Jumaat, 6 Mac 2020

Waktu Afdal Ziarah Kubur. 9863


 ﷺ
SATU KALI ANDA SEBAR MUNGKIN DAPAT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI

Salam.
Kuliah dhuha Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara.

Tajuk: Adab menziarahi kubur.
Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Hadis rasulullah saw:

Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah ﷻ.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika di kubur:

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa." Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap ke arah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca Al Quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.```

....simpan nota ini anak-anak dan sebarkan. Terima kasih.

Sisipan istilah:

Tiada ulasan: