Rabu, 13 Februari 2013

056. Memujuk Hati.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

Kadang merajuk menjengah perasaan. Alhamdulillah bila aku dapat memujuk hati dan aku pendam perasaan itu dengan berIstigfar. Tidak upaya aku untuk meluahkan perasaan itu, sebab lebih banyak buruknya. Tidak kiralah dari kalangan keluarga atau orang keliling.

Pada aku memujuk hati dan perasaan sendiri bukan perkara mudah. Kalau sampai rasa kecewa yang mebuak-buak itu yang datangnya memendam perasaan sehingga menjadi parah. Paling berat kalau jadi barah. In Syaa Allah., Allah melindungi aku... pujuk lagi hati.

Tidak guna aku mengadu hal kepada sesama manusia kalau hasilnya lebih kepada mengujudkan ketegangan perasaan. Stress ke pe namanya. Paling aku tidak tahan, susahnya untuk tidur dan mudah pula terjaga. Pernah dulu bila aku mengalami keadaan macam itu. Fikiran jadi kacau. Alhamdulillah sekarang sihat dah, tu yang aku boleh cerita balik. Bila tidak boleh tidur, macam-macam aku lakukan untuk menampung pelbagai perasaan yang aku tanggung waktu itu. Tak payahlah detail sangat untuk paparan. Hati aku berkata-kata.

Cuma sayangnya waktu itu aku tak teringat untuk menulis ke blog. Aku cuma tulis di kertas. Semuanya sudah aku musnahkan. Tak nak orang lain baca. Sebab terlalu detail. Cukup aku simpan dalam otak. Buat kenangan peribadi. Blog ni pun aku dah on beberapa tahun yang lalu. Entah apa mimpi 2013 leh tergerak aku dengan blog. Alhamdulillah.

Masa aku rasa terlalu sukar itulah aku sering pujuk hati "Diam itu Sejahtera". Aku akui betul dan memang cukup membantu. Dengan syarat Istigfar banyak-banyak., dekatkan diri denganNya. Kalau aku diberi nampak antara aku dengan Allah S.W.T., dah jadi jauh., Alhamdulillah sebab Allah S.W.T., beri aku hidayah supaya dekat denganNya.

Sedih memang sedih. Tapi apalah upaya aku., bila melibatkan perasaan orang lain. Cukup-cukuplah apa yang aku alami sesama manusia ini. Memang tidak akan datangkan kepuasan., sama ada diri aku sendiri atau sesiapa aje lah. Dari cari kepuasan hidup, baik cari kedamaian hidup, kebahagian hidup yang mengarah kepada hidup yang lebih sempurna. Pujuk lagi hati aku "bila aku ketak ketik" keyboard.

Aku kadang tanya diri sendiri kalau deringan berbunyi, sms masuk aku nak accept tak... kalau aku tak accept boleh macam-macam jadi. Aku accept lah juga. Tetapi bila aku yang sms atau call tidak berjawab... aku pujuk lagi hati "diam itu sejahtera". 

Buat kerja lain yang lebih menyegarkan. Sangka baik lagi bagus. Damai, tenteram, tenang tidak semudah menaip perkataannya. Tapi kena sabar banyak, hati aku berkata-kata lagi memujuk.

Aku sayang kamu.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 


Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho 
('_') Google Translate ('_') .

Baca Juga: 

1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.


Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 

Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 

Wassalamu....
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  
myurgk.
s3v3n

s3v3n

Tiada ulasan: