Ahad, 16 Februari 2020

Saya sudah berjaya membuka segelintir minda rakyat Malaysia. Admin militaryofmalaysia. 9741


SUDAHKAH ANDA BERSEDIA???
 BY 

1. Nampaknya artikel saya yang berjudul “Malaysia Bakal Kuasa Nuklear” menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pembaca dan rakyat Malaysia yang terlibat dalam membicarakan isu-isu ini.

2. Ada yang menyokong, ada yang mengkritik (dengan cara yang membina) tetapi ada juga yang mencemuh dan meremehkan kemampuan negara ini, malah tidak kurang juga yang berkata saya berfantasi, hehehehe.

3. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu mengenai kemampuan negara dalam membangunkan program nuklear tempatan sendiri tetapi saya difahamkan satu pasukan yang diketuai oleh seorang anak tempatan (orang Negeri Sembilan) akan bergerak ke China untuk mendapatkan kepakaran dan teknologi nuklear pada Jun ini.

4. Yang anehnya pasukan ini terdiri dari pihak swasta, itu memang pelik kerana bukan wakil dari Agensi Nuklear Malaysia.

5. Yang bagusnya mengenai artikel saya itu, ramailah pula rakyat dan pembaca yang mula menyelongkar ruang internet untuk mencari maklumat tambahan tentang artikel saya itu, sekurang-kurangnya saya sudah berjaya membuka segelintir minda rakyat Malaysia.

6. Tetapi ramai juga yang konfius, ramai yang mengaitkan artikel saya dengan senjata nuklear dan ini adalah sangat malang kerana kurangnya pembacaan di kalangan mereka ini menyebabkan mereka gagal mengetahui bahawa nuklear juga boleh digunakan untuk tujuan keamanan.

7. Mereka juga menyangsikan kemampuan Malaysia untuk mendapatkan teknologi ini tetapi mereka lupa, Indonesia pada tahun 60an sudah ada reaktor nuklear sendiri.

8. Malahan republik itu sendiri sudah mengumumkan secara terang-terangan bahawa mereka akan menyiapkan sebuah stesyen janakuasa nuklear menjelang 2016.

9. Artikel-artikel  yang saya tulis dalam blog ini bukan satu rekaan, tetapi selepas membuat analisis yang dilakukan melalui kenyataan-kenyataan menteri, kementerian, agensi, rekod-rekod sejarah, teknologi, pembelian, kontrak serta temubual dengan individu tertentu samada melalui saya atau pun kawan-kawan.

10.Jika kita benar mencari kebenaran, kita akan berjumpa, blog saya cuma memandu untuk membuka minda membaca, selebihnya carilah sendiri, kalau tidak percaya carilah maklumat bahawa Malaysia mahu membina reaktor nuklear untuk tujuan janakuasa pada 2025, kalau tidak salah saya, maklumat ini ada dalam laman web kementerian sains dan teknologi.

11.Kebanyakkan dari kita terutama orang awam masih belum berkebolehan untuk membuka minda di bawah sedar dan berkemampuan untuk meneliti sebarang kenyataan termasuk berita dari akhbar dengan kebolehan “READ BETWEEN THE LINES”.

12.Sebagai contoh, kadang-kadang kita mendapati jumlah harga yang dibayar untuk membeli sesuatu jenis peralatan tentera sangat mahal dan mencecah berbilion ringgit.

13.Yang peliknya, walaupun kerajaan dikritik dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan (mungkin ada yang betul mengenai rasuah dan penyelewengan), pembelian mencecah bilion ringgit ini tetap berlaku.

14.Pernahkah kita fikir, harga berbilion ini termasuklah pembelian ke atas blueprint sistem pertahanan itu sendiri dan ini benar dalam kes pembinaan kapal ronda generasi baru, NGPV kita.

15.Pernahkan kita fikir, harga berbilion ini kerana jumlah yang dibeli sebenarnya sekali ganda dari yang diumumkan dalam akhbar, dalam kes ini saya merujuk kepada sistem roket berganda Astros II kita.

16.Anda benar-benar percaya, Malaysia cuma beli 18 sahaja hehehe, Malaysia beli peluru roket SS-80 untuk Astros pun ramai yang tidak tahu tetapi saya sudah menyaksikannya.

17.Maaf kerana membebel tetapi artikel kali ini saya sediakan untuk membuka satu lagi rahsia yang amat-amat mengemparkan saudara dan saudari pembaca semua pada keluaran akan datang ini.

18.Saya sedang memikirkan judul yang sesuai, ok, bagaimana kalau saya pakai judul “RAHSIA KOMPLEKS BAWAH TANAH  DAN KUBU PERTAHANAN/PERLINDUNGAN NUKLEAR/UDARA NEGARA INI TERLETAK DI KUALA LUMPUR”

19.Jika saya mengeluarkan artikel itu, bersediakan saudara-saudari semua menyahut cabaran saya untuk terus menyintai negara ini, bersediakah anda semua untuk menerima maklumat yang tidak pernah didedahkan dalam ruang lingkup jaringan maklumat kita semua.

20.AMARAN !!! Kepada sesiapa yang sudah sedia maklum mengenai kompleks ini, sila jangan letakkan lokasi kawasan dalam ruang komen.

21.AMARAN !!! Jangan harap sangat, anda boleh membaca artikel pasal kompleks bawah tanah ini pada tulisan saya yang akan datang. Ini cumalah satu “Trailer”, ingat movie sahaja ke ada trailer.

22.Artikel itu akan dibuat pada satu masa yang sesuai iaitu mungkin selepas ulasan saya mengenai pistol Glock di DSA dan temuramah dengan seorang penulis buku-buku sejarah Angkatan Tentera Malaysia dikeluarkan, Insya Allah, segala-galanya bergantung kepada mood dan tahap kerajinan saya hehehehe.

23.Alamak lupa, sebelum itu tahniahlah kepada parti kerajaan kerana menang pilihanraya kecil Hulu Selangor.

24.Kepada PKR, cuba lagi dan jangan putus asa….cubalah sebelum 2017, ada orang-orang tua yang kasyaf yang saya temui, depa ni kata PKR akan dibubar pada tahun itu selepas Anwar Ibrahim ditolak rakyat, entahlah saya pun tidak tahu. Bab-bab alam ghaib ini seram saya nak dedahkan……itu belum masuk bab kiamat, bab dajal, bab orang duduk dalam bumi lagi…

25.Tapi itu semua hanya cerita orang tua, kepada yang percaya kepada perjuangan masing-masing, sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang, teruskan berjuang, perbaiki segala kepincangan dan dedahkan juga semua kepincangan, saya mendoakan anda semua berjaya, dalam Malaysia ini, kena ada “check and balance”, kalau tidak hancurlah kita.

Sumber dan Penghargaan: 
http://www.militaryofmalaysia.net/2010/04/sudahkah-anda-bersedia/

About Admin: 
A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory

Tiada ulasan: