Isnin, 18 Februari 2019

Melayu dan Islam Tanah Melayu. 9166.



Pas tak sokong BN di Semenyih: Siapa berbohong, Tun M, Hadi atau TITM?

kerengga pada KERENGGA - 7 jam yang lalu
MAHFUZ OMAR ULASAN: Pengerusi Pakatan Harapan, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya hari ini mendakwa Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri itu telah menyatakan bahawa Pas tidak akan menyokong Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih. Sekiranya benar kenyataan Tun M itu, ia adalah sesuatu

PAS minta jawatan agensi k'jaan negeri, jelas PM

kerengga pada KERENGGA - 11 jam yang lalu
Alyaa Alhadjri Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PAS Abdul hadi Awang pada pertemuan mereka Jumaat lalu meminta supaya wakil daripada partinya diberikan jawatan dalam berbagai agensi kerajaan negeri. "Adalah sikit," katanya pada sidang akhbar hari ini selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara di Puchong, Selangor. Bagaimanapun, Mahathir tidak menjelaskan butiran terperinci

Saturday, 16 February 2019
Suatu Kejutan Dari PRK Semenyih Sebentar Tadi
Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Exco Pemuda Umno Papagomo dengan menggunakan lengan bertindak mengunci lehernya dan mengugutnya ketika kekecohan di Semenyih awal hari ini.

Bagaimanapun, Papagomo yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata beliau cuma mahu melindungi Syed Saddiq.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis mengenai kejadian nyaris dipelangkung penyokong BN di Semenyih, Syed Saddiq berkata Papagomo menyerbu ketika beliau sedang berjalan ke arah kereta.

"Semasa itu, polis dan beberapa anggota Unit Amal mengiringi saya untuk bawa ke depan. Bila bawa ke depan, mereka tetap kejar dan ikut kami. 

"Sambil tengah jalan, dah separuh jalan, tiba-tiba Papagomo datang dari kanan (yang ada parit) dan belakang dan guna (lengan) tangan kiri dia (mengunci) kat tengkuk belakang saya dengan kuat.

"Saya tak tau apa niat dia tapi dia ugut: "Jangan cari pasal dan jangan datang dekat kami." Saya tak cakap apa dan jalan depan terus, lepas tu polis cepat-cepat tolak dia ke belakang," katanya.

Ketika dihubungi, Wan Muhammad Azri mendakwa beliau cuma mahu melindungi Syed Saddiq daripada diserang penyokong yang cuba menyerbu MP Muar itu.

Bukan cekik tapi cekak

"Jadi saya pergi dan peluk dia. Saya selamatkan dia. Kenapa saya nak serang dan burukkan nama Umno sedangkan semua orang kenal saya.

"Saya pergi peluk dia dan saya cakap "kau ni bodoh bro". Dia pusing dan sahut, "eh Gomo?" Katanya.

Beliau juga menafikan mengunci leher Syed Saddiq menggunakan lengannya dan berkata kejadian itu berpunca daripada ketua pemuda Bersatu itu sendiri.

"Bukan cekik, tapi cekak guna lengan saya dan pegang bahu dia. Kemudian, polis datang dan suruh saya jarak.

"Syed Saddiq sengaja nak cetuskan provokasi. Janganlah buat report tu hanya untuk publisiti murahan. Orang nak kejujuran dari dia," jelasnya.

Syed Saddiq dipersalahkan kerana didakwa menjadi punca kekecohan apabila berjalan melewati kumpulan penyokong BN.

Pasukan Syed Saddiq menafikan hal ini. Pada suatu hantaran Twitter kemudiannya, Papagomo berkata sepatutnya beliau "mencium" Syed Saddiq jika tahu ketua pemuda Bersatu itu akan membuat laporan polis. - malaysiakini


Sapa berbohong Atok atau Tok Lebai...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 4 jam yang lalu
[image: Image may contain: 2 people, meme, text and closeup] *1. Pengerusi Pakatan Harapan, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya hari ini mendakwa Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri itu telah menyatakan bahawa Pas tidak akan menyokong Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih. Sekiranya benar kenyataan Tun M itu, ia adalah sesuatu yang sangat mengejutkan.* *2. Perakuan tersebut dikatakan dibuat di hadapan Tun M sehari sebelum penamaan calon PRK Semenyih, ia menimbulkan persoa... lagi »

Nanti jawapan Pak Lebai kpd pendedahan Atok...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Sehari yang lalu
*Ekoran perjumpaan Abdul Hadi dengan Dr Mahathir semalam, menyebabkan timbul berbagai spekulasi. Saya memberi bayangan ia akan terjawab apakah maksud dan tujuan perjumpaan itu akan diketahui selepas proses penamaan calon di Semenyih hari ini.* *Ternyata sudah ada jawaban kepada perjumpaan itu. Abdul Hadi sekali lagi tidak berani bercakap benar dan mendedahkan apakah mauduk di sebalik perjumpaan itu.* *Dr Mahathir seperti biasa hari ini, kurang enam jam selepas proses penamaan calon mendedahkan antara tujuan kedatangan Abdul Hadi bersama MB Terengganu dan Setiausaha Agung Takiyudd... lagi »

Baiah - dokumen cagar bini dalam PAS...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 hari yang lalu
[image: Image may contain: 2 people, text] *Anggota parlimen Bachok, Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan beliau menafikan kesahihan suaranya dalam audio PAS menerima dana daripada Umno itu adalah langkah yang tepat.* *Katanya, dalam soal menjaga kerahsiaan parti perkara itu juga pernah diamalkan oleh ayahnya, allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memimpin PAS.* *"Ia hanya soal kerahsiaan dan bila kita berada dalam parti besar apatah lagi parti Islam, maka soal kerahsiaan itu adalah sesuatu yang valid, ada ilmunya dalam agama. Banyak contoh-contohnya.* *"Sa... lagi »

Patutkah Nik Abduh kata ‘ayah pun pernah berbohong’...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 3 hari yang lalu
*Guna nama ayah utk menghalalkan kegiatan menyamun.* *Bukan susah dijangka sangat langkah orang terdesak. Terdesak mahu membuang air di stesen minyak misalnya, sehingga lupa memberi lampu isyarat dan memandu secara berbahaya.* *Begitu juga dengan seorang pemimpin PAS yang cukup dikasihi pengikutnya, apatah lagi beliau adalah anak kepada tokoh parti itu yang sememangnya disanjungi kawan dan lawan semasa hayatnya.* *Baru-baru ini pekung mengenainya terbocor. Maka bagi menampal kembali pekung tersebut para pemimpinnya terpaksa bersilat lidah apabila diajukan beraneka soalan daripada ... lagi »

Nik Abduh pas bola kat Hadi,Hadi pas pula kat Tuan Ibrahim...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 4 hari yang lalu
*Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil mengakui rakaman audio yang dikaitkan dengannya sebelum ini.* *Dalam kenyataan panjang di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Bachok itu berkata penafiannya sebelum ini dibuat selepas pimpinan PAS berkeras agar beliau berbuat demikian.* *Nik Abduh juga berkata keputusan untuk menafikan rakaman audio yang tular sekitar Mac tahun lalu itu mendapat restu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.* *"Apabila saya merujuk kepada beberapa pimpinan parti yang sudah pun memahami isu ini dengan baik, mereka memutuskan agar saya mena... lagi »

Tun Ghafar tanpa degree jadi TPM...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 5 hari yang lalu
[image: Related image] *Tun Ghafar, tanpa degri, boleh jadi Timbalan Perdana Menteri. Malah dia menjadi salah seorang pejuang kemerdekaan yang terkemuka. Pernah jadi Ketua Menteri Melaka sebelum melangkah jauh sampai menjadi orang nombor dua terpenting dalam UMNO dan kerajaan BN.* *Apa rahsia kejayaan Ghafar yg mendapat sanjungan rakyat? Dia tidak minta nasihat bomoh atau sami. Dia juga tidak ada 44 panau kesaktian Awang Sulong Merah Muda untuk melindunginya. Dia juga tak seperti Badang yg makan muntah lembu untuk mendapat kekuatan.* *Pengaruh Ghafar Baba dalam perjuangan UMNO dan ... lagi »

Hadi kafirkan UMNO,dulu rakan sekatil DAP...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 6 hari yang lalu
*Umat Islam bertanya apakah Hj Hadi ulamak atau ular dalam semak? Lebai-lebai puyuh super taksub merhaban memuja ketua mereka seolah-olah dia super maksum seperti Nabi. Inilah manusia super munafiq yg mengkafirkan UMNO, memecahbelahkan ummah dan keluarga akibat fatwa songsangnya dalam Amanat Hj Hadi. * *Fatwa songsangnya juga yg menyebabkan berlaku sembahyang jumaat dua imam di masa lalu. Tidak ada nas dalam al-qur'an Allah merestui mengkafirkan sesama Islam, malah Allah menjadikan manusia berbagai bangsa, warna kulit, berbagai bahasa untuk berkenalan antara satu dengan lain.* *O... lagi »

Carter Ruck - "Tarik diri atau saya yang tarik diri"...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*Kata dua peguam Hj.Hadi/PAS di London,Carter Ruck kepada wakil Hj.Hadi/PAS,Takiyyudin Hassan.* *Berikut adalah pencerahan oleh peguam Hj.Hadi di London,Carter Ruck tentang kenapsa Hj.Hadi mesti tarik daripada meneruskan saman mereka terhadap Editor Sarawak Report,Clare Rewcastle Brown.* *Peguan Hj.Hadi, Carter Ruck memberi nasihat kepada SU PAS,Takiyyudin Hasan agar menarik balik saman kerana bukti audio Nik Abduh telah mengaku menerima RM 1 juta dari Najib dan tuturut menyebut Hj.Hadi juga menerima duit dari Najib.* *Menurut Carter Ruck lagi,terdapat 25 slip bank kemasukan duit... lagi »

1MDB - Rompakkan terbesar di dunia...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*The World's Biggest Heist...* [image: Image result for Xavier Andre Justo] *Bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo (pix,atas), menyifatkan pengalamannya dipenjara di Thailand selama 18 bulan angkara tampil mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ibarat dicampak ke neraka dunia.* *Warganegara Switzerland yang menempa nama di pelbagai dada akhbar tempatan dan antarabangsa itu bagaimanapun berkata tiada sesiapa di dunia ini yang harus mengalami episod getir yang beliau harungi bersama keluarganya.* *“Mereka ambil semuanya daripa... lagi »

SPRM terlupa kat Husam kot...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
[image: No photo description available.] *Ada orang tertanya-tanya kenapa Husam Musa tidak hadir ke pejabat SPRM hari ini. Kenapa, sudah kepanasan dan mahu Husam ditarik samakah? Pagi-pagi tadi saya juga ditanya oleh kawan jam berapa Husam akan hadir ke pejabat SPRM.* *Saya jawab tidak tahu, dan tidak pun mendapat apa-apa maklumat daripadanya.Selalunya jika ada apa-apa yang penting, saya dimaklumkan sama ada oleh beliau sendiri atau rakan lain. Misalnya perbicaraannya di Kota Bharu yang saman pemimpin Pas dibertahu akan berlangsung 16hb ini.* *Apabila tiada maklumat saya menganggap... lagi »

RM90 juta skandal PAS,SPRM dah mula siasat...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
[image: Image may contain: one or more people, people standing, cloud, sky and nature] *Sejak Hj Hadi memimpin PAS Allah turun bala demi bala hingga sekarang. Dia gertak sambal menyaman editor kafir Sawarak Report kononnya dia difitnah menerima RM90 juta dari UMNO untuk diferaitkan dengan 16 lebai-lebai lain. Kerana PAS kaya dengan tazkirah campur maki hamun musuh-musuh politiknya maka tin Milo menjadi saksi mendapatkan derma dari lebai-lebai puyuh yg merhaban dengan ketua mereka.* *Bagaimana lilitan serban begitulah lilitan putarbelitnya. Kalau Najib dan Rosmah guna khidmat bomoh ... lagi »

PAS tok sah dok koner sana koner sini...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
[image: Image may contain: 1 person, beard, eyeglasses and text] *PAS patut saman 3 orang ini, * *kosnya lebih rendah...* *Mana mau lari Pak Lebaiku...* *Setelah PAS menarik saman fitnah ke atas Sarawak Report maka Sarawak Report kini bebas sebebas-bebasnya membongkar, mendedah serta menyebarkan siri-siri rasuah yang diterima oleh PAS dari Najib Razak (UMNO).* *Antara pendedahan terkini Sarawak Report menyatakan bahawa para peguam bagi pihak Haji Hadi di London mengesahkan audio suara (Ana Tahu) yang telah dianalisis di dalam Makmal Audio dan Forensik London adalah suara milik Nik A... lagi »

Mengapa Allah laknat PAS...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*Bawah pimpinan Hj Hadi PAS ditimpa bala demi bala. Inilah pemimpin ulamak yang mengkafirkan UMNO dalam fatwa songsangnya berjudul AMANAT Hj Hadi. Amanat inilah yang mengorbankan Ibrahim Libya dan beberapa pengikut super taksub mati katak tapi dijulang sebagai mati syahid. * *Bawah pimpinannya juga derma Tabung Memali disapu oleh orang PAS juga. PAS menubuhkan syarikat kerjasama khas untuk ahli-ahlinya saja bernama KOHILAL. Kononnya berjuta ringgit diperolehi ahli-ahli lebai puyuh beri sumbangan. Dividen ambil di akhirat konon. Apa sudah jadi? KOHILAL bangrap, hutangnya RM40 jut... lagi »

Gong Xi Gong Xi... Xin Nian Kuai Le...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*from tumpang sekole...* [image: Related image] [image: Image may contain: 1 person, smiling, meme and text] *Dok Tak Dok Abdul Hadi Batal Saman...* *Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang, “dok tak dok” tarik balik kes saman malunya terhadap Ketua Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. **Abdul Hadi saman Clare Brown kerana dalam ulasan bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections” di mana, antara lain, disebutkan bahawa bekas Perdana Menteri itu cuba "memikat" Pas dengan sogokan RM90 juta.* *Masa Pas Abd... lagi »

Siti Clare Brown tersenyum, lebai pula terlondeh serban...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
[image: Related image] *Lihat dari kenyataannya, matanya yg terbeliak, air lior bersembur, janggut sejemput menggigil para lebai puyuh angguk dan menjerit 'takbir' menggetar anak lidah. Tentulah editor kafir Sarawak Report (SR) akan terkencing menghadapi saman malu dari pemimpin parti lebai ini. * *Kononnya Presiden PAS bernama Haj Hadi Awang, pencetus fatwa songsang Amanat Hj Hadi yg mengkafirkan UMNO, akan menentang 'kemungkaran' wanita kulit putih kafir yang memfitnah dia dan kabilah 17 pemimpin PAS lain, kononnya menerima rasuah RM90 juta dari maharaja perompak kelas cakrawala ... lagi »

Hadi tarik saman ke atas Clare saat perbicaraan kan mula...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
[image: Image may contain: 1 person, eyeglasses, beard and text] *PAS tewas kepada Sarawak Report...* *Dalam satu tindakan mengejut dan tiba-tiba, Presiden Pas Hadi Awang dilapor menawarkan penyelesaian luar mahkamah dalam saman yang difailkannya terhadap Sarawak Report. **Penyelesaian luar mahkamah yang diterima dan disambut baik oleh Sarawak Report itu secara muktamadnya memutuskan:-* *Hadi Awang menarik balik tuntutan terhadap defendan;* *a. Clare Rewcastle selaku defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Hadi Awang;* *b. Tiada perintah berkaitan kos; dan* *c. Kedua-belah p... lagi »

Ijab qabul UMNO-PAS buka ruang PH kuasai Pantai Timur...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
*Kerjasama kian akrab antara UMNO dengan Pas diyakini akan membuka ruang baharu kepada Pakatan Harapan khususnya PKR untuk menguasai seluruh Pantai Timur dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.* *Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan kaji selidik, senario itu akan mengubah pola politik terutama di Kelantan dan Terengganu untuk rakyatnya membuat pilihan dengan mengundi PKR kerana pengundi Melayu tidak begitu `senang’ atau selesa dengan kerjasama UMNO-Pas.* *“Dinamis politik berubah dengan cepat dan saya jangka UMNO dan Pas akan jadi lebih rapat, besar kemungkinan ... lagi »

Hutang ECRL dan Opera China...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
[image: Related image] *Malaysia adalah lebih jauh lebih maju dan progresif daripada negara-negara Islam yang lebih besar dan kaya. **Tetapi yang benar-benar membezakan Malaysia daripada negara Islam yang lain sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa adalah keberanian kita mengambil pendirian dalam isu-isu utama dunia.* *Di bawah kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mulai awal tahun 1980-an, keberanian kita berhujah dan menawarkan kepemimpinan dalam forum antarabangsa telah mendapat pengiktirafan global. **Inilah antara punca yang menyebabkan negera-negara raksasa seperti China... lagi »

Takkan 1 ayam kawan dgn 10 ekor itik, ia akan jadi itik...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
*Sangat simplistik pandangan Takiyuddin Hassan (pix,atas) yang juga Setiausaha Agung parti agama mengenai pelantikan Sheikh Ummar Ali sebagai salah seorang ahli lembaga Yadim.* *Katanya dengan pelantikan Ummar itu, menyebabkan Yadim bakal dicorakkan oleh DAP. Astghrafirulullah.* *Pandangan sedemikian tidak patut zahir daripada seorang setiausaha agung seperti beliau yang juga merupakan pengamal undang-undang.* *Saya tidak setuju seratus peratus cara ahli lembaga pengarah Yadim dibentuk. Tetapi cara sesetengah pihak mengkritik lantikan itu, dan menjadikanmodal pelantikan Ummar Al... lagi »

Siapa meraung,siapa ketawa di Semenyih...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 minggu yang lalu
[image: Image result for prk semenyih] *Kekalahan PH di Cameron Highland patut menjadi iktibar, menginsafkan para pemimpin PH bahawa kuasa Allah dan undi rakyat menentukan nasib semua calon dan semua parti bertanding. Politik Malaysia sejak 61 tahun dan akan berterusan sampai beberapa PRU lagi tetap berbau perkauman. * *Kamu boleh menjaja 'Malaysian Malaysia', 'Malaysia Baru' untuk memancing sokongan rakyat. Tapi kalau Melayu/ Bumiputra merasakan hak dan kepentingan pribumi terjejas dan terhakis maka segala dongeng 'Malaysian Malaysia, 'Malaysia Baru' hanya tinggal kenangan yg pahi... lagi »

Sunday, 17 February 2019
Strategi Mahathir

Semua sudah sedia maklum, Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin semula negara bermula 10 Mei 2018, iaitu sehari selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Semenjak itu, kehidupan beliau dipenuhi dengan kesibukan memikir, mengurus dan mentadbir negara dibantu oleh pasukan pentadbiran yang terdiri daripada menteri, timbalan menteri dan ketua jabatan. Mereka ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mentadbir Malaysia supaya ekonomi terus diunjur stabil, kehidupan sosial masyarakat terjamin dan memacu kehidupan masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik.

Semua juga sudah ambil maklum mengenai perjanjian antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam perjanjian itu, Dr Mahathir akan melepaskan jawatan perdana menteri dan memberi laluan kepada Anwar. Walaupun tidak ada tempoh rasmi, namun dikatakan Dr Mahathir hanya memegang jawatan perdana menteri selama 2 tahun sahaja. Maksudnya, jika Dr Mahathir diberi kesihatan yang berpanjangan dan sihat tubuh badannya sehingga 10 Mei 2020, dan ketika itu beliau masih kekal sebagai perdana menteri, beliau harus melepaskan jawatannya.

Namun, situasi politik tanah air pada hari ini nampaknya tidak sama seperti era pentadbiran Dr Mahathir ketika 1981-2003. Ketika itu, Dr Mahathir menjadi perdana menteri atas tiket Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh Umno. Beliau boleh melakukan apa sahaja kerana BN ketika di bawah pimpinannya menguasai 2/3 majoriti di Parlimen. Pasukan pembangkang ketika itu juga tidak kuat, ditambah pula jaringan internet pada ketika itu tidak begitu meluas.

Kini, Dr Mahathir menjadi perdana menteri atas tiket Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada partinya sendiri, iaitu PPBM. Selain itu, PH juga dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah. Walaupun Dr Mahathir mengetuai pasukan PH, namun PPBM mempunyai sedikit sahaja kerusi di Parlimen. Malah ahli Parlimen PKR dan DAP jauh lebih banyak daripada PPBM. Oleh itu, sesuatu keputusan yang ingin dibuat harus mendapat kesepakatan semua ahli pimpinan tertinggi PH.

Dr Mahathir adalah ahli politik yang bijak, licik dan tidak mudah menjangka apa yang akan beliau lakukan. Walaupun sukar membaca pergerakan politiknya, namun penulis mengetengahkan beberapa situasi yang memungkinkan Dr Mahathir melepaskan jawatannya lebih awal.

Berjaya tumbangkan Najib

Dr Mahathir suatu ketika dahulu sedaya upaya menurunkan Datuk Seri Najib Razak namun tetap gagal. Najib masih kekal sebagai perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN (sebelum PRU14). Oleh sebab itu, Dr Mahathir menubuhkan PPBM dan menyertai blok PH.

Pertembungan BN-PH pada PRU14 menyaksikan BN tewas dan PH buat pertama kalinya mendapat peluang mentadbir negara. Najib berjaya diturunkan, Dr Mahathir pula diangkat sekali lagi sebagai perdana menteri. Nampaknya, hasrat Dr Mahathir tercapai dan ini memungkin beliau mengatur perancangan untuk berundur secara perlahan-lahan.

Dr M ‘dikunci’

Mendalami dan menghayati beberapa buah buku yang pernah dihasilkan Dr Mahathir, terutama “A Doctor In The House”, Dr Mahathir adalah ahli politik yang tidak gemar dikongkong, berani berdepan dengan sesiapa sahaja sama ada kawan mahupun lawan. Beliau juga begitu terkenal dengan “kuasa”. Kuasa melantik dan menggugurkan seseorang, bahkan berkuasa memasukkan dan mengeluarkan seseorang daripada penjara. Ini adalah Dr Mahathir era pentadbiran 1981-2003.

Namun, era pentabiran 2018 hingga kini menunjukkan Dr Mahathir seperti “dikunci”, tidak bebas lagi bebas membuat keputusan, bahkan perlu mendapat persetujuan semua pihak berkepentingan. Ini sesuatu yang tidak digemari beliau dan ini bukanlah dirinya yang sebenar.

Umno masih wujud

Walaupun Umno gagal mempertahankan kuasa pada PRU14, bahkan terdapat beberapa pemimpinnya menyeberang dan melompat parti, Umno masih lagi “bernyawa” dan tidak terkubur. Memetik kenyataan beberapa pemimpin tertinggi parti, Umno kini ibarat parti yang “diikat kaki dan tangan”, aset dibekukan dan beberapa ahli mula meninggalkan parti.

Menguburkan Umno tidak semudah yang dijangka kerana parti ini mempunyai berjuta-juta ahli di seluruh negara. Selagi Umno wujud, selagi itulah PPBM tidak mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melayu.

Perancangan tidak menjadi

Perancangan yang diatur Dr Mahathir pada awal kejayaannya mengambil alih semula pentadbiran negara nampaknya banyak yang tidak menjadi. Perancangan mewujudkan kereta nasional ke-3 masih dalam peringkat kajian, ekonomi masih lagi lemah, masalah pengangguran masih pada tahap tinggi, harga barang masih mahal, malah banyak projek mega ditangguh dan dibatalkan.

Jika situasi ini berterusan, amat merbahaya kepada Dr Mahathir kerana mewujudkan risiko beliau melepaskan jawatan dalam keadaan “kegawatan”. Tun Mahathir tidak mahu dikenang sebagai pemimpin yang gagal, oleh itu beliau perlu berusaha lebih gigih untuk memulihkan negara atau berundur lebih awal. Pengunduran lebih awal daripada yang dijangka setidak-tidaknya menyelamatkan maruah politik beliau daripada terpalit dengan pelbagai masalah negara.

Pasukan Kabinet lemah

Pasukan Kabinet PH masih lagi lemah. Ini kerana daripada keseluruhan jumlah menteri yang ada, tidak sampai separuh daripadanya betul-betul berkesan dalam melakukan gerak kerja. Ini amat merisaukan Dr Mahathir kerana pasukan Kabinet yang lemah akan memeperlahankan gerak kerja yang diatur oleh beliau. Akhirnya, segala perancangan akan lambat, atau lebih parah lagi akan menjadi gagal untuk dilaksanakan.

Jika melihat kepada situasi politik terkini tanah air, ada beberapa kemungkinan untuk Dr Mahathir berundur dalam jangka masa tertentu. Pertamanya, jika PH berjaya memenangi PRK DUN Semenyih, itulah waktu yang paling sesuai untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan.

Suara-suara desakan supaya Dr Mahathir mengotakan janjinya untuk menaikkan Anwar sebagai perdana menteri juga semakin jelas kedengaran. Oleh itu, amat mustahil untuk Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan dalam jangka masa yang lebih lama.

Kedua, jika PH tewas dalam PRK Semenyih, Dr Mahathir memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan, 6 bulan atau lebih lama lagi untuk melepaskan jawatannya. Kerana, jika beliau melepaskan jawatan dalam tempoh masa terdekat selepas PH tewas di DUN Semenyih, beliau hanya akan dilabel sebagai “failure”.

Ketiga, waktu yang sesuai untuk beliau mengumumkan pengundurannya adalah dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, sama seperti apa yang beliau lakukan ketika di dalam Umno suatu ketika dahulu.

Pemikiran dan percaturan politik Dr Mahathir adalah sesuatu yang sukar dijangka. Oleh itu, penulis hanya mampu membuat analisis berdasarkan kepada situasi politik terkini tanah air.


















Tiada ulasan: