Isnin, 17 Februari 2020

Ada yang sedang menjawab di alam kuburan sana kerana menafikan yang hak dengan helah dan tipu daya. 9752


Hingga di Pengadilan Allah di Padang Mahsyar kelak... Peringatan dan amaran untuk diri sendiri. Wallahu A'lam Bissawab.

Allah Maha Melihat. Allah Maha Mendengar. Nak sorok mana yang bersifat hamba dan bersifat baharu dan semua manusia yang bakal mati. Allah berfirman yang bermaksud: Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (QS .Alankabuut: 64).

Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ

Antara akhlak mulia Rasulullah ﷺ didalam hadis ialah Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan.” 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Perjanjian Antara Temenggung Abdul Rahman Dengan Stamford Raffles

30 Januari 1819 – Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles telah dilantik menjadi gabenor di salah sebuah pelabuhan British iaitu di Bengkulu, Sumatera. Stamford Raffles percaya bahawa British perlu mencari jalan untuk menjadi kuasa dominan di rantau ini. Salah satu jalan ialah dengan membina sebuah pelabuhan baru di Selat Melaka. Pelabuhan British sedia ada seperti Pulau Pinang adalah terlalu jauh di utara Selat Melaka manakala Bengkulu pula menghadap Selat Sunda.

Pada tahun 1818, setelah berjaya menyakinkan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk mencari pelabuhan baru di rantau ini. Stamford Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah Perkampungan Melayu Kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh Temenggung Johor iaitu Temenggung Abdul Rahman. 
Sir Thomas Stamford Raffles

Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor dalam keadaan politik yang tidak stabil. Waris Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan Bugis. 

Stamford Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi Sultan Johor hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussein tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, Bakal Sultan perlu berada di sisi Sultan sekiranya ingin dilantik menjadi Sultan Johor.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Stamford Raffles telah menyokong Tengku Hussein untuk menjadi Sultan Johor sekiranya Tengku Hussein sanggup membenarkan British membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada Tengku Hussein. 
Perjanjian Antara Temenggung Abdul Rahman Dengan Stamford Raffles.


Pada 30 Januari 1819, satu perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles telah ditandatangani dan perjanjian ini menjadi sah pada 6 Februari 1819 setelah ditandatangani oleh Tengku Hussein.

Di antara isi-isi perjanjian ialah:-

  • Syarikat Hindia Timur Inggeris boleh mendirikan loji di Singapura atau tempat-tempat lain dalam wilayah Kerajaan Johor – Singapura.
  • Sehubungan dengan itu Syarikat Hindia Timur Inggeris bersetuju untuk melindungi Temenggung Abdul Rahman.
  • Syarikat Hindia Timur Inggeris akan membayar tiga ribu dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung Abdul Rahman kerana mendirikan kilang itu.
  • Temenggung Abdul Rahman tidak boleh membuat sebarang hubungan dengan negara-negara lain atau membenarkan kuasa negara-negara lain masuk ke negerinya selain dari Inggeris, selagi Syarikat Hindia Timur Inggeris masih kekal dan sanggup memberikan perlindungan menurut perjanjian itu.
  • Apabila Sultan Hussein tiba di Singapura kelak, kesemua perkara yang disebutkan dalam perjanjian ini diselesaikan serta disahkan, akan tetapi pihak Syarikat Hindia Timur boleh memilih suatu tempat untuk mendaratkan pasukan tenteranya dan barang-barang kelengkapan serta dagangan serta menaikkan bendera Syarikat.
Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dan Stamford Raffles ini adalah merupakan persetujuan sementara dalam usaha Inggeris untuk menguasai Singapura kerana Temenggung itu tidak berhak menandatangani perjanjian sebenar. Hak dan kuasa itu terletak di tangan Sultan yang bersemayam di Lingga.

Perjanjian Tengku Hussein Dengan Stamford Raffles

Pada 6 Februari 1819, Tengku Long atau Tengku Hussein, waris yang sah kepada takhta Kerajaan Johor tetapi diketepikan, tiba di Singapura. Walaupun beliau tidak percayakan Inggeris tetapi oleh kerana bimbangkan kuasa Belanda dan Bugis dan dengan sokongan Temenggung Abdul Rahman, beliau telah menandatangani satu perjanjian perikatan dan persahabatan pada 6 Februari 1819 dengan Stamford Raffles. Dalam perjanjian ini beliau telah diakui dan diiktiraf oleh kerajaan Inggeris di India sebagai Sultan bagi Kerajaan Johor – Singapura, dengan gelaran Sultan Hussein Muhamad Shah.

Dengan perjanjian ini maka perjanjian awal yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1819 di antara Temenggung Abdul Rahman dan Stamford Raffles dengan sendirinya menjadi sah dan bermulalah sejarah penguasaan Inggeris ke atas Singapura.

Sumber : Arkib Negara MalaysiaWikipedia

Baca Juga:

Kredit:
https://pekhabar.com/h-i-d-s-perjanjian-temenggong-abdul-rahman-stamford-raffles-mengenai-singapura/

Perjanjian Persahabatan E.I.C-Johor
View of  The Town and Roads of  Singapore from The Government Hill. Published 1828

02 Ogos 1824 – Pada tahun 1824 satu perjanjian persahabatan E.I.C-Johor telah ditandatangani di antara John Crawfurd, Residen Inggeris di Singapura bagi pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris (E.I.C) dengan Sultan Hussain Shah dan Temenggung Abdul Rahman.

Perjanjian ini dibuat di Singapura dan telah disahkan oleh Gabenor Jeneral Inggeris di Fort William, India pada 19 November 1824.

Mengikut perjanjian yang mengandungi 14 perkara ini, Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman bersetuju menyerahkan Pulau Singapura serta pulau-pulau dalam lingkungan sepuluh batu dari pantainya kepada pihak Inggeris.

Sebagai gantinya Sultan menerima wang hadiah sebanyak 33,200 dollar Sepanyol dan gaji bulanan sebanyak 1,300 dollar, selama hayat baginda. Temenggung pula menerima wang hadiah sebanyak 26,800 dollar dan gaji bulanan sebanyak 700 dollar selagi ada hayatnya.
John Crawfurd

Selain dari itu, jika Sultan Hussain dan Temenggung mahu pindah keluar dari Singapura, Syarikat Hindia Timur Inggeris akan membayar 20,000 ringgit dan kepada Temenggung atau penggantinya sebanyak 5,000 dollar.

Perjanjian ini juga telah membatalkan persetiaan-persetiaan dan persetujuan-persetujuan yang telah pernah dibuat di antara Kompeni Hindia Timur Inggeris dengan Sultan dan Temenggung.

Akibat dari perjanjian ini Sultan Hussain telah kehilangan kuasa dan kedaulatannya ke atas Singapura.

Perjanjian yang menjadikan Singapura hak milik Inggeris ini adalah lanjutan daripada usaha-usaha yang telah dimulakan oleh Thomas Stamford Raffles pada awal tahun 1819 bagi menjamin kepentingan Inggeris.

Dengan memanipulasikan keadaan politik kerajaan Johor masa itu, terutama sekali mengenai kedudukan kesultanannya yang sedang dipertikaikan, Raffles telah mengangkat Tengku Long menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Hussain Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud, Sultan Johor dalam satu istiadat di Padang Singapura pada 6 Februari 1819.

Pada hari itu juga Raffles, bagi pihak Kompeni Inggeris telah membuat perjanjian dengan Sultan Hussain dan Temenggung.

Peristiwa ini telah mengubah perjalanan sejarah Kerajaan Johor yang dahulunya meliputi Johor, Riau, Lingga, Singapura, Pahang dan pulau-pulau di sekitarnya.

Bendahara Tun Ali di Pahang menyifatkan perbuatan orang-orang Inggeris di Singapura itu sebagai “suatu perbuatan yang telah menceraikan orang adik-beradik, anak beranak dan sahabat handai…….

Pada tahun 1823 satu lagi perjanjian telah dibuat oleh Raffles dengan Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman yang menjadikan kuasa Inggeris di Singapura lebih kukuh daripada tahun 1819, tetapi kekuasaan dan hak-hak Inggeris di pulau itu masih dalam keadaan yang kurang baik.

Apabila John Crawfurd menjadi Residen Singapura beliau telah mencadangkan pula supaya Singapura diambil langsung oleh Kompeni Inggeris dari tangan Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman.

Secara kebetulan pula perjanjian Inggeris- Belanda pada 17 Mac 1824 telah memisahkan politik kenegaraan rumpun bangsa Melayu, maka Residen Crawfurd pun berusaha menjadikan Singapura hak milik Inggeris.

Akhirnya pada hari ini dalam tahun 1824 satu perjanjian di antara John Crawfurd dengan Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman telah ditandatangani.

Dengan itu Singapura telah diambil langsung oleh Inggeris daripada raja-raja Melayu yang telah turun temurun mempunyai hak kuasa pertuanan di pulau itu, bukan dengan perang, melainkan dengan kepandaian tipu daya menggunakan wang ringgit pada ketika orang-orang yang diperdayakan itu benar-benar dalam kesempitan dan hendak menjaga taraf kedudukan mereka pula sebagai raja dalam negeri.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Baca Juga:
Kredit:
https://pekhabar.com/h-i-d-s-perjanjian-persahabatan-e-i-c-johor/

بسم الله الرحمن الرحيم


Pahlawan yang tidak terdendang... 

Beriman dengan Al Quran. Daftar Isi Al Quran dan Terjemahan: Sila Klik Untuk Membaca dan Mengkajinya. 
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

Tiada ulasan: