Sabtu, 16 Februari 2013

074. Seadanya, Persepsi dan Keikhlasan Hati (With Song).

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.sg
05 RABIULAKHIR 1434 (16 FEBRUARI 2013)

Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/

Salam All... hamba Allah S.W.T., Muslimin dan Muslimat pengunjung-pengunjung, In Syaa Allah mudah-mudahan sama-sama diBerkati, diRahmati Allah S.W.T., sentiasa.

Selalu aku dengar orang kata seadanya . Sama ada melalui perbualan atau melalui bait-bait sajak dan senikata lagu. Nubhan - Seadanya Aku. Hal ini mendorong juga aku menyebut dan mencari maksud sebenar seadanya. Sebutan atau lantunan seadanya, macam sedap atau memang sedap didengar.

Jadual 1 di bawah ini menerangkan maksud sebenar seadanya untuk dikongsi bersama berdasarkan jumpaan atau dapatan di lelaman atau laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM - DBP Malaysia)

                                                                                                                                                JADUAL 1

Keberkesanan seadanya apabila dikaitkan dengan persepsi akan lebih ketara kepada kita. Apa itu seadanya dan apakah mudah seseorang itu menerima sesuatu, menerima seseorang dengan seadanya.

Apakah semudah dengan hanya melantunkan seadanya untuk hanya sedap didengar dan menyedapkan hati.
Kita lihat Jadual 2 dibawah untuk lebih jelas maksud Persepsi

                                                                                                                                                JADUAL 2

Seadanya berkait dengan persepsi dan sudah tentunya menyentuh soal keikhlasan hati seseorang, sama ada sebagai pemberi atau penerima atau memberi dan menerima sesuatu benda, barangan, perkhidmatan dan sesuatu yang berkait dengan perasaan. Kita kaji Jadual 3 di bawah ini.

                                                                                                                                                JADUAL 3

In Syaa Allah berkat ilmu dan amalan kita, kita lebih memahami tentang seadanya, persepsi dan keikhlasan hati dalam melayari kehidupan harian dengan sikap lebih amanah dan jujur mengikut acuan Islam itu Addin. Serta sebagai bekalan di akhirat kelak. In Syaa Allah kita sama-sama beroleh Manafaat, mendapat Hidayah, mendapat Rahmat dan keBberkatan hidup dari Allah Yang Maha Esa., serta mendapat Syafaat Nabi Muhammad.. Mendapat keAmpunan Allah., dan keRedhaanNya.

Amin Ya Rob.

Wassalamu.


Jadual 1, Jadual 2 dan Jadual 3 terkait dengan:
©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.

http://prpm.dbp.gov.my/

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: