Memaparkan catatan dengan label Al Quran - MengEsakan Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al Quran - MengEsakan Allah. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Januari 2020

Surah Al Kafirun. 9520.


Inilah Surah Yang Sangat Ditakuti Oleh Iblis. Bacalah Setiap Malam.
January 2, 2020  Islamik
Surah Al-Kafirun turun saat kaum kafir laknatullah berusaha mempengaruhi Nabi ﷺ dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah dan akan dikahwinkan dengan sesiapa yang beliau kehendaki.

Syaratnya Nabi Muhammad ﷺ harus menyembah berhala yang menjadi Tuhan mereka dalam kurun waktu satu tahun. Nabi Allah menolak usul kaum kafir untuk penyatuan ajaran agama dalam rangka mencapai kompromi.
Al-Kafirun juga memiliki keutamaan dan manfaat jika diamalkan sehari-hari. Beberapa keutamaan surah ini adalah adalah sebagai berikut:

1. Surah yang Sangat Ditakuti Iblis laknatullah. 

Surah Al-Kafirun juga memiliki keutamaan lain yakni menjadi surah yang ditakuti iblis. Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, menurutnya tiada surah yang sangat ditakuti Iblis kecuali surah ini.

“Tidak ada dalam Al-Qur’an yang lebih menakutkan bagi Iblis daripada Qul ya ayyuhAl-Kafirun, sebab ia adalah tauhid dan pembebas dari kemusyrikan.”

2. Pahala Membaca Surahnya Adalah Sama Dengan Seperempat Al-Qur’an. 

Ternyata membaca surah Al-Kafirun sama dengan membaca seperempat dari Al-Qur’an. Hal ini disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Annas “Qul Ya ayyuhAl-Kafirun senilai dengan seperempat Al-Qur’an.” Hadis ini dianggap hasan oleh al-Albani dalam kitab silsilah ahadits sahihah.

Hal ini disebabkan kerana Al-Kafirun berisi keterlepasan dari syirik (tauhid atau kalimat syahadat yang pertama). Kerana itu surah ini memiliki kandungan yang setara dengan seperempat Al-Qur’an.

3. Membacanya Sangat Dianjurkan Dalam Solat-Solat Malam.

Hal ini diriwayatkan oleh Al Wailli dari hadist Jabir bin Abdullah: “Seorang laki-laki berdiri lalu shalat fajar dua rakaat. Ia membaca di rakaat pertama Qul ya AyyuhAl-Kafirun (katakan hai orang-orang kafir) hingga akhir surah. Lalu Nabi ﷺ bersabda:

“Ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya. Kemudian ia membaca pada rakaat kedua Qul Huwallahu ahad (Katakanlah Dia adalah Allah yang maha Esa sampai akhir surat. Lalu Nabi Saw bersabda : Ini adalah hamba yang mengenal Tuhannya. Thalhah berkata : Maka aku suka membaca dua surah ini dalam dua rakaat ini.”

4. Keutamaan Bila Dibaca Menjelang Tidur Dapat Membebaskan Kemusyrikan. 

Hal ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Farwah bin Naufal: dari ayahnya bahawa Nabi ﷺ bersabda: Bacalah Qul ya ayyuhAl-Kafirun kemudian tidurlah di akhirnya, sesungguhnya ayat tersebut membebaskan dari kemusyrikan.”

Bila dibaca dengan Qul huwallahu Ahad akan memperteguh keimanan dan membebaskan kemunafikan. Hal ini disampaikan oleh Al Asymu’i berkata : Dikatakan Qul ya AyyuhAl-Kafirun dan Qulhuwallahu Ahad, keduanya membebaskan dari kemunafikan.

Wallahu a’lam.

Demikian artikel tentang keutamaan dan manfaat dan surah Al-Kafirun. Semoga kita senantiasa membaca dan meresapi setiap ayat-ayat Allah SWT yang memiliki manfaat dan keutamaan masing-masing.

Sumber: 
Fauzi Ali.


Jumaat, 10 Januari 2020

Surah Al-Insyirah. 9509.


Islam Itu Indah
Sesungguhnya Agama Islam itu Mudah dan Sederhana
Subhanallah! Inilah Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Insyirah Dalam Kehidupan Harian
 

Terjemahan Surah Al-Insyirah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)

Keterangan Surah al Insyirah

Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan tenteram jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah kepadanya. Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah, iaitu namanya mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad. Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad.

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, jika ditimpa musibah, ia teringat akan firman Allah ini, iaitu, “Di samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.



Dan kepada Allah, berharaplah!

Kelebihan Surah Al Insyirah

1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.

6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.



8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.

Kelebihan membaca surah al Insyirah ketika susah:

Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:

1. Sembahyang sunat dua rakaat.

2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)

3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.

a) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

b) Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.

c) Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.

–Insya Allah, semoga perkongsian ilmu yang sedikit di atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua.

Wallahualam

Sumber:
darahatiku.blogspot.my
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.
http://www.islamituindah.us/subhanallah-inilah-kelebihan-mengamalkan-surah-al-insyirah-dalam-kehidupan-harian/?

















Ahad, 5 Januari 2020

Surah Ad-Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita? 9485.


Bagaimana Surah Ad-Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita?.. Jom Amalkan Ad-Dhuha Bermula Hari Ini.. In Syaa Allah

Imej mungkin mengandungi: teks

Kebanyakan daripada kita tahu dan hafal Surah Ad-Dhuha dan makna yang disampaikan agak mudah untuk difahami apabila berulang kali membacanya. Namun, adakah kita pernah sedar bahawa surah Ad-Dhuha sebenarnya telah memberi pendedahan berupa pengajaran dan kesannya dalam kehidupan seharian kita?

Surah ini telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad ﷺ ketika Baginda
 ﷺ tidak mendapat apa-apa wahyu langsung selama enam bulan (tidak termasuk mimpi). Ketika itu, fikiran Baginda ﷺ berasa sangat terganggu dan tertekan sehingga Baginda ﷺ mempercayai bahawa Allah Taala telah menyisihkannya dan tidak mahu lagi Baginda ﷺ menjadi seorang Nabi.


Tidakkah dalam hidup kita juga merasai perasaan yang sama? Ketika kita merasakan tahap iman kita goyah, tiada lagi khusyuk dalam menunaikan solat dan tahap hubungan kita dengan Allah menurun?

Pada masa yang sama, kita juga merasakan setiap doa yang dipohon tidak akan dimakbulkan oleh Allah, segala solat yang dikerjakan terasa hanya sia-sia dan tidak mendatangkan kesan yang positif dalam diri. Anggapan yang lebih dahsyat sebagai seorang manusia biasa bahawa Allah tidak lagi peduli apatah lagi untuk mengasihi kita.

Disebabkan perkara-perkara itu, surah Ad-Dhuha telah diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad ﷺ untuk menyingkirkan segala sifat mazmumah dan sebaliknya menerapkan kepada diri Baginda
 ﷺ tentang keamanan, sifat mahmudah dan yang paling penting tentang jaminan Allah tidak akan meninggalkan Baginda ﷺ dalam apa jua keadaan sekalipun.


Dari situ juga, dengan keadaan kita sebagai manusia biasa yang sering dilanda kesusahan, depresi, dan hilang tempat pergantungan, Allah akan memberi jalan untuk kita percaya pada pergantungan Allah di samping hidup dengan tenang dan aman.

Jadi, apa yang dikatakan dalam surah tersebut? Kita perhatikan pada setiap ayat satu persatu.

#1 – (وَالضُّحَىٰ ) – “Demi waktu Dhuha” (ketika matahari naik setinggi galah)

Perkara ini lah perkara pertama yang perlu kita dengar apabila kita mengalami tekanan – Bangun dan lihatlah cahaya matahari! Ingin diingatkan bahawa tiada keazaban dan kesuraman berlaku dalam hidup kita. Hanya perlu untuk bangun dan lihat cahaya sekitar kita.

#2 – ( وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى) – “Dan demi malam untuk menaungi kegelapan.”

Kenapa tiba-tiba pada ayat kedua, dinyatakan tentang kegelapan? Ia adalah bertujuan untuk memesan kepada kita bahawa malam dijadikan oleh Allah Taala untuk memberikan kita rehat dengan selesa.

Kebiasaannya, apabila kita dirundung dengan tekanan atau depresi, secara automatik, corak tidur kita akan mengalami perubahan seperti tersedar sepanjang malam atau tidur sepanjang hari.

Perkara seperti itu sebenarnya akan memberi kesan yang negatif kepada minda kita. Oleh hal yang demikian, ayat kedua dalam Surah Ad-Dhuha ini memberi peringatan bahawa Allah menjadikan malam untuk manusia dapat menenteramkan minda dan jiwa dari mengalami tekanan.


#3 – (مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ) – “Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu

Ayat ketiga ini sungguh menakjubkan! Secara terangan Allah Taala telah memberi peringatan bahawa Dia tidak akan pernah melupakan, meninggalkan apatah lagi untuk membenci kita sebagai manusia yang lemah. Dia sentiasa ada untuk manusia yang beriman kepadaNya.

#4 – (وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ) – “Sesungguhnya, Akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia”

Apabila kita mengalami stress dalam hidup, pasti banyak kali kita berfikir: Adakah pengakhiran hidupku ditakdirkan begini? Adakah tiada langsung perubahan yang baik dalam hidupku?

Apabila kita mempersoalkan tentang takdir hidup kita, ayat keempat dalam Surah Ad-Dhuha telah memberi jawapan yang terbaik.

Apabila kita mengalami kesedihan hingga menyebabkan depresi tentang hidup, Allah Taala telah menjelaskan dalam ayat empat tersebut iaitu kehidupan di dunia hanyalah sementara dan tiada kehidupan yang lebih baik untuk ditandingi melainkan kehidupan di Akhirat yang kekal abadi.

Apabila kita percaya bahawa Akhirat itu wujud dan merupakan tempat tinggal yang kekal, ia akan membantu kita untuk optimis pandang ke hadapan mengejar Jannah.

Seiring dengan perkara itu, ia juga membantu kita untuk percaya bahawa segala masalah, ujian dan cubaan yang dialami di dunia hanyalah sementara dan ketentuan Allah Taala buat kita sebagai hambaNya. Jika kita berjaya hadapi ujian itu dengan penuh keimanan, Syurgalah tempat yang terbaik untuk kita.

#5 – (وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ) – “Dan sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu (limpah kurniaNya) dan engkau tetap berpuas hati”

Ini merupakan janji Allah Taala kepada kita sebagai umat manusia bahawa Jannah merupakan ‘hadiah’ yang teragung jika kita melaksanakan perintahNya. Pastinya Allah akan membalas segala amalan kebaikan yang kita buat dengan membuatkan kita semua berasa gembira! Subhanallah!
Oleh itu, adakah perkara itu perkara yang terbaik untuk didengar setelah kamu dilanda kemurungan dan berasa tertekan dengan masalah yang dihadapi?

#6 – (أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ) – “Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu”

Melalui ayat keenam ini, Allah Taala telah memberi alasan untuk kita percaya akan janjiNya yang telah dijelaskan pada separuh pertama ayat Ad-Dhuha ini. Apabila ayat keenam ini disuarakan, pasti ramai antara kita berfikir: Bagaimana ayat yang menjurus tentang anak yatim berkaitan dengan kita?

Cuba renungkan. Berapa banyak kali dalam hidup anda ketika ditimpa kesakitan atau berasa kesunyian, anda merasakan tiada sesiapa yang peduli tentang anda? Siapa pula yang satu-satunya ada untuk anda pada ketika itu? Jawapannya Allah! Dia yang sentiasa menjaga anda dan membimbing anda mengubah kehidupan dari kemungkaran ke arah kebaikan.

#7 – (وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ)– “Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang tiada pedoman lalu Dia memberi hidayah kepadamu”
Berapa ramai daripada kita telah menyimpang ke arah kesesatan dari Islam yang sebenar lalu telah menemui dirinya kembali? Walaupun hakikatnya kita dilahirkan sebagai seorang Muslim?
Sesungguhnya, pada ketika itu Allah jua lah yang telah memberi nur dan hidayah lalu membawa kita kembali ke jalan yang lurus lalu tunduk kepadaNya. Di samping itu, secara tidak langsung telah mempraktikkan kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah!

#8 – (وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ)– “Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang miskin, lalu Dia memberikan kekayaan”

Dalam kehidupan seharian, mungkin kebanyakan daripada kita pernah melalui tempoh kekurangan wang dan harta. Kini, apabila kita imbas kembali, barulah kita sedar bahawa dalam kesukaran kewangan yang ditakdirkan untuk kita hadapi, hanya Allah yang memberi rezeki kepada kita dalam apa jua bentuk.

Jadi, apabila seseorang berada dalam tekanan, berinya contoh tentang bagaimana Allah Taala boleh membantunya menjadi lebih kental dalam mengharungi setiap dugaan yang datang dan percayalah janji Allah itu pasti.

#9 – (فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ) – “Maka terhadap anak-anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya”

Ayat ini menunjukkan penawar terbaik kepada masalah tekanan!
Kebanyakan orang yang mengalami tekanan hidup, mereka merasakan hidup mereka tiada lagi gunanya dan merasakan juga tiada siapa yang lebih teruk berbanding hidupnya.

Ayat ini mengingatkan kita jika kita berasa tertekan dan hilang harapan untuk hidup, lihatlah kehidupan orang yang jauh lebih susah dari kita. Cuba lihat anak-anak yatim. Mereka tiada sesiapa apatah lagi insan-insan yang menyayangi dan menjaga mereka. Dibandingkan dengan kita yang ada keluarga, tempat tinggal dan makanan disediakan di atas meja, masih menganggap kehidupan kita tidak baik? Subhanallah!

#10 – (وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ) – “Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya”

Satu lagi contoh ialah pengemis – Ia adalah satu pengajaran dan peringatan kepada kita tentang Allah Taala telah banyak menurunkan rezeki berupa kebendaan kepada kita – makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Berapa ramai antara kita yang pernah tidur dalam kelaparan? Berapa ramai antara kita yang tiada pakaian untuk menutup tubuh? Berapa ramai lagi antara kita yang tiada rumah untuk dituju?
Contoh-contoh yang melibatkan anak-anak yatim dan pengemis ini adalah untuk mengajar kita supaya sentiasa bersyukur dengan keberkatan yang Allah Taala telah berikan kepada kita tanpa Dia meminta kembali.

Syukur ini juga sebenarnya satu cara untuk kita mengatasi masalah kemurungan yang melanda dalam diri kita. Dengan rasa syukur, hubungan kita dengan Allah kembali terjalin.

#11 – (وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ)– “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur”
Ayat terakhir ini adalah mengenai cara untuk mengekalkan iman dan ikatan dengan Allah Taala iaitu melalui pemikiran, kemuliaan dan percakapan tentang keberkatan Allah!

Baik dari segi halaqah, perbincangan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan atau pun melalui dakwah. Selain daripada itu, untuk sentiasa dekatkan hati dengan Allah Taala, haruslah memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan menghadiri kuliah-kuliah agama lalu menghayatinya.

Jadi, seandainya suatu masa nanti anda merasakan iman anda goyah, dirundung kekecewaan dan kemurungan hingga terputusnya hubungan dengan Allah Taala, bacalah Surah Ad-Dhuha dan hayati seluruh maknanya. InshaAllah, ia akan memulihkan kepercayaan anda sekali gus meningkatkan keyakinan anda terhadap hebatnya kekuasaan Allah Taala.

Sumber: 
https://duniakorban.com/bagaimana-surah-ad-dhuha-boleh.../?


Doa. 9482.


Tiada penerangan foto disediakan.

Sabtu, 4 Januari 2020

Ampunan Allah untuk manusia makhluk Nya dan hamba Nya yang bersifat baharu. 9480.


Surah Nuh, Ayat: 28

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!.”

Ampunan Allah untuk manusia makhluk Nya dan hamba Nya yang bersifat baharu. 9480.