Memaparkan catatan dengan label Sultan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sultan. Papar semua catatan

Khamis, 19 Disember 2019

Dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 diperuntukkan dengan jelas Sultan adalah ketua agama bagi negeri Johor Darul Takzim. 9431.




Sultan Johor: Mufti, jangan jaga tepi kain orang lain
Khamis, 25 Feb 2016 09:28 AM MYT
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah peranan mufti adalah untuk mengeluarkan fatwa dan menjelaskan hukum Islam hanya untuk negeri berkenaan sahaja. — Foto ehsan Facebook/Sultan Ibrahim

MUAR, 25 Feb — Penceramah luar yang ingin berceramah di Johor perlu mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terlebih dahulu sebelum mengadakan ceramah agama di negeri berkenaan. 

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah walaupun penceramah tersebut bagus kerana pandai berhujah dan sering berceramah di televisyen, namun apabila dia tidak diberi tauliah, pasti ada yang tidak kena dengan pengajarannya.

"Cermin dahulu muka sendiri sebelum nasihat kepada orang lain. Kita akan mengawal mana-mana orang daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah kerana ajaran sesat dan ceramah berbaur politik yang menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain akan hanya mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan rakyat," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-60 di Dataran Tanjung Emas, di sini malam tadi.

"Dalam Perlembagaan Persekutuan, jelas memperuntukkan agama Islam di bawah bidang kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing. Dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 diperuntukkan dengan jelas Sultan adalah ketua agama bagi negeri Johor Darul Takzim.

"Tapi sejak kebelakangan ini, ada pihak yang suka mencampuri kuasa agama di negeri-negeri sedangkan mereka hanya mempunyai bidang kuasa di negeri masing-masing," titah baginda.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sultan Ibrahim bertitah amalan yang sekian lama diamalkan di Johor seperti Maulidur Rasul, bacaan doa awal dan akhir tahun, nisfu syaaban, bacaan Yasin dan tahlil pada malam Jumaat, membaca doa qunut dalam sembahyang subuh, membaca talkin dan sebagainya juga dipertikaikan dan dituduh sebagai bidaah yang membawa kepada balasan neraka di hari kiamat kelak.

"Saya ingin mengingatkan pihak tertentu yang mempunyai pandangan berbeza supaya tidak mencampuri urusan agama di Johor kerana perbuatan itu akan menjadikan umat Islam keliru dan berpecah belah. Umat Islam di Johor tetap dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Semua negeri mempunyai majlis agama masing-masing yang ada kuasa dan tanggungjawab untuk mengawal selia serta memastikan perjalanan hal ehwal agama Islam di negeri masing-masing supaya berjalan dengan baik, teratur dan harmoni.

"Tidak perlulah orang luar campur tangan dan sibuk memberi ulasan seakan menunjuk pandai sangat.

"Peranan seorang mufti dalam sesebuah negeri adalah untuk mengeluarkan fatwa dan menjelaskan mengenai hukum Islam hanya untuk negeri berkenaan.

"Duduklah diam-diam di negeri sendiri dan jangan jaga tepi kain orang lain," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah al-Quran hendaklah ditafsirkan oleh mereka yang pakar dan mahir dalam bidang tafsir kitab suci itu bagi mengelakkan ia disalah tafsir sewenangnya.

"Kita mestilah belajar dengan guru agama atau alim ulama yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama yang sudah menyiasat latar belakang guru dan penceramah yang betul berdasarkan tauliah yang diberikan.

"Untuk mendalami al-Quran dan ajaran Islam, kita tidak boleh hanya merujuk kepada Google, YouTube dan Facebook semata-mata atau menerima bulat-bulat maklumat yang disebarkan di media sosial.

"Memang benar urusan dakwah itu boleh dilakukan sesiapa sahaja, tetapi di Johor ini, kita ada undang-undang untuk mengawal pendakwah yang boleh mengelirukan dan tidak sehaluan dengan cara kita," titah baginda.

Sementara itu, baginda turut menegur Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah yang mempertikaikan keputusan baginda mengharamkan penjualan vape di Johor.

"Kepada pihak yang ingin mencabar keputusan saya iaitu Presiden IKHLAS yang katanya mengumpul satu juta nama dan tanda tangan, mana dia nama yang sudah dikumpul?

"Satu nama pun saya tak nampak lagi. Ingatlah, jangan letak otak di lutut sampai sanggup membahayakan kesihatan orang lain hanya untuk mengaut keuntungan wang ringgit.

"Sebelum keputusan itu dibuat, saya sudah mendengar pandangan pakar yang berkaitan dan ternyata penggunaan vape lebih banyak mudarat kepada manusia antaranya," katanya. — Bernama

Link:
https://www.projekmm.com/news/berita/2016/02/25/sultan-johor-mufti-jangan-jaga-tepi-kain-orang-lain/1067603


.......

Institusi Bendahara -Permata Melayu Yang Hilang. 9430




Temengong Ibrahim singkir Sultan Johor Lama?

7 months ago
Judul buku:  Institusi Bendahara -Permata Melayu Yang Hilang
Penyusun:  Tun Suzana Tun Haji Othman
Penerbit: Pustaka BSM Enterprise
Tahun: 2002

Buku Institusi Bendahara – Permata Melayu Yang Hilang mendedahkan  taktik licik Temengong  Ibrahim dari keturunan Bugis  pada abad ke 18 Masihi menyingkirkan waris kesultanan Melayu, Tengku Ali yang menjadi Sultan Johor Lama.  Walaupun Tengku Ali dilantik oleh kaum kerabat sebagai Sultan Johor Lama tetapi British tidak mengiktirafkan Tengku Ali.

Sepuluh tahun sebelumnya,  iaitu pada 1825 Masihi  Temengong Abdul Rahman meninggal dunia di Telok Belanga, Singapura digantikan dengan Temengong Ibrahim. 

Pelantikan Temengong Ibrahim tidak dipersetujui oleh Bendahara Tun Ali kerana tindakan ayahnya menggadai Singapura kepada British.  

Temengong Ibrahim  kemudiannya bercita-cita menjadi  Sultan Johor Lama kerana kedudukan ayahnya setara dengan Sultan Johor Lama daripada kacamata British.

Pelantikan Temengong Ibrahim tidak dipersetujui oleh Bendahara Tun Ali kerana tindakan ayahnya menggadai Singapura kepada British.  

Temengong Ibrahim  kemudiannya bercita-cita menjadi  Sultan Johor Lama kerana kedudukan ayahnya setara dengan Sultan Johor Lama daripada kacamata British.

Temengong Ibrahim

Dengan bantuan British  Temengong Ibrahim berjaya meruntuhkan institusi Bendahara, satu-satunya kuasa adat tertinggi menentukan pewaris Sultan Johor Lama yang sebenar.  
Tengku Ali diisytiharkan sebagai Sultan Johor ke-19 pada 16 September 1840, dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussain Muazzam

hah.  Bagaimanapun  perlantikan baginda tidak diiktiraf  oleh British. Jawatan Sultan Johor  itu hanya diiktiraf oleh pedagang dan beberapa pembesar Melayu.

Tengku Ali tidak berperanan dalam pentadbiran negeri kerana sebahagian besar terletak di bawah bidang kuasa Temenggung Ibrahim dan British. Kuasa Sultan Johor Lama menjadi kecil berbanding Temengong Ibrahim.

Penyingkiran Tengku Ali secara terhormat sebagai Sultan Johor Lama merupakan satu tragedi besar lagi penting yang mengubah lanskap sejarah kesultanan Johor Lama – daripada galur Melayu kepada galur Bugis oleh Temengong Ibrahim. Mengikut adat kesultanan Melayu dan institusi Bendahara, Temengong Ibrahim bukan Sultan Johor Lama yang sah.

Kalau institusi Bendahara tidak dilumpuh dan diruntuhkan, Temengong yang di luar galur kesultanan Melayu galur Iskandar Zulkarnain hingga Demang Lebar Daun tidak mungkin ditabal menjadi Sultan Johor Lama. Maka langkah pertama ialah melumpuhkan institusi Bendahara pada 1722 Masihi.

Berakhirnya institusi Bendahara membuka ruang kepada pembesar Bugis dan British sesuka hati menabal galur Temengong sebagai Sultan Johor Lama.  Johor Lama bermaksud tanah besar Johor, Pahang, Singapura dan pulau-pulau yang terletak di sebelah selatan Singapura termasuk Riau dan Lingga.  Disebabkan tidak tahan dengan tekanan oleh British dan Temengong Ibrahim, pada 10 Mac 1855 Masihi Tengku Ali menandatangani perjanjian menyerahkan takhta Johor Lama kepada Temengong Ibrahim.

Ketika institusi Bendahara menjadi tunggak institusi kesultanan Melayu, ia memastikan peralihan kuasa mengikut adat Melayu dan syariat Islam serta membendung percaturan politik dalam kalangan pewaris-pewaris Sultan.  Bagaimanapun kelestarian institusi Bendahara berakhir apabila Temengong  Ibrahim berketurunan Bugis berkongsi kuasa  dan akhirnya membayangi  institusi kesultanan Melayu.
Tengku Ali

Bendahara  berperanan dalam menabal Duli Yang Dipertuan yakni Sultan mengikut  adat tradisi Melayu dan hukum syarak (dengan bimbingan ulama) kemudian menjadi penasihat baginda, menyelenggara jenazah baginda, mengganti  baginda selepas kemangkatan, memangkuriba Sultan yang masih kecil sebagai Pemangku Sultan dan menjadi ketua bagi pembesar tradisi Melayu seperti Temengong, Laksamana, Penghulu Bendahari dan sebagainya.

Mengikut adat kesultanan Melayu,  Temengong yang merupakan jawatan kurniaan tidak mungkin ditabal menjadi Sultan. Ini kerana Sultan merupakan jawatan yang diwariskan oleh galur keturunan. Temengong boleh dilantik atau dipecat mengikut budi bicara institusi Bendahara. Hanya Bendahara sahaja yang merupakan jawatan warisan dari keturunannya sementara Temengong, Laksamana, Penghulu Bendahari dan Orang Kaya-Kaya merupakan jawatan kurnia. 

Temengong juga bukan daripada galur keturunan kesultanan Melayu  Iskandar Zulkarnain yang turun kepada Demang Lebar Daun. Kedudukan Temengong dalam kesultanan Johor Lama  sangat rendah berbanding  Sultan.  Temengong juga jauh lebih rendah berbanding Bendahara. Ini kerana Temengong hanya  membantu Bendahara.  Selain Temengong,  lain-lain yang turut membantu Bendahara ialah Laksamana, Penghulu Bendahari, Orang Kaya-Kaya serta beberapa lapis lagi.

Sejarah Johor Lama memang telah banyak dibukukan. Bagaimanapun sebahagian besarnya  condong kepada  kepentingan keturunan Bugis  serta berdasarkan orientalis Barat.   Bagaimanapun buku ini ini melihat  dan mengangkat secara terang  tentang persejarahan Johor Lama  yang dibenamkan demi kepentingan pihak tertentu.

Sejarah mesti berlaku jujur kepada manusia yang terlibat dan peristiwa yang berlaku. Maka buku Institusi Bendahara –  Permata Melayu Yang Hilang adalah sebuah kebenaran sejarah.  Sepahit manapun kebenaran ia tetap sejarah  yang benar kepada generasi selepas mereka.

Wibawa Tun Suzana sebagai seorang ahli sejarah yang disegani menjadikan buku ini sebuah pendedahan sejarah yang sangat berharga mengenai kerajaan Johor Lama. 

Buku ini adalah satu pencerahan terhadap sejarah yang dibenamkan sekian lama. Difahamkan buku ini menjadi buruan orang ramai khususnya yang ingin tahu sejarah sebenar kesultanan negeri Johor. Oleh hal yang demikian, membaca buku ini telah memberikan kesedaran lagi sangat menginsafkan. Johor Lama kehilangan pewaris Sultan yang sah. – KU SEMAN

Yang ini juga kena baca dan share. Siapa Johan Jaaffar yang nak beri pesan kepada wartawan.


Link: