بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Berpeluang Wanita warga emas baru masuk Islam lebih berani mendedahkan kebenaran
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
Ibu dan bapa menghantar anak ke sekolah dan anak berpeluang mendapatkan pendidikan secara formal kerana Allah S.W.T.. Ibu dan bapa melaksanakan amanah dan tanggung-jawabnya dan diperingkat anak., anak belajar menyedari, memahami, menjiwai dan melaksanakan amanah dan tanggung-jawabnya secara berperingkat-peringkat., kerana Allah S.W.T.. Anak adalah pemimpin, pembimbing, penyelaras dan pekerja masa depan dan anak juga adalah bakal ibu dan bapa di masa akan datang., untuk generasi berikutnya.
Sebagai ibu, bapa dan anak masing-masing bepeluang untuk hidup ke arah kesempurnaan hidupnya. Sama-sama beramanah dan bertanggung-jawab untuk menuju kebahagiaan berkeluarga menurut acuan seperti yang Allah S.W.T., perentahkan dan yang dilarangNya.
Berkesempatan
Sementara nyawa dikandung badan, masih lagi Allah S.W.T., berikan nyawa kepada ibu, bapa dan anak. Masing-masing berkesempatan untuk beramah mesra, membentuk jiwa yang amanah, saling bekerjasama dan sama-sama mengukuhkan keImanan dijiwa.
In Syaa Allah, keluarga yang sebegini akan membentuk ahli keluarga yang bijak menjaga kehormatan dan maruah diri. Bijak menjaga kehormatan ahli keluarga dan seterusnya maruah keluarga. Dalam kehidupan akan ada kesilapan yang terjadi. Belajar dari kesilapan akan membentuk jiwa yang insaf dan redha., dalam mencari kebahagian hidup di dunia dan di akhirat kelak.
From: sya01
Setelah melayari beberapa laman web untuk mengetahui perkembangan di Iraq dari sudut lain, saya menjumpai sebuah laman web berjudul Jihadunspun. Saya merasa agak ragu-ragu pada mulanya akan kandungan dan siapa pengendali laman web tersebut.
Adakah kepunyaan Al-Qaida ? CIA ? Taliban ? dan seterusnya. Ini adalah kerana paparan laman web tersebut adalah terlalu professional dan gaya bahasa Inggerisnya adalah begitu tinggi sekali, tetapi kandungannya banyak menceritakan mengenai perkembangan di Iraq dari sudut yang lain, yang kita jarang sekali dengar di media perdana.
Saya agak terperanjat apabila penerbitnya begitu berani sekali membuat
pendedahan siapa dirinya yang sebenar. Saya menyangkakan seorang lelaki
Islam yang intelek dan mungkin dari kalangan bangsa Arab. Begitu meleset
sekali sangkaan saya.
Rupa-rupanya pengendali laman web
tersebut ialah wanita usia emas berbangsa Canada yang telah memeluk
agama Islam apabila dia menyedari banyak fakta yang bercanggah dalam
peristiwa 911. Nama beliau ialah Bev Giesbrecht dan nama Islam beliau
ialah Khadija Abdul Qahaar. Merupakan usahawan penerbitan yang begitu berjaya
di Canada.
Beliau menyatakan beliau bukan "terorris" atau fanatik.
Beliau hanya wanita biasa, mengamalkan hak asasi manusia dan sentiasa
memberi sumbangan kepada masyarakat. Seorang wanita yang
sudah dikira boleh pencen, pergi melancong, boleh berehat di rumah,
mempunyai banyak harta. Tetapi kenapa perlu menyusahkan diri membuat pendedahan
apa yang berlaku di dunia ini yang boleh membahayakan nyawanya sendiri?.
Semua ini adalah hidayah Allah, apabila seseorang itu berusaha mencari kebenaran, maka Allah akan memberikan hidayahnya. Bandingkan dengan diri kita, lebih-lebih lagi lelaki, muda, Islam dari
lahirnya tetapi selalunya takut hendak mendedahkan kebenaran.
Baling
batu sembunyi tangan, kalau buat pendedahan gunakan nama samaran. Malu
rasanya dibandingkan dengan Khadija ini, seorang wanita tua yang baru
masuk Islam. Maka sesuailah beliau mengambil nama Khadija , nama isteri
Rasul saw. Semoga Allah swt merahmati usaha beliau dan melahirkan lebih
ramai lagi mereka yang berjiwa "Khadijah", "Abu Bakar", "Umar" dan seterusnya.
Wassalamu.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan