Ahad, 12 April 2020

Kita buat rasuk. 10182


Rasuk perlunya rumah kayu jer bukan rumah batu.

Sunday, April 12, 2020

KISAH PEKEBUN SAYUR DI CAMERON HIGHLAND

Mat Saman Kati

Ramai pulak yang tag aku kat posting-posting yang berkaitan dengan sayur. Tak larat aku nak melayan komen-komen...nampak sangat depa tak tau rantaian bekalan ni. Mai aku nak cerita sikit sebab benda ni tak ada dalam rekod.

Ni aku cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri berkebun di Cameron.

Nombor satu sekali, kebanyakan kebun sayur di Cameron ni kebun haram.Kebun-kebun yang hangpa nampak tepi jalan tu hanya showroom untuk pelancong. Kebun yang real, paling kurang pun kena masuk dua tiga kilometer kedalam dan bukan ada jalan tar. Yang ada jalan kebun.

Aku nak cari tapak kebun, kena cari kabel kat Pejabat Tanah. Depa tolong carikan..janji bayar bulan. Majoriti buat macam tu, jadi kalau secara rasmi depa kata ada seribu hektar kebun sayur di Cameron, ada 4ribu hektar lagi yang haram. Ni bukan aku yang cakap...pi tanya Presiden REACH, Ramakrishnan tu.

Selesai satu bab.

Nak angkut keluar sayur dari kebun kena pakai 4WD. Dulu depa pakai Landrover yang ada tulis CH kat pintu landrover tu. Landrover ni boleh jalan dalam kawasan Cameron saja. Sekarang ramai yang pakai Hilux dua pintu sebab nombor satu, Hilux ni boleh bawa sampai tiga tan kalau pandai susun. Time takda bawa sayur, boleh pakai pi Ipoh.

Bawa sayur tiga tan ni takat tepi jalan saja...lepas tu lori 10 tan dok tunggu. Lori ni akan bawa ke pusat pengumpulan sama ada di Bertam Valley, Brincang atau Kampung Raja. Kat situ depa susun, mana nak hantar Selayang, mana nak hantar Penang dan mana nak hantar Singapore.

Lori kemudian hantar sayur-sayur ni pergi ketempat yang diatas, dan serahkan kepada pemborong sayur. Dari pemborong ni, depa hantar pulak sama ada ke pasar harian atau supermarket.

Hangpa cuma tau pi supermarket, semua ada. Bila takdak..salahkan petani yang dok hujung dunia tu.

Tapi cukup la...aku tak mau gaduh pasai ni lagi dah. Hangpa tunggu saja la dua tiga minggu lagi. Petani pun tak ada buang sayur...hangpa pun takdak sayur. Kita makan Maggi.

PEMUJA DAP

"Dia PEMUJA DAP." Itu kenyataan yg diulang ulang dlm tulisannya. Utk memperkuatkan hujahnya dilampirkan gambar Dr Musa dg Dr Dzul. Seolah olah terbuktilah sudah tuduhan itu. Itukah level seorg yg digelar ahli akademik yg saban hari membuat rujukkan, kajian, mengumpul sampel data (data sekundar dan data primer) seterusnya membuat analisa dan penemuan ilmiah utk dijadikan bahan rujukkan para pelajarnya?

Saya bukan pembela DAP, juga bukan pentaksub mana mana parti politik atau fahaman politik. Hanya melihat sesuatu isu itu disudut kebenaran. Kerana Islam menuntut bercakap BENAR bukan FITNAH.

Analoginya saya permudahkan, jika saya seorg PEMUJA Datuk Siti Nurhaliza, saya membuat kenyataan menghina  ratu jazz Malaysia Datuk Seila Majid. Sedangkan saya tidak ada hubungan pun dg  Datuk Siti. Adakah ADIL peminat Datuk Seila Majid juga orang ramai menyelar dan menyerang Datuk Siti. Hatta jika saya ada hubungan keluargaan dg Datuk Siti pun, disegi undang undang adalah tidak adil menyerang Datuk Siti.

Prof ini hanya bertujuan tidak baik mengheret isu Dr Musa ini dgn parti parti politik. Kini dia menghala senapangnya ke arah Ikram setelah tembakkannya yg pertama tersasar.

https://wrlr.blogspot.com/2020/04/pemuja-dap.html

KENAPA JADI BEGINI?
Shahbudin Hussein

Hampir semua negeri dah batalkan bazar Ramadan, tapi kenapalah menteri WP ini masih nak buka  juga?

Lagi pula, dalam masjid dan surau pun ditutup, apa pentingnya lagi bazar Ramadan dibuka?
https://wrlr.blogspot.com/2020/04/kenapa-jadi-begini.html

KAJIAN ENTAH DARI MANA...
Shukri Ahmad

Perkhidmatan Gunting Rambut Kurangkan Tekanan Darah Tinggi?

1. Terkejut saya baca tweet Dr. Afif Bahardin ini. Saya cuba cari jurnal mana yang dikatakan tersebut.

2. Akhirnya saya jumpa. Tajuknya, A Cluster-Randomized Trial of Blood-Pressure Reduction in Black Barbershops. Betul dia kata, kajian ini diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine pada tahun 2018.
3. Kajian ini nak menguji program kawalan tekanan darah tinggi dalam kalangan lelaki berkulit hitam, yang mana mereka minta tukang gunting rambut (barbers) untuk promosikan kesihatan dengan menghubungkan klien dengan rawatan perubatan oleh ahli farmasi.

Dalam bahasa mudah, kajian ini nak tengok, efektif tak kalau ahli farmasi buat kerjasama dengan kedai gunting rambut (sebab ini tempat lepak lelaki kulit hitam kot, macam kedai mamak di Malaysia) untuk promosi rawatan perubatan.

4. Seramai 319 orang lelaki kulit hitam non-Hispanic berumur 35-79 tahun, dengan tekanan darah sistolik 140mm Hg ke atas terlibat dalam kajian ini.

5. Mereka dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan:

i) Kumpulan intervensi: penggunting rambut promosi follow-up dengan ahli farmasi dan uji tekanan darah. Ahli farmasi ini turun sendiri kedai tersebut dan jumpa dengan mereka.

ii) Kumpulan kawalan: penggunting rambut promosi perubahan cara hidup dan temujanji doktor.

6. Keputusannya, intervensi rawatan perubatan yang diberi oleh ahli farmasi yang turun kedai tersebut lebih berkesan mengurangkan tekanan darah (bagi mereka yang ada hypertension) berbanding kumpulan satu lagi.

7. Jadi kenyataan Dr Afif ini jelas ada tujuan politik. Mana boleh “mislead” rakyat dengan kenyataan bahawa perkhidmatan kedai gunting rambut boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.

8. Keputusan kajian ini cakap pasal barber tolong promosi kesihatan sahaja. Yang berkesannya ubat dan follow up oleh ahli farmasi, bukan sebab dia pergi gunting rambut masa PKP Covid-19.

9. Kalau ya pun nak sokong Azmin Ali, jangan guna hujah yang tak cerdik tapi konon nak nampak cerdik.


#KopiPasta
https://wrlr.blogspot.com/2020/04/kajian-entah-dari-mana.html

LEPAS TIBAI MOHON MAAF...HA.HA...SAMA MACAM PERANGAI LEBAI JUGA YA...

I
Kenyataan Permohonan Maaf kepada YB Siti Zailah

1. Petang tadi, saya telah melayangkan suatu “tweet” sebagai balasan kepada artikel berita terbitan Malaysiakini yang bertajuk "SIS : Underlying tone in Siti Zailah's 'advisory' video wrong”. Tweet asal saya yang ditujukan kepada YB Siti Zailah adalah berdasarkan kandungan berita Malaysiakini tersebut, dan tidak mengambil kira video YB Siti Zailah.

2. Selepas menonton video “Rumah Tangga Bahagia Fasa PKP”  YB Siti, saya tidak lagi bersependapat dengan Malaysiakini bahawa kenyataan-kenyataan beliau adalah tidak sesuai. Dalam video tersebut, YB Siti hanya memberikan nasihat umum dan holistik mengenai bagaimana untuk menguruskan konflik rumah tangga semasa PKP.

3. Dalam video yang sama, beliau juga menggesa mangsa keganasan rumah tangga untuk meminta bantuan, melalui helpline yang dikendalikan oleh kementerian. Beliau juga menjelaskan bahawa semua aduan yang diterima buat masa ini telahpun diselesaikan.

4. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada YB Siti Zailah. Saya telah melakukan kesilapan dalam membuat penilaian dengan terlalu cepat dan hanya berdasarkan satu sumber. Kesalahan ini adalah kesalahan saya seorang saja dan ianya tidak melibatkan pendirian Parti saya.

5. Saya juga ingin menegaskan bahawa kenyataan ini bukanlah suatu alasan untuk ahli politik muda seperti saya untuk mengulangi kesalahan yang sama lagi. Saya akan berwaspada sebelum saya membuat sebarang kenyataan di media sosial saya pada masa akan datang.

6. Saya juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mengulangi kesilapan saya dengan membuat kesimpulan secara sembrono tanpa meneliti sumber maklumat terlebih dahulu.

7.Pada waktu yang genting ini, kita hendaklah menangani wabak COVID-19 secara tabah dan bersatu. Kita tidak harus terganggu daripada menghadapi isu pandemik. Oleh itu, pemuda MCA akan terus melaksanakan tanggungjawab kami dalam membantu sektor-sektor masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Dengan itu, saya meminta maaf di atas perbuatan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Nicole Wong

STATEMENT OF APOLOGY TO YB SITI ZAILAH

 1. Earlier, I posted a tweet in response to a news article published by Malaysiakini titled: "SIS : Underlying tone in Siti Zailah's 'advisory' video wrong”. My earlier tweet on YB Siti Zailah was based on the contents of the said Malaysiakini article alone, and not on YB Siti Zailah’s actual video.

2. Upon viewing YB Siti's “Rumah Tangga Bahagia Fasa PKP” video later, I find that her statements were actually not objectionable at all. In her video, YB Siti offered general and holistic advice on how to manage household conflicts during the MCO.

3. In the same video, she also urged victims of domestic violence to seek help, and provided a ministry-run helpline for that purpose.

4. As such, I would like to offer my humblest apologies to YB Siti Zailah, and seek for her forgiveness. I have made the mistake of making judgments too quickly based on a single sources, without vecking the veracity of that course first. I should not have done so. This mistake is mine and mine alone, and does not XX the standing of my party.

6. I would like to stress that this apology is still no excuse for a young politician like myself to make similar blunders in future. I shall endeavour to be more vigilant and diligent in vetting my social media postings in the future.

7. I also urge members of the public not to repeat my mistake of jumping to conclusions without conducting due diligence by vetting the sources of information first.

8. This is a time when we should be working shoulder-to-shoulder  against the COVID-19 pandemic, instead of turning on each other.   We must remain steadfast in this cause and not be swayed or distracted from confronting the global pandemic head on. In this regard, the MCA Youth shall continue to do our part in helping affected communities by providing them with essential goods and services. No more distractions.


Thank you

Humblest apologies,
Nicole Wong
https://wrlr.blogspot.com/2020/04/lepas-tibai-mohon-maafhahasama-macam.html

KETUA PENGARAH YANG LEBIH BERWIBAWA

Jelas, Dr.Noor Hisham tampil sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang lebih profesional dan berwibawa berbanding Menteri Kesihatan, yang kini menyahkan diri dari sidang media harian. Bukan sahaja Menteri Kesihatan, malah satu kabinet kini kelihatan teragak-agak untuk membuat keputusan. Apabila Menteri Pertahanan, Ismail Sabri menyatakan bahawa kerajaan serah kepada KKM untuk menasihat kerajaan, sama ada untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tidak, agak-agak nasihat siapa yang diambil kira? Adham Baba, atau Noor Hisham?

Namun, perlu dingatkan bahawa Noor Hisham adalah penjawat awam. Beliau berada pada kedudukan itu bukan kerana undi rakyat. Beliau menjalankan tugasnya dan memberi pandangan mengikut kepakarannya dalam bidangnya. Yang membuat keputusan, adalah kerajaan.

Dalam hal sama ada PKP dilanjutkan atau tidak, kesannya lebih luas. Ia menentukan bukan sahaja sejauh mana penularan wabak Covid-19 dikawal, tetapi juga sejauh mana usahawan kecil dan sederhana mampu bertahan. Ia menentukan juga proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan, dan ia memberi kesan sejauh mana penghasilan dan pembekalan makanan dan barangan keperluan harian seterusnya.

Ini fungsi kerajaan, yang terdiri daripada pelbagai kementerian. Kabinet bermesyuarat untuk menyelaras keperluan kementerian masing-masing, di mana ia akan memberi impak kepada masyarakat secara menyeluruh. Apabila kerajaan kita gagal untuk menyelaras kesemua ini, maka mereka perlu dipertanggungjawabkan -- iaitu mereka akan dihukum dalam pilihan raya umum.

Namun, situasi sekarang agak pelik. Noor Hisham menjadi tunggak keyakinan masyarakat, kerana kita tidak yakin bahawa air suam boleh menyelamatkan kita. Jadi, beliau sebenarnya menggalas satu misi yang lebih berat, padahal sebahagian daripadanya bukan pun beban seorang ketua pengarah kesihatan.

Kemudian, apa pula yang dilakukan kerajaan kita? Menganjurkan pertandingan Tik Tok? Memakai PPE untuk sembur jalan? Mengutus warkah panjang ke Timur Tengah untuk membawang hal-ehwal dalam negeri berdasarkan khayalan? Menurunkan tandatangan atas mesin? Apa lagi?

Masalahnya bukan kita mempunyai sekumpulan menteri atau duta bertaraf menteri yang mewa, tetapi kita sebagai pengundi gagal menghukum mereka. Apabila kita menolak mereka dalam PRU, tiba-tiba selepas PRU mereka berpakat dengan sekerat katak dalam parti pemerintah, menjatuhkan kerajaan yang kita pilih, dan kembali semula ke Putrajaya.

Lepas itu dia memeluk Mak Cik Kiah sambil berkata, "I know this is not the man you love but I love you." Terkial-kial Mak Cik Kiah dalam pelukannya. Tertawa atau menangis, Tuhan saja yang tahu.


CnP
Lim hong siang
https://wrlr.blogspot.com/2020/04/ketua-pengarah-yang-lebih-berwibawa.html

ANTARA ARTIS MELAYU DGN KETUA PEMUDA MCA
MOHD ZULAIMI KAZIN

Semasa Pengunguman Kali Pertama Bantuan Perihatin, adalah beberapa artis melayu menyuarakan nasib mereka yg tidak disenaraikan.

Maka riuh rendah netizen melayu mengutuk dan menghina mereka, selepas itu nereka minta maaf dan menjelaskan mereka perjuangkan pd golongan artis yg susah, juga netizen melayu masih ramai tak boleh terima... bila soal duit nih marah sungguh orang melayu.

Semalam, Nicole seorang perempuan muda yg diangkat menjadi Ketua Pemuda MCA menghina YB Dato Hjh Zailah Timbalan Menteri KPWKM sebagai tidak layak jadi Timbalan Menteri. Aduhhhh... kalau kata tak layak jadi Timbalan Perdana Menteri tahan lagi, ini tidak layak jadi Timbalan Menteri memang penghinaan yg cukup dahsyat.

Tapi berapa ramai yg bangkit marah dikalangan netizen melayu? Yang bising dlm medsos adalah kalangan kami yg tak sanggup tgk Kak Lah dihina oleh Cina MCA ini. Memjelamg tengah malam baru keluar kenyataan maaf Nicole maka sahabat2 kami dlm Pas sibuk viralkan permohonan maaf ini. Makin kami keliru dgn keadaan sahabat2 Pas kami, sebenarnya mereka ini sdh berubah jadi pemaaf kpd sesiapa yg hina pemimpin mereka? King maker dah jadi king joker ke?

Artis melayu hanya menuntut hak utk kalangan mereka terus di kutuk dan dicerca oleh netizen melayu TAPI Ketua Pemuda MCA hina seorang Timbalan Menteri Wanita dr Pas mereka senyap.

Akhirnya jadilah melukut di tepi gantang.

https://wrlr.blogspot.com/2020/04/antara-artis-melayu-dgn-ketua-pemuda-mca.html

CUBAAN AZMIN RAIH POPULARITI GAGAL SEGAGALNYA

Susulan pengumuman Muhyiddin Yassin untuk membenarkan beberapa sektor ekonomi tambahan meneruskan operasi ketika tempoh PKP dikuatkuasakan, Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali lewat petang semalam telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan perkara itu.

Dalam kenyataan medianya, beliau mengumumkan beberapa perniagaan yang boleh meneruskan perniagaan seperti kedai cermin mata, dobi, guaman, perkhidmatan penyelidikan serta pembangunan, gunting rambut dan sebagainya.

Begitu pun, dalam semua sektor yang diumumkannya itu, kebenaran kedai gunting rambut meneruskan perniagaan menjadi kecaman yang tidak disangka-sangka.

Meski dalam tempoh PKP yang sudah hampir sebulan lamanya ini ramai yang bersungut mengenai rambut yang semakin panjang serta berserabut, tetapi disedari juga membenarkan kedai gunting rambut berpotensi akan menjadikan wabak Covid-10 kian merebak.

Ini kerana penjarakan sosial tidak mungkin dapat dipatuhi semasa menggunting rambut, selain keadaan kedai yang sempit dan ramai orang akan menyebabkan virus Covid-19 lebih mudah berjangkit.

Lebih-lebih lagi kemudian timbul laporan di AS yang mendapati ada yang meninggal dunia kerana terkena wabak tersebut ketika menggunting rambut.

Lebih daripada itu, beberapa persatuan gunting rambut juga menolak kebenaran yang diumumkan Azmin itu kerana bimbang tukang gunting rambut akhirnya lebih berpotensi menjadi mangsa Covid-19 berikutan terpaksa bersentuhan dengan ramai orang setiap hari.

Kementerian Kesihatan melalui Pengarah Kesihatannya, Noor Hisham Abdullah juga memberi respon menolak keputusan membenarkan kedai gunting rambut dibuka sehinggalah wabak Covid-19 benar-dapat dikawal.

Berikutan itu, khususnya di media sosial, kecaman dan hentaman terhadap Azmin datang bertalu-talu, tidak kira daripada mereka yang pro kerajaan atau pro pembangkang.

Rata-rata mengecam Azmin kerana tidak meneliti dengan mendalam sebelum membuat keputusan membenarkan kedai gunting rambut meneruskan perniagaan, selain ada yang mengatakan beliau cuba meraih populariti rakyat daripadanya.

Menyedari beliau tidak berapa disukai susulan pengkhianatannya sehingga tertubuhnya kerajaan tebuk atap PN ini, Azmin diperkatakan cuba berbuat sesuatu yang menyenangkan hati rakyat dalam tempoh PKP ini.

Tetapi, dengan adanya bantahan daripada Kementerian Kesihatan sendiri, Azmin seterusnya dipertikaikan lagi seolah-olah beliau tidak merujuk kepada kementerian tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkaitan gunting rambut itu.

Ada pula yang membuat andaian, oleh kerana rambutnya sendiri terjaga rapi dan ada “line” di bahagian tepi, keputusan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi itu dikatakan lebih untuk kepentingan dirinya.

Yang nyata, dengan isu gunting rambut ini, nama Azmin terus menjadi kecaman ramai, malah cubaannya untuk mendapat sedikit populariti daripada rakyat ternyata telah gagal.

Malah, kini kedudukannya sebagai Menteri Kanan juga dirasakan tidak lagi sepadan dengannya.

Tetapi, yang anehnya, ada juga budak-budak Azmin cuba tampil membela beliau seolah-olah keputusan membenarkan gunting rambut beroperasi adalah sesuatu yang wajar.

Bekas Exco Pulau Pinang yang kini dilaporkan pegawai khas Azmin, Dr. Afif Bahardin misalnya menulis di laman Twitter kononnya ada kajian yang menunjukkan menggunting rambut mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Malangnya, tweet beliau itu menjadikan kecaman tambah berganda lagi, bukan saja kepada Dr. Afif sendiri tetapi juga kepada Azmin.

Nampaknya usaha untuk menyelamatkan Azmin gagal lagi.

Namanya kini tambah terperosok ke tepi, walhal peranan sebenar beliau dalam tempoh PKP ini adalah mengetuai jawatankuasa bekalan makanan dan bukannya menjaga rambut. 

(ShahbudinHusin 12/04/2020)

https://wrlr.blogspot.com/2020/04/cubaan-azmin-raih-populariti-gagal.html

SIAPA YANG TAK SENSITIF SEBENARNYA

Para penyokong pembangkang dicop x sensitif, sibuk berpolitik semasa krisis Covid-19

*Yg ajak ber Tik Tok time krisis ni menteri kamu

*Yg ajak buat suara Doraemon utk bergurau dengan suami semasa krisis ni smpai 1 dunia gelakkan Msia ni menteri kamu

*Yg buat keputusan tanpa discuss dengan Pengarah Kesihatan smpaikan beliau kena tegur para menteri serta nasihatkan rakyat patuh dengan peraturan awal tu pun Menteri kamu.

Ye kami ni keja nk membangkang je. 

Serba serbi kerajaan PN buat semua x kena. 

Tapi lupa, dulu Menteri Kesihatan era PH x benarkan merokok kt tempat awam, kamu share kartun gelakkan tindakan dia. Pikir balik, dia buat benda x betul ke? Atau sengaja cari isu nk hentam disebabkan perbezaan politik? (xyah nk refer komen bangkang di kalangan perokok tentang isu ni, sahih perokok akan hentam Menteri walau Menteri dtg dari kalangan pemimpin mereka sendiri)

Sama kes kena sediakan kerusi khas utk kanak2 dlm kenderaan. Ye kami paham bukan semua ibu bapa mampu nak sediakan, tambah2 lg yg anak ramai. Sebabtu kemudian ada arahan baru berkenaan perkara ni. Tapi kamu masih menghentam. Masih share kartun2 yg mempersenda Menteri PH ketika itu. Menteri buat benda salah ke?

Nk hentam tu p la hentam. Kerja pembangkang ni mmg kena hentam utk wujudkan check and balance pd kerajaan sediada. Tp jgn la smpai bawak fitnah isu TH itu ini, sedangkan Menteri Agama skang pun puji Menteri Agama dulu berkenaan TH

Nk suh senaraikan lg?

https://wrlr.blogspot.com/2020/04/siapa-yang-tak-sensitif-sebenarnya.html

ANWAR BIDAS PIHAK SENGAJA PUTAR BELIT MAKNA LIBERAL
Anwar bidas pihak sengaja putar belit makna liberal
Anwar bidas pihak sengaja putar belit makna liberal
Oleh: Redzuan RF8 Media April 12, 2020

Gelaran liberal tidak boleh diberikan kepada seseorang tanpa menyelidiki secara menyeluruh perjuangan individu terbabit.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata liberal adalah sedia mendengar pendapat pelbagai pihak dan menjamin kebebasan untuk bersuara.

Anwar berkata, bagaimanapun beliau tidak bersikap liberal dalam soal yang berkait dengan perkara membabitkan Islam.

“Kita ini liberal makna kita sedia mendengar, sedia menolak, sedia tasamuh toleransi dengan padangan, ya. “Tapi bukan liberal sebagai seorang muslim, soal akidah nak liberal macam mana, solat lima kali sehari, saya tak liberal, puasa bulan Ramadan itu saya tak liberal. “Tapi orang bagi pandangan, dia itu dari seorang ateis atau seorang komunis, dia memberi pandangan saya mahu dengar, saya mahu hujah, saya jawab. “Saya tidak hukum dia, saya tidak penjarakan dia kerana pandangan dia,” katanya dalam FB live malam tadi.

Bagaimanapun, kata Anwar beliau tidak pernah menjadi anggota Liberal International atau menyertai persekutuan parti-parti beraliran liberal antarabangsa sebagaimana yang dituduh. Selain itu, menurut Anwar, beliau juga menolak liberal dalam hal meremehkan agama, menolak akidah dan akhlak.

Namun katanya, amat malang bila ada pihak yang merompak sehingga berbilion ringgit dianggap tiada mudarat berbanding liberal hanya kerana mereka konservatif muslim. Jelas Anwar mendengar pandangan kumpulan yang bertentangan dengan keyakinannya seperti LGBT, bukan bererti menyokong atau bersetuju dengan mereka. “Itu kalau dianggap saya liberal kerana saya sanggup mendengar mereka itu, ok.

“Kalau tidak kalau saudara pilih satu sistem kuku besi, ya sistem macam Taliban yang semua tak boleh, semua kena hukum yang wanita pergi sekolah pun tak boleh, itu nasib kita,” katanya.

https://wrlr.blogspot.com/2020/04/anwar-bidas-pihak-sengaja-putar-belit_12.html

PENGARAH KESIHATAN BERANI SANGGAH ..KENAPA..FIKIRKAN
Norshidah Mohd Daud

Pengarah Kesihatan berani sanggah keputusan Menteri dlm kementerian dia sendiri berkenaan isu air suam. X penah lg dlm sejarah usul Menteri ditolak oleh jabatan sendiri

Dlm kes nyahcemar virus Covid-19 yg x ikut SOP pun, beliau sanggah Menteri KPKT

Ni beliau skali lg bersuara berkenaan tindakan Menteri MITI berkenaan PKP Fasa Ke3

Mohon berfikir buat manusia yg berakal & masih menyalahkan PH  x halang kemasukan warga China ke Msia hingga kononnya menyebabkan virus tersebar walau Pengarah Kesihatan sendiri dah sahkan bahawasanya virus Covid-19 ni bukan tersebar melalui pelancong China.

Kenapa Pengarah Kesihatan yg bekerja d era PH & PN ni x sanggah keputusan Menteri pada masa PH yg ambik keputusan utk x menghalang kemasukan pelancong dari China (dalam kawasan tertentu) pada masa tu?

Malah beliau akui kesiapsiagaan untuk menghadapi Covid-19 ni dah dimulakan sejak Disember 2019 & pendapat beliau disebabkan itu la Msia dipuji dunia dlm menangani wabak ni. Boleh rujuk post yg aku penah share dulu, ucapan dari beliau sendiri

Mase Menteri PH dok bertungkus lumus kekang penularan wabak, pemimpin yg jd Menteri skang ni sibuk meeting di Sheyton Hotel utk ambil alih kerajaan tanpa melalui pilihanraya. Sudahnya kamu pertikaikan kami berpolitik time krisis?

Come on...
https://wrlr.blogspot.com/2020/04/pengarah-kesihatan-berani-sanggah.html

PEMUJA DAP
AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 1 minute ago
"Dia PEMUJA DAP." Itu kenyataan yg diulang ulang dlm tulisannya. Utk memperkuatkan hujahnya dilampirkan gambar Dr Musa dg Dr Dzul. Seolah olah terbuktilah sudah tuduhan itu. Itukah level seorg yg digelar ahli akademik yg saban hari membuat rujukkan, kajian, mengumpul sampel data (data sekundar dan data primer) seterusnya membuat analisa dan penemuan ilmiah utk dijadikan bahan rujukkan para pelajarnya? Saya bukan pembela DAP, juga bukan pentaksub mana mana parti politik atau fahaman politik. Hanya melihat sesuatu isu itu disudut kebenaran. Kerana Islam menuntut bercakap BENAR bukan ...

FESYEN LONGKANG?
AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 2 minutes ago
Hamsina Hamzah Hasil kajian yang dikeluarkan geng *KITOL BARBER SHOP* mendapat gaya rambut longkang mampu menghilangkan tekanan dan darah tinggi sepanjang tempoh PKP. #Pembaris

Selepas perketat PKP, kerajaan ‘tebuk atap’ tidak tahu buat apa
kerengga, KERENGGA - 18 minutes ago
SITI NUR ZAWANI MISCON Khalid bersama Malaysia Dateline dalam aplikasi Zoom. Kerajaan ‘tebuk atap’ diketuai Muhyiddin seolah-olah tiada strategi untuk mencari kaedah terbaik bagi melonggarkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas terus memperketatkannya sehingga 28 April depan. Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abdul Samad berkata, keputusan kerajaan yang mengumumkan

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)


Tiada ulasan: