Rabu, 29 Januari 2020

Salawat Nabi Sallahu Alaihi Wasalam. 9689



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ


آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
In Syaa Allah.. semua selawat bertujuan memuji Baginda Nabi  dan sudah tentu diberkati…
“Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“None has the right to be worshipped except Allah, alone, without partner. To Him belongs sovereignty and all praise and He is over all things omnipotent.”
1. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah () bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas solat Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat solatnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.
2. Rasulullah  bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah , Bagaimanakah selawat itu? Baginda  menjawab “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-
saya ingin bertanya, apa perbezaan antara penghujung solawat wasallam dengan wasallim.. bila waktu yg sesuai untuk digunakan.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Kedua-duanya berkaitan dengan nahu Arab..ia berbeza mengikut perkataan sebelumnya jika berbaris atas ia akan jadi wasallam iaitu perkara yang telah berlaku (F’il Madhi), dan wasallim pula adalah ayat suruhan (F’il Amar). Ina boleh membaca kedua-dua jenis selawat tersebut pada bila2 masa… lagi banyak, maka besarlah ganjarannya..
Nabi  bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
SELAWAT BASYA’IRUL KHAIRAT-Sheikh Abdul Qadir Al Jailani. BASYA’IRUL KHAIRAT (Kabar Gembira tentang Berbagai Kebaikan).
Diriwayatkan dari Syaikhul Ummah, Imamul A’immah, pemimpin para wali, Quthub dari semua Quthub, Sayyidi Abdul Qadir al-Jaelani, bahwa beliau berkata kepada salah seorang sahabatnya : “terimalah shalawat ini dariku, karena aku menerimanya melalui ilham dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, lalu aku menunjukkannya kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam. Aku hendak menanyakan kepada beliau mengenai manfaat khusus shalawat tersebut, namun beliau menjawab sebelum aku menanyakannya. Beliau berkata kepadaku : “Shalawat ini mempunyai manfaat khusus yang begitu dahsyat untuk diperhitungkan. Ia mengangkat orang yang mengamalkannya ke derajat yang amat tinggi, dan menjadikan mereka mencapai tujuan yang paling jauh. Bila seseorang menggunakan shalawat ini untuk mencapai maksud tertentu, maka dia tidak akan kecewa. Cita-citanya tidak akan gagal dan doanya tidak akan ditolak. Bila seseorang membacanya, meski hanya sekali atau membawanya, Allah akan menganugerahkan ampunan-Nya kepada orang itu dan kepada orang yang pergi bersamanya. Bila ajalnya tiba, empat orang malaikat rahmat akan hadir disampingnya. Malaikat pertama akan menjaganya dari setan. Malaikat kedua akan akan membimbingnya mengucapkan kalimat syahadat. Malaikat ketiga memuaskan dahaganya dengan secangkir air dari telaga Al-Kautsar. Malaikat keempat akan membawa bejana emas yang penuh dengan buah-buahan surga, memberinya kabar gembira tentang menghuni surga, dan berkata kepadanya : ”Berbahagialah wahai hamba Allah!” lalu ia akan melihat-Nya dan memandang-Nya dengan matanya, sebelum ruhnya terpisah. ”Ia akan memasuki kuburnya dengan rasa aman, senang, dan bahagia, dan ia tidak akan merasa kesepian dan kesempitan di dalamnya. Empat puluh pintu rahmat akan terbuka baginya dan darinya terpancar cahaya. Saat ia bangkit pada hari kebangkitan kelak, malaikat akan memberinya berita gembira dari sebelah kanannya, dan malaikat lainnya akan menenteramkan hatinya dari sebelah kirinya. Ia akan diberi dua pakaian yang indah, dan seekor kuda jinak akan dibawakan untuknya sebagai tunggangan. Tak ada kesedihan dan penyesalan baginya, dan ia akan menjalani perhitungan yang mudah. Saat ia melewati jembatan neraka, apinya akan berkata kepadanya : ” Cepatlah berlalu, wahai hamba Allah yang bebas!Aku dilarang untuk menyentuhmu.” ”Ia akan memasuki surga Firdaus bersama nenek moyang mereka yang saleh, dan di dalam surga ia akan diberi empat puluh kubah dari perak. Setiap kubah akan berisi sebuah istana dari emas, dan di setiap istana ada seratus ruangan dari cahaya. Di setiap ruangan terdapat dipan tinggi yang terbuat dari kain sutera, dan di atas dipan sutera itu ada bidadari dengan mata yang indah. Tubuhnya terbuat dari wewangian yang amat harum, seolah ia bulan di saat malam purnamanya. Lalu ia akan diberi sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar telinga, dan tidak pernah terbersit dalam hati manusia.” Menurut khabar, di malam saat Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam dimi’rajkan ke hadirat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman : ”Milik siapakah bumi itu, wahai Muhammad?” Beliau menjawab : Milik-Mu, wahai Tuhanku.” Lalu Dia Subhanahu Wa Ta’ala bertanya lagi : ”Milik siapakah langit itu, wahai Muhammad?” Beliau menjawab lagi : Milik-Mu, wahai Tuhanku.” Lalu Dia Subhanahu Wa Ta’ala bertanya lagi : ”Milik siapakah hijab ini, wahai Muhammad?” Beliau menjawab lagi : Milik-Mu, wahai Tuhanku.” Lalu Dia Subhanahu Wa Ta’ala bertanya lagi : ”Milik siapakah tahta(Kursi) inu, wahai Muhammad?” Beliau menjawab lagi : Milik-Mu, wahai Tuhanku.” Lalu Dia Subhanahu Wa Ta’ala bertanya lagi : ”Milik siapakah dirimu, wahai Muhammad?” Sampai disini, Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam jatuh tersungkur dalam sujud, dan rasa malu menghalanginya untuk mengucapkan sesuatu. Allah Subhanahu Wa Ta’ala lalu berfirman :”Engkau adalah milik orang yang bershalawat kepadamu, dan yang melakukannya dengan penuh penghormatan dan pengagungan.” Syaikh Abdul Qadir Al-Jaelani lalu berkata :”Shalawat ini adalah shalawat yang sesuai dengan hadis nabi tadi. Ia adalah pembuka tujuh puluh pintu rahmat, dan ia mewujudkan keajaiban jalan menuju ke surga Firdaus. Ia lebih utama daripada seseorang membebaskan seribu jiwa, dan menyembelih seribu hewan kurban, dan bersedekah sebanyak seribu dinar, dan berpuasa selama seribu bulan. Ia mengandung rahasia tersembunyi, dan merupakan jalan untuk mempermudah melaksanakan kewajiban, memperbaiki akhlak, memenuhi kebutuhan, menaikkan derajat, menghapuskan dosa, diampuninya kesalahn, dan kerendahan diubah menjadi kehormatan.” ”Syaikh Abdul Qadir Al-Jaelani juga berkata :”Shalawat ini tidak diberikan kecuali kepada orang yang benar-benar saleh, karena shalawat ini memiliki sifat yang sempurna, didukung dengan keutamaan yang banyak. Bila persoalan tertentu menimpa seseorang, setiap shalawat darinya akan akan menjadi jalan atau wasilah baginya kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, dan setiap ayat Al-Qur’an yang terkandung padanya akan menjadi syafaat baginya di hadirat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini adalah shalawat orang-orang yang menegakkan shalat lima waktu, bacaan Qurani bagi mereka yang melakukan zikir, peringatan bagi mereka yang mau mendengarkan nasihat, dan sebagai jalan bagi mereka yang mencari jalan. Ia adalah shalawat dari Al-Quran Suci, dan aku menamainya ”Basya’irul Khairat”.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
“Selawat Nariyah” atau “Selawat Tafrijiyah” dan disebut juga sebagai “Selawat Kamilah”, jika dibaca 11x ia bagus untuk diberkati segala rezeki, ditinggikan darjat dan bagi memperoleh husnul khatimah.


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah ﷻ. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah ﷻ dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga Beliau (Nabi ) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).

Berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah .

Nabi Muhammad ﷺ bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

Mengucap Salam Kepada Nabi 

Salam pula bererti damai, sejahtera, aman sentosa dan selamat. Jadi ketika seseorang muslim membaca selawat untuk Nabi , bermaksud ia mendoakan Baginda ﷺ semoga tetap damai, sejahtera, aman sentosa dan selalu mendapatkan keselamatan.

a. Allah ﷻ memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi ﷺ.

Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Aku berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya aku memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya.”

b. Mengucap salam kepada Nabi ﷺ, lebih utama daripada memerdekakan budak.

Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi  itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi  itu lebih utama daripada memerdekakan budak”. Nabi ﷺ., Bersabda: “Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa walaupun sebesar atom dan biji sawi.”

c. Sesiapa yang membaca salam untuk Nabi  100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100 hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.

Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”

Keutamaan dan Kebesaran Selawat Nabi 

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah Ta'ala dan Rasulullah ﷺ.

Selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad ﷺ serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad ﷺ) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”

Hukum berselawat Nabi ﷺ. Hukum berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ adalah wajib ketika:

1.  Mengerjakan solat.

2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).

3.  Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.

4.  Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad , ganti namanya atau pangkat kerasulan dan keNabian Baginda ﷺ.

Arahan Membaca Selawat Nabi 

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah Ta'ala sendiri memulakan selawat ke atas Nabi , diikuti Malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat Nabi  ﷺ itu lebih utama.

Firman Allah ﷻ: “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).”  (Surah Al-Ahzab: 56).

Nota; 

(1) Berselawat Nabi  ertinya: kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari Malaikat bererti meminta keampunan dan kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan: Allahuma shalli ala Muhammad. 

(2) Dengan mengucapkan perkataan seperti: Assalamu’alaika ayyuhan Nabi ertinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi .

Membaca Selawat Nabi 

Lafaznya selawat ke atas Nabi ﷺ, cukup mudah, tidak mengambil masa yang panjang. Sebagai tanda kasihnya Allah kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.

1. Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi 

Orang yang membaca selawat untuk Nabi  hendaklah disertai dengan niat dan rasa cinta kepada Nabi  dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda .

Dalam penjelasan hadis (akhbar al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca selawat tidak disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi , maka timbangannya tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.

Rasulullah ﷺ bersabda“Sesungguhnya sahnya amal itu tergantung niatnya”

Ada tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap, iaitu:

a. Solat yang tidak disertai dengan tunduk dan khusyuk.

b. Zikir dengan tidak sedar. Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak sedar.

c. Membaca Selawat untuk Nabi Muhammad ﷺ tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Dan kalau kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”

2. Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah ﷺ. 

Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada Allah Ta'ala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah ﷺ maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi ﷺ dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah ﷺ di Syurga.”

Seterusnya Rasulullah ﷺ bersabda“Sesiapa membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai Hari Kiamat.”

Cara Membaca Selawat. Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ:

1. Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,

2. Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah ﷺ.

3. Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Engkau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!
Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.

Jenis-Jenis Selawat. Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:

1) Selawat Ibrahimiyah.

2) Selawat Tafrijiyah.

3) Selawat Munjiyah

4) Selawat Ummi

5) Selawat Fatih

6) Selawat Syifa’.

7) Selawat Syafaat.

8) Selawat Badriyah

9) Selawat kebajikan.

10) Selawat menolak kecelakaan.

11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.

Bencana Tidak Berselawat. Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;

1. Dijauhkan dari rahmat Allah. 

2. Mendapat kehinaan yang memalukan.

3. Sentiasa mengalami kerugian dan penyesalan.

4. Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.

5. Mengalami kebingungan di hari kiamat.

6. Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.

7. Menjadi ahli neraka. 

Nabi Muhammad ﷺ. Bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

Waktu Afdal Berselawat. Masa paling afdal dituntut berselawat

1. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi ﷺ.

2. Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.

3. Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.

4. Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.

5. Di akhir qunut dalam solat.

6. Di dalam solat jenazah.

7. Di antara takbir solat hari raya.

8. Ketika masuk dan keluar dari masjid.

9. Setiap waktu pagi dan petang.

10. Hari Khamis malam Jumaat.

11. Sepanjang hari Jumaat. 

12. Ketika telinga berdesing.

13. Ketika terlupa sesuatu perkara.

14. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.

15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.

16. Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.

17. Waktu meninggalkan sesuatu majlis.

18. Ketika berziarah di makam Rasulullah ﷺ.

Fadilat Berselawat Nabi 

1. Allah limpahkan rahmat berkali ganda.

2. Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.

3. Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.

4. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

5. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.

6. Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.

7. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

8. Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat Nabi .

9. Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah ﷺ pada hari akhirat.

10. Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah ﷺ pada hari akhirat kelak.

11. Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.

12. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.

13. Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.

Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat Nabi 

1. Para Malaikat berjanji,  sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ setiap hari sebanyak 10 kali: 

a. Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.

b. Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah ﷺ.

c. Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.

d. Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.

2.   Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah ﷺ:

a.  Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.

b.  Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.

c.  Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30  lagi hajat dunia.

d.  Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”

3. Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ﷺ ialah:

“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).

“Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”  (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

“Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].

“Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

“Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”

Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah 

Berasa lebih mencintai Rasulullah ﷺ.

Menjadi zakat dan pembersih diri.

Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah ﷻ.

Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.

Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.

Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.

Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad ﷺ yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda ﷺ sudah wafat.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafaku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.” (Riwayat Ibni Mas’ud)

Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Sumber: 


Tiada ulasan: