بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
Salam All... hamba Allah S.W.T., Muslimin dan Muslimat pengunjung-pengunjung, semuga sama-sama diBerkati, diRahmati Allah S.W.T., sentiasa.بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Memang sedih citer nie..meleleh air mata ...
Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan
di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa
peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu dipukul dan
di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat. Adatlah, kanak-kanak memanglah
begitu. Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas tangga.
Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak
pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain.
" Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani,
teman sekelasnya " Tak naklah. Kita penat, " jawabnya acuh tak acuh
sambil menggeleng. " Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat.
Pelan-pelan pun boleh jek, " pujuk Ani. "Tak moh lah. Awak pegilah.
Kita tengok jek, " jawabnya lagi. Akhirnya Ani mengalah dan berlari ke
arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka.
" Ejah! " tersentak dia mendengar suara ayah dari
dalam rumah. Segera dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak pinggang di
depannya. " Kau dah buat kerja sekolah belum? " tanya ayah. "
Hari ni tak ada kerja sekolah, " jawabnya perlahan. " Abis tu tak
reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku.
Kau tu bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar "
herdik ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya. " Yang berdiri
terkebil tu kenapa. Pergi baca buku, " herdik ayah lagi sambil mencubit
peha kirinya. Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi
pipi cengkungnya.
Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan
tertahan-tahan. Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan
belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggap
lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah. Perlahan-lahan dia
membuka almari bajunya.
Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas
ditarik sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata
itu adalah mamanya. Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama
meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darah kata nenek.
Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah.
Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan
memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya. Walaupun dia tidak
pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa
memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama.
Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang
berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang lain,
hanya kepada gambar mamalah dapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada
nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada
nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul.
Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari ini dia
kesekolah seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu.
Dia berjalan menuju ke bilik darjah. " Ejah! Tunggu kita, " jerit
suara kecil dari belakang. Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya.
Ejah hanya tersenyum kecil memandang Ani. " Awak nak
datang tak rumah kita tak nanti lepas sekolah? " tanya Ani sambil mereka
berjalan seiringan menuju kebilik darjah." Boleh ke? Mak ngan ayah awak
tak marah ke? " tanyanya ragu-ragu. " Buat apa nak marah. Kita boleh
belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik, " jawab Ani
sambil tersengeh.
Ani memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Dia
suka berkawan dengan Ani. Ani baik. Selepas sekolah Ejah ke rumah Ani. Emak Ani
tersenyum mesra semasa mereka sampai. " Marilah makan dulu Ejah. Lepas
makan baru belajar, " pelawa Emak Ani sambil tersenyum. Ejah hanya
tersenyum malu. Baiknya emak Ani. Kalau Ejah mama masih hidup tentu mama pun
baik macam ni.
Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun
ubi bercecah sambal belacan, ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak Ani
masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Ejah. " Makan
banyak-banyak sikit Ejah.
Kamu tu kurus sangat, " kata emak Ani sambil menyenduk
nasi ke pinggannya. Ejah hanya mengangguk malu. " Jangan makan banyak
sangat pula, nanti kamu jadi macam si Ani ni haa.. tembam " usik ayah Ani
pula. Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya. Ketawa berderai. Tak pernah
ayahnya berjenaka begitu dengannya. Untung Ani dapat keluarga yang baik.
Bila terkenangkan ayahnya Ejah mula terasa sedih. Air
matanya di tahan. Malulah kalau menangis de depan orang. Ejah dan Ani belajar
bersama. Ayah Ani telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk
menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka. Ejah menerangkan kepada
Ani beberapa masalah matematik. Ejah sememangnya lebih pandai dari Ani. Bukan
kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali di ajar
sudah tentu difahami dan dihafalnya.
Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke
pukul 4 petang. Ejah panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah.
Segera dia mengemas buku-bukunya. Ejah bergegas pulang. Berlari-lari anak dia
pulang rumah. Sewaktu menaiki tangga rumah hatinya berdebar-debar.
Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya apabila
membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia
sampai di pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan
ayah. Nenek!!! " Biarlah aku bawa Ejah pulang ke rumah aku Jusoh.
Di
sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. Kesian aku tengok dia tu, makan pakai
tak terurus ". " Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya, "
ayah bersuara acuh tak acuh. " Janganlah kamu berdegil Jusoh.
Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri.
Cuma mak kesian dengan Ejah tu saja, " nenek cuba memujuk ayah. " Mak
ingat mak boleh menjaga si Ejah itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat
dengan dia mulalah dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang gini pun
masih tak balik-balik lagi.
Kemana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah
dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah, " terdengar nada marah
di suara ayah. Ejah hanya diam berdiri de belakang pintu. Menggigil ketakutan.
" Ejah tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau
ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia? "
" Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak
tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak
melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi, " jerkah ayah.
" Bukan dia yang mengadu Jusoh. Aku ni bukan buta.
Birat-birat badan budak tu kau kerjakan. Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia
diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati
tu kan di tangan Tuhan, ". " Tak payahlah mak nak berkhutbah kat
sini.
Dia anak saya, pandailah saya menjaganya, " Ejah
membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahn " Nenek,
" jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium hormat.
" Dah besar dah cucu nenek ni, " ujar nenek. Ada nada sayu yang
terselindung. Pipi Ejah dicium lembut " Kau ke mana ha Ejah? " herdik
ayah.
Tersentak Ejah. Ejah tunduk memandang lantai. Nenek mengusap
lembut rambutnya. " Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya
dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja, " nenek membelanya.
" Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak.
Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala, " marah
ayah. " Ejah, pegi tukar baju sekolah tu. Kotor nanti, " ujar nenek
lembut padanya. " Baiklah nek, " terus dia berlalu ke biliknya. Dari
dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar.
Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak
sangka dia yang menyebabkan mamanya mati. Dia benci dirinya di saat itu.
Patutlah ayah selalu marah padanya. Patutlah ayah benci dirinya. Ejah terus
menangis tersedu-sedu. Tangisnya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek
telah pulang.
Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah
menyinga. " Ke mana kau marayap hah? " jerkah ayah. Dia hanya diam sambil
air mata mengalir ke pipi. " Jawab! " tengking ayah. Tersentak dia.
Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis. " Orang pergi rumah Ani,
"jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambil menahan sendu. " Kenapa?
Kau dah tak ada rumah? " marah ayah lagi. Ejah hanya diam membisu.
Ayah menampar pipinya. Perit. Ejah terjatuh dari birai
katil.
Tangisnya semakin kuat. " Kau tak dengar aku tanya? Kau dah tak ada
rumah sendiri nak merempat ke rumah orang? " tengking ayah sambil menarik
rambut Ejah. Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah. " E..ejah, Ejah
pegi belajar kat rumah Ani, " jawabnya tersedu-sedu. " Ooh, belajar.
Kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak
memilih pulak.
Anak tak sedar diri, " jerit ayah lebih kuat. Sekali
lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke
lantai. Ejah merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya.
Darah. Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Ejah disepak. Ejah merintih
penuh kesakitan.
Tapi Ejah tidak melawan. Langsung tidak merayu agar ayahnya
berhenti. Dia merasakan yang dia memang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang
berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya.
Ejah rasa berdosa pada mama. Ayah menarik rambut Ejah lagi dan sekali lagi
penampar papa hinggap di pipinya. Ejah tercampak ke dinding. Ayah terus
menggila.
Ejah yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan
kakinya. Pandangan Ejah mula kabur. Dia tidak lagi bergerak. Semuanya bertukar
gelap... Ejah terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa
berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh
badannya sengal.
Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik.
" Ejah! Ejah! Bangun! Kau dah tak nak sekolah, " garang suara ayah.
Ejah cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat. Penangan ayah semalam masih
terasa. Tubuhnya terasa begitu lemah. Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkah
masuk. " Tidur lagi! " jerkah ayah. " Ee..ejah rasa tak sihat
ayah, " jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar. " Sudah, jangan
nak mengada-ngada, " marah ayah sambil menarik tangannya.
Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga
untuk berdiri. " pergi mandi, " ayah menolaknya ke bilik mandi.
Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa.
Tubuhnya masih lemah tetapi di kuatkan juga.
Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah
di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan
mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit.
" Nurfaizah, " terdengar suara Cikgu Linda
memanggilnya. Dia memandang Cikgu Linda kosong. " Siapa yang buat kamu
macam ni? " tanya Cikgu Linda sambil mengusap rambutnya. Ejah hanya diam
membisu. Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk
bernafas.
Pandangan mula kabur. Ejah merasakan kaki begitu lemah dan
tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai. Dalam
kabur-kabur dia mendengar Cikgu Linda memanggil namanya. Akhirnya semua
bertukar gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat.Kepalanya tidak
terasa berat atas berdenyut. Dia membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek
dan Mak Usu.
Nenek menangis. Ayah pun menangis. Tidak pernah dia nampak
ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak pernah ayah buat begitu
padanya. Tiada tanda-tanda kemarahan dan kebencian di wajah ayah. "
Maafkan ayah nak, " suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Ejah tak faham
kenapa ayah dan nenek sedih. " Kenapa semua orang sedih, " tanya Ejah
dengan kepayahan. " Janganlah sedih. Ejah cuma nak pergi jumpa mama.
Ejah nak minta maaf pada mama. Ejah rindu mama, " Ejah
bersuara perlahan. "Oh Ejah! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan
tinggalkan ayah! " ayah merayu. Air mata mengalir di pipi ayah. Ejah
merasakan tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek, kemudian ayah
dan akhirnya ke arah mak usu.
Pernafasan Ejah mula tersekat-sekat dan akhir dada si kecil
terhenti berombak. Senyuman Ejah masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia
terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya.
Menurut doktor, Ejah mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang
kuat. Ejah juga kepatahan beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan
pada paru-parunya.
Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan
kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya...Insan kecil bernama EJAH...
Sekian...
Wassalamu.Kredit
From: AbangJebat™
Nota:
Aku amat menghargai segala jasa, curahan kasih sayang, pengorbanan, pengajaran, peluang, nasihat dan teguran., semasa hayatnya., Allahyarham Bapak, Allayarhamah Mak, Allahyarham Yaie, Allahyarhamah Nyaie, Allahyarham Maman, Allahyarhamah Cik dan Bebeq dan Allahyarhamah Isteriku. In Syaa Allah., Allah meRahmati roh-rohmu dan diberikan Syafaat Nabi Muhammad S.A.W., dan Allah S.W.T., meletakkan roh-rohmu dikalangan Orang-orang Yang BerIman. Al Fatihah.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan