Sabtu, 16 Februari 2013

75. Perempuan terlalu 'berkira'?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. 

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh. 


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
05 RABIULAKHIR 1434 (16 FEBRUARI 2013)

Perempuan terlalu 'berkira'?


Mak oi, berkiranya minah ni! Tentunya ada perempuan yang akan berasa kurang senang apabila JK katakan mereka ni terlalu ‘berkira’ terutamanya dengan teman- teman.

Malah ada sesetengah tu turut ‘berkira’ dengan adik beradik sendiri. Aik! Apa pun reaksi kamu, ini adalah realiti yang berlaku di kalangan orang perempuan. Adakah itu memang sifat seorang perempuan?

Berbeza sungguh dengan lelaki yang tak berkira sangat dengan teman-teman. Apatah lagi kalau yang rapat, sanggup buat apa saja. Bukan setakat pinjam motosikal atau baju, malah duit dan kereta atau barang yang lebih mahal pun sanggup diberi pinjam! Sampai macam tu sekali.

Kenapa agaknya perempuan ni berkira sangat? Setiap dari kamu sudah tentu mempunyai alasan tersendiri kenapa kamu bersikap begini. Ada yang ‘berkira’ sebab serik dengan sikap teman-teman yang memang tidak tahu menghargai hak dan kepentingan orang lain.

Itu tidak mengapa! Tetapi masalahnya ialah ada yang memang ‘berkira’ apabila teman-teman ingin menggunakan barangan mereka. Pantang salah sikit marahnya berpanjangan, lebih teruk kalau tarik muka sampai berminggu-minggu lamanya.

Sebaliknya mereka sendiri langsung tak ‘berkira’ ketika ingin menggunakan barangan teman tersebut. Habis semuanya disapu buat macam harta sendiri... Senario ini sering berlaku di kalangan mereka yang tinggal di rumah sewa. Adat duduk beramai-ramai tentunya ada pelbagai ragam dan karenah. Setiap orang perlu banyak bersabar dan bertolak ansur, sebab untuk memenangi hati semua orang bukannya mudah.

Jadi janganlah terlalu ‘berkira’ hinggakan alau ada sepuluh orang penghuni di rumah tersebut, bermakna perlu ada sepuluh biji periuk, sepuluh batang ubat gigi dan macam-macam lagi. Tidak salah kalau kamu berkongsi, sebaliknya perkongsian kamu semua bukan sahaja boleh menjimatkan tetapi turut mengeratkan hubungan.

Begitu juga dengan soal berkemas rumah, sekiranya salah seorang dari kamu sudah ringan tangan untuk berkemas, janganlah pula yang lainnya ambil kesempatan untuk lepas tangan. Ini tidak, apabila teman sudah berkemas, kamu pula buat sampah! Lama- lama teman yang rajin pun jadi malas sebab kerjanya tidak dihargai! Asyik-asyik dia sahaja yang kena, boringlah kan?

Sudahnya rumah berselerak. Tak eloklah macam ni, setiap orang perlu memainkan peranan dan tahu tanggungjawab ma sing-masing. Janganlah terlalu ‘berkira’ dengan perkara-perkara macam ni sebab hasilnya nanti akan mendatangkan kebaikan kepada kamu semua.

Kalau kamu memang dah tak boleh nak ubah perangai macam ni, rasanya lebih baik tinggal sorang-sorang. Bukan sahaja tidak menyusahkan teman-teman yang lain tetapi juga dapat mengelakkan orang lain turut terpengaruh dengan perangai kamu. 

Lagi pun sikap terlalu ‘berkira’ ni tidak akan mendatangkan kebaikan, malah ia boleh membuatkan kamu di benci oleh teman-teman.

Kredit:
SoUr_Lem0n

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
mutrdc.

Tiada ulasan: