Ahad, 17 Februari 2019

Melayu. 9163.


Melayu yang suka berhibur dan dihiburkan: 

Melayu suka berhibur, dihiburkan, didodoikan dan sangat terpaut dengan hiburan. Bila macam itu sukalah yahudi sebab cita-cita melalaikan Melayu semakin berjaya. Nauzubillahminzalik.

Melayu yang tidak macam itu, jangan pula terasa.

Sunday, February 17, 2019
Taksub Puja Artis Sampai Pincang Akidah -GempakSpot:
#GempakSpot: Taksub Puja Artis Sampai Pincang Akidah
GempakSpot: Taksub Puja Artis Sampai Pincang Akidah

Selalu kita dengar, peminat dan artis saling memerlukan satu sama lain. Tanpa peminat artis akan rebah, peminat pula menjadikan artis atau individu ternama sebagai idola; untuk kehidupan atau inspirasi kejayaan.

Mengidolakan artis tidak salah namun bagi penulis ia perlulah berpada-pada. Sebab seperkara yang pasti, artis pun manusia juga. Bukan sempurna.

Yang menjadi hal apabila berlebih-lebihan memuja artis sampai ada yang memperjudikan akidah dan agama.

Maaf cakap, isu yang tular baru-baru ini sampai ada yang terlampau obses dengan kumpulan K-pop popular masa kini, BTS, dan sanggup menjamah daging khinzir hanya kerana band kegemarannya pun memakan hidangan itu penulis rasakan keterlaluan.

"Dia pernah cakap dia nak try makan b*b* sebab BTS makan? Mana iman kau dik. Aku pun buat dosa juga tapi beragaklah," itu antara kenyataan yang viral dan menjadi buah mulut ramai awal minggu ini.
Menerusi kenyataan yang tular daripada individu tidak beridentiti di Internet itu, jelas sekali percakapan dan niat melambangkan betapa rapuhnya akidah hingga sanggup membelakangi agama.

Itu pun belum lagi isu peminat wanita (bertudung) yang sanggup menggadaikan 'maruah' dibiarkan dipeluk dan dikucup artis antarabangsa lelaki ketika menghadiri konsert.

Lihatlah contoh apa yang terjadi ketika kehadiran kumpulan K-pop B1A4 ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2015 lalu.

Malah, ada juga peminat setia artis yang sanggup berkabung apabila mendapat perkhabaran mendukacitakan tentang artis kesayangan mereka.

Ketaksuban turut tercetus kini apabila ada saja peminat yang membanding-bandingkan artis tempatan dan antarabangsa hingga merendahkan martabat artis negara sendiri.

Undian, pertaruhan like dan ulang kicau antara artis tempatan dan luar negara juga antara perkara yang sering melewati timeline penulis acapkali membuka media sosial itu.

Bagaimanakah pula perasaan artis kita sendiri yang melihat diri diperbanding bezakan dengan selebriti luar negara walau ia sekadar jenaka?

Memandang skop yang lebih kecil, penulis pernah mendengar keluhan peniaga yang pernah mengadakan bengkel bersama stokis dan ejen, yang pada awalnya turut disertai artis yang dilantik sebagai duta.

Hanya minggu pertama sahaja muncul ramai-rama memenuhi ruang dewan demi bergambar dan bertemu mata dengan artis kesayangan, minggu seterusnya? Yang tinggal hanya kerusi sementelah artis yang dipuja itu tidak hadir.

Tidakkah anda fikir obsesi peminat-artis ini boleh mendatangkan impak tidak elok bagi peniaga?

Sebaliknya, jika difikir daripada sudut faedah guna artis sebagai duta produk, ia sedikit sebanyak memudahkan kerja daripada segi promosi produk.

Artis popular senang tarik peminat, barang pun mudah laku!

Jadi, pertimbangan dan kewarasan fikiran perlu didahulukan sebelum melakukan apa-apa tindakan. 

Jadikan akidah dan agama sebagai landasan untuk setiap perbuatan kita sehari-hari. Tepuk dada tanya diri!

Amri Hassan adalah penulis bebas untuk artikel di atas. Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.


Abu Lueng Angen Ajak Umat Islam Perbanyak Shalawat untuk Hilangkan Gelisah
Minggu, 17 Februari 2019 14:09
Abu Lueng Angen Ajak Umat Islam Perbanyak Shalawat untuk Hilangkan Gelisah
Ribuan jamaah safari mengikuti subuh berjamaah ke-43 di masjid Agung Darusshalihin, Idi Rayeuk, Aceh Timur, Minggu (17/2/2019). 

Laporan Seni Hendri | Aceh Timur

SERAMBINEWS.COM, IDI - Tgk H M Jafar alias Abi Lueng Angen, mengajak umat Islam agar senantiasa memperbanyak shalawat kepada Nabi Muhamad saw, dengan begitu kegundahan dan kegelisahan dalam diri manusia akan hilang.

“Rasulullah saw berpesan, perbanyak olehmu shalat akan aku. Karena dengan shalawat yang kita baca akan menghilangkan kegundahan dan kegelisahan,” ungkap Abi Lung Angen, saat mengisi tausiyah, seusai safari subuh berjamaah ke-43 di masjid Agung Darusshalihin, Idi Rayeuk, Aceh Timur, Minggu (17/2/2019).

“Kita bisa melihat, siapa pun kita, apa pun kegiatan kita baik pedagang, pelaut, abu-abu, waled-waled, pimpinan dayah, dan semuanya kita pasti merasa gelisah, hanya persoalannya saja yang berbeda-beda. Tapi, dengan shalawat kegelisahan dan kegundahan itu bisa diatasi,” jelas Abu Lueng Ange.
Shalat subuh berjamaah, jelas Abi merupakan kewajiban bagi umat Islam. Selain itu, merupakan kewajiban bagi ulama, pemimpin, untuk memberikan ilmunya kepada orang awam, agar tidak terjadi pendangkalan akidah.
“Karena jika terjadi kemungkaran yang bertentangan dengan agama, baik masalah akidah, itu sama-sama wajib diselesaikan. Kita akan mendapatakan pahala apabila pemimpin dan ulama, mencerdaskan masyarakat awam, dan meluruskan akidah, karena itu antara Ulama dan Umara tidak bisa terpisahkan,” jelas Abu.
“Sebaliknya, jika pemimpin dan ulama diam, maka tunggu masanya akan mendapatkan azab dari Allah,” jelas Abu.
Terkait maraknya peredaran narkoba, jelas Abu pemimpin harus mengambil tegas untuk mengatasinya.
“Siapa orang yang melihat kemungkaran maka ia harus mencegahnya. Seperti Bupati, Kapolres, itu hak mereka karena mereka punya kekuatan (anggota). Adapun para ulama menghimbau dengan lidah. Ulama siap 24 jam untuk menyampaikan dengan lidah (tausiyah),” jelas Abu, seraya menyebutkan, tausiyah disampaikan melalui khutbah Jumat, dan pengajian majelis taklim.
Narkoba, kata Abu, haram. Karena tiap-tiap yang memabukkan itu haram. Sedikit banyak tetap haram.

Abu Lueng Angen Ajak Umat Islam Perbanyak Shalawat untuk Hilangkan Gelisah - Serambi Indonesia

“Kita (ulama) hanya menyampaikan, masalah mereka terima atau tidak itu terserah. Sekalipun anak kita yang berbuat harus kita cegah. Kalau dia tidak mematuhi terserah. Tugas kita menyampaikan,” ujar Abu.
“Tiap-tiap daging yang tumbuh dari yang haram itu tempatnya neraka,” tambah Abu.
Sedangkan, tiap-tiap tumbuhan tidak ada yang haram semua bisa dimakan. Kecuali bisa merusak akal. Seperti arak dan yang memabukkan.
“Ini semua harus kita waspadai pada generasi kita,” ujarnya.
Abi mengatakan, Safari subuh berjamaah mulai giat dilakukan tidak hanya di Aceh Timur, tapi juga di Aceh Utara, dan Kota Langsa.
Di Aceh Timur, tidak hanya di kabupaten, tapi juga ke daerah pedalaman seperti Lokop.
“Ini adalah Rahmat dari Allah swt. Bahkan di Aceh Timur, safari subuh berjamaah sudah sampai tahap ke-43. Rasulullah berpesan, tidak sempurna Islam, melainkan dengan jamaah. Artinya, jamaah yang kita lakukan baik pada majelis taklim, dan shalat subuh, masing-masing ada kelebihan,” jelas Abu.
Safari subuh berjamaah ke-43 di masjid Darusshalihin diikuti ribuan jamaah dari berbagai gampong di Aceh Timur, juga diikuti oleh sejumlah ulama kharismatik Aceh Timur, seperti Tgk H M Jafar alias Abi Lueng Angen, Abu Wahab Keude Dua, Bupati, Kapolres, Wakapolres dan jajaran, pimpinaan majelis taklim, pesantran dan sejumlah unsure lainnya.
“Terima kasih kepada seluruh jamaah yang hadir pada subuh berjamaah ini. Minggu depan (24/2/2019) safari subuh kita gelar di masjid Keude Dua, tolong sampaikan kepada jamaah lain agar ikut shalat subuh jamaah bersama,” imbau Ketua Koordinator Safari SUbuh, Tgk Syafruddin.(*)
Abu Lueng Angen Ajak Umat Islam Perbanyak Shalawat untuk Hilangkan Gelisah - Halaman 2 - Serambi Indonesia

Orang muda bakal bersara dalam keadaan ‘terseksa’, kata pakar

Nur Hasliza 

PETALING JAYA: Sekiranya golongan muda tidak mengurus perbelanjaan dengan bijak, mereka akan berdepan risiko bersara dalam keadaan “terseksa”, kata pakar kewangan.

Perunding kewangan kanan di Infaq Consultancy Sdn Bhd, Afyan Mat Rawi berkata, jika diteruskan, tabiat itu akan memberikan kesan buruk kepada generasi muda di negara ini.

“Hendak bersara tetapi wang tidak cukup dan hutang masih tinggi. Mahu bekerja pula, sudah tiada kudrat. Habis tu, macam mana?” katanya ketika ditemui FMT.

Afyan berkata, golongan muda perlu tahu pembahagian belanjawan peribadi dan peruntukan di bawah bahagian tersebut.

Katanya, terdapat 5 pembahagian di bawah perbelanjaan individu iaitu perbelanjaan isi rumah, pembayaran hutang, lebihan, pemberian dan lain-lain perkara.

“Perbelanjaan isi rumah seperti sewa rumah, tambang, petrol, peruntukan untuk makan dan minum.

“Pembayaran hutang pula seperti hutang rumah, kereta, pinjaman peribadi dan pinjaman pendidikan. Kedua-dua pembahagian ini (perbelanjaan isi rumah dan hutang) boleh digabungkan,” katanya.

Namun, katanya, jumlah gabungan itu tidak boleh melebihi 60% kerana 30% lebihan akan terjejas.

“Lebihan adalah 10% untuk wang simpanan, 10% pelindungan iaitu takaful dan insurans serta 10% lagi pelaburan. Jika gabungan tadi melebihi 60%, salah satu pembahagian di bawah lebihan akan terjejas dan berkurang peratusannya,” kata Afyan.

Apabila ditanya, apakah kemelut lain yang melanda golongan itu selepas pengurusan wang yang tidak baik, katanya, hasil pemerhatian mendapati bilangan golongan muda muflis semakin bertambah.

“Golongan yang muflis dan bankrup di bawah usia 30 tahun adalah tinggi,” katanya.

Sebelum ini, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dilaporkan berkata, golongan berusia antara 35 hingga 44 tahun paling ramai terbabit dalam kebankrapan iaitu 34.4%.

Tambah Afyan, perkara itu tidak menghairankan kerana sikap golongan muda yang gemar berbelanja melebihi dari kemampuan dan terlalu memenuhi gaya hidup.

“Mereka lebih rela keluarkan duit untuk beli telefon pintar yang mahal, aksesori yang berjenama dan makan di restoran mewah dan mengikut trend semasa, selepas itu, tayang ke media sosial,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tidak semua golongan muda mempunyai sikap sedemikian, tetapi bilangan mereka yang cakna dengan pengurusan wang masih rendah.

Sementara itu, FMT meninjau tabiat golongan muda berbelanja di salah sebuah pusat membeli belah di Putrajaya.

Seorang graduan kejuruteraan yang kini menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing sepenuh masa, berkata beliau menghabiskan lebih RM1,000 hanya untuk membayar ansurans kereta dan penyelenggaraannya.

“Kereta 900 sebulan, termasuk petrol, tol dan upah cuci kereta, lebih kurang RM1,000 digunakan setiap bulan,” katanya yang mahu dikenali sebagai Mikhail.

Apabila ditanya, adakah beliau berdepan kesukaran dengan komitmen tersebut, beliau menafikannya.

“Sekarang mampu, sebab masih belum ada keluarga. Tidak perlu fikir tentang belanja anak dan isteri,” katanya.

Berbeza pula dengan perbelanjaan guru sekolah menengah yang mendisiplinkan diri dengan menyimpan sebanyak 30% daripada gajinya sebulan.

“Saya tidak akan usik 30% daripada gaji itu. Saya akan simpan untuk kegunaan kecemasan atau simpanan peribadi saya. Mungkin duit itu boleh digunakan untuk membayar deposit kereta atau rumah, jika saya mahu membelinya suatu hari nanti,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Anna.


at 2/17/2019 04:30:00 PTG 
KERENGGA: Orang muda bakal bersara dalam keadaan ‘terseksa’, kata pakar

20 March 2015

Ledang mula kibar bendera daerah

LEDANG 19 Mac – Semua pejabat kerajaan, pertubuhaan bukan kerajaan (NGO) dan premis perniagaan di daerah ini diminta memasang dan mengibarkan bendera daerah Ledang yang dilancarkan semalam di bangunan masing-masing.

Pegawai Daerah Ledang, Ab. Han Ramim berkata, arahan tersebut berkuatkuasa terutama di bangunan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lebih-lebih lagi menjelang Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor pada Isnin ini.

“Bendera ini perlu dikibarkan kerana menjadi lambang dan kemegahan penduduk Ledang apatah lagi ini kali pertama Ledang mempunyai bendera sendiri. Sebelum ini di Johor daerah yang memiliki bendera hanya Segamat, Muar dan Batu Pahat.

“Sebelum diterima sebagai bendera rasmi daerah Ledang, kita menerima 176 reka cipta melalui pertandingan yang dianjurkan pada 26 Jun hingga 15 September 2012,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bendera Daerah Ledang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di Tangkak, di sini semalam.

Pelancaran itu disempurnakan Ahli Parlimen Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd. Razak; ADUN Gambir, Datuk M.Asojan dan Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak (MDT), Mohd. Masni Wakiman.

Ab. Han berkata, bendera itu yang mempunyai tiga warna dengan beberapa lambang mempunyai makna tersendiri dengan merah melambangkan semangat keberanian dan jati diri warga Ledang dan biru berbentuk tiga segi membawa maksud gunung Ledang.

“Simbol tiga segi ini melambangkan gunung Ledang yang menjadi mercu tanda daerah ini selain mempunyai unsur-unsur sejarah berkaitan legenda Puteri Gunung Ledang serta kepahlawanan Melayu dan kehidupan warga Ledang yang berbilang kaum,” katanya. - Utusan
| PADUKA PULAI | : Ledang mula kibar bendera daerah





Tiada ulasan: