Selasa, 5 Februari 2013

044. Bukan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 
Perkataan "bukan" jika digandingkan dengan perkataan "kerana"., antaranya menghasilkan gandingan perkataan seperti "bukan kerana nama" dan "bukan kerana kuasa".

Allah Maha Penyang Lagi Maha Mengasihani., Apabila individu melakukan sesuatu, contohnya apa yang sedang aku lakukan ini, dengan memikirkan menulis bukan kerana nama. In Syaa Allah aku berikhtiar melakukan yang terbaik kerana Allah S.W.T.. In Syaa Allah sama-sama mendapat keampunan, nikmat, hidayah, rahmat Allah S.W.T., penulis dan pembacanya. 

Allah Maha Pengampun, Allah Maha Adil., Sesuatu perjuangan dalam meniti hari-hari kehidupan, sekarang, sebentar lagi, sejam lagi dan seterusnya (selagi nyawa dikandung badan) ditegakkan kerana Allah S.W.T., In Syaa Allah, sama-sama dapat bermuhasabah diri dan seterusnya mengukuhkan Iman sebagai hamba Allah dan perjuangan diri mengEsakan Allah S.W.T..

Firman Allah yang bermaksud:  “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara Aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Adil lagi Bijaksana, Allah Maha Pemurah, Allah Pemilik Rezeki., Bukan kerana kuasa dikaitkan dengan tanggung-jawab sebagai seorang hamba Allah S.W.T., sama ada sebagai suami/bapa, isteri/emak dan anak. Menjadi bapa tanggung-jawabnya sebagai ketua keluarga, memikul amanah Allah S.W.T., ke atas isteri dan anak-anaknya.

In Syaa Allah bapa akan menjalankan dan melaksanakan tanggung-jawab dan amanah tersebut kerana Allah S.W.T., bukan kerana kuasa. Menjadi isteri/emak seperti sedia maklum ada tanggung-jawab dan amanahnya., begitu juga selaku anak.

In Syaa Allah., belajar dan terus belajar, memahami, meyakini, mematuhi, menghindari, melaksanakan tanggung-jawab dan amanah masing-masing, keluarga dan isi rumah akan menjadi keluarga bahagia di dunia dan akhirat.

Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui., In Syaa Allah apabila masing-masing keluar dari rumah, berpegang kepada mengEsakan Allah S.W.T., masing-masing boleh menyesuaikan diri dan berani kerana benar dalam menghadapi cabaran-cabaran di luar sana.

Bila keluar bekerja, bila keluar belajar dan hidup berasingan dengan ahli keluarga, masing-masing menjadi lebih bertanggung-jawab dan beramanah. In Syaa Allah anak-anak dari keluarga beginilah yang akan lebih berjaya di dunia dan akhirat.

Sama ada anaknya sebagai petani, peniaga, jutawan, sebagai nelayan, ahli politik, penjawat awam dan swasta, mereka akan dapat berbakti kepada Islam, kepada keluarganya, kepada masyarakatnya, kepada amanah dan tanggung-jawabnya dan bangsanya... bukan kerana nama dan bukan kerana kuasa. Hidup dan mati kerana berIman kepada Allah S.W.T..

Wassalam.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  
uynbhf. 

Tiada ulasan: