Rabu, 5 Februari 2020

Doa pengikat kasih sayang. 9718


Antara akhlak Rasulullah ﷺ didalam hadis ialah "Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan." 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ


بسم اللہ الرحمن الرحیم
Hadith: Usman Bin Affan (R.A) Reported:- The Messenger Of ALLAH (صلی اللہ علیہ والہ وسلم) Said:- "The Best Amongst You is The One Who Learn The Quran and Teaches It." (Al-Bukhari) Sūrat al-Kawthar (Arabic: سورة الكوثر‎, "Abundance") is the 108th surah of the Quranand the shortest. There are several differing opinions as to the circumstances under which it was revealed. According to Ibn Ishaq, it was revealed in Makka, some time before the Isra and Mi'raj.


سورۃالکوثر
القرآن کریم سورۃ الکوثر
مکمل قرآن پاک



عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah
(صلی اللہ علیہ والہ وسلم) bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.” 

Islam itu Indah. Doa Rabitah berserta terjemahan: 


Doa Rabitah (Pengikat hati)

- Korang ada kawan rapat tak? Tak kisah lah kawan lama kawan jauh rapat atau renggang tu still consider... 

- Allah
 ﷻ berfirman yang bermaksud: Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah Al-Anfal: ayat 63)

Menjalin & Mengukuhkan Ikatan Silaturrahim.


- Nabi
(صلی اللہ علیہ والہ وسلم) bersabda: Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

- Doa Rabitah jika diamalkan moga-moga menjadi pengikat hati menyatupadukandalam ukhuwah fillah penguat daya juang agar sama-sama hebat berjuang di jalan Allah 
ﷻ dalam satu barisan yang tersusun... . In Syaa Allah mudahan beroleh keberkatan:
• Moga ingatan melalui doa merapatkan perhubungan sesama ahli keluarga, sahabat dan sesama Islam.


• Moga Allah 
 memberkati hidup kita dan menemukan kita dengan sahabat sejati yang boleh terus menegur kita jika kita melakukan kesalahan dan berada bersama kita sentiasa..

kredit:
http://kelab-amli.blogspot.com/2013/06/doa-rabitah-doa-pengikat-kasih-sayang.html
Kuliah tasawuf (pendengaran dan penglihatan) 
USRAH ~ keseronokan yang tak mampu dihurai
IKHTILAT : antara keperluan dan syariat ~
CIRI-CIRI ILMU YANG BERMANFAAT

9 Doa Pengasih Khas Untuk Mengeratkan Hubungan Suami Isteri.

Doa pengasih sering dibaca oleh setiap orang untuk mengikat rasa kasih dan sayang antara sesama manusia. Terutamanya pengikat kasih antara suami dan isteri supaya pasangan sentiasa sayang apabila dekat dan semakin rindu apabila berjauhan. Namun begitu, doa pengasih bukan sahaja dipakai untuk suami isteri, bahkan jua boleh dibaca tujuan untuk mendapat kasih sayang dari majikan, rakan sekerja dan ahli kaum keluarga sendiri.

Doa pengasih ini adalah salah satu usaha juga untuk membuahkan cinta antara suami isteri dan melembutkan hati pasangan supaya tidak jatuh cinta pada orang lain. Akan tetapi, bertapa pentingnya kita perlu lihat doa apa yang digunakan? Jangan pula guna jampi serapah sehingga membuatkan akidah terpesong! Itu syirik namanya! Ingat tu, sebaiknya gunalah al-quran untuk dijadikan doa pengasih sebagai amalan setiap hari agar cinta, kasih sayang sentiasa berputik di dalam hati setiap pasangan.

Kandungan [hide]

Kelebihan & Tips Mengamalkan Doa Pengasih
Contoh Doa Pengasih Suami Isteri
9. Surah Al-Syura (ayat 19)
8. Surah Taha (Ayat 1-8)
7. Surah Taha (Ayat 39)
6. Surah Ali-Imran (Ayat 31)
5. Surah Al-Qadr
4. Surah Al-Insyirah
3. Surah Ali-Imran (Ayat 200)
2. Surah Yusuf (Ayat 4)
1. 7 Zikir (Ya Latif, Ya Rahman, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahim, Ya Waddud, Ya Jabbar)

Kelebihan & Tips Mengamalkan Doa Pengasih.

Setiap pasangan menginginkan rumah tangga yang harmonis dan bahagia sehingga ke syurga. Akan tetapi, kadangkala ujian badai yang melanda yang membuatkan pasangan rasa goyah, lebih teruk lagi bila ada rasa ragu-ragu dengan pasangan sendiri atau sengaja mencari pasal untuk bergaduh!

Sebagai orang Muslim sejati, apa yang kita perlu buat adalah berusaha untuk sentiasa jatuh cinta setiap hari pada pasangan suami atau isteri, bukan sahaja usaha untuk ambil hati pasangan kita, tapi doa pengasih juga perlu diamalkan supaya pasangan sentiasa lembut hati dan sayang akan diri kita. Bagi pasangan yang ada sifat tidak penyabar, panas baran ego serta keras hati, seeloknya baca doa pengasih dan sembur sapu di mukanya supaya cepat sejuk.

Sebagai orang Islam, wajiblah kita mempercayai apa yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia merupakan panduan hidup manusia. Di dalam Al-Quran ada pelbagai doa yang boleh diamalkan untuk merapatkan lagi hubungan sesama manusia seperti suami isteri, rakan dan kekeluargaan.

Doa merupakan senjata umat Islam, dengan doa juga boleh mengubah takdir hidup kita, asalkan kita yakin dengan doa yang ada di dalam kitab suci Allah itu. InshaAllah pertolongan Allah itu ada buat hambaNYA yang ikhlas meminta-minta padaNYA. Ini kerana, Allah itu Maha Berkuasa, DIA menciptakan manusia dengan sempurna dan hidup dalam kasih sayang. Jadi, jika anda mahu hidup anda diberkati, diredhai dan bahagia sampai ke syurga, mari kita amalkan doa pengasih yang ada di beberapa surah dalam Al-Quran. 

Perkara paling penting sekali, niat untuk amalkan doa pengasih ni perlulah niat yang baik, seperti niat nak pikat hati pasangan anda, tambahan lagi boleh diamalkan jika pasangan dalam keadaan marah atau jenis cepat melatah dan naik angin. Lumrah manusia lah kan, setiap orang mempunyai perangai lain-lain dan tidak sama. Tapi siapa tahan jika pasangan asyik naik angin atau pemarah walaupun kadangkala Cuma benda kecil sahaja.

Baca: 21 Tips Cari Jodoh Yang Baik

Namun begitu, di dalam rumah tangga ini, ada pasang surutnya. Bak kata pepatah “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Biasalah kan, dalam rumah tangga ni ada pergaduhan, merajuk atau bermasam muka. Tetapi, pasangan juga perlu bijak kawal perasaan marah supaya tidak mengeluarkan bahasa kesat atau perkataan cerai berai.

Apabila marah, syaitan sentiasa bersorak gembira supaya suami isteri menjadi hubungan yang renggang sehingga bercerai. 

Jadi perkara ini sebaiknya dielakkan, lembutkan hati pasangan yang sedang marah itu dengan doa nabi yusuf. Mana tahu dengan izin Allah, hati yang marah membara itu boleh cool!

Apabila kita mengamalkan ayat pengasih ini, bersungguh-sungguh lah berdoa pada Allah dan memuji-memuji keagungan Tuhan semesta alam ini, Allah maha mendengar, asalkan di hati kita sentiasa ikhlas. Tambahan lagi, bila diamalkan doa pengasih ini, ia akan membuatkan wajah berseri-seri dan canti. Pasangan pula jadi suka memandang wajah kita dan tak putus-putus menatap wajah kita. Bukan sahaja lembut hati, malah ini akan membuatkan jiwa menjadi tenang untuk menghadapi liku-liku rumah tangga bersama suami atau isteri anda!

Contoh Doa Pengasih Suami Isteri

Di sini terdapat beberapa contoh doa pengasih untuk anda mengikat kasih sayang pasangan anda supaya pasangan sentiasa jatuh cinta pada anda!

Seeloknya bacalah ayat doa pengasih ini setiap hari sebagai rutin wajib anda demi menjaga keharmonian rumah tangga anda bersama si dia yang tercinta! Semoga dengan doa pengasih ini menjadikan apa yang dihajati menjadi kenyataan dan rumah tangga sejahtera bahagia selalu.

9. Surah Al-Syura (ayat 19)
Amalkan baca ayat pengasih dalam surah Al-Syura ayat 19 ini untuk melembutkan hati pasangan anda. Seeloknya amalkan setiap hari selepas solat. Ia akan mengikat cinta dan kasih sayang anda. InshaAllah niat yang baik Allah permudahkan. Selamat beramal!

8. Surah Taha (Ayat 1-8)
Untuk jadikan rumah tangga sentiasa gembira bukannya mudah, perselisihan faham perkara biasa. Kadangkala ego menguasai diri pon akan mengeruhkan lagi keadaan dengan pasangan kita tu!

Jadi, Surah Taha ayat 1-8 juga elok diamalkan untuk dijadikan sebagai doa pengasih. Sebaiknya anda hafal surah ini kerana ayat ini ayat yang pendek sahaja dan mudah untuk dihafal. Ia juga boleh melembutkan hati pasangan dan setiap orang yang melihat anda. Orang akan senang hati dan selesa apabila bersama dengan anda.

7. Surah Taha (Ayat 39)
Ayat pengasih dalam surah taha ayat 39 adalah tentang Nabi Musa, iaitu apabila setiap orang memandang Nabi Musa, maka mereka akan merasa sayang kepadanya. Jadi, ayat ini juga sesuai digunakan kepada pasangan suami isteri untuk membuatkan pasangan anda suami/isteri terpikat pada anda.

Amalkan membaca ayat ini setiap hari lebih kurang 3 kali sehari. Untuk menambahkan lagi kasih sayangnya terhadap anda, lebih baik dibaca semasa anda masak atau hembus di dalam makanan yang anda hidangkan kepadanya. Selain itu, cara lain anda baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubunnya dan mukanya. Niat dan doa pada Allah SWT untuk membuatkan pasangan anda sejuk hati dan cinta pada anda.

6. Surah Ali-Imran (Ayat 31)
Setiap ayat pengasih ada kelebihan yang tersendiri, kita yang mengamalkannya seharusnya pasangkan niat yang betul untuk berdoa pada Allah. Setiap doa dan niat yang baik itu, Allah akan dengar supaya DIA memperkenankan setiap permintaan hambaNYA ini. Oleh itu, ayat pengasih dari surah Ali-Imran ayat 31 ini boleh dibaca setiap hari.

Amalkan membaca ayat ini semasa anda ingin mengurut leher,badan, pinggang dan leher suami anda. Niat pada Allah agar suami anda sentiasa menyayangi anda sampai bila-bila. Moga dengan amalan ayat ini akan membuatkan suami anda tidak pandang dan tidak cari perempuan lain! InshaAllah, yakin dengan kuasaNYA moga makbul apa yang dihajati.

5. Surah Al-Qadr
Surah Al-Qadr bermaksud kemuliaan. Dinamakan Al-Qadr kerana menunjukkan Al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadar. Surah ini adalah surah yang boleh diamalkan sebagai ayat pengasih. Seeloknya baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubun isteri atau suami anda. Anda juga boleh membaca ayat ini semasa bersetubuh.

Ia akan membuatkan hubungan anda bersama pasangan dalam keadaan baik, tenang, romantik dan berkasih sayang. Amalkan setiap hari ayat ini dan niat ikhlas supaya hubungan rumah tangga bahagia kekal abadi. Dengan izin Allah, Allah akan kabulkan doa anda nanti.

4. Surah Al-Insyirah
Setiap rumah tangga mahu disayangi dan dicintai selalu. Apatah lagi seorang isteri yang jiwa lembut dan sentiasa nak perhatian suami! Untuk menambat hati suami setiap hari, cuba amalkan surah Al-Insyirah ini selepas solat.

Baca sambil tadah tangan dan tiup sapu ke seluruh wajah anda. Sambil baca, niat supaya suami pandang anda dengan rasa yang tenang dan sayang anda. Dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, suami anda akan sayang selalu! Cuba amalkan selalu ya..

3. Surah Ali-Imran (Ayat 200)
Kadangkala dalam rumah tangga, ada juga terdapat isteri yang suka keluar rumah tanpa minta izin pada suaminya terlebih dahulu, sedangkan ianya wajib untuk minta izin!

Jadi jika anda sebagai suami mahu isteri lembut hati, amalkn ayat pengasih surah Ali Imran ayat yg ke 200 ini, ini akan membuatkan isteri menjadi lembut hati, dengar kata dan pergi mana-mana sudah tentu dia akan minta izin pada anda.

Amalkanlah ayat ini dan niat supaya isteri anda mendengar kata. InshaAllah dengan izinNYA isteri akan menjadi lebih baik dan rumah tangga harmonis sejahtera.

2. Surah Yusuf (Ayat 4)
Ayat pengasih dalam Surah yusuf ayat 4 ini sering diamalkan oleh ramai orang. Ayatnya juga pendek dah mudah dihafal. Kebaikan amal ayat ini akan membuat seseorang yang benci menjadi sayang apabila melihat wajah kita.

Namun begitu, ayat pengasih ini bukan sahaja untuk suami isteri, tapi bagi mereka yang ingin mencari jodoh juga boleh amalkan ayat ini supaya nampak cantik/ tampan bagi orang lain yang memandang wajahnya. Sebaiknya amalkan 3kali atau 7 kali setiap hari bila-bila masa sahaja. Baca dan niat untuk dikasihi oleh suami atau isteri. Berdoa bersungguh-sungguh supaya dapat aura pengasihan ini.

1. 7 Zikir (Ya Latif, Ya Rahman, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahim, Ya Waddud, Ya Jabbar)

Nama-nama Allah ada di dalam Asma Ul-Husna, Allah itu Maha Esa dan mempunyai sifat yang baik. Zikir nama Allah ini boleh dijadikan sebagai ayat pengasih juga. Jadikan ia sebagai rutin harian anda untuk menyebut nama Allah ini. Ya latif bermaksud maha lembut, bacalah setiap hari agar pasangan kita sentiasa lembut hati dalam setiap urusan rumah tangga yang dibuat bersama kita.

Namun begitu, Ya rahim yang bermaksud penyayang. Sebut banyak kali supaya pasangan kita sentiasa sayang kita. Di tambah juga dengan zikir yang lain seperti Ya Hayyu dan Ya Qayyum. Amalkan setiap hari nama-nama Allah ini sambil ingat wajah pasangan anda!

Moga dengan cara ini membuatkan rumah tangga bahagia seperti sinaran bintang di langit. Selain itu, sifat Allah Ya Waddud bermaksud yang maha mencintai. Amalkan ya waddud ulang banyak kali dan sapu pada ubun-ubun pasangan atau hembus pada makananya, supaya pasangan akan lebih jatuh cinta pada kita selalu macam pengantin baru.

Tambahan lagi, sebutlah perkataan Ya Jabbar iaitu maksudnya Yang Maha Kuasa, dengan niat mudahan aura pengasihan membuatkan hubungan suami isteri tiada gangguan dari orang lain atau tawar hati.

Untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri, seharusnya kita berusaha untuk sentiasa saling mencintai, tiada benci atau buruk sangka yang boleh menyebabkan permasalahan besar berlaku dalam rumah tangga anda! Terutamanya jatuh talak atau cerai, walaupun hukumnya harus tapi ia merupakan perkara yang dibenci oleh Allah. Salah satu usaha terbaik adalah dengan mengamalkan doa pengasih ini akan membuatkan hubungan itu dalam keadaan aman damai.


Sentiasalah sebut dan doa perkara baik-baik sahaja, kerana kata-kata itu adalah suatu “Doa”. Doa yang baik dan bersungguh-sungguh merintih pada Allah kerana Dia akan mengabulkan setiap impian hambaNYA itu. Walau bagaimanapun, untuk amalkan ayat pengasih ini, tidak boleh digunakan untuk niat yang buruk! Kerana ayat ini merupakan dari kitab suci Al-Quran.

Selalunya niat buruk Allah tidak akan kabulkan permintaanya itu. Semoga perkongsian tentang doa pengasih ini akan membuatkan hubungan anda dengan pasangan lebih erat, bahagia dan hidup saling berkasih sayang. Sesungguhnya Allah sangat mencintai hamba-hambaNYA untuk hidup saling berkasih sayang di atas muka buminya ini. Didoakan semoga anda berbahagia bersama cinta hati sehingga ke syurga firdaus. Moga rumahtangga anda mendapat keberkatan dan rahmat Tuhan. AMINNN!

kredit:
https://www.pengantinbaru.com.my/doa-pengasih/
Cara Ukur Cincin Kahwin & Tunang
5 Rukun Nikah & Syarat Sah Nikah Yang Bakal Pengantin Patut...

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

Tiada ulasan: