Rabu, 13 Februari 2013

052. Bunga Melati - Ada lagu pulak dah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

Melati merupakan tanaman bunga hias berupa perdu berbatang tegak yang hidup menahun. Rujuk Melati untuk keterangan lanjut. Kita kongsi dari blog berikut Melati Lambang Kesucian.  
Halil Chik - Joget Bunga Melati. Bunga berbau harum yang menjadi lambang kesucian dan kemurnian ini terdiri atas lebih dari 200-an jenis yang tersebar di seluruh dunia.


Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Peribahasa Melayu ini inginkan masyarakatnya berhati-hati bila berkata-kata. Mengutamakan nilai hormat-menghormati, bersopan-santun dan berbudi bahasa. Bahasa menunjukkan Bangsa. In Syaa Allah kita bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, walau di mana kita berada. Disitu bumiku pijak disitu langitku junjung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri., juga mengingatkan kita supaya tidak mudah lupa diri.

Bahasa Itu Indah

Lemah-lembut tutur bicara... sopannya bila berkata-kata... Zaman sekarang menulis pun mudah tersebar ke seluruh dunia., sekelip mata. Macam-macam ada. Gambar-gambar peribadi kita pun mudah orang lain menatapnya. Berwaspadalah bila menggunakan ruang-ruang di alam maya. Penyebaran secara rakaman pun ada. Ada yang berniat baik dan ada yang berniat jahat. Maklumlah dalam dunia ini, ada dua golongan manusia., satu pro syaitan laknatullah dan satu lagi golongan hamba Allah S.W.T., yang kontra dan anti iblis dan syaitan laknatullah. 

Ingat pesan emak dan bapak. Takkan ada emak dan bapak mengajar anaknya berbuat tidak baik. Kecualilah memang emak dan bapak yang tergolong jenis pro syaitan laknatullah. Nauzubillahminzaliq. Ada yang kata "selisih Malaikat 44" ... maksudnya mohon perlindungan Allah S.W.T..

Senyum, ketawa, menangis, sedih adat kehidupan ... bila kita ketawa, sedang-sedanglah., dibimbangi suka-suka nanti duka. Bila kita gembira, ingatlah hari-hari sedih yang pernah kita lalui. Kitakan mencari keseimbangan hidup dan ke arah kesempurnaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kerana Allah S.W.T..

Bila aku menulis begini, terasa aku sedang bercakap "sorang-sorang". Tapi aku seronok dapat meluahkan apa yang terpendam selama ini dalam fikiran. Sebab masa ini meluap-luap idea datang. Aku ingatkan diri aku "balik" ingatlah waktu-waktu aku kekeringan idea. Semuanya aku kembalikan kepada Allah S.W.T., mohon ampun, mohon perlindunganNya.

Wassalamu...

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  
rcmykh. 

Tiada ulasan: