Jumaat, 4 Januari 2019

Datanglaah rumah, makan nasi budu. 8990.


Dialog pelawaan yang dirasakan amat menarik dan punya pengertian yang mendalam. Aamiin.

"Datanglah rumah, makan nasi dengan budu." Itulah antara dialog pelawaan tuan rumah untuk saya semasa berada di Mayo, Pattani. Mula-mula terkejut juga dengar dialog tersebut sebab biasa di lokal pelawaannya "Senang-senang datanglah rumah" Saja melawak susah-susah jangan datang rumah. wkwkwkw. Sekadar bercanda aja.

Sayangnya dalam perjalanan pulang, pelawaan tersebut tidak dapat dipenuhi kerana kesibukan tugasan harian... Innalillahiwainnailaihirojiun. Orang yang mempelawa itu telah meninggal dunia akibat ditembak dari jarak dekat di depan rumahnya selepas waktu Isyak malam berkenaan. Semuga Allah mencucuri rohnya dan meletakkannya di kalangan orang yang beruntung di akhirat kelak. Aamiin.
PERBEZAAN ANTARA AYAT-AYAT MANZIL & AYAT-AYAT RUQYAH SYAR'IYYAH

MANZIL

Kitab Manzil adalah kumpulan pilihan ayat-ayat Al-Alqur’an yang dibacakan oleh Rasulullah, s.a.w. ke atas seorang Badwi yang sedang mengalami sejenis penyakit gila. Selepas Rasulullah membacakan ayat2 itu, maka telah hilang penyakit gila orang Badwi itu. Ayat-ayat kumpulan ini bagus juga dibuat amalan ratib harian dan bacaannya digunakan juga sebagai keperluan perubatan dari segenap penyakit Zahir dan Batin. Dirujuk dalam kita "Hayatul Sahabah" jilid 3, muka surat 374.

Manzil ini mengandungi beberapa ayat Al-Quran yg diajar oleh Rasulullah kepada para sahabat selaku Syifa' ( penawar dan ubat ) bagi beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir, gangguan jin dan lain-lain. Ubai bin Kaab meriwayatkan "Sewaktu kami bersama Rasulullah s.a.w datang seorang Badwi kepada baginda dan berkata "Ya Rasulullah, saya ada saudara yang ditimpa penyakit. "Baginda bertanya: "Penyakit apa?" Jawabnya " Sejenis penyakit gila". Rasulullah meminta org itu membawa saudaranya, lalu baginda membaca ayat2 di atas. Kemudian orang sakit itu pun bangun dan pergi dari situ, penyakitnya telah hilang. ( Kanzul Ummal Jilid 1 m.s. 212 )

Orang tua2 menasihatkan agar kita membacakan ayat-ayat ini untuk "mengubati" anak-anak atau adik-adik kita yang nakal (ataupun isteri/suami) agar menjadi orang baik dan soleh.

Dimulakan dengan:
01. Al-fatihah (1:1-7)
02. Al- Baqarah (2:1-5)
03. Al-Baqarah (2:163)
04. Al-Baqarah (2:255-257)
05. Al-Baqarah (2:284-286)
06. Ali-Imran (3:18)
07. Ali-Imran (3:26-27)
08. Al-A'raf (7:54-56)
09. Al-Isra (17:110)
10. Al-Isra (17:111)
11. Al-Muminun (23:118)
12. Ash-Shaffat (37:1-10)
13. Ar-Rahman (55:33-40)
14. Al-Hasyr (59:22-24)
15. Al-Jin (72:3)
16. Al-Kafirun (109:1-6)
17. Al-Ikhlas (112:1-4)
18. Al-Falaq (113:1-5)
19. An-Nas (114:1-6)

ASAS AYAT RUQYAH

Ayat-ayat Ruqyah sebagaimana yang dikemukakan oleh Syeikh Wahid Abdus Salam Bali dalam bukunya Sihir dan Cara Pengubatannya Secara Islami (Ash Shorimul Battar fit Tashoddi lis Saharotil Asyoori)

1: Alfatihah
2: Albaqarah ayat 1-5.
3: Albaqarah ayat 102.
4: Albaqarah ayat 163-164.
5: Albaqarah ayat 255.
6: Albaqarah ayat 285-286.
7: Al-imran ayat 18-19.
8: Al-A'raf ayat 54-56.
9: Al-A'raf ayat 117-122.
10: Yunus ayat 81-82.
11: Thaha ayat 69.
12: Almu'minin ayat 115-118.
13: Ash shaffat ayat 1-10.
14: Al ahqaf ayat 29-32.
15: Arrahman ayat 33-36.
16: Al hasyr ayat 21-24.
17: Al jin ayat 1-9.
18: Al ikhlas.
19: Al falaq.
20: An naas.

Imbasan 2018
https://www.hmetro.com.my/imbasan2018?utm_source=HM&utm_medium=Anchorbutton#utm_campaign=imbasan_2018&webPushId=MTUxNA==

Ridzuan cipta sejarah 

KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi muncul atlet negara pertama dinobatkan selaku Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018 dalam majlis khas yang akan diadakan di Emeriyah Arab Bersatu (UAE), esok.
Kejayaan itu akan mengukuhkan kedudukan Ridzuan selaku antara atlet paling berjaya di Malaysia, selepas mencipta gemilang dalam acara lompat jauh dan pecut sepanjang musim lalu.

Pemenang pingat emas acara 100 meter (m), Sukan Paralimpik Rio 2016 ini berusia 31 tahun ini mencuri tumpuan selepas beraksi cemerlang ketika temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober 2018.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur ini mencipta sejarah ketika temasya di Indonesia, dengan mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36, dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh dengan meraih tiga pingat emas keseluruhan.

Catatan terbaik dalam acara riben biru itu ialah 11.87s - sekaligus memadam rekod dunia yang lama, 11.90 milik atlet Russia, Evgenii Shvetcov yang dilakukan pada Kejohanan Dunia 2013 di Lyon.

Ridzuan juga memecah rekod Sukan Asia acara lompat jauh dengan catatan terbaiknya 5.59m dan memadam rekod lama (5.45m) yang dilakukan Yang Yi Fei pada 2016.

Pada temasya yang sama, atlet yang mendapat bimbigan jurulatih R. Jaganathan ini juga merangkul emas acara 400m.

Bagi musim ini, Ridzuan bakal bertanding di Grand Prix Atlet Para Dunia di Grosseto, Itali bermula 8 Jun dan saingan seterusnya di Paris, Perancis pada 28 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 January 2019 @ 1:03 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/408529/ridzuan-cipta-sejarah

Tun M sahkan tiada pemakluman peletakan jawatan Agong
MOHD HAFIZ ISMAIL | 04 Jan 2019
Dr Mahathir, Sultan Muhammad V.
https://www.sinarharian.com.my/article/5503/BERITA/Nasional/Tun-M-sahkan-tiada-pemakluman-peletakan-jawatan-Agong

Tolak Wahabi punca imam di Perlis dipecat, dakwa Zamihan
Diterbitkan 23 minit yang lalu pada 04 January 2019
Oleh Aliff Fikri Aziz
Pendakwah Zamihan Mat Zin menyifatkan pemecatan imam di Perlis berikutan mereka menolak fahaman Wahabi. ― Paparan skrin YouTube
Pendakwah Zamihan Mat Zin menyifatkan pemecatan imam di Perlis berikutan mereka menolak fahaman Wahabi. ― Paparan skrin YouTube
KUALA LUMPUR, 4 Jan  — Pendakwah Zamihan Mat Zin mendakwa kebanyakan imam yang dipecat di Perlis adalah golongan yang menolak fahaman Wahabi.

“Imam-imam dan tok guru yang tua ini kebanyakannya orang alim yang menolak fahaman Wahabi. Sebab itu dia pecat dan larang ceramah,” coretnya di Facebook.

Tanpa menyebut nama, beliau menyindir tindakan itu sebagai “azam tahun baru” dan percaya pemecatan dibuat susulan imam tidak sehaluan dengan fahaman itu. 

“Imam-imam dia pecat, tapi kontrak dia sebagai mufti dia minta dilanjutkan,” katanya yang menolak “masalah disiplin” sebagai punca pemecatan mereka.

Semalam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) memecat 25 imam di negeri itu manakala 10 lagi ditukar melalui surat bertarikh 31 Disember 2018.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata pemberhentian itu melibatkan imam-imam berusia lebih 60 tahun, malah ada berusia lewat 90-an.

Artikel Berkaitan

https://www.projekmm.com/s/1709062/tolak-wahabi-punca-imam-di-perlis-dipecat-dakwa-zamihan





Tiada ulasan: