Selasa, 11 Februari 2020

Bergembiralah menjadi orang yang ganjil. Itu yang Nabi ﷺ nak kita umatnya lakukan. 9726


Sederhana. Bersederhana. Senjata Mukmin ialah DOA. ² Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud: "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (QS .Alankabuut: 64).

Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ

Antara akhlak Rasulullah ﷺ didalam hadis ialah "Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan." 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Jadilah seperti yang terbaik di antara dua anak Adam (Habil yang dibunuh saudaranya).
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. 
Hakikat fitnah.

Asal perkataan fitnah dalam bahasa Arab bererti ujian. Fitnah akhir zaman adalah ujian-ujian besar yang berlaku di akhir zaman. Sabda Nabi ﷺ , “Bergegaslah melakukan amal soleh sebelum datang fitnah seperti malam yang gelap gelita.” (HR Muslim)

Fitnah yang diertikan adalah manusia diuji dengan suatu yang tidak jelas; gelap gelita. Manusia keliru dan tidak nampak apa yang benar dan apa yang salah.

Sehodoh-hodoh Firqah ada pengikutnya.

Dalam hadis yang berkait rapat iaitu hadis Huzaifah bin Al-Yaman, dia berkata, “Manusia bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang kebaikan sedang aku bertanya tentang kejahatan kerana aku khuatir ia menimpaku. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah ﷺ , sesungguhnya kami dulu berada pada masa jahiliah dan kejahatan, lalu ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala mendatangkan kebaikan ini. Adakah setelah kebaikan ini ada kejahatan?’ Baginda ﷺ menjawab, ‘Ya.’ Aku bertanya lagi, ‘Adakah selepas kejahatan itu ada kebaikan?’ Baginda ﷺ menjawab, ‘Ya, tetapi ada asap.’ Aku bertanya, ‘Apa asap itu?’ Baginda ﷺ berkata, ‘Kaum yang berjalan bukan dengan sunnahku, mengikut petunjuk selain petunjukku. Engkau kenal sebahagian mereka dan mengingkarinya.’ Aku bertanya lagi, ‘Adakah setelah kebaikan itu ada kejahatan?’ Baginda ﷺ menjawab, ‘Ya, fitnah yang membutakan mata, da’i-da’i yang menyeru ke pintu-pintu neraka. Sesiapa menyahut seruan mereka pasti mereka mencampakkannya ke neraka.’ Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah ﷺ , jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka.’ Baginda ﷺ berkata, ‘Mereka adalah kaum yang kulitnya seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.’ Aku bertanya, “Ya Rasulullah ﷺ , apakah yang engkau perintahkan jika berdepan dengannya?’ Baginda ﷺ berkata, ‘Hendaklah engkau bersama jemaah kaum Muslimin dan pemerintah mereka, hendaklah engkau dengar dan patuh kepada pemerintah walau belakangmu dipukul dan hartamu dirampas, dengarlah dan patuhlah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana jika tidak ada jemaah dan tidak ada pemerintah (umat berpecah)?’ Baginda ﷺ berkata, ‘Tinggalkan semua kelompok itu meski engkau menggigit akar pokok hingga ajalmu datang sedang engkau dalam keadaan begitu.’” (Bukhari & Muslim) 

Menjadi Sunnatullah, apabila pemerintah dijatuhkan, akibatnya sangat dahsyat. Sebab itu dalam hadis Huzaifah, Rasulullah ﷺ menyebut pemimpin ini tidak mengikut petunjuk, tidak mengikut sunnah, malah hatinya hati syaitan. Tentulah Rasulullah ﷺ maksudkan pemerintah zalim.

Pemerintah yang merampas harta rakyat; sama ada melalui cukai, tol, kenaikan harga atau merampas terang terangan. 

Rasulullah ﷺ telah pun menyebutnya. Lalu apa perintah Baginda ﷺ ? ‘Dengar dan patuh.’ Bukan Baginda ﷺ reda, bukan menggalakkan pemerintah berbuat zalim, tetapi petunjuk wahyu mengatakan kezaliman lebih besar akan berlaku jika manusia melakukan sebaliknya. Tidak sesat selama berpegang dengannya Nabi ﷺ memberi petunjuk tentang fitnah ini agar kita ikuti bila berdepan dengannya. Baginda ﷺ berkata, “Apabila hampir hari Kiamat akan muncul banyak fitnah ibarat malam gelap gelita.” Baginda ﷺ menambah, “Orang yang duduk ketika itu lebih baik dari orang berdiri, orang berdiri ketika itu lebih baik dari yang berjalan, orang yang berjalan ketika itu lebih baik dari yang berlari. Patahkanlah panah-panah kalian, putuskanlah tali pemanah dan pukullah pedang kalian ke batu. Jika seorang kalian dimasuki (ingin dibunuh), jadilah seperti yang terbaik di antara dua anak Adam (Habil yang dibunuh saudaranya).” (Sahih HR Ahmad)

Pesan Nabi  .

Baginda ﷺ berkata apabila berlaku pertempuran dengan pemerintah atau sesama umat, “Lazimilah rumah kamu, tahan lidahmu, ambil apa yang kamu tahu dan tinggalkan yang kamu tidak tahu, jagalah dirimu secara khusus dan tinggalkan urusan masyarakat.” (Sahih, Abu Daud)

Bahkan Rasulullah ﷺ suruh patahkan senjata, tumpulkan pedang dengan memukulnya ke batu kerana dikhuatiri kita membunuh sesama Islam. Islam melarang bukan kerana meredai kezaliman, tetapi ada cara lain yang lebih baik untuk tegakkan keadilan. Apa yang pasti, bukan melalui cara yang dilarang.

Menjadi Sunnatullah, beginilah keadaan umat di akhir zaman. Bertepatan hadis, “Islam bermula dalam keadaan ganjil, ia akan kembali dalam keadaan ganjil seperti mana ia bermula, maka gembiralah bagi orang-orang yang ganjil.” (HR Muslim)

Maka jangan hairan apabila kita menyeru kepada Sunnah Nabi ﷺ supaya taat pemerintah, bukan kerana kita setuju kalau benar pemerintah itu zalim, tetapi kerana ia perintah Rasulullah ﷺ mereka mengingkarinya dengan cemuhan, mengatakan kita pengampu kerajaan, penjilat, dapat projek, habuan dan sebagainya. Anggaplah ini lumrah, kerana ajaran Islam sudah menjadi ganjil.

“Maka bergembiralah bagi orang-orang yang ganjil” yakni yang melazimi Manhaj Salaf Al-Soleh. 

Dalam hadis Baginda ﷺ menjelaskan sifat mereka, “Kaum soleh yang sedikit di kalangan masyarakat yang buruk yang ramai, orang yang melawan mereka lebih ramai dari orang yang mengikut mereka.” (Sahih. HR Ahmad)

Ulama berpesan supaya kita jangan marah dan jangan terburu-buru. Hendaklah kita berhemah dan berpada-pada, serahkan urusan fatwa kepada ulama. Kasihanilah dirimu, jangan tempah tempat di neraka. Sabda Nabi ﷺ “Seorang mengucapkan kata-kata tanpa dia terfikir bahayanya lalu kerana itu dia dihumban ke neraka yang dalamnya lebih jauh dari timur dan barat.” (HR Muslim)

Maka fatwa terkait hal semasa hendaklah diserahkan kepada ulama besar. Ulama yang berdiri atas Manhaj Salaf pada hari ini terus ramai, dipimpin oleh Syaikh Dr Soleh Al-Fauzan, Syaikh Soleh Al-Luhaidan, Syaikh Rabee’ Al-Madkhali, mufti Madinah Muhammad bin Hadi Al-Madkhali, ‘Ubaid Al-Jabiri, Abdul Muhsin Al-‘Abbad.

Masyaikhini cukup ramai, cuma usaha keras diambil untuk menutup nama mereka supaya jangan dikenali oleh masyarakat awam. Sebaliknya da’i-da’i yang menyeru ke pintu neraka yang ditonjolkan, fatwa-fatwa mereka dihebahkan media massa yang dikawal oleh Barat juga.

Syaikh Soleh Al-Suhaimi berkata, “Demi ALLAH yang tiada Tuhan selainNya, sesungguhnya yang ikut dalam demonstrasi dan yang menyokongnya, meskipun dia digelar da’i kebangkitan, demi ALLAH dia telah membantu pembunuhan kaum Muslimin.

*Penulis penyelidik di Kedutaan Arab Saudi, Ahli Syura Ilmuwan Malaysia. Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Link:
http://peceq.blogspot.com/2013/09/1880-persiapan-menghadapi-fitnah-akhir.html

Baginda ﷺ berkata, ‘Hendaklah engkau bersama jemaah kaum Muslimin dan pemerintah mereka, hendaklah engkau dengar dan patuh kepada pemerintah walau belakangmu dipukul dan hartamu dirampas, dengarlah dan patuhlah.’ 

Firman-firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud: 

“..Kehidupan dunia hanyalah KESENANGAN yang memperdaya.” [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

“Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS. Yusuf: 86). 

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

Tiada ulasan: