بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
17 RABIULAKHIR 1434 (28 FEBRUARI 2013)
Salam
Disekeliling kehidupan kita ada pelbagai jenis haiwan. Di post ini aku ingin menyentuh dua jenis haiwan yang juga hamba Allah S.W.T.. Haiwan tersebut ialah burung dan tikus.
Dengan izin Allah S.W.T., setelah aku bertelagah dengan diri sendiri, berbual dengan diri sendiri dan menghujahkannya dengan beberapa orang rakan taulan., baharulah aku terdaya untuk memperkuatkan diri untuk menyatakannya di post ini.
Juga seperti post-post yang lalu, aku mengajak pengunjung semua berkongsi dengan apa yang akan aku taipkan disini., berfikir tentang kebenarannya, mengambil input yang bagus serta mengabaikan perkara dan hal yang sebaliknya... yang tak elok ketepikanlah.
Haiwan Burung
Haiwan burung yang aku maksudkan ialah burung yang berterbangan disekitar rumah kita di siang hari. Kalau waktu pagi ketika terang-terang tanah, akan kedengaran kicauan burung riang.
Pada aku kalau keadaan itu yang kita tempuhi di hari itu, In Syaa Allah itu petunjuk dari Allah S.W.T., sesuatu yang baik sepanjang hari Allah S.W.T., kurniakan untuk kita.
Andainya tiada bunyi kicauan burung di siang hari seperti hari-hari biasa yang kita tempuhi, berwaspadalah., dengan memperkuatkan roh kita dengan amalan-amalan rutin yang terkandung didalam Al Quran dan Hadis Nabi S.A.W.. In Syaa Allah kita akan selamat dari mara-bahaya, seperti gangguan iblis syaitan laknatullah.
Haiwan Tikus
Haiwan tikus ini jika sama-sama menjadi penghuni rumah, itu petanda kita dalam bahaya. Ada unsur-unsur kejahatan yang telah berada didalam rumah kita.
Jika dibiarkan haiwan tersebut bertebaran di rumah kita, bererti kita membiarkan diri kita terjebak dengan gangguan iblis syaitan laknatullah, seperti perbuatan fitnah, sihir dan sebagainya.
Kehadiran tikus di rumah kita adalah amaran pertama yang nyata Allah S.W.T., tunjukkan kepada kita. Andai kita lalai, padah kejahatan akan bermaharaja-lela.
Selepas itu rumah kita akan jadi sunyi dari kicauan burung tidak kiralah di pagi hari atau di petang hari. Ubatnya kuatkan, sejahterakan ilmu keImanan dan menTauhidkan Allah S.W.T..
Extra - Rasa sejuk fizikal di Malam Hari dan dini hari
Sejuk yang melampau di malam hari antara jam 21.00 hingga 24.00. Berselimut tebal pun tidak dapat mengembalikan kehangatan kita. Wasapadalah jika mengalami keadaan sedemikian. Rawatan rohani perlu diambil perhatian, selain dari rawatan perubatan moden.
Antara jam 02.00 hingga 04.00 apabila kita ke bilik air atau ke tandas., apabila kaki kita terkena air, akan terasa amat sejuk mengalahkan atau menyamai kesejukan curahan air batu., itu petanda datangnya gangguan sihir dan iblis syaitan laknatullah. (Nota: waktu mengikut kiraan jam 00.00 hingga jam 24.00)
Ending
Ya Allah Ya Tuhanku lindungilah aku dari kejahatan dunia, lindungailah kejahatan manusia lain terhadap hambaMu ini dan lindungilah hambaMu ini dari kejahatan iblis dan syaitan laknatullah., sama ada dalam jagaku dan tidurku Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan Pemilik dan Segala Isi Alam., kepadaMu aku mohon ampun untuk diriku, untuk ibu bapaku, untuk kaum keluargaku dan umat Islam seluruhnya. Lindungilah kami dari kejahatan, lindungilah kami dari kebinasaan.
Ya Allah kepadaMu aku berserah setelah upaya usahaku dengan izinMu dan upaya doaku kepadaMu Ya Allah. Amin Amin Amin Ya Rob.
In Syaa Allah Bermanfaat.
Wassalam.
JazakAllah Bil Khair.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
crdm.KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan