Jumaat, 15 Februari 2013

071. Kedai Sepi Angkara ilmu Hitam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja: www.peceq.blogspot.com


Kedai Sepi Angkara ilmu Hitam.
by: Amran Daud.
 

SUDAH lama Sidah teringin berniaga sendiri. Lagi pun, berapa sen sangatlah yang dapat dikumpulnya setiap bulan sebagai kerani di syarikat guaman itu.

Setiap petang, dia terpaksa pula melayan kerenah empat anaknya yang masih bersekolah. Suaminya asyik memancing dari satu kolam ke kolam lain.

Sidah pun nekad. Setiap hari dia membuka halaman akhbar dan majalah mencari peluang perniagaan. Mula-mula dia mencuba perniagaan jualan langsung. Dia menjual alat kosmetik selepas habis bekerja di bandar.

Dengan kemahiran memujuk yang agak baik, perniagaan Sidah mendapat sambutan. Dia gembira, walaupun pendapatannya masih belum cukup lumayan dan membolehkannya berhenti.

“Ah! Ini yang aku cari-cari selama ni!” Sidah seperti membeliakkan mata melihat satu sudut iklan.

Sejak itu Sidah bertekad. Selepas berbincang hati ke hati dengan suaminya, mereka bersetuju memohon menyertai skim bantuan perniagaan yang disediakan untuk peniaga kecil berpotensi.

“Mula-mula perit juga nak berniaga ni. Maklumlah, modal pun harapkan tabung bantuan saja,” kata Sidah kepada Mak Leah suatu petang.

Ketika itu dia mengemas barangan di pasar mininya. Di belakang, Sohod, suaminya, menjaga kaunter sambil melayan pelanggan. Dua pekerja mereka pula mengisi guni beras yang semakin berkurangan.

Sejak lima bulan lalu, Sidah dan Sohod berpindah ke rumah kedai dua tingkat itu. Mereka menyewa dua pintu kedai tingkat bawah yang sebelum ini pernah dijadikan pasar mini juga, sebelum ditutup kerana masalah tertentu.

Sidah selalunya menjaga pasar mininya pada waktu siang. Malamnya, selepas Sohod balik memancing, dia akan mengambil giliran. Biarlah Sidah dan anak-anak berehat di tingkat atas rumah kedai itu.

Dengan rutin seharian begitu, pasar mini Sidah semakin mendapat perhatian. Perniagaannya bertambah laris. Selain pendapatan yang terjamin, Sidah tidak bermasalah langsung membuat pembayaran ansuran kepada tabung pinjamannya itu.

“Bang, tengok ni. Surat dari tabung pinjaman tu. Mereka kagum sebab kita tak pernah terlepas buat pembayaran bulanan,” kata Sidah kepada Sohod tengah malam Jumaat.

Ketika itu Sohod baru saja naik ke rumah sewa mereka sebaik saja selesai menuntup kedainya. Sohod mengibas baju mengeringkan peluh. Sidah meniarap depan televisyen.

Bila ada masa terluang, Sidah akan berbincang dengan Sohod untuk menambah produk jualan mereka di pasar mini itu. Sekarang sudah ada barangan runcit, kosmetik dan barangan basah. Sidah teringin menjual pakaian pula.

“Dari mana awak nak cari kain baju tu?” tanya Sohod.

“Kita beli la... Kata orang di Tangkak kain baju murah-murah,” jawab Sidah.

“Modal besar!”

“Abang, kalau ada pembeli, apa salahnya? Lagi pun, inilah cara kita nak bersaing dengan kedai pasar mini Cik Mawar tu.”

Sohod terdiam memikirkan. Betul juga. Bukan pasar mini mereka satu-satunya yang ada di bandar itu. Ada tiga empat pasar mini dan pasar raya lain. Jika barang yang dijual sama saja, tidak ada banyak alasan mengapa pelanggan mahu berkunjung ke pasar mini mereka.

Satu demi satu produk Sidah perkenalkan. Dia kini menjual kad telefon prabayar, selain menyediakan ruang ‘wartel’ untuk pendatang asing menghubungi saudara-mara di kampung.

Dalam kegembiraan itulah tiba-tiba Sidah rasa lain macam pada suatu malam. Tubuhnya rasa bagai nak demam. Puas berselimut di bilik tidur, dia berbaring pula di depan televisyen seperti selalu tapi badannya masih belum kebah.

Tidak cukup dengan itu, anak bongsunya yang baru berusia dua tahun, merengek selang setengah jam.

“Bang, saya rasa macam nak demam la,” Sidah mengadu menggunakan SMS kepada suaminya.

Pagi esoknya, Sidah paksa dirinya menjaga pasar mini. Dia memakai baju panas untuk memaksa peluh keluar. Kadang-kadang tangannya menggigil seperti kesejukan walaupun waktu itu matahari memancar terik di luar.

“Mengapa Dah?” tanya Mak Leah yang datang ke pejabat kecil Sidah.

“Entahlah Mak Leah. Rasa macam nak demam,” jawab Sidah bersahaja.

Mak Leah, ibu Cik Mawar, berjalan ke belakang seperti mencari sesuatu. Walaupun anaknya membuka pasar mini, sejak akhir-akhir ini Mak Leah masih rajin datang mencari barangan dapur di pasar mini Sidah.

Beberapa minit kemudian, Mak Leah menghulurkan sebungkus garam halus kepada Sidah di kaunter. Sidah melihat tanda harga dan menekan mesin wangnya. Mak Leah keluar selepas membuat bayaran.

Riinnggg! Riinnggg!

Telefon di depan Sidah berbunyi. Sidah mengangkat gagang dengan malas.

“Hello...”

“Kak Sidah! Kedai bukak ke hari ni?” suatu suara lelaki terdengar ke telinga Sidah. Dia tahu, itu Atan, drebar lori bawang yang selalu datang menghantar bekalan ke pasar mininya.

“Eh, bukak la! Ngapa?”

“Saya nampak macam tutup je...”

Darah Sidah menyirap tiba-tiba. Rupa-rupanya, Atan bukanlah orang pertama yang mengadu mengenai pasar mininya tidak beroperasi. Tadi pagi, sejurus sebelum Mak Leah datang pun, Ah Ting yang membekalkan tong gas ke kedainya mengadu mengenai masalah yang sama.

“Dah, ngapa Ah Ting kata kita tak buka kedai hari ni?” tanya Sohod sebaik saja melihat Sidah.

“Mana abang tau?”

“Tadi abang terserempak dengan dia di tepi jalan. Dia bersungguh-sungguh kata kedai kita tutup hari ni.”

Sejak itu pasar mini Sidah mula semakin sepi. Demam Sidah juga belum kebah walaupun selepas dua minggu.

Di seberang jalan, pasar mini Cik Mawar semakin sibuk dengan orang ramai berkunjung. Dalam hati Sidah, dia menyimpan perasaan yang sangat sayu.

Nanti malam, dia bertekad mengikut suaminya bertemu Wak Parno di Batu Pahat. Kata orang, Wak Parno mahir bab makhluk halus. Sidah teringin mencuba.

Kredit: SoUr_Lem0n

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho™.  
('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: