Sabtu, 21 Mac 2020

Nang Ngumah Wae - Usah Metu! 9988


Di rumah je - jangan keluar [Nang Ngumah Wae - Usah Metu!]
MALAM INI
INSYAALLAH TAALA... JANGAN SIA-SIAKAN WAKTU!!

Jom hidupkan ibadah di rumah masing-masing bersama ahli keluarga...

IHYA MALAM ISRAK & MIKRAJ 1441H

DI RUMAH BERSAMA KELUARGA

21 MAC 2020 (Sabtu)
Mulai 6:30 ptg
- Iktikaf di tempat solat
- Wirdul Latif
- Solat Maghrib Berjemaah
- Sunat Ba'diyah Maghrib
- Surah Al-Mulk (1X)
- Surah Ash-Sharh (3x)
- Surah Al-Ikhlas (10x)
- Surah Al-Falaq (3x)
- Surah An-Nas (3x)
- Istighfar (70x)
- Selawat sehingga Isyak
- Solat Isyak Berjemaah

Semoga BerManfaat
Berdoalah sebanyaknya... malam ini..

ESOK (AHAD), hari Israk dan Mikraj. Kepada yang berniat nak puasa sunat esok, tahniah 😊

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Dan Ini, Amalan Malam Rejab - Malam ini. Sama2 kita buat 😊

1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.

2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.

3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..

4. Berdoa.

5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.

6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Israk dan Mikraj ertinya Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎ (Subḥānahu Wa Taʿālā) dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎ (Subḥānahu Wa Taʿālā).
.
.
.
Malam 27 Rejab
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎ (Subḥānahu Wa Taʿālā) beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:

1. Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ.

3. Diperlihatkan keadaan Syurga dan Neraka melalui Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ.

4. Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.

5. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎ (Subḥānahu Wa Taʿālā). Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ.



Tiada ulasan: