Rabu, 1 Januari 2020

Dari Klang, Selangor, Malaysia ke Kota London. 9473.

Macam best jee. Tapi tak mampu lagi nak g sejauh ni. Modal pun keras tu. Kita set naik vietnam china dulu hahaha.Step by step😉
Bagi ontot stabil 🤣😂🤣😂
Pasangan Ini Naik "Moto Kapcai" Dari Klang Ke London Sejauh 27,000KM Merentas 25 Negara.
Eksplorasi memakan masa selama 5 bulan!
Namun, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pasangan tempatan, Mohd Alfishahrin dan Diana Ann telah membuktikan tagline 'Impossible is Nothing' daripada Adidas itu adalah benar.

Pasangan ini telah merentas 25 negara dan berjalan sejauh 27,000 kilometer menggunakan sebuah "moto kapcai" sahaja. Perjalanan mereka bermula dari Klang dan berakhir di kota paling popular di dunia iaitu London, United Kingdom.
Pasangan Diana Ann dan Mohd Alfishahrin merentas 25 negara dengan hanya menaiki sebuah
Pasangan Diana Ann dan Mohd Alfishahrin merentas 25 negara dengan hanya menaiki sebuah. Image via Mohd Alfishahrin

Motosikal yang digunakan hanyalah Honda RS150R Repsol Edition 
Image from Mohd Alfishahrin
Image via Mohd Alfishahrin
Pada mulanya, hajat mereka hanya satu iaitu meraikan Hari Kebangsaan Malaysia di kota London. Akhirnya mereka berjaya tiba di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sana tepat pada tarikh 31 Ogos 2017 untuk meraikan hari bersejarah tersebut.
Image from Mohd Alfishahrin
Image via Mohd Alfishahrin
Perjalanan mereka merentas 25 negara bermula di Klang, Selangor pada 8 April lalu dan berakhir pada 15 September 2017 di London.

Berdasarkan post Alfishahrin di Facebook, dia memberitahu bahawa dia nekad berhenti kerja demi menyahut cabaran misi ini yang dianggap "gila" dan belum tentu mampu dicapai. 
Image from Mohd Alfishahrin
Image via Mohd Alfishahrin
"8 APRIL 2017
"Gambar pada hari pertama misi Ride To London.
Depan rumahku bersama ayah, emak dan kakakku.
Mampukah aku selesaikan misi ini?
Mampukah aku harungi segala dugaan dan cabaran yang bakal dihadapi?
Mampukah aku hadapi dunia luar yang pelbagai ragam?
Macam-macam bermain di kotak fikiranku.
Idea gila dari seorang Mat Rempit macam aku ni.
Kalau tak cuba mana nak tahu kan?

"Aku nekad berhenti kerja.
Rezeki kerja insya-Allah ada, tapi peluang macam ni belum tentu boleh dapat lagi.
Tanpa fikir panjang, aku sahut cabaran misi ini.
Misi yang datang dari idea gila sendiri," tulisnya.
Image from Mohd Alfishahrin
"Alhamdulillah, selepas 146 hari berkelana di bumi Tuhan,
berjumpa bermacam-macam jenis orang,
melalui pelbagai jenis muka bumi,
merasai bermacam jenis suhu dan jenis cuaca,
menghadapi pelbagai jenis cabaran,
aku dan isteriku berjaya berpijak di bumi United Kingdom.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian semua," sambungnya lagi.
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin

Mereka yang mendapat sokongan daripada beberapa syarikat permotoran antarabangsa seperti GIVI Malaysia, STT SPROCKET dan MYBIKERZ, membelanjakan hampir RM40,000 untuk mencapai misi itu. 
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin

Alfishahrin dan Diana menjelajah 25 negara melalui program inspirasi Anak Muda Bebas Dadah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Selangor.

Pada 2015, Alfishahrin menunggang secara solo ke 1,000 Corner di Chiang Mai, Thailand dan ini diikuti dengan misi solo ke tujuh sempadan negara iaitu Thailand, Myanmar, Laos, China, Vietnam, Kemboja dan Singapura pada 2016.

Buat masa ini, misi #RideToLondon merupakan pencapaian terbesar dalam hidup Alfishahrin yang kini berusia 31 tahun dan juga Diana, 30.

Tak perlu tulis panjang lebar, sekarang jom layan gambar-gambar mereka di 11 negara yang semuanya sangat menakjubkan!

1. India
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd Alfishahrin
Image via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
2. Pakistan

3. Iran
Image from Mohd Alfishahrin
Image via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
4. Armenia
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahri
5. Turki
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
6. Greece
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd Alfishahrinimage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
7. Bosnia and Herzegovina
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
8. Croatia
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
9. Itali
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
10. Switzerland

11. Perancis
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin

Tahniah pasangan Alfishahrin dan Diana! Semoga terus sukses. #RideToLondon #Kapcaipackers
Image from Mohd AlfishahrinImage via Mohd Alfishahrin

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kredit: 

Mohd Alfishahrin sedang bersama Diana Latief.
10 jam

2014 KLANG - KRABI (125)
2015 SOLO RIDE 1000 CORNER (125)
2016 SOLO RIDE 7 BORDERS (125)
2017 SELANGOR LONDON( HONDA RS150R)
2018 SELANGOR RUSIA (HONDA RS150R)
2019 EUROPE
2020 ?

Perjalanan hidupku dalam dunia Touring masih baru, banyak lagi perlu ku pelajari
Masih tak layak lagi untuk bergelar otai atau sifu.
Banyak ilmu yang ku pelajari dari otai2 overlander yang lebih berpengalaman.

2014

Bermula pada tahun 2014,belajar2 masuk thailand buat pertama kalinya

Lepak2 borak santai semasa menonton world cup 2014, trjadi idea gila dengan sahabat2 ku Gebeng Firdaus Azizul Ejoy Shahrul Haslam Amidi Zaki untuk ride ke Krabi

Study route sikit2,info sikit, kasi jalan terus 😊

2015

Gian syok ride jauh smpai Krabi, plan utk pergi lebih jauh

Plannya nak ke Phuket, tapi terjumpa pulak mengenai ride 1000 corner, disebabkan macam menarik, kami plan la utk pergi.

Plan asal ada 10 org nak join, penghujungnya aku sorang je ON 🤣

2016

Dah semakin suka ride jauh, plan lagi utk pergi lagi jauh.
Terbaca pulak cerita 4nation ride, terus plan tapi nak buat banyak lagi nationnya 😁
Maka terjadi la Solo 7 borders Ride

2017

Syok sangat touring, plan lagi utk lebih jauh 😁
tahun kemerdekaan Malaysia cantik pulak nombornya,
ke 60 tahun, maka terpikir la pasal dlu nak dapatkan kemerdekaan perbincangan sehingga ke London, ditambah pulak Europe boleh pergi melalui jalan darat, maka tercetusnya idea Ride to London

2018

Dah cakap, jangan start touribg, nnt gian 🤣
Kesinambungan permulaan idea ride jauh dari sembang2 kosong semasa menonton world cup 2014, 2018 world cup di Rusia.
Untuk sampai ke Rusia boleh melalui 100% jalan darat, (masa gi London dulu orang dok pertikai mana ada jalan darat 😅) , maka terjadi la WORLD CUP RIDE 2018
Belajar dari pengalaman ke London, better parking je motor di Europe, nnt ad rezki sambung ride balik pulak, tu sebab motor parking kat Prague 😁

2019

Dari Europe pulang ke Malaysia 😊
itulah plan asalnya, tapi ni dah masuk tahun 2020 😅
Insyallah ada rezki sampai la Ke Malaysia, bila tu? xpasti lagi 😅
Semuanya ku buat sebab minat
Sebab impian dan cita-cita sendiri
Bukan sebab untuk mencari nama
Bukan sebab nak kejar title idola
Bukan sebab untuk mendapatkan pangkat
Bukan sebab nak jadi master@sifu
Bukan sebab nak jadi orang terhebat atau berlumba-lumba menunjuk siapa lagi power dengan orang lain
Banyak aku belajar dengan guru touring ku abang Rosli Sulaiman, seorang yang humble dan penuh ilmu didada, tak pernah lokek dengan ilmu dan pengalaman.
Nampak biasa2 tapi pengalaman beliau luar biasa dan lebih hebat dari aku
Berpegang pada prinsip " Seorang guru lebih gembira apabila melihat anak didiknya membuat lebih baik dari dirinya"
Segala ilmu yang beliau curahkan xpernah mengharap balasan atau pun meminta 1 sen pun,bahkan lebih banyak belanja aku dan support aku.
Disebabkan itu, ak rajin share info tanpa mengharapkan balasan atau bayaran sebab guru yang mengajarku pun tak pernah meminta apa2 dariku.
Ramai lagi overlander2 hebat dan berpengalaman ak pergi berjumpa sendiri, cari mereka untuk dapatkan ilmu dan info.
Ada juga yang ku mesej bertanyakan info sekiranya mereka jauh, Alhamdulillah ada yang respon dan share ilmu kepada ku, ada juga yang malas layan sebab "mat rempit" yang bertanya 😅
Fasa susahnya nak cari info dan ilmu touring dah ku rasa, tak seperti sekarang info mudah diperolehi, cuma kena rajin je mencari. 
Ada yang simpan semua info itu utk buat duit, terpulang kepada hak masing2 😊
kita cuba usaha ,insyallah niat baik akan ada yang membantu
Semoga tahun 2020 ini lebih baik daripada tahun sebelum nya , amin 😊
Kredit:
https://www.facebook.com/mohd.alfishahrin.1/posts/10222028741454570
https://www.facebook.com/rosli.sulaiman.37

Tiada ulasan: