Sabtu, 29 Februari 2020

Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia kelapan. 9819


Muhyiddin Yassin dilantik perdana menteri kelapan Presiden Bersatu adalah perdana menteri Malaysia kelapan. Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentara tadi. 
at 2/29/2020 04:48:00 PTG 
KERENGGA: Muhyiddin Yassin dilantik perdana menteri kelapan

Saturday, February 29, 2020
TEKA-TEKI BERAKHIR, TS MUHYIDDIN YASSIN DILANTIK PERDANA MENTERI KE-8
Foto-Astro Awani
Akhirnya teka-teki tentang perlantikan PM yang baharu berakhir dengan pengumuman daripada pihak istana: 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti poltik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong. "Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. 

"Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 (Ahad) jam 10.30 pagi di Istana Negara," memetik kenyataan itu. Ahmad Fadil menambah, Agong bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama. "Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan Baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir," katanya. Baginda pada masa sama turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat khususnya agensi-agensi kerajaan, keselamatan dan pihak media.

Sumber: Astro Awani

SELASA, 25 FEBRUARI 2020
PH Tumbang Atas Kezaliman Mereka Sendiri… Allah Sebaik-baik Perancang – Zahida
Zylan Moha
KUALA LUMPUR – Rakyat mendoakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya satu penggal di Putrajaya tetapi rupa-rupanya hanya separuh penggal, di mana perancangan Allah itu yang terbaik, ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan. Hakikat sebenar kata Zahida, tumbangnya mereka adalah kerana doa rakyat dan doa orang-orang teraniaya akibat dari kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan PH sepanjang 21 bulan memerintah.

“Allah yang beri PH berkuasa dan Allah jua yang tarik semula kuasa dari mereka. “Semalam 24 Februari 2020 terkuburlah kerajaan PH secara rasmi selepas peletakan Jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri. “Ada pihak yang menyalahkan UMNO dan Muafakat Nasional sebagai punca kejatuhan kerajaan hari ini adalah hanya untuk menutup kegagalan dan kerakusan mereka sendiri,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Ulas lanjut Zahida berkata punca lain adalah masalah dalaman PH itu sendiri apabila berlaku perebutan kuasa kerusi perdana menteri antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir. “Ia dikuatkan lagi dengan tekanan demi tekanan dari Dap, PKR dan Pan kumpulan pro Anwar Ibrahim yang mahu perdana menteri ketujuh menyatakan tarikh sebenar peralihan kuasa perdana menteri. “Kemuncaknya terkuburlah kerajaan PH dan secara automatik terbubarlah Kabinet Malaysia, hilanglah kuasa menteri-menteri PH yang sebelum ini sangat sombong dan bongkak,” bidasnya lagi.

Sehubungan itu Zahida menyeru semua pihak bertenang dan mendoakan yang terbaik buat negara tercinta ini. – UMNO ONLINE
DIALOG RAKYAT: PH Tumbang Atas Kezaliman Mereka Sendiri… Allah Sebaik-baik Perancang – Zahida

AKHIRNYA PENGKHIANAT MENJADI PM....
AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 11 minit yang lalu

Muhyiddin PM ke-8

siti hafidah pada Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 13 minit yang lalu
BANGI, 5 Rejab 1441H, Sabtu – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan pada jam 10.30 … The post Muhyiddin PM ke-8 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Tun M, Muhyiddin berperang?

siti hafidah pada Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 13 minit yang lalu
BANGI, 5 Rejab 1441H, Sabtu – Kenyataan bercanggah yang dikeluarkan dua pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menimbulkan tanda tanya sama ada parti itu sedang menghadapi krisis kepimpinan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan Presiden parti itu hari ini, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengesahkan memangku jawatan Pengerusi Bersatu berikutan peletakan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 … The post Tun M, Muhyiddin berperang? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Muhyiddin ketuai Perikatan Nasional

siti hafidah pada Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 13 minit yang lalu
BANGI, 5 Rejab 1441H, Sabtu – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau kini mewakili gabungan Perikatan Nasional yang dibentuk bersama UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS). Dokumen gabungan baharu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapat perkenan. “Hasrat kami adalah untuk melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan negara daripada … The post Muhyiddin ketuai Perikatan Nasional appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Pasti ramai gembira Tommy Thomas letak jawatan

ainulillia pada Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 13 minit yang lalu
BANGI, 5 Rejab 1441H, Sabtu – Ketika mana rakyat Malaysia sedang menghadapi krisis politik, kita menerima berita gembira apabila Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Seri Zainul Rijal Abu Bakar berkata, keputusan itu pasti menggembirakan ramai, kerana sudah acap kali pelbagai pihak menuntut beliau … The post Pasti ramai gembira Tommy Thomas letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


PH 'jilat balik ludah dan kahak mereka'.. -Dr Kamarul Zaman.

Ibnu Hasyim pada Ibnu Hasyim - 18 minit yang lalu
*Rancangan ‘desperado’ DAP kembali berkuasa gagal* ORANG pertama yang merancang pengembalian DAP ke tampuk kuasa setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di tempat teratas pencalonan sebagai Perdana Menteri adalah pemikir utamanya, Dr Wong Chin Huat, yang dengan secepat kilat mengemukakan cadangan, yang turut disiarkan di dalam portal berita *The Malaysian Insight* petang semalam, mengenai pembentukan kerajaan baru membabitkan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad di mana: (1) Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai Perdana Menteri, (2) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dila... lagi »

Muhyiddin Yassin dilantik perdana menteri kelapan

kerengga pada KERENGGA - 24 minit yang lalu
Presiden Bersatu adalah perdana menteri Malaysia kelapan. Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentara tadi.

Tiada ulasan: