Khamis, 30 Januari 2020

Surah Al-Fatihah mesti (wajib) dibaca dalam setiap rakaat kerana ianya adalah salah satu daripada 13 rukun solat. 9692


Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Firman Allah SWT,  
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ

“Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran.” (Surah Al Muzammil: 20).

assalamualaikum…sye nk tnye skit nie….Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, kene baca doa berikut…mksudny mase sujud akhir rakaat ke-2 ke kne bace doa tu?

وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

Betul, begitulah caranya.

Ya Allah Engkau telah berikan aku ilmu melalui saudaraku.. tambahkanlah terus ilmu kami ya Allah. 

assalamualaikum 
saya ada beberapa soalan tuk kita kongsi bersama

1. berapa raka’at solat tahajjud ni yg paling afdal??? saya melakukanya 10raka’at karna saya luangkan waktu tuk solat tahajjud dari jam 4 sampai subuh waktu kuala lumpur.

2.jam berapa solat tahajjud ni yg paling afdal? karna staw saya spertiga malam ataw jam 3 sampai 4pagi, tp saya pulak di mulai pukul 4 mgkn sampai jam 5, apa hukumnya? tp baru2 ni saya baca dlm internet spertiga malam itu jam 3 sampai subuh, bole tolong jelaskan?

3.doa sujud akhir tahajjut itu di baca di akhir raka’at yg terakhir. ataw di akhir stiap dua raka’at???

4.kalau kita buat 10 rakaat mana satu yg afdal kita baca surah al kaafirun dan al ikhlas dari rakat pertama sampi rakaat terakhir ataw kita baca lain2 surah stiap rakaat??? TQ

Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh

Alhamdulillah rajin melakukan solat Tahajjud. Mudah-mudahan ianya berkekalan kerana Solat tahajjud ini sungguh besar ganjaran dan nilainya, sehinggakan disebut dalam al-Quran: 

Firman Allah SWT.:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; 
Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)

1. Solat Sunat Tahajjud boleh dilakukan selagi termampu dan paling minimanya 2 rakaat sahaja. Tetapi adalah lebih afdal ketika ‘Qiamullail’ (beribadah menghidupkan malam) dilakukan juga solat-solat sunat yang lain seperti Taubat, Istikharah, Hajat dan Solat Sunat Witir.

Solat Witir juga dilakukan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat malam iaitu sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

2. Solat ini dilakukan setelah terjaga dari tidur malam dan waktu afdalnya pula adalah pada 1/3 akhir malam iaitu bermula 2.30 pagi hingga sebelum masuk waktu Subuh.

3. Doa sujud Tahajjud boleh dibaca diakhir setiap dua rakaat, iaitu sebelum duduk membaca Tahiyat akhir.

4. Boleh dibaca surah-surah lain pada setiap rakaat, selain daripada surah al-Kaafirun dan al-Ikhlas. Afdalnya adalah surah yang paling kita kuasai segala hukum tajwidnya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sering membaca surah-surah yang ada kaitan ‘azab’ di dalamnya.

Pada Solat Sunat Tahajjud ini juga boleh digunakan sebagai latihan dan pemantapan bacaan surah-surah yang hendak dihafaz kerana mudah diingat dan itulah antara fadhilat solat Tahajjud disebabkan suasana sunyi dan turunnya Malaikat Rahmat pada ketika ini.

والسلام

Surah Al-Fatihah mesti (wajib) dibaca dalam setiap rakaat kerana ianya adalah salah satu daripada 13 rukun solat, jika ditinggalkan akan mengakibatkan solat tidak sah.
Apabila terjaga dari tidur dan sebelum melakukan Qiamullail adalah sunnah membersihkan diri dengan bersugi dan berwudhuk terlebih dahulu.. Bagi melakukan solat-solat sunat, disarankan mengikut turutan berikut:-
• Solat Sunat Wudhuk
• Solat Sunat Tahajjud
• Solat Sunat Taubat
• Solat Sunat Tasbih
• Solat Sunat Istikharah
• Solat Sunat Hajat
• Solat Sunat Witir
والسلام
Doa sujud dari Al-Quran itu pula, sesetengah ulamak membenarkannya kerana Rasulullah SAW sendiri ada melakukannya;
Di antara Doa yang pernah dibaca oleh Nabi SAW di dalam sujudnya ialah;
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ
“Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya sama ada yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir, yang terang dan yang tersembunyi.” (HR Imam Muslim).
اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
“Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu, aku berlindung dengan keampunanMu dari balasanMu. Aku berlindung denganMu dariMu. Tidak terhitung olehku akan pujian yang sepatutnya aku ucapkan untukMu. Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjungi ke atas diriMU sendiri.” (HR Imam Muslim).
Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).
Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).
Solat Tahajjud mesti dilaksanakan selepas bangun dari tidur malam… 
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
Solat Tahajjud boleh dilakukan pada bila-bila masa, asalkan bangun selepas tidur malam..
Firman Allah SWT:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat TahajJud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
Dan waktu paling afdalnya pula pada 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga sebelum masuk waktu Subuh.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
 lakukan dahulu Solat Tahajjud, baru buat Solat Taubat dan adalah lebih baik jika diikuti dengan Solat Sunat Hajat dan Witir.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
solat Witir hanya sekali sahaja dalam satu malam.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
“Tidak ada dua Witir dalam satu malam.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
“Tidak ada dua Witir dalam satu malam.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no.1227)
peluang meraih waktu paling mustajab berdoa.
Daripada Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Allah turun dari ArasyNya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepad para malaikat yang menjaga langit pertama, “Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hambaKu yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya.”
Maka sepertiga malam atau pada Solat Tahajjud merupakan waktu yang sangat afdal untuk kita berdoa kepada Allah SWT.
lakukannya termasuk dalam waktu afdal (1/3 akhir malam)
“(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17).
Solat Tahajud tidak boleh dilakukan pada siang hari. Dinamakan Tahajjud, ertinya terbangun malam. Jadi, sekiranya mahu mengerjakan Solat Tahajud, perlulah tidur dahulu dan barulah dikerjakan sesudah terjaga dari tidur malam. Solat Tahajjud adalah kebiasaan orang-orang soleh yang hatinya selalu berdampingan untuk menerima SWT.
Firman Allah SWT.:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Adalah sunnah dan lebih afdal melakukan Solat Tahajjud dengan setiap 2 rakaat satu salam.
Rasulullah SAW ditanya mengenai solat sunat pada malam hari, Baginda menjawab: “Solat malam dua rakaat, dua rakaat, jika kamu bimbang hampir waktu Subuh, akhirilah dengan solat witir satu rakaat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
apakah dalam sholat sunnah bacaan doa “kabiro wal hamdulillah ….. ” dan seterusnya tidak dibaca??? Nama doa tersebut adalah ‘Doa Iftitah’. Membacanya hanya sunnah, jika ditinggalkan solat tetap sah.
Setelah bangun dari tidur. Solat sunat yang terbaik mengiringi solat sunat wudhu, taubat, tahajjud, istikarah? Adakah solat sunat hajat atau solat sunat witir. Selepas itu kita terus bermunajat kepada Allah SWT dan mengerjakan solat Subuh?
Lain2 kemuskilan, jika setelah azan dan memasuki masjid yang mana lebih afdal untuk mengerjakan solat sunat wudhu atau solat tahiyattul masjid atau solat sunat sebelum (qobliah) Subuh (contoh).
1. Susunan Solat Qiam:-
a) Solat Sunat Wudhuk,
b) Solat Sunat Tahajjud,
c) Solat Sunat Taubat,
d) Solat Sunat Hajat,
e) Solat Sunat Istikarah,
f) Solat Sunat Witir.
2. Bermunajat boleh dilakukan di antara solat2 tersebut atau sementara menunggu masuknya waktu subuh.
3. Jika azan telah berkumandang, solat Qobliyah adalah lebih utama… dan sekiranya rumah berhampiran masjid.. yang afdalnya Sdr.Abe dirikanlah Solat Sunat Fajar (Sunat Subuh) di rumah terlebih dahulu.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
apa hukumnya kalau kita babgun dari tidur (3.00 pagi) dan mengerjakan solat sunat Tahajud, Taubat, Hajat & Witir…kemudian kita tidur sebentar sementara untuk menunggu waktu Subuh masuk…?
lakukan tersebut amat baik sekali dan menepati sunnah…
Seorang sahabat bertanya; Bagaimana solat Nabishallallahu ‘alaihi wasallam pada malam hari”? ‘Aisyah radhiallahu’ anha berkata:
كَانَ يَنَامُ أَوَّلَهُ وَيَقُومُ آخِرَهُ فَيُصَلِّي ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى فِرَاشِهِ فَإِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ
“Biasanya baginda tidur pada awal malam dan bangun pada akhir malam lalu solat, kemudian kembali lagi ke tempat tidurnya. Apabila muadzdzin telah mengumandangkan azan baginda bangun.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari r.a.)
Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).
Firman Allah SWT: “Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa).” (An-Nisa 4:103)
Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” [Hadis riwayat Bukhari]






semua jenis solat perlu ada rukuk pada setia rakaat dan mesti disudahi dengan Tahiyyat Akhir sebelum memberi salam.
RINGKASAN CARA SOLAT TAHAJJUD
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah Al-Kafirun
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Membaca Surah Al-Fatihah
2) Membaca Surah Al-Ikhas
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Sujud
6) Duduk antara dua sujud
7) Sujud kali kedua
8) Duduk untuk Tahiyyat Akhir
9) Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
10) Berzikir dan doa Tahajjud.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat Witir
Islam itu indah, mengajar umatnya berdisplin dan beradab pada waktu… Akhirilah Qiamullail Kamal dengan Solat Witir sebagai penutup malam.
Abdullah bin Umarradhiallahu’ anhuma, dia berkata:
إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ
قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ
“Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1137.)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
assalamualaikum..sy nak tnya mgenai doa dlm sujud terakhir ‘masukkan daku ke dlm pntu kbenaran dan keluarkan daku dr pintu kbenaran’,apakah yg dmaksudkan dgn ayat trsebut?n saya lihat ada dua doa yg dsertakan dlm blog ni slps solat, adakah kdua2 doa itu dibaca slps solat?n bolehkah sekiranya solat witir x dlakukan slps solat tahajjud trsebut?terima kasih atas perhatian…
1. Ayat ini memerlukan huraian yang agak panjang… boleh bertanyakan kepada guru2 agama berhampiran… secara ringkasnya segala tindak-tanduk kita perlulah mengikut syariat…
2. Doa tasbih tersebut dibaca pada sujud terakhir dalam rakaat kedua.
3. Jika kesuntukan masa, lakukanlah hanya Solat Witir 3 atau 1 rakaat, secara tak langsung solat ini termasuk sebagai Solat Tahajjud juga.
Sabda Rasullulah SAW dari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
niat dengan lebih bersungguh dan ikhlas serta cekalkan hati untuk bangun bertahajjud…
Daripada Abdullah, katanya: “Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda Baginda: “Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah SAW : “Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan. Ia menepukkan pada setiap ikatan; bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila kamu bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk maka terbuka pula satu ikatan. Apabila kamu bersolat terbukalah satu ikatan. Maka di pagi hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak nescaya di pagi hari perasaannya buruk dan malas.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Solat Witir adalah solat sunat yang diwasiatkan oleh Baginda Nabi SAW supaya tidak ditinggalkan oleh umatnya…
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ
وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ.
“Sesiapa di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mengerjakan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan sesiapa di antara kamu merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Dan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:
يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ.
“Wahai ahli al-Qur’an (mereka yang membaca dan beramal dengan al-Qur’an), Hendaklah kamu mengerjakan solat Witir, sesungguhnya Allah itu ganjil dan mencintai yang ganjil.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)
Assalammualaikum…kalau nak solat sunat istikharah sebelum tidur,per lu ke solat sunat yang lain. apa pulak solat sunat yang perlu di dahulukan dan perlu ke solat sunat witir?
Selain solat wajib, lakukanlah solat sunat Qobliyyah Isyak dan witir.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
“Jadikanlah solat Witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Assalamualaikum..terima kasih atas info yang sangat berguna. Boleh tak bagi petua untuk bangun malam.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Amalkanlah membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi dan sebelum tidur pasanglah niat untuk bangun berqiamullail. InsyaAllah akan terjaga pada waktunya.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Salam ustaz.saya nak tny,saya sekarang tgh study di UK. Waktu maghrib masuk pukul 9.30 dan Isya’ pukul 11.30.Subuh pula masuk pukul 2.30 am. Bilakah masa terbaik untuk saya menunaikan solat tahajjud dan solat sunat yang lain memandangkan waktu agak pendek dan sekiranya saya tidur selepas Isyak untuk bangun solat tahajjud, kemungkinan besar saya tidak dpt terjaga untuk solat tahajjud, sedangkan sy mst tidur sblm menunaikan solat tahujjud.
Satu perkara lg,bolehkah sekiranya sy menunaikan solat tarawih selepas maghrib sementara menanti isya kerana waktu isya agak lambat.mohon pencerahan.
Terima kasih
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
1. Waktu afdhal Tahajjud adalah pada 1/3 akhir malam iaitu kira-kira 1.00 – 2.30 am.
2. ‘Waktu pendek’- Solusinya, jangan tidur malam seperti yang diamalkan di Arab Saudi dan setkan masa tidur di sebelah siangnya… Sayang rasanya jika masa yang singkat tersebut digunakan untuk tidur. Gunakanlah bonus yang Allah SWT tawarkan pada bulan ini dengan mengimarahkan malamnya.
4. Tanpa tidur dan solat sunat Tahajjud, boleh dilakukan ibadah2 lain seperti solat sunat Taubat, Hajat,Istikharh, Witir, berzikir dan membaca al-Quran.
3. Solat Tarawih hanya sah jika dilakukan selepas solat Isyak.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Assalamualaikum
mau tanya “Doa sujud Akhir tahajud” itu di baca ketika sedang sujud atau selepas sujud
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Boleh pada kedua2nya tapi lebih dituntut ketika sujud..
Rasulullah SAW bersabda: “Jarak yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang sujud, maka perbanyaklah doa di waktu itu.” (H.R. Muslim)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Allah SWT tidak pernah menghampakan setiap permohonan hambaNya.
Firman Allah SWT:
“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan permohonanmu itu.”
(Al- Mukmin : 60)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Lebih afdhal jika buat solat Tahajjud sebaik terjaga dari tidur dan sebelum berbaring elok dilakukan solat Witir.
Rasulullah SAW bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
Daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mengerjakan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan sesiapa di antara kamu merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Ubadah bin Shamit mengatakan bahawa Nabi bersabda, “Barangsiapa yang bangun di malam hari dan mengucapkan: ‘Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan segala pujian, Dia Maha Muasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tidak ada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah’, kemudian ia mengucapkan, ‘Ya Allah, ampunilah daku’, atau ia berdoa, maka dikabulkanlah doanya. Jika ia berwudhu dan shalat, maka diterima (shalatnya).”
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

Tiada ulasan: