Selasa, 25 Februari 2020

Bubar Parlimen adalah pilihan akhir bagi pemimpin yang Allah bagi kehebatan. 9778


Bila membuat keputusan yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Itulah Tun Dr Mahathir. Bubar Parlimen boleh ditangguhkan sehingga titik akhir atau menjadi pilihan akhir. Utamakan kesetabilan, keselamatan, ekonomi dan kemesraan rakyat Malaysia. Terima kasih juga DYMYDPA.




LANGSUNG
7.05 malam: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sepakat untuk memberikan sokongan mereka kepada Dr Mahathir Mohamad. Ketua Whip GPS, Fadillah Yusof, berkata semua 18 ahli parlimen mereka menyatakan pendirian itu semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi. Katanya keputusan itu dipersetujui sebulan suara oleh kepemimpinan tertinggi GPS.

LANGSUNG: PAS, Umno sepakat tarik balik sokongan pada Mahathir
Diterbitkan   |  Dikemaskini 

6.40 petang: Umno dan PAS menarik balik sokongan mereka kepada Dr Mahathir Mohamad petang ini. Menurut Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, hal itu kerana Mahathir mahu membentuk kerajaan dengan menyertakan sekali DAP, sedangkan ia bercanggah dengan pendirian parti itu dan PAS. Katanya, Mahathir juga memberitahu beliau bercadang membentuk kerajaan perpaduan dengan membuat lantikan menteri berdasarkan kapasiti individu, bukan parti. "Sokongan yang kita beri kepada Tun (Mahathir) untuk membentuk coalition tanpa DAP terpaksa kita tarik balik dan SD yang kita sampaikan itu terhad kepada membentuk coaltion tanpa DAP. "Apa-apa yang selain dari itu maka sokongan kita itu tak sah. "Sokongan yang telah diserahkan pada Ahad lalu kita tarik balik," katanya. 

6.10 petang: Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said, sempat berhenti seketika untuk menjawab soalan wartawan yang berkumpul bagi mendapatkan gambaran apa yang berlaku di Istana Negara. Katanya, Yang di-Pertuan Agong bertanya mengenai siapa yang disokong sebagai perdana menteri. Bagaimanapun, katanya, akuan berkanun (SD) itu adalah rahsia dan tidak boleh didedahkan, sebaliknya terserah kepada Agong untuk membuat keputusan siapa yang layak menjadi perdana menteri, atau membubarkan parlimen. "Jadi kita ada dua pilihan, sama ada kita menamakan seorang perdana menteri, atau kita bubarkan parlimen," katanya. 

6 petang: Rombongan ahli parlimen Umno meninggalkan Istana Negara dan bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra. Satu sidang media dijadual diadakan di bangunan Ibu Pejabat Umno itu malam ini. 

5.55 petang: Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Perdana Putra pada jam 5.44 petang. Ia menandakan beliau baru saja menghabiskan hari pertamanya sebagai perdana menteri interim. Ahli parlimen Langkawi itu sempat menurunkan tingkap keretanya dan melambaikan tangan kepada jurugambar. 

5.50 petang: Seorang wakil rakyat dari Sarawak menyatakan sokongan beliau untuk Dr Mahathir Mohamad terus menjadi kerajaan. Kata Masir Kujat (Sri Aman) di pihak beliau, hanya ada satu nama yang dicadangkan, atau memilih agar membubarkan parlimen supaya rakyat boleh memilih kerajaan baru. Najib Razak (Pekan) pula berhenti seketika untuk ditanya wartawan. Bagaimanapun bekas perdana menteri itu enggan memberikan maklumat apa pilihan beliau. "Rahsia," katanya. 

LANGSUNG: Kita berbincanglah, kata Guan Eng
Pasukan Malaysiakini Diterbitkan   |  Dikemaskini 
LANGSUNG
5.55 petang: Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Perdana Putra pada jam 5.44 petang. Ia menandakan beliau baru saja menghabiskan hari pertamanya sebagai perdana menteri interim. Ahli parlimen Langkawi itu sempat menurunkan tingkap keretanya dan melambaikan tangan kepada jurugambar.

5.40 petang: Prihatin dengan nasib lebih 50 petugas media yang ‘bermukim' di dua pintu masuk Perdana Putra sejak awal pagi tadi, Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini berjanji akan menyediakan dua khemah bagi keselesaan membuat liputan. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Sallehuddin Hassan, berkata langkah itu diambil sebagai tanda keprihatinan PMO kepada petugas media.

“Kami tengok terlampau ramai (petugas media) berkumpul di sini dan ini soal kebajikan. Jadi, kita bagi dua khemah untuk media berteduh. “Kita juga akan siapkan kerusi untuk petugas media. Cumanya kita minta jasa baik petugas media untuk sama-sama menjaganya,” katanya ringkas di pekarangan PMO. Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

5.35 petang: Pejabat Ketua Menteri Sarawak memberitahu, pemimpin negeri itu belum memuktamadkan sebarang perjanjian dengan parti dari semenanjung. Menurut kenyataan tersebut, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Abang Johari Openg, dakwaan mengaitkan mereka dengan PAS dan Umno untuk membentuk kerajaan persekutuan adalah tidak benar. Dakwaan tersebut dibuat Parti Sarawak Bersatu yang menjadi pembangkang di Sarawak. 

5.30 petang: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, enggan memberi sebarang bayangan mengenai isi perbincangan di antara beliau dengan Dr Mahathir sebentar tadi. "Kita berbincanglah..." katanya. 

5.10 petang: Di Ibu Pejabat PKR, beberapa pemimpin Amanah dan DAP tiba untuk menghadiri mesyuarat tergempar PH. Antara yang kelihatan ialah Khalid Samad (MP Shah Alam), Salahuddin Ayub (Pontian) Husam Musa (Naib Presiden Amanah), Lim Guan Eng (Bagan), Lim Kit Siang (Iskandar Puteri), Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut), dan M Kulasegaran (Ipoh Barat). 

5.07 petang: Perdana Menteri sementara, Dr Mahathir Mohamad, mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti politik. Menurut kenyataan dikeluarkan pejabat beliau, antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Anwar Ibrahim (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Mohamad Sabu (Amanah), Abang Johari Openg (Gabungan Parti Sarawak), Ahmad Zahid Hamidi (Umno), Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan Abdul Hadi Awang (PAS). Turut bertemu dengan Mahathir ialah bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali. "Esok Mahathir dijangka akan bertemu Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal," kata kenyataan itu. 

4.45 petang: Ahli Parlimen Petrajaya, Fadillah Yusof, berkata beliau "menandatangani satu borang" semasa sesi temu bual bersama Agong sebentar tadi. Ditanya bagaimana perjalanan pertemuan itu, Fadillah berkata, ia adalah proses yang ditetapkan dalam perlembagaan. "Ada borang saja untuk kita sign (tandatangan)," katanya. 

Sementara itu Ahli Parlimen Santubong, Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar), enggan memberi sebarang kenyataan mengenai pertemuan tersebut. "Tak ada apa... cakap-cakap saja," katanya. 

4.20 petang: - Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang, berkata setakat ini tiada surat atau pemakluman rasmi daripada Bersatu diterima untuk memaklumkan dua Adun mereka keluar dari PH. 

4.17 petang: Kira-kira setengah jam selepas Abdul Hadi Awang meninggalkan Istana Negara, sebuah bas yang membawa ahli parlimen PAS turut kelihatan bergerak keluar. Kira-kira 15 minit sebelum itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah keluar melalui Pintu 2. Kelihatan ceria, Hadi enggan diwawancara petugas media dan hanya melambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta. 

3.50 petang: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengatakan bahawa perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum kejatuhan kerajaan PH,  mungkin akan diteruskan. "Mahathir membayangkan bahawa pakej rangsangan ekonomi akan diteruskan pada satu tarikh yang akan diumumkan oleh beliau," kata Lim dalam satu kenyataan ringkas. Lim bertemu Mahathir awal pagi ini untuk membincangkan pakej rangsangan berkenaan dan perkara-perkara lain. 

Abang Johari tiba di PMO 
3.30 petang: Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya - Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg tiba di Perdana Putra hari ini. Kenderaan yang dinaiki ketua menteri itu diikuti oleh tiga kenderaan lain.

Tidak lama selepas ketibaannya, Setiausaha Agung GPS, Alexander Nanta Linggi mengeluarkan kenyataan bahawa gabungan empat parti itu menyokong padu supaya Mahathir terus berkhidmat sebagai perdana menteri. "YAB Ketua Menteri Sarawak telah mendapat mandat sebulat suara daripada Majlis Kepimpinan Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kesemua Ahli Parlimen GPS, memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus mengetuai kepimpinan Malaysia, demi kepentingan negara," katanya. Abang Johari dari gabungan GPS disifatkan sebagai "kingmaker" dalam usaha berterusan yang dilakukan beberapa pihak untuk membentuk kerajaan baru. [https://www.malaysiakini.com/news/512106]

Lima parti cadang bubar Parlimen

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) terdiri UMNO. MCA dan MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PAS berpendirian Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara ketika ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Katanya, pendirian itu dibuat berikutan ada cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin parti politik.

“Berasaskan kemungkinan mahu dibentuk kerajaan perpaduan secara prinsipnya ia banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti. Apa-apa perkiraan mestilah atas dasar parti.

“Selepas parti berbincang, kita tidak boleh menyembunyikan kepada rakyat dan mohon Parlimen dibubarkan.

“Biarlah rakyat yang menentukan,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

MR :  Tahniah Muafakat Nasional

Sumber:
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/lima-parti-cadang-bubar-parlimen.html

25/02/20

BUBAR PARLIMEN JALAN TERBAEK

MOHON YDPA BUBAR PARLIMEN

KUALA LUMPUR : Terkini, PAS, Umno, MIC, MCA dan GPS sepakat memohon Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan berikutan situasi meruncing yang berlaku kini.

Ketegasan itu dibuat wakil-wakil parti yang bersama dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, Presiden MCA, Dato' Seri Dr Wee Ka Siong dan beberapa pemimpin lain.

Kenyataan ini dibuat selepas kesemua Ahli Parlimen PAS, Umno, MIC, MCA dan beberapa yang lain dipanggil  mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 2.30 petang tadi.

Ia juga rentetan beberapa opsyen pembentukan kerajaan baharu yang tidak selari dengan pendirian dan dasar PAS, Umno dan rakan, yang mana  pendirian konsisten menolak DAP dalam pembentukan kerajaan, menolak kaedah pantikan kabinet oleh Perdana Menteri mengikut individu dan bukannya parti.
- HARAKAHDAILY 
DI 7:27:00 PTG
Sumber:
https://batuvskayu.blogspot.com/2020/02/bubar-parlimen-jalan-terbaek.html
SELASA, 25 FEBRUARI 2020
MALAM INI JAM 10.30


MLAM INI

JAM 10.30 - 12.00

sokong bro..br isham dan bro kutan..lu org ckp la bahasa melayu..dah la melayu ni suka diperbodoh2kan dgn umno dan pas..please please please..awas..kalo sakai diinterview astro atau stesen media, maka sakai tak suka ckp pakai jubah atau serban..sakai tak mintak syurga mahu pun bidadari..kurang 48jam, sakai diinterview..ini bahaya sb sakai adalah saksi mata disheraton..
kpd yg taktau, biasanya benda2 penting ini ditutupkan makan mlm yg mewah..
kadang2 tak mkn pun, hanya semiotik je hanya ngada pingang je..ini tertib diplomasi..kalo astro dpt interview khalid jaafar lg best..astro bole interview jemaah2 yasin di bukit..kita kumpul berita, cantumkan gamba, kita nak siapa bakal perdana menteri.. 
on 
MALAM INI
 DI ASTRO AWANI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 17:58
Sumber:
Kerajaan Malaysia Sebut PM Baru Pengganti Mahathir Mohamad Seorang Ahli Dewan
Selasa 25 Februari 2020, 15:02 WIB

Presiden Joko Widodo berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad usai upacara penyambutan resmi di Putrajaya (8/8/2019). Pertemuan membahas sejumlah isu dan upaya peningkatan kerja sama antara Indonesia dan Malaysia. (Farhan Abdullah/Department Of Information/AFP)

Kuala Lumpur - Istana Negara Malaysia memberi keterangan resmi terkait mundurnya Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Mahathir akan melanjutkan tugas mengurus negara hingga ada PM dan kabinet baru. 

Raja Malaysia, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyetujui pengunduran diri Mahathir pada Senin kemarin. Namun, Mahathir harus menjadi PM interim atau sementara hingga ada pemerintahan baru. 

"Selaku perdana menteri interim, beliau (Mahathir) akan menguruskan pentadbiran (pemerintahan) negara sehingga Perdana Menteri dan anggota-anggota kabinet baru dibentuk," ujar pengelola urusan Keluarga Kerajaan Malaysia, Dato' Ahmad Fadli Shamsuddin, dalam keterangan pers, Selasa siang (25/2/2020).

Pakatan Harapan yang menjadi koalisi pemerintah Malaysia juga kolaps sejak ditinggalkan partai Mahathir. Beberapa menteri juga sudah mundur.

Raja Malaysia juga disebut siap mengangkat PM sesuai peraturan yang berlaku. Sosok yang terpilih nantinya anggota parlemen yang mendapat kepercayaan.

"Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri seseorang ahli dewan yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan mayoritas anggota parlemen," ujar Fadli.

Anggota Parlemen Akan Dipanggil

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad memberi isyarat saat berbicara dalam konferensi pers di Putrajaya, Malaysia, Sabtu (22/2/2020). Mahathir Mohamad telah mengirimkan surat pengunduran diri sebagai Perdana Menteri ke Raja Malaysia. (AP Photo/Vincent Thian)

Pihak Istana Negara memastikan akan memanggil semua anggota parlemen Malaysia pada siang ini hingga besok. Setiap anggota parlemen akan diajak bicara dengan Raja Malaysia.

"Apa yang akan berlaku hari ini dan besoknya yakni semua anggota parlemen akan dikumpul untuk mengadakan personal interview bersama Sri Baginda," jelas Fadli.

Interview yang dimaksud akan berlangsung singkat antara dua dan tiga menit. Namun bisa diperpanjang jika dibutuhkan.

Untuk siang ini, interview dijadwalkan selesai pada pukul 19.00 waktu setempat. Anggota parlemen pun akan dibagi dalam kelompok-kelompok kecil.

"Jadi pada setengah tiga sore ini kelompok pertama yaitu kita akan letakan dalam grup-grup atau kumpulan kecil sebanyak 90 orang. Besoknya akan disambung," ujar Fadli.

"Proses interview ini akan dilakukan sendiri oleh baginda," tegasnya.

(fox)
Editor       : Muhammad Ikhsan
Sumber   : Liputan6.com
Sumber:
https://www.batamnews.co.id/berita-59394-kerajaan-malaysia-sebut-pm-baru-pengganti-mahathir-mohamad-seorang-ahli-dewan.html

Al Quran
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

Tiada ulasan: