Corvi-19 di Itali: Kalah Mafia
5,476 jumlah kematian di Italy setakat 8 jam yang lepas (selasa, 24 Mac 2020). Tak ada tanda surut, kes baru corvi-19 semakin meningkat tanpa belas kasihan - Itali sedang dalam peperangan getir. Mereka sedang keletihan.Itali merupakan juara World Cup sebanyak 4 kali. Itali adalah pusat rujukan fesyen dari seluruh dunia. Itali - pengeluar jentera jalan raya paling hebat di dunia seperti Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Maserati. Italilah yang memulakan era 'renaissance' seterusnya mengubah haluan sejarah Eropah dan dunia amnya. Itali secara literal adalah The Great Roman Empire yang pernah menerajui ketamaddunan manusia hampir 1,000 tahun lamanya.
Pada era moden, sebagai salah sebuah negara maju di Eropah banyak pihak terkejut dengan situasi Corvi-19 yang tidak terkawal di Itali. Apa yang kita dengar dan baca, kerajaan Itali begitu lambat bertindak dan rakyatnya degil dan tidak mahu ikut arahan maka wabak itu merebak dengan cepat sampai tidak terkawal.
Tapi takkan itu saja sebabnya?
Aku berborak dengan kawan aku Redza Yusoff yang pernah tinggal di Itali, fasih berbahasa Itali, faham attitude dan budaya masyarakat di sana. Corvi-19 ibarat time bomb, di mana final blow hanya melengkapkan huru-hara sistem di sana.
Sebenarnya, ada 6 sifat semulajadi tentang masyarakat Itali yang kita perlu faham.
Pertama,
Masalah birokrasi yang teruk.
Itali merupakan negara maju yang paling teruk tahap birokrasinya. Kalau kita katakan Malaysia ada masalah birokrasi, maka Itali berkali ganda lebih dahsyat birokrasinya. Untuk melaksanakan sesuatu perkara, mereka tidak boleh ad hoc walaupun hal itu terlalu amat penting.
Contohnya, bila gejala wabak meletus di Wuhan kerajaan Itali terpaksa mengambil masa yang sangat lama untuk sekat penerbangan keluar masuk ke negara mereka. Sekatan hal-ehwal kelulusan itu dan ini, sebelum semuanya diputuskan - sekadar untuk memberhentikan penerbangan. Tambahan pula kes semacam ini adalah di luar jangkaan lagilah tidak boleh dibuat sesuka hati.
Malah dalam keadaan gawat dan ratusan nyawa yang terkorban setiap hari, sebahagian perkhidmatan pengangkuutan awam masih terus beroperasi di sekitar Itali - keadaan semakin huru-hara, tetapi birokrasi mesti kena ikut dulu, jadi mereka tidak boleh stop itu-ini sampailah everything in place - walaupun sedang dalam keadaan malapetaka yang mendesak.
Kedua,
Inefficient.
Ini melibatkan lifestyle orang Itali. Rakyatnya berkira, bahawa tiada apa yang lebih penting, bila tiba masa untuk makan tengah hari MESTI bersama keluarga. Personal space paling utama. Tidak perlulah bagi sesiapa yang hendak beritahu mereka bahawa ada hal lain lagi yang lebih penting sebab culture/budaya mereka telah terdidik untuk mengutamakan personal space.
Lihat saja filem Godfather, bagaimana mafia-mafia Itali yang walau jahat setara mana pun, masa untuk famili mesti diutamakan. Layan anak anak, makan bersama-sama. Malah jika ada pertemuan atau meeting yang setara mana penting pun letak di belakang dulu!
Oleh yang demikian, kepekaan mereka terhadap hal-hal kecemasan tersangat perlahan, memandangkan tiada apa jua hal kecemasan melainkan setelah diselesaikan hal hal personal mereka terlebih dahulu.
Ketiga
Centralization.
Kita perlu sedar pusat ketuanan ekonomi Itali berpusat cuma di dua buah bandar; Rome dan Milan. Selain daripada 2 bandar ini, tidak ada apa pun yang menonjol selain daripada pusat pelancongan dan pertanian di kawasan jauh dari bandar. Ia Tidak begitu berperanan dalam menyumbang peningkatan ekonomi negara secara keseluruhan.
Rome dan Milan seumpama enjin yang menjana ekonomi seluruh Itali. Segala-galanya berpusat di sana. Tempat lain sekadar memenuhi keperluan sendiri saja. Kepada mereka yang tinggal di tempat lain seperti Florence atau Venice merupakan kemewahan tinggalan masa Magical Era of Italian Economic sekitar tahun 1960-1980 dahulu.
Ya Itali pernah melalui zaman ekonomi emas mereka selepas tamat perang dunia ke-2. Perusahaan, automotif, industri berat, kereta api, perkapalan dsb. Masing-masing masih menjadi pusat tumpuan bekalan bagi Eropah. Oleh sebab kekayaan tersebar di kalangan kebanyakan rakyat, datuk nenek di kampung masih ada banyak duit dengan membeli tanah dan membuat rumah besar hasil prosperity Magical era puluhan tahun yang lalu, membolehkan mereka anak-beranak dan cucu tinggal sekali sebumbung.
Bila mereka tinggal di luar daripada kawasan bandar, udara segar, makan makanan segar seperti sayuran dan ternakan dengan gaya hidup sihat, kesannya mereka panjanglah umur. Statistik dari Italy Research Department mendedahkan warga tua di Itali (bagi umur lebih 65) setakat tahun 2019 sebanyak 22% daripada keseluruhan jumlah penduduk Itali.
Keempat,
Aging Society
Kita tahu Corvi-19 lebih aktif dalam tubuh badan warga tua. Mereka mangsa paling banyak kena serang. Jelas Itali dalam hal ini kurang bernasib baik kerana kadar sakit dan kematian paling ramai di kalangan warga tua. Bila Lombardy dan Lazio kena lockdown, membolehkan rakyat balik kampung ke rumah mak ayah dan datuk nenek. Maka Corvi-19 dengan mudah mula tersebar di kalangan warga tua di kampung.
Kelima,
Isolation.
Ini pun suatu hal yang unik. Seperti yang telah diberitahu di perenggan awal atas tadi, Itali merupakan negara yang penuh dengan sejarah gilang-gemilang. Mereka ada Empayar Roman, yang telah melahirkan ramai ahli falsafah yang memimpin dunia, mereka melahirkan para artisan yang mencorak mata seni manusia, mereka memulakan era renaissance, ketua agama (pope) Kristian di dunia dan segala sejarah keagamaan Kristian bermula dari kelahiran Nabi Isa juga semuanya tersimpan di Vatican.
Berapa punya ramai para genius dan polymath yang telah Itali lahirkan sepanjang kewujudan dunia ini? Marco Polo, Christopher Colombus, Dante, Michelangelo, Leonardo Da Vinci, Galileo, Machiavelli, Verdi dan Puccini; sekadar memetik beberapa nama. Itu pun belum dikira lagi Paulo Rossi, Dino Zoff, Baresi, Roberto Baggio, Fabbio Cannavaro, Nesta, Buffon, Del Piero, Maldini, Pagliuca dan super legend Giuseppe Meazza.
Jadi apa kaitan sejarah hebat Itali itu dengan isu isolation? Mudah. Mereka masih ada mentaliti yang berasakan bahawa mereka merupakan bangsa yang hebat di dunia. From the descendants of the great empire of Rome!
Oleh sebab itu mereka tidak berapa peduli dengan apa yang terjadi di dunia luar? Semua itu tidak penting pada mereka; they couldn't care less. Their concern is between trieste and puglia (north and south) negara Itali sahaja. Masalah di luar, bukan masalah kami. Lebih kurang begitu.
Dan yang terakhir,
They dont work like they used to.
Itali punya kebajikan kepada rakyat sangat hebat. Insurance and healthcare benefits, labor protections, dan segala macam social protection somehow membuatkan rakyat mereka terlalu chill dan rilex. Hidup just cool. Apa jadi pun tidak perlu panik, tidak perlu kalut, tidak perlu tergocoh-gocoh, tak perlu risau sangat sebab masih ada kopi espresso yang perlu dihirup.
Memang manja.
****
Atas semua hal yang semacam itulah berlakunya apa yang dunia saksikan di Itali sekarang. Sikap pemerintah dan rakyat merekalah yang menjadi kayu ukur dalam menilai keberkesanan ketika menghadapi krisis.
Kita bukan cuba nak menyalahkan, tetapi mengambil pengajaran. Sehingga tulisan ini tamat, angka kematian di Malaysia akibat Covid-19 pula sudah mencecah 14 orang dengan 212 kes baru hari ni.
Anggaran daripada pihak berkuasa, terdapat 3 juta rakyat Itali yang masih tidak peduli RMO. Ya ada 3 juta yang dok merayau tidak semena-mena berkumpul, bersembang sambil melepak.
Di Malaysia ni, corak hidup masyarakat kita mungkin berbeza dengan Itali. Tetapi ada satu benda yang seakan-akan sama,
kalau kita terus degil buat kepala batu dengan tidak mendengar kata, Maka tunggulah lagi bencana besar yang akan tiba
🙏 tolonglah dengar kata.
Aku ambil kata kata seorang netizen Itali; "We lost control of the epidemic. We died physically and mentally, we dont know what to do anymore. All solutions on earth have ended. The only solution is to the sky"
Kredit pada penulis Fdaus Ahmad.
Sumber:
Elias Hj Idris: Corvi-19 di Itali: Kalah Mafia
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 22 minutes ago

By Wartawan MalaysiaGazette - 24 March 2020 [image: MGF24032020_OPS-DBKL28-1]Petugas kesihatan Kementerian Kesihatan menyimpan sampel pemeriksaan salah seorang warga asing yang membuat saringan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020. KUALA LUMPUR – Kematian terbaharu akibat wabak Covid-19 direkodkan malam ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang. Allahyarham merupakan rakyat tempatan berusia 75 tahun dan mempunyai latar belakang beberapa penyakit kronik. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noo...
SINDOnews, SINDOnews | Berita Terkini dan Terpercaya | RSS - 1 hour ago
Penerapan Lockdown karena menjaga penyebaran virus corona-19, Dinas Perindustrian Perdagangan, Koperasi dan UKM (Disperindagkop UKM) Kabupaten Asmat pantau harga sembako di pasar.
KEPUTUSAN MUHYIDDIN DITOLAK
Malay | March 24, 2020 by
Tengahari tadi Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran untuk pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 mereka sebanyak RM500 sebulan selama setahun.
Katanya, keputusan kerajaan memberi kebenaran itu adalah untuk meringankan beban rakyat yang terkesan akibatPerintah Kawalan Pergerakan atau PKR untuk mencegah wabak Covid-19 sejak 18 Mac lalu.
“Permohonan pengeluaran boleh dibuat bermula 1 April 2020. “Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion,” kata beliau. Tambah Perdana Menteri lagi, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Dalam erti kata lain, melalui pengeluaran RM40 bilion itu juga mampu merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih stabil ketika ini.
Bagaimanapun, keputusan yang diumumkan Muhyiddin hasil mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi itu mengundang kecaman rakyat dan mereka rata-ratanya menolak keputusan tersebut. Pelbagai pihak atau persatuan berkaitan pekerja, pemimpin politik dan orang awam, terutamanya melalui media sosial jelas tanpa berselindung telah menzahirkan penolakan mereka. Mereka berpendapat, langkah yang diumumkan Muhyiddin itu bukan berupa bantuan untuk meringankan beban rakyat kerana wang yang dikeluarkan itu adalah kepunyaan mereka sendiri.
Bantuan apa namanya kalau wang sendiri yang dikeluarkan akhirnya untuk membantu diri sendiri, tanya mereka. Kenapa kerajaan tidak boleh memberi bantuan RM500 misalnya kepada rakyat, selain kebenaran pengeluaran simpanan? Mereka turut mempertikaikan bagaimana dengan nasib pekerja harian yang tiada simpanan dalam KWSP atau mereka yang sudah melebihi usia 55 tahun yang tiada lagi tabungan.
Apa usaha kerajaan untuk membantu mereka?
Selain itu, rata-rata berpendapat, tabungan KWSP adalah untuk simpanan hari tua pekerja dan jika sebahagiannya dikeluarkan sekarang, apa lagi yang tinggal untuk hari depan? Yang paling dipersoalkan, dalam kerajaan kononnya prihatin dan mengatakan mahu meringankan beban rakyat, apa sebenarnya bantuan langsung daripada dana kerajaan yang disalurkan pada ketika susah ini dan rakyat tidak dapat keluar bekerja ini? Langkah Muhyiddin ini tidak lebih dianggap retorik politik kononnya kerajaan pintu belakang pimpinannya prihatin kepada nasib rakyat, walhal sumbangan sebenar dalam meringankan beban kehidupan mereka adalah kosong.
Kalau namanya bantuan dan untuk tujuan meringankan beban rakyat, Muhyiddin seharusnya mengumumkan sejumlah dana daripada kerajaan bagi tujuan itu. -https://shahbudindotcom.net/
Sumber:
Malaysia Chronicle
Berita baik buat peminjam yang berhutang dengan bank
BNM arah bank tangguh 6 bulan bayaran balik hutang peminjam
Bank-bank diarahkan untuk menangguhkan selama enam bulan bayaran balik hutang peminjam untuk semua pinjaman dan bayaran kewangan, kecuali untuk baki kad kredit, bermula 1 April.
Dalam surat kepada semua institusi perbankan hari ini, Timbalan Gabenor Bank Negara Jessica Chew berkata matlamat langkah tersebut untuk mengurangkan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana serta individu akibat wabak Covid-19.
Untuk layak menerima kemudahan ini, pemberi pinjaman tidak boleh ada bayaran tertunggak melebihi 90 hari sebelum 1 April dan pinjaman tersebut mesti dalam bentuk mata wang ringgit.
Bank telah diarahkan untuk menyediakan pemberi pinjaman dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran balik pinjaman yang digantung akan dikendalikan semasa tempoh penangguhan dan pilihan bagi peminjam untuk meneruskan pembayaran selepas itu.
"Institusi perbankan pada umumnya dijangka akan memudahkan proses pembayaran balik dimulakan semula selepas tempoh moratorium konsisten dengan kemampuan peminjam.
"Ini termasuk menawarkan pelan bersesuaian bagi melangsaikan pembayaran balik prinsipal (bayaran pokok) dan (bunga) faedah terakru semasa tempoh moratorium, dengan mengambil kira keupayaan peminjam untuk membayar balik.
"Institusi Lembaga perbankan juga perlu memastikan individu seta perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang tidak ingin memanfaatkan penangguhan secara automatik ini boleh meneruskan membuat pembayaran dengan sedikit kesulitan," tulis Chew.
Baki kad kredit jadi pinjaman bersyarat, kalau...
Bank Negara juga "amat menggalakkan" bank untuk memudahkan permintaan moratorium oleh peminjam korporat melalui cara yang akan membolehkan syarikat itu berdaya maju untuk mampu mengekalkan pekerjaan dan dengan pantas dapat meneruskan aktiviti ekonomi apabila keadaan kembali stabil dan bertambah baik.
"Ini juga termasuk pertimbangan bersesuaian pembiayaan tambahan untuk menyokong aliran tunai serta penjadualan semula dan penstrukturan semula kemudahan sedia ada," tulis Chew.
Bagi individu yang tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum untuk baki kad kredit, Bank Negara telah mengarahkan bank untuk mengubah baki itu menjadi pinjaman bersyarat.
Bank Negara akan menyediakan mudah tunai yang mencukupi untuk bank-bank dalam tempoh ini. Bank-bank juga digalakkan untuk mengelak daripada meningkatkan persaingan untuk deposit kerana ia akan menyebabkan pasaran dana tergendala dan pecah serta memberi kesan terhadap keadaan kredit.
at 3/25/2020 12:31:00 PG
Sumber:
KERENGGA: Berita baik buat peminjam yang berhutang dengan bank
Tribunnews.com - 31 minutes ago
Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan RI memastikan para siswa tetap mendapatkan ijazah meskipun ujian nasional 2020 ditiadakan.
Virus Covid-19 Kekal Di Paru-Paru Pesakit Yang Meninggal Dunia

Kumpulan penyelidik China menjalankan bedah siasat ke atas 29 mayat pesakit COVID-19 dan mendapati virus itu tetap berada di paru-paru mangsa walaupun selepas meninggal dunia, lapor agensi berita Xinhua.
BACA :
Bedah siasat itu turut menunjukkan kerosakan teruk ke atas sistem kekebalan pesakit terhadap penyakit yang mungkin menjadi ‘faktor amat penting’ kepada kematian mereka, kata pakar penyakit berjangkit Hospital Universiti Pertama Peking, Wang Guiqiang, pada sidang akhbar di Beijing Selasa.
Wang menambah, jangkitan itu bukan hanya menyebabkan perubahan patalogi teruk pada paru-paru pesakit, tetapi turut merosakkan salur bronkial kecil yang mengakibatkan penghidap penyakit lebih sukar bernafas.
— BERNAMA
Virus Covid-19 Kekal Di Paru-Paru Pesakit Yang Meninggal Dunia | Suara Viral Malaysia
Suaraviral Staff, Suara Viral Malaysia - 1 hour ago

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyeru semua penumpang tren elektrik (ETS) No. 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan jika […] The post KTMB Gesa Penumpang ETS 9173 Buat Saringan Kesihatan COVID-19 appeared first on Suara Viral Malaysia.
- Surat Al Fatihah (Pembukaan)
- Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
- Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
- Surat An Nisa' (Wanita)
- Surat Al Ma'idah (Hidangan)
- Surat Al An'am (Binatang Ternak)
- Surat Al A'raf (Tempat Tertinggi)
- Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
- Surat At Taubah (Pengampunan)
- Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
- Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
- Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
- Surat Ar Ra'd (Guruh)
- Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
- Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
- Surat An Nahl (Lebah)
- Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
- Surat Al Kahfi (Gua)
- Surat Maryam (Maryam)
- Surat Thaha (Thaahaa)
- Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
- Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
- Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
- Surat An Nur (Cahaya)
- Surat Al Furqaan (Pembeda)
- Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
- Surat An Naml (Semut)
- Surat Al Qashash (Cerita)
- Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
- Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
- Surat Luqman (Luqman)
- Surat As Sajdah ((Sujud)
- Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
- Surat Saba' (Kaum Saba')
- Surat Fathir (Pencipta)
- Surat Yaasiin
- Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
- Surat Shaad
- Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
- Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
- Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
- Surat Asy Syuura (Musyawarah)
- Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
- Surat Ad Dukhaan (Kabut)
- Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
- Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
- Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
- Surat Al Fath (Kemenangan)
- Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
- Surat Qaaf
- Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
- Surat Ath Thuur (Bukit)
- Surat An Najm (Bintang)
- Surat Al Qamar (Bulan)
- Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
- Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
- Surat Al Hadid (Besi)
- Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
- Surat Al Hasyr (Pengusiran)
- Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
- Surat Ash Shaff (Barisan)
- Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
- Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
- Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
- Surat Ath Thalaaq (Talak)
- Surat At Tahrim (Mengharamkan)
- Surat Al Mulk (Kerajaan)
- Surat Al Qalam (Pena)
- Surat Al Haqqah (Kiamat)
- Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
- Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
- Surat Al Jin (Jin)
- Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
- Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
- Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
- Surat Al Insaan (Manusia)
- Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
- Surat An Naba´ (Berita Besar)
- Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
- Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
- Surat At Takwir (Menggulung)
- Surat Al Infithar (Terbelah)
- Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
- Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
- Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
- Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
- Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
- Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
- Surat Al Fajr (Fajar)
- Surat Al Balad (Negeri)
- Surat Asy Syams (Matahari)
- Surat Al Lail (Malam)
- Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
- Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
- Surat At Tiin (Buah Tin)
- Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
- Surat Al Qadr (Kemuliaan)
- Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
- Surat Al Zalzalah (Goncangan)
- Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
- Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
- Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
- Surat Al 'Ashr (Masa)
- Surat Al Humazah (Pengumpat)
- Surat Al Fiil (Gajah)
- Surat Quraisy (Suku Quraisy)
- Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
- Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
- Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
- Surat An Nashr (Pertolongan)
- Surat Al Lahab (Gejolak Api)
- Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
- Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
- Surat An Naas (Manusia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan