Rabu, 26 Februari 2020

Tun dalam bersangka baik, akhirnya sedar ada yang khianati. 9793


Sifat khianat merugikan perjalanan tadbir urus negara dalam keadaan ekonomi dunia semasa dan ancaman kesihatan sedunia. Adalah tepat  pilihan Tun untuk melaksana dan menggayakan Pemerintahan Sementara tanpa parti dalam meneruskan agenda kecemerlangan negara agar terus diberkati dan dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Apa yang lebih penting nafikan PRUM buat sementara waktu sehingga time base 2023. In Syaa Allah Malaysia semakin Allah perindahi.

Aamiin Yaa Allah.
Teks penuh perutusan khas Mahathir
News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Dr Mahathir Mohamad pada perutusan khasnya, sebentar tadi yang disiarkan di televisyen menjelaskan mengapa beliau meletak jawatan perdana menteri, Isnin lalu. Pada perutusan itu, beliau turut menjelaskan keadaan politik semasa negara. Berikut kenyataan penuhnya itu.
Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan di kalangan tuan-tuan dan puan-puan. 

Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim. 

Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara. 

Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.
Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya Bersatu memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur. Kesannya jika Bersatu sokong PAS dan Umno maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh Umno sebagai parti yang terbesar. 

Saya sanggup terima ahli Umno yang keluar Umno dan menyertai parti lain. Tetapi Umno akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti Umno. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan. 

Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah. Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai perdana menteri sementara.
Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara. Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan. Jika diizin inilah yang akan saya cuba. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini. 

Sekian, terima kasih.

Sumber: 
https://www.malaysiakini.com/news/512311

Petikan komen-komen dari kiriman no 9781 hingga 9789: 

9781
dlm islam berdoa utk kehancuran tidak diterima..walau pn ia kepada musuh kita... eloklah tu seorang islam mendoakan yang tak baik kepada org lain. rasanya rasullah tak mcm tu...kita doakan yang baik2 wpun dia musuh kita. Tun tak letak jawatan sbg pengerusi PH. Yg hancur skrg ialah gabungan pengkhianat dgn pembangkang. Pengkhianat hilang jawatan, hilang sokongan rakyat. 

9782
Tun M.dulu jam 10pagi UMNO diharamkan tetapi sebelum jam 4petang Umno(baru) dapat ditubuhkan.Berjaya memujuk Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan memasuki UMNO semula.Dah banyak kali pakatan pembangkang nak menumbangkan kerajaan BN dlm PRU tetapi gagal. Bila Tun M keluar drp UMNO dan menubuh kan parti Peribumi Bersatu banyak pihak menyindirnya termasuklah DSNR.Tetapi bila beliau(Bersatu) bekerja sama dgn Amanah,Dap,War isan dan PKR barulah PH dapat menumbangkan kerajaan BN. Tun M memang mahir memberi kata janji manis dan putar belit sepak terajang dalam politik.Dalam sekelip musuh boleh menjadi kawan dan kawan akan menjadi seteru. Kita sesama tunggu apakah perkembangan selanjutnya. doa penganut agama untuk kebaikan bukan kejahatan. itu bkn kerana doa seorang yg dr nya sendiri serta org disekelilingnya angkat dia as ulamak korang, bkn atas mandat sah dr pihak berwajib seperti majlis ulama kebangsaan, tauliah dr istana dn sebagainya.. kalau bgitu, ckup seseorang dgn pengaruh tertentu, penampilan fizikal, dan program2 yg direncana oleh mereka sendiri, menjadikan seorang itu dilabel ulama?? Hancur lah kesatuan umat kalau begitu.... Lg 1, bkn setakat doa sahaja mlh terus menerus provoke dn bikin agenda2 tersembunyi di blkg rakyat... and then bila tumbang bole claim... ooh ini lah doa ulamak makbul.... no, dont ever betrayed the people in the name of God...... kelak kalian akan menyesal, sekiranya kaluan mengetahui.... Malaikat lihat dipintu surga ada makhluk yang beribadat 80 ribu tahun bakal dihumbangkan ke dalam neraka. Malaikat mohon tok guru (iblis sekarang) doakan supaya jangan para malaikat dilaknat Allah. Iblis kemudian mengeji dan memcerca makhluk yang dikatakan itu. Akhirnya iblis sendiri yang dilaknat Allah. Begitu juga kisah seorang ulama zaman nabi Musa bernama Bal'an yang mati kufur kerana doakan supaya nabi Musa sesat di padang pasir. Tahniah ulat2 politic kerana jahanamkan negara kerana tamak kuasa yg tiada batas..kerajaan PH adalah dari air peluk dan duit kempin rakyat sendiri maka berjaya lah korg sempat hancurkan kepercayaan dgn sekelip mata kerana tidak dpt sabar 3 tahun lagi...  tun belum bukak mulot laggg kalu tun dok setuju denge kerajae baru mako melopong loh geng2 umpas tuuu yek sekare tun nk mengajar mp2 bodo dale Ph supayo insaf dok kurang ajar samo ore tuo kea... ydpa beri maso sepuluh hari utk tun membuat kabinet baru yek nk bersamo pembangkang ko atau idok kea ..dolu banyok ulamok pas berdoa laknat tetapi kelate hampir punoh ditenggelam banjir yok jange lupo tuuu hakisang pantai di kelate doh banyok menghakis bumi kelate yok jange lupo yok... PH bertambahk kuat. Selepas 11 pengkhianat dah keluar pkr. Begitu juga, muhyidin@bersatu yg tak kenang jasa kk wan@pkr. Yg ghairah nak jadi pm. Selepas terpujuk dgn janji manis pengkhianat azmin ali. In syaa Allah. Jumaat ini anwar akan dilantik sebagai pm ke 8 Selepas sebahagian pemimpin umno menyatakan sokongan kepada beliau.Allah taala itu Maha Pengasih. Apa pn kita minta padanya dia akn berikan. Jika minta baik maka dptlah baik.. Jika minta jahat maka dptlah ia. Ttpi jgn lupa ya jika kau minra yg jahat2 atau mendoakan akan kerosakan kpd org lain hanya sbb nafsu kau.. Maka kau tunggu lah pula balasan drinya. Tak perlu pn nak mendoakan apa2 untuk puak2 kau. Ia akn dtg juga bila tiba saatnya. Sygnya puak2 kau jika memerintah pn tpi tanpa maruah.. Jijik dan kotor ibarat memakan daging saudara sendiri. Hanya sbb nafsu yg besar dn perut yg besar. adakah Islam mengajar umatnya berdia utk menghancur sesama Islam. Sekarang pas sedang berangan nak jadi Menteri ikut Pintu belakang. Itu je yg boleh nak harap bertanding puluhan tahun jadi pembangkang. 

Nabi kena baling batu di Taif dan duduk di ladang kurma dan mendoakan yg baik untuk orang2 Taif, Jibril alai wasalam datang dan menyakan hendak kah nabi tengok orang2 Taif di hancurkan, Nabi jawab tidak. Ini islam yg aku anuti.  habis yang kita doakan supaya Alllah hancurkan Israel tu plak macam mana ? Doa nabi semasa perang Ahzab pulak macam mana ? 

dah u turn sokongan. Matlamat utama nak PRU sebab dah jadi pembangkang. Gabungan pelingkup duit rakyat. beri alasan macam2 nak tegak benang basah. tu lah orang tamak selalu rugi, ketulahan lawan dan x walak kepada ketua. Respect dgn tun....ph menang tun jadi pm...pembangkang menang pun tun jadi pm...trump pun x leh buat mcm tu...gila ini org paling hebat di malaysia...semua kena budak2 jer dgn beliau...tahniah tun. pembangkang sokong tun ada makna, sokong untuk memecahbelahkan kerajaan PH, umno dn pas berpengalaman lebih 60 tahun bab2 ini ,, PAS kata UMNO parti kafir dn UMNO kata PAS Parti Ajaran Sesat bersatu,, 😂😂😂

sejarah 500tahun dahulu berulang dengan azmin mendaliar dan zuraidah kitol pula memainkan peranan menjatuhkan kerajaan.  kita tengok politik malaysia dari bawah, tp tun tengok politik malaysia dari atas...nmpk semua.😁  ..kalau jati diri kuat , apa pon yg dtng diri tidak akan goyang. 

. tp secara peribadi ia tak menyumbang positif kpd pembinaan pola pemikiran, sosio-ekonomi & budaya rakyat yg sepatutnya dimiliki oleh generasi masa depan. percubaan hijack yang gagal oleh ahli pukitik yang gila kuasa. Nak respect apa... tak betanggungjawab tu. Selfish. Selfpride. self service. Da resign tapi propose nak jd pm lg.. mende... ph da sokong dia.. apa lg dia nak... ini semua sandiwara busuk dia la... Intact? Betul ke Bersatu ni mengambil berat ttg rakyat atau cari kuasa tuk bolot jwtn utama? Tanpa segan silu duduk semeja dgn penyamun negara tuk gulingkan kerajaan semasa. Tk sangka org Islam yg merampas kuasa yg sah...sabo jela..Moga Allah bersama orang yg sabar. ..x taula ajaran Mana diorg ni ikut..tkde rasa bersalah plak tu. ya dan nak tubuhkan kerajaan perompak mandat rakyat. bersubahat sama. Terbang semua kopiah dn serban. ajaran setan suma tu sbb bertuhankn hawa nafsu. 

Lanun dulu naik kapal Lanun modern naik bas Ekonomi negara bungkus berkepal Sensara Rakyat suaranya dirembas  tak nak media tangkap gambar kereta Mewah dia.. semua kereta mereka lagi mewah dari Menteri PH ..bn umno dan pas nak atur tun m, dengan sokongan gps dan warisan, bersatu, pkr dan dap tanpa bn umno pas dan bebas azmin and the geng 11++ tun m boleh tubuh kerajaan baru dan kerajaan negeri yang terjejas akan go back to sequare one.😀😁😂 lanun yg punah hutan ulu kelantan, terseksa org asli cari makn hasil rotan, kayu gahru petai 

LANGSUNG: Anwar dijangka adakan sidang media jam 5.30 petang
Wartawan Malaysiakini Diterbitkan   |  Dikemaskini 

LANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam. Baca laporan langsung Malaysiakini pada 23 Feb (Ahad), 24 Feb (Isnin) dan 25 Feb (Selasa). Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini

LANGSUNG 
5:14 petang: Ibu pejabat PKR, Petaling Jaya - Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka mengadakan sidang media sekitar jam 5.30 petang. Sidang media di ibu pejabat PKR itu pada awalnya dijadualkan pada pukul 4.30 petang tetapi ditangguhkan untuk memberi laluan kepada perutusan khas oleh Perdana Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung di televisyen pada jam 4.45 petang. Pemimpin PKR itu kini sedang meneliti kenyataan Mahathir sebelum meneruskan sidang akhbar tersebut. 

Semua MP selesai ditemubual Agong hari ini 5 petang: Difahamkan semua anggota parlimen yang dijadualkan pada sesi hari ini telah ditemubual oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

Dr M mahu tubuh kerajaan tak memihak mana-mana parti 4.52 petang: 

Dr Mahathir dalam perutusan khasnya berkata sekiranya diberi peluang beliau mahu menubuhkan sebuah kerajaan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. "Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara. "Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara. "Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. "Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan," katanya.

Baca teks penuh di sini 

Dr M: Saya tak boleh terima Umno dalam kerajaan 4.51 petang: Dalam perutusan khasnya, perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak boleh terima Umno sebagai sebuah parti dalam kerajaan. "Saya sanggup terima ahli Umno yang keluar Umno dan menyertai parti lain. Tetapi Umno akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti Umno. "Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan," katanya. 

4.50 petang: Dalam perutusan khas yang disiar secara langsung, antara lain Dr Mahathir berkata beliau bukan seorang yang gila kuasa. "Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

"Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa. "Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Beliau berkata, kuasa atau kedudukan hanyalah alat untuk mencapai objektif demi kebaikan negara. "Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang," katanya. 

4.32 petang: Sidang media khas oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) ditangguhkan, kata seorang kakitangan parti. Kakitangan itu memberitahu pihak media bahawa sidang media itu akan diadakan selepas pengumuman khas oleh perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, yang dijadualkan pada jam 4.45 petang hari ini. 

Dr M akan muncul di kaca TV jam 4.45 petang 4.30 petang: Perdana Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad dijadual akan membuat kemunculan di televisyen pada jam 4.45 petang. Siaran langsung ini akan dibawakan oleh RTM, Media Prima dan Astro. 

MP DAP tinggalkan Istana Negara 4:25 petang - Selepas hampir tiga jam menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, anggota parlimen DAP meninggalkan Istana Negara. Mereka dilihat menaiki sebuah bas. Anggota Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji pula menaiki sebuah kereta. 

Anwar, Wan Azizah tiba di ibu pejabat PKR 3.43 petang: Presiden PKR Anwar Ibrahim dan isteri, Wan Azizah Wan Ismail tiba di ibu pejabat parti itu. Mereka disambut kira-kira 30 penyokong yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Anwar dan Wan Azizah bagaimanapun tidak membalas pertanyaan media ketika diminta memberikan komen. 

Anwar dijangka buat pengumuman penting, tiada 'tawaran' dengan Dr M 3:25 petang: Ibu Pejabat PKR - Kakitangan PKR mengatakan bahawa Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman penting pada sidang akhbar jam 4.30 petang ini. Pembesar suara turut dipasang di kaki lima bangunan, dengan jangkaan akan ada ramai penyokong yang hadir untuk mendengar pengumuman berkenaan. Ditemui ketika meninggalkan kediamannya di Bukit Segambut, Anwar ditanya sama ada terdapat 'tawaran' dengan Mahathir. Beliau menjawab: "Tiada tawaran, kita akan bincang pada 4:30 petang"

Anwar akan adakan sidang media 3.10 petang: Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Harapan lain dijangka mengadakan sidang media pada pukul 4.30 petang hari ini. Ini selepas petugas media menerima jemputan 'Sidang media khas Pakatan Harapan' daripada sekretariat gabungan itu. Sidang media itu dijangka diadakan di Ibu Pejabat PKR. 

Azmin, 10 MP tinggalkan istana 3.00 petang: Difahamkan bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan 10 lagi bekas anggota parlimen PKR keluar dari istana melalui pintu 3. 

Kumpulan Azmin mahu 'rekonsiliasi nasional' bawah Dr Mahathir 2.50 petang: Seramai 11 pemimpin PKR yang diketuai Anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata mereka menyokong 'rekonsiliasi nasional' di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad. "Kami pendukung hasrat rekonsiliasi nasional di mana anggota Dewan Rakyat memberikan keutamaan kepada aspirasi rakyat dan agenda nasional. "Rekonsiliasi ini akan mengendurkan perebutan kuasa di kalangan parti-parti politik dan memungkinkan penggemblengan tenaga untuk menjayakan matlamat bersama dan memupuk kebaikan yang lebih besar untuk negara.

"Rekonsiliasi nasional akan terlaksana di bawah pimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dukungan semua pihak yang mahukan Malaysia stabil dan terus maju menangani cabaran bangsa. "Dalam keadaan negara sekarang menghadapi tekanan penguncupan ekonomi dunia ke atas ekonomi domestik dan cabaran genting daripada situasi semasa wabak penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19), kita mesti bersatu dan memberi sokongan penuh kepada pimpinan YAB perdana menteri dengan mengenepikan politik sempit serta menjurus kepada perpaduan nasional yang berpaksikan aspirasi rakyat," kata mereka dalam kenyataan bersama. Kenyataan itu dibuat selepas Mahathir dilaporkan mencadangkan pembentukan sebuah kerajaan perpaduan semalam.

Bas DAP sudah sampai ke istana 1.45 tengah hari: Sebuah bas membawa anggota parlimen DAP sudah tiba ke Istana Negara. Lim Kit siang, Yeo Bee Yin, Hannah Yeoh dan Gobind Singh antara yang menaiki kenderaan itu.

Hasmah ke PMO, Syed Saddiq keluar1.30 tengah hari: Pejabat Perdana Menteri (PMO) - Kenderaan yang membawa isteri perdana menteri interim Dr Siti Hasmah Mohd Ali memasuki pejabat Dr Mahathir Mohamad sekitar jam 1.00 petang. Dr Siti Hasmah hanya melambai tangan kepada petugas media ketika diminta menurunkan tingkap kenderaannya. Syed Saddiq pula dilihat keluar meninggalkan PMO melalui pintu A. Sebelum itu, Syed Saddiq dilihat memandu keretanya menuju pintu utama PMO, bagaimanapun beliau bertindak berpatah balik untuk keluar dari pintu A.

Sumber: 
https://www.malaysiakini.com/news/512229

Tiada ulasan: