA.

Kisah ini pernah ditulis oleh bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin dalam bukunya bertajuk : "Surat daripada Dr Mahathir" dan diringkaskan seperti di bawah :-

1. Pada Perhimpunan Agung UMNO 1991, Tun Dr Mahathir pernah berkata "Jika Malaysia ingin mempertahankan kemerdekaannya, negara ini mestilah mempunyai kekuatannya sendiri, bukan kekuatan ketenteraan tetapi kekuatan ekonomi dan kemampuan untuk membina negara sendiri"

2. Ketika itu Dunia dikejutkan dengan Perak Teluk antara Iraq dan Kuwait pada 1991.

3. Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera!

4. Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan malam. Sikap Dr Mahathir ini mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika Syarikat sendiri!

5. Rakan Jepunnya barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan Jepun dalam isu Perang Teluk di mana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.

6. Malaysia mengambil pendirian tidak menyebelahi ekstrimis Islam dan militan Islam sekalipun menghadapi gelora kemarahan dalam negeri terhadap Amerika dan sekutunya.

7. Atas permintaan Bush, Malaysia menghantar Menteri Luar Malaysia, Abu Hassan Omar sebagai utusan peribadinya bagi menjelaskan kepada Ketua Setiausaha Amerika Syarikat James Baker berkenaan dengan pendirian Malaysia terhadap penaklukan Iraq. James Baker mencadangkan untuk jumpa di Oman.

8. Tapi Dr Mahathir arahkan Baker berjumpa Abu Hassan di Lapangan Terbang Texas. Jumpa wakil Presiden Amerika hanya di lapangan terbang!

9. Selepas itu Malaysia menyokong beberapa resolusi PBB dengan mengecam pencerobohan Iraq dan meminta Iraq untuk berundur dari Kuwait seberapa segera.

10. Berikutan itu, PAS mengambil peluang pendirian kerajaan itu dengan mengumumkan untuk menghantar sukarelawan untuk berjuang bersama tentera Iraq menentang tentera kafir.
Foto Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad.
11. Sebenarnya Dr Mahathir sendiri berada dalam keadaan serba salah ketika ini malah beliau melihat sentimen Melayu Islam dalam isu Perang Teluk ini tetapi hakikatnya beliau tidak menyokong peperangan.

12. Malah, hakikatnya Iraq menceroboh Kuwait dan Iraq tidak mungkin menang di tangan Amerika Syarikat dan sekutunya.

13. Sikap dan perasaan Dr Mahathir itu benar dan Iraq telah kalah dalam peperangan itu. Beliau juga menggunakan point ini untuk berucap di perhimpunan Agung UMNO 1991 dan berkata
"Hari ini kita telahpun melihat peristiwa yang amat memalukan. Sebuah negara Islam yang bebas dan kuat terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa asing kerana bertindak melulu tanpa perhitungan. Apabila kalah dalam peperangan, askar- askar negara Islam ini melutut dan mencium kaki musuh bukan Islam kerana ketakutan. Di manakah semangat dan maruah orang Islam? Apakah ini hasil ajaran agama Islam yang sebenar atau hasil ajaran yang salah oleh mereka yang kononnya lebih berhak mentafsir agama Islam?"

14. "Dalam Perang Teluk ini, tidak ada sesiapa yang boleh menganggap diri mereka tidak bersalah. Negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara yang mendapat senjata daripada orang bukan Islam untuk menakluk negara Islam lain bersalah. Negara yang mendapat pertolongan negara bukan Islam untuk melindungi diri dan kemudian menyerang negara Islam lain bersalah. Negara Islam yang tidak kuat dan dengan itu tidak sanggup meleraikan negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara-negara Islam yang tidak mampu mempertahankan negara Islam yang lemah daripada ditakluk oleh jiran gergasi Islam juga bersalah"

15. " Tetapi yang lebih bersalah ialah mereka yang mentafsir dan membawa ajaran yang dikatakan Islam yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam menjadi semakin lama semakin lemah, mundur, jahil dan mudah diperalat dan dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam hidup di dunia hanyalah untuk persediaan bagi akhirat adalah orang yang bersalah besar. Umat Islam dan agama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran seperti ini. Dan apabila kita menyoal mereka ini, jawapan mereka ialah "Takdir". Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah musuh- musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina di dunia ini? Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina, atau apakah semua ini berlaku kerana tafsiran yang berkepentingan orang tertentu? "

"Kita patut mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia disisi Nabi Muhammad s.a.w. daripada amanah. Baginda mendapat gelaran "Al-Amin" kerana beramanah. Kerana amanah, Baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang benar. Ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda begitu baik sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah- kabilah mereka telah dapat didamaikan, dan dalam jangkamasa dua ratus tahun bangsa yang hanya tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan dan mulia. Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain. Mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai kejayaan yang besar di dunia. Penduduk Asia Tengah yang menjadi orang yang terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad s.a.w. yang beramanah"

Bagaimana dengan hari ini?


Tiada ulasan: