Jumaat, 10 April 2020

Sejak 1453 dan selama hampir 500 tahun Aya Sophia menjadi Masjid Utama di Istanbul. 1935 telah diubah sebagai muzium. 10158


Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di Istana Kampong Gelam, Singapura



"Gambar rare Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ketiga pada awal 1948, di Istana Kampong Glam, Singapura. Barisan ini adalah di antara pejuang-pejuang yang terkenal penggerak jiwa rakyat dengan semangat kemerdekaan tanahair. Di antara pejuang-pejuang ini ada yang telah gugur dan di antaranya pula sekarang ini menjadi tulang belakang beberapa pertubuhan kebangsaan, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri, dan pejuang-pejunag kemerdekaan luar tanahair."
Dari sebuah buku keluaran khas sempena Hari Merdeka bertajuk ‘Album Malaya Merdeka 31 Ogos 1957’, terbitan Qalam pada tahun 1957.

Sumber:
Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di Istana Kampong Gelam, Singapura - Kriss Merah




Asas 50 : Pejuangan getir memartabatkan kesusasteraan Melayu

ASAS 50 & MASYARAKAT
Oleh Abdullah Hussein

Angkatan Sasterawan 50 telah didirikan pada tangal 6 Ogos 1950 di Singapura, dan inilah persatuan bahasa dan sastera yang mula-mula sekali didirikan di Singapura sesudah Perang Dunia Kedua. Persatuan ini mempunyai anggota-anggota pengurus yang tidak saja memiliki kebolehan dalam lapangan bahasa dan sastera, tetapi juga mempunyai cita-cita kebangsaan dan kemanusian dengan faham-faham politiknya.

Kebanyakan anggota-anggota pengurusnya itu adalah bekas anggota badan-badan politik kebangsaan ataupun yang bersimpati dengan gerakan-gerakan  politik kebangsaan yang progresif yang memperjuangkan kemerdekaan, kemakmuran dan keamanan. Dengan persatuan ini mereka berharap akan dapat mempersatukan pendirian dan cita-cita para penulis muda dan bekerja untuk memupuk bahasa dan kesusasteraan Melayu yang membawa semangat baru.

Asas 50 ini mempunyai tempat yang penting dalam sejarah perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu baru kerana sejak mula didirikan ia telah bergerak bersama-sama dengan kerabat-kerabat Kongres serta seluruh masyarakat umumnya dengan sikap yang tegas bahwa bahasa dan kesusasteraan Melayu adalah alat untuk perpaduan kebangsaan dan mereka tidak saja nerusaha membina bahasa dan kesusasteraan Melayu dengan semboyan "Seni untuk Masyarakat" tetapi
juga cergas mencari dan memperluas pembaruan dalam lapangan tersebut, dengan keyakinan bahwa bahasa dan kesusasteraan itu alat dalam perjuangan menuju kemerdekaan, keadilan, kemakmuran, keamanan dan perdamaian.

Tiap-tiap perkara yang menyentuh masalah bahasa dan kesusasteraan Melayu menjadi perhatian yang sungguh-sungguh dari Asas 50. Pendirian dan tindakan yang tegas dalam perkara-perkara ini dapat dibaca di dalam memorandum memorandumnya kepada Suruhanjaya Perlembagaan Rendell, mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu, mengenai Penyata Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu 1956, mengenai Rang Undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka dan memorandum kepada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga mengenai Balai Pustaka, mengenai Penyatuan Bahasa Melayu Malaya dan Indonesia, mengenai Perkembangan Bahasa Melayu sekarang dan akan datang dan mengenai Peranan Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah; juga di dalam kertas-kertas kerja yang ditulis oleh anggota-anggotanya mengenai ejaan, bunyi-bahasa, puisi, prosa, Bahasa Melayu sehari-hari di kalangan kaum buruh dan Bahasa Melayu di dalam filem.

Sumber: Majalah Nadi Insan, Bilangan 16, Ogos 1980
Sumber:
Asas 50 : Pejuangan getir memartabatkan kesusasteraan Melayu - Kriss Merah






Nurul Jannah graduan Melayu mengharumkan nama Malaysia di Rutgers University

KUALA LUMPUR 31 Mei – Bukan setakat cantik bak Puteri Gunung Ledang, malah bijak seperti Hang Nadim. Itu gambaran yang boleh diberikan kepada Nurul Jannah Zamberi, 23, yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan eWarta Mara yang memetik Mara Washington, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menerima pengiktirafan tertinggi dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors selepas memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.95.
“Nurul Jannah memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan sebagai Samuel Welkowitz Award.

“Beliau juga berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar ‘Matthe Leydt Society’ dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang lagi anak tempatan, Maryam Balqis berjaya mengharumkan nama negara di Arizona State Universiti, AS selepas memperoleh CGPA 4.00. - UTUSAN ONLINE

Sumber:
Nurul Jannah graduan Melayu mengharumkan nama Malaysia di Rutgers University - Kriss Merah

Wartawan dedah coronavirus tiba-tiba "hilang"


 9.2.20
BEIJING - Seorang wartawan di China yang bertindak berani mendedahkan situasi sebenar bandar Wuhan sebagai pusat epidemik koronavirus ...

VIDEO Seruan Jihad Ulama Muslim Uighur kepada umat Islam menentang kekejaman China


 21.12.19
Ketinggian tembok penjara yang dibina China tidak dapat lagi menyembunyikan kekejaman mereka "menyembelih" umat Islam Uighur...

Nepal bercadang Bahasa Melayu diajar di sekolah


 23.11.19
KUALA LUMPUR, 25 Rabiulawal 1441H, Jumaat  – Nepal bercadang memperkenalkan Bahasa Melayu (BM) sebagai mata pelajaran elektif di sekolahny...

Perampasan tapak Masjid Babri, tangisan umat Islam atas pencabulannya


 17.11.19
Masjid Babri: Menangisi Hilangnya Satu Mercu Tanda Umat Perobohan Masjid Babri di India pada tahun 1992 adalah di antara peristiwa se...

Ismael Haniyyeh : empat kali Israel bom pejabat saya


 29.3.19
GAZA  – “Ini kali ke empat pejabat saya musnah dibedil rejim Zionis.” Demikian kata Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Pales...

Puluhan pelajar Palestin syahid pada 2018, ratusan dipenjara oleh Israel


 20.3.19
RAMALLAH, 13 Rejab 1440H, Rabu  – Menteri Pendidikan Palestin, Sabri Saidam mendedahkan sekurang-kurangnya 299 pelajar sekolah berada da...

Sami Buddha bantah kepulangan Muslim Rohingya


 25.11.18
SITTWE: Penunjuk perasaan di negeri Rakhine mengadakan bantahan hari ini menentang penghantaran pulang semula penduduk Islam Rohingya dari B...



Setelah 85 tahun, azan kembali bergema di Aya Sophia


ISTANBUL – Muazzin di Aya Sophia mengumandangkan azan Subuh dari dalam mercu tanda Istanbul abad ke-6 tersebut untuk pertama kalinya setelah 85 tahun.
Azan Subuh yang berkumandang dari dalam Aya Sophia, mungkin akan menimbulkan kembali kontroversi kerana status bangunan yang telah diubah sebagai muzium pada tahun 1935 oleh Mustafa Kamal, Presiden Republik pertama Turki.
Meskipun Azan telah berkumandang dari menara Aya Sophia selama empat tahun terakhir, muazzin hanya melakukannya dari ruang solat di lapangan luar muzium bukannya dari dalam bekas masjid tersebut.

Selama hampir 500 tahun Aya Sophia menjadi masjid utama di Istanbul pada 1453 selepas ia diubahsuai daripada gereja besar Kristian Ortodoks ketika pembukaan Konstantinopal.

Moga Islam kembali subur di bumi Anatolia

Sumber:
Setelah 85 tahun, azan kembali bergema di Aya Sophia - Kriss Merah

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

Tiada ulasan: