Isnin, 31 Disember 2018

Kisah penjawat awam. 8953.



Firman Allah Subhanahuwatalla yang bermaksud: “..Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 
Kullu Nafsin Zaa'iqatul maut Quran: 3:185. EVERY SOUL WILL TASTE DEATH

Bila penjawat awam berdepan dengan mereka yang biadap kurang ajar. 

Teringat satu masa dulu sebelum cukup tempuh bersara, student berbohong dan famili percaya bulat apa anak mereka katakan. Terpaksa diguna power yang ada - lastly berkirim famili itu minta lepaskan sumpahan tersebut sebab anak cerdik tetapi enggan terus bersekolah. 

Selain dari saman - nurse leh say aku xhalal apa yang aku lakukan untuk kesihatan seseorang.” Macam seseorang guru bila jumpa ibu bapa yang melulu menangkan anak mereka yang bermasalah - aku xhalal ilmu yang aku turunkan untuk si polan....” Dengan izin Allah... Itu power penjawat awam yang ramai xtahu. Tetapi taklah power itu digunakan sembarangan dan seboleh-bolehnya harus dielak. 

‘Sistur Nurve VS Linda Rafar’ – Fail Saman Pertama Ke Atas Orang Awam

Baru baru ini telah viral satu cerita di mana Linda Rafar mendakwa jururawat di sebuah hospital tidak menjalan tugas dengan baik selain menafikan permintaan beliau untuk menukar cadar katil ibunya.

Nampaknya episod kcaman terhadap jururawat yang didakwa tidak mahu menukar cadar emaknya yang mendapat rawatan di Hospital Shah Alam oleh pelakon Linda Rafar yang tular minggu lalu membawa satu episod baru apabila Delegasi Jururawat Malaysia (DON) memfailkan saman pertama kalinya terhadap orang awam.

Saman kali pertama dibuat dalam sejarah kejururawatan kerana DON ingin memberi teladan kepada pihak yang terlibat serta mahu menjaga nama baik kejururawatan yang terlalu banyak dibuli di media sosial.
Kalau ikutkan, Linda Rafar bukanlah individu pertama menularkan ketidakpuasan hati terhadap layanan jururawat di hospital malah banyak lagi individu lain berbuat demikian.

Ini termasuk satu kes di Hospital Langkawi di mana seorang lelaki yang isterinya yang mengandung mem4ki hmun jururawat konon lambat memberi rawatan untuk isterinya.

Namun apa yang win, jururawat di sebalik pintu (yeay, inilah gelaran untuknya yang cool) yang dim4ki langsung tidak membalas kata-kata k3sat dilontarkan sebaliknya hanya berkata begini kepada lelaki disifatkan sebagai kurang ajar itu.

“Apabila kita dilayan begini, siapa tidak kecil hati. Encik ada kuasa lelaki dan encik meninggikan suara pada saya. Saya hanya menjalankan tugas menjaga kesihatan isteri dan anak encik.

Hah, winkan ayat-ayatnya. Nasib juga akak nurse ini cool orangnya dan bukan panas baran.

Akak nurse di sebalik pintu ini pernah tular pertengahan tahun ini di mana biar di maki namun dia tetap cool memberi jawapan
Berbalik kepada isu Linda Rafar, selepas dia memuat naik kenyataan di instagram miliknya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia segera memberi respon di mana satu soal siasat akan dilakukan demi mencari jawapan.

Mungkin sudah tidak tahan asyik dibuli dan mungkin ada tindakan tatatertib, DON dalam satu kenyataan di fb milik mereka semalam tampil memberi kenyataan seperti berikut.

Emak Linda Rafar kini sedang mendapat rawatan di Hospital Shah Alam
Berikutan dari kes viral yang disebarkan oleh seorang artis tempatan terhadap jururawat, terdapat jururawat yang kami dapati telah dif!tnah oleh artis tersebut tanpa sebarang bukti kukuh. Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya.

Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti telah di simpan. Artis berkenaan telah menuduh jururawat tersebut menguggut beliau dan memuat naik gambar tertuduh (Jururawat) di akaun Instagramnya sedangkan tiada ugtan dibuat. M4ngsa (jururawat) telah menerima kec4man dan uggutan selepas di viralkan tanpa bukti oleh artis berkenaan.

Maka kami, Delegasi Jururawat Malaysia (DON), mewakili mang$a yang diviralkan dan difitnah oleh artis tersebut ingin memulakan kutipan dana bagi tujuan kos tuntutan undang-undang supaya insiden fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Pihak peguam kami telah bersetuju untuk membuka fail saman terhadap individu tersebut bagi pihak si mangsa fitnah.

Update dari DON selepas kenyataan itu dimuat naik di fb milik mereka.

Bila mngsa ditularkan, pastinya menjejaskan emosinya. Bayangkan perasaannya sedangkan dia tidak bersalaah seperti yang dituduh oleh artis tersebut.

Kes ini bakal menjadi kes saman fitnah pertama diambil oleh jururawat ke atas orang awam yang selama ini terlepas dari sebarang tindakan undang-undang setiap kali tugasan mereka dipertikaikan di media sosial tanpa mendapat sebarang pembelaan.

Ia adalah signal penting untuk masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan media sosial untuk mendapat perhatian dari pihak tertinggi KKM.
Jadi, kami menyeru rakan-rakan jururawat untuk menyumbang sedikit derma ikhlas bagi tujuan tuntutan saman tersebut. Kami harap semua Jururawat Malaysia, rakan-rakan dalam bidang kesihatan dan rakyat Malaysia yang perihatin memperjuangkan hak dan nasib jururawat dapat beri sumbangan walaupun ianya serendah RM10 demi profession kita.

Ini adalah bagi memberi teladan kepada yang terlibat serta menjaga nama baik kejururawatan.

Boleh bank in ke :
Akaun : Delegasi Jururawat Malaysia /Delegation of Nurses
No akaun : 8603343066 (CIMB).
Perkara : Dana Tuntutan Mahkamah

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
PM Page: Delegation of Nurses
Email : delegationofnurses@gmail.com

So, lepas ini kalau ada yang tak puas hati dengan penugasan orang lain, pergilah tanya baik-baik ya. Jangan ambil kesimpulan memuat naik terus di media sosial kerana cara begitu bukan penyelesaian terbaik.

Sumber dari FB Delegation of Nurses dan BerbualViral Via Mnews.com
http://celotehsaje.com/sistur-nurve-vs-linda-rafar-fail-saman-pertama-ke-atas-orang-awam/





1 ulasan:

MAT berkata...

apa yang masyarakat tidak tahu apabila sesuatu kesalahan atau kesilapan menjadii viral biasa nya walaupun kesalahan itu kechil di pihak atasan biasa anggap seolah kesalahan besar kerana jejas imej jabatan walaupun kesalahan belum di buktikan dan ketua jabatan akan menjadi liabiliti untuk jawap ke pihak atasan .saya menyeru kepada semua masyarakat agar buat laporan bertulis kepada pihak berkenaan jika berasa tidak puas hati jangan mengadu kepada mass media kerana biasa mereka menghukum tanpa bicara.