Selasa, 5 Februari 2013

043. Pilihanraya Umum.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Alhamdulillah genap usia aku 21 tahun, aku terus mendaftar  pengundi. Tahun 1982 merupakan kali pertama aku mengundi. Alhamdulillah., sejak itu aku tidak pernah ketinggalan mengundi dalam setiap Pilihanraya Umum diadakan. Sekarang PRU13 semakin hampir, hanya Allah S.W.T., yang menentukan aku sempat atau tidak mengundi lagi di Pilihanraya Umum ke 13. Alhamdulillah aku berpendirian undi adalah tanggung-jawab aku sebagai Warganegara Malaysia dan undi adalah rahsia peribadiku.

Semak Daftar Undi: Laman Sesawang SPR

Klik:
Laman Terkini Semak Mengundi. (Suruhanjaya Pilihan Raya-semakan daftar pemilih)



Lain-lain urusan SPR klik saya. (Anika Layaran)



Hujah peribadiku tentang politik tanah air dewasa ini:

Islam mendahului politik., itulah yang sewajarnya. Ibarat seperti gangguan syaitan dan iblis laknatullah, dengan melalaikan kita, gangguan, hasutan dan bisikannya. Mengambil kesempatan dengan sebarang kelemahan dan masalah kesihatan hamba Allah S.W.T.. Begitu juga dengan tipu muslihat dan tektik pecah perentah Inggeris sebagai penjajah, yang meninggalkan kesan mendalam dan masih berpengaruh dalam jiwa ahli-ahli politik Melayu dewasa ini. Malah tanpa disedari ada yang bertanggapan dan berhujah politik dahulu baru Islam. 

Bukan tujuan aku mengungkit perkara lama, tetapi apa yang aku kesalkan sudah berapa generasi Melayu lahir sejak 31 OGOS 1957., tetapi kesan penjajah berlarutan hingga ke hari ini. Terkesan dijiwa ahli politik dan rakyat khalayak. 

Percakaran sesama sendiri berdasarkan perbezaan fahaman politik, berpecah belah dan tuduh menuduh sesama Melayu., itu yang dimahukan terjadi oleh penjajah dengan amalan pecah perentah semasa menguasai Tanah Melayu dulu., walau pun mereka telah pergi berpuluh tahun yang lalu. Bangsa lain tahu dan mengambil kesempatan dengan "penyakit hasad dengki" yang ada dalam jiwa sebahagian orang Melayu.

Antara yang miskin setelah berpolitik., yang menjadi kaya raya setelah berpolitik dan semakin mewah setelah berkecimpung dalam dunia politik., Allah S.W.T., Maha Adil, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Menjadi lumrah sikap dan sifat manusia ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang sederhana baik dan yang jahat. 

Melayu mudah lupa bila berkuasa dan mudah lupa bila sudah bersara. Melayu mudah lupa bila berkuasa memberi tender dan yang menerima tender mengAli Babakan tender dan Melayu mudah lupa dengan amanah. Sayang dan sedihnya zaman Melayu memerentah pendatang dengan mudah mendapat kerakyatan dalam mengejar kemerdekaan 1957. 

Dalam mengisi erti kemerdekaan 1957., 1965 Singapura dilepas dari gengaman pemerentahan Melayu., dengan kata-kata mengejek "aaah tak sempatlah LKY jadi Perdana Menteri Malaysia (walau pun itu dikatakan sebahagian cita-citanya - wajarkah kita mengejek cita-cita seseorang) dan "ahhh, tanah sekangkang kera, takkan boleh majunya".  

Dalam pada tanah sekangkang kera itulah pada 2008 Pulau Batu Puteh terkeluar dari landskap tanah air. Ada lagi terkeluar kata-kata Melayu "win.. win"., mengiringi perpisahan Pulau Batu Puteh bukan milik kita lagi. 

Tidak cukup dengan itu Landasan KTMB (dulu Keretapi Tanah Melayu) hingga ke Tanjung Pagar., yang perjanjiannya "selagi ada bulan dan bintang" telah lenyap dari jajaran landasan utama yang sepatutnya. 

Aku mengkagumi "kesetiaan mereka terhadap Negara Kesatuan Republik Indonesia". Adilnya  2002 Malaysia dipihak menang bila wujud pertikaian wilayah dengan Indonesia., berkaitan Pulau Sipadan dan Ligitan. Sejarah Sentimen anti-Malaysia di Indonesia juga menjadi caturan gaya dan pemikiran Ahli Politik dan Rakyat Malaysia. Jadi beratkah kalau dinyatakan dalam Bangsa Melayu di Malaysia terdapat orang-orang berketuruan Jawa, Bugis, Banjar, Minang, Boyan, Batak, Kerinchi dan lain-lain., yang asal usulnya dari Indonesia. Pastinya mereka membawa budaya, corak hidup dan sebagainya., apabila menjadi Rakyat Malaysia sejajar kemerdekaan Tanah Melayu 1957 dulu. 

Aku masih ingat., dulu semasa kecil aku pernah diejek "Jawa makan katak" (Mendidih aku sebab aku tidak makan katak dan aku tidak pernah mengadu dengan sesiapa pun tentang ejekkan itu, sampailah aku nukilkan diblog ini untuk pengetahuan khalayak) dan ejekkan "Jawa makan tempe". Alhamdulillah ejekkan itulah yang menambah kuatkan Semangat Jawa berteraskan Islam Addin dalam rohku. Alhamdulillah sudah ramai pun Melayu makan tempe dan asyik dengan "Sambal Goreng Jawa" bila ada kenduri kendara. Menariknya yang mengejek aku telah pun bermenantukan Wong Jowo. Itulah Melayu kesudahannya., mudah lupa, lupa dan lupa.

Satu peristiwa., satu sore sedang aku berkebun, seorang berBangsa China singgah. Menunjukkan minat dengan pekerjaan aku di petang itu. Dalam pada berbual-bual, dia bertanya aku "awak orang Jawa?". Aku mengiakan pertanyaannya. Aku tanya macam mana dia nampak aku Jawa. Dari cara kerja dan raut wajah., menyerlahkan aku Jawa. Melayu bukan awak., tambah China itu lagi. Alhamdulillah semuanya aku kembalikan kepada Yang Hak Allah S.W.T..

Alhamdulillah syukur aku kehadrat Illahi dengan sala-silah kekeluargaanku yang berketurunan Jawa., walau pun menjadi syarat di Melayukan di Kad Pengenalan. 

Aku sedar keluargaku tidak berebut untuk menjadi Melayu di Kad Pengenalan seperti setengah-setengah manusia yang langsung tiada rupa asal-usulnya Melayu berebut-rebut untuk menjadi Melayu di Kad Pengenalannya. 

Setengah-tengahnya yang berebut berkahwin dengan Melayu pun ada, sebab hendak merebutkan tender Kouta Bumiputra., atas nama bini. 

Melayu pula mudah lupa dan mudah diperalatkan. Mudah kata., berwaspadalah dengan adanya watak-watak musuh dalam selimut dalam kehidupan masyarakat Melayu. 

Si kitul dan mamak mendaliar., pernah memberitahu Melayu betapa berjayanya mereka merobohkan kemakmuran dan kejayaan Kesultanan Melayu Melaka dan merelakan Melaka terjajah.

Jarang aku dengar Melayu hendak kahwin dengan Orang Asli, sebab hendakkan keistemewaan Orang Asli sebagai Warga Malaysia.

Semasa aku kecil, aku merasa memegang poster Kapal Layar semasa pilihanraya umum dulu-dulu. Masa itu di padang terbuka van Pejabat Penerangan Daerah datang., istilahnya "ada wayang malam ni". Aku ingat ada pidato sebelum tayangan wayang gambar. 

Masa itu manalah aku tahu yang berpidato itu calon Kapal Layar dari Parti Perikatan UMNO, MIC dan MCA. (Google Linknya disini).  

Tempat tinggalku jauh dari tempias peristiwa 13 Mei 1969. Masa itu aku cuma dapat maklumat dengan membaca akhbar bertulisan Jawi "Utusan Melayu" yang menjadi langganan Allahyarham Bapaku, sebagai wadah bacaan harian seisi keluarga. 

Alhamdulillah aku masih ingat nama Allahayarham Tan Sri Dato' Mohd Asri bin_Haji_Mudayang semasa hayatnya pernah menjadi Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah. 14 November 1977 PAS telah dipecat sebagai parti komponen Barisan Nasional

Oleh yang demikian aku berpendapat dalam masa terdekat ini, tidak akan mungkin PAS akan bergabung semula dengan UMNO terutamanya dibawah satu gagasan., kecuali mereka sengaja atau memang lupa atau buta sejarah. 

Aku juga berharap United_Malays National_Organisation tidak akan menjadi Un Malays National Organisation dari yang sepatutnya United Malays National Organisation.  

Dalam politik ini aku lebih bersifat terbuka, aku bukan penggiat politik, aku lebih berpegang dan cenderung kepada gaya Politik Jawa, aku tidak mudah terpengaruh dengan kempen-kempen politik. 

Aku suka membaca semua akhbar tempatan dan akhbar luar negara., (terutama yang menyentuh tentang Malaysia - berita dan pandangan mereka tentang Malaysia). Alhamdulillah dengan gaya pembacaan begitu, aku dapat sesuatu maklumat yang pelbagai.

In Syaa Allah aku pergunakan Undiku dalam pilihanraya mendatang, dengan sebaik mungkin tanpa melakukan undi rosak. 

Akhiran kata, aku bermohon kepadaMu Ya Allah... hindarilah dan lindungilah Malaysia dari dipimpin dan dikuasai oleh ahli politik yang tidak amanah, pengamal rasuah, pemfitnah, penjenayah, perompak hasil mahsul negara, peyalahguna kuasa politik dan yang menyalagunakan keyakinan yang diberi oleh rakyat Malaysia. 

Ya Allah berilah kemenangan mutlak kepada hambaMu., yang amanah dan yang jujur menjadi Pemimpin Malaysia. Amin Ya Rob...

Wassalamu 










Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: