Jumaat, 15 Februari 2013

072. Petua Hidup Berkeluarga.

04 RABIULAKHIR 1434 (15 FEBRUARI 2013)

Salam All... hamba Allah S.W.T., Muslimin dan Muslimat pengunjung-pengunjung, semuga sama-sama diBerkati, diRahmati Allah S.W.T., sentiasa.


Petua Hidup Berkeluarga. -Petua menjaga hati isteri 

Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah

Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah

Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah SWT dan hormat pada suaminya.

Kredit:
SoUr_Lem0n

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: