Rabu, 13 Februari 2013

059. Tinggalan Puisimu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.sg


Ini dia Puisi Sains dari Akak.  Terima Kasih.

                    PUISI SAINS :       

 KEAJAIBAN ALAM SEMESTA
 i)
 Indera mata meruntun hati
 Melihat semesta tatkala malam
 Bebintang berkerlipan
 Menyimpan rahsia alam
 Dalam hati menangis rindu
 AgongNya Oh TUHAN

 Naluri mengasyikkan rasa
 Menyebut nama ILLAHI dan  RasulNya
 Merudum rasa kerdil diri
 Ingin mentelaah ilmuMu
 Mengkaji semesta bersama Al-Quran
 Biarpun sampai ke Negeri China

 Aduhai, indahnya ciptaan
 Aneka planet di cakerawala
 Matahari sumber cahaya
 Menerangi semesta
 Dengan bulan dan pembalikannya
 Dicipta manusia teleskop dan sebagainya
 Tanda di hati ingin tahu

 Disaring pati dari iman
 Bahawa segala yang indah nyata
 Hanya di dunia fana'
 Sedang syurga yang dijanji
 Bersama bidadari dan solihin
 Tentu lebih indah lagi……..
ii)
 ALLAH,diarahkan mentari dari ufuk Timur ke Barat
 Nescaya akan jadilah ia
 Dengan kalimah "kun faya kun"…..
 Manusia bertempiaran lari mengejar pintu waktu
 Taubat telah berakhir
 Membiarkan sisa hidup di gelanggang Al-Tarmizi
 Menggulung segala keimanan hakiki

 ALLAH, diarahkan malaikat Israfil dengan sangkakala
 Nescaya akan jadilah ia
 Dengan kalimah "kun faya kun"…..
 Ini bukan suatu pembohongan
 Tapi kenyataan dari Al-Quran
 Memusnahkan segala khayalan minda
 Meski keangkuhan bermaharajalela

 ALLAH, diarahkan bumi hancur lebur
 Nescaya akan jadilah ia
 Dengan kalimah "kun faya kun"…..
 Kita insan kerdil yang dipertanggungjawabkan
 Amanah akan dihitung di Mahsyar
 Kebatilan akan terbukti jua
 Di neraca Luh-Mahfuz

 ALLAH, diarahkan planet bersimpang-siur
 Nescaya akan jadilah ia
 Dengan kalimah "kun faya kun"…..
 Kemusnahan segala damai pasti akan tiba
 Sejahteralah bagi mereka yang beringat
 Kerana "demi masa" semua insan kerugian
 Saksi pahala dan syafaat Muhammad s.a.w

 ALLAH,diarahkan Izrael mencabut nyawa
 Nescaya akan jadilah ia
 Dengan kalimah "kun faya kun"…..
 Alam kepintaran manusia milikNya jua
 Mencetuskan idea melegari angkasa dan segalanya
 Suatu ketika nanti kita akan pergi menemuiNya
 Dengan senyum dan tangis bersama ilmu yang diamalkan
 Semoga kita mendapat hidayah….. InsyaAllah



Allah S.W.T., jadikan aku. Manusia hamba Allah S.W.T..
Kredit:
Nukilan yang telah kembali kepadaNya

Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 
Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho 
('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: