Khamis, 28 Februari 2013

139. Berfikir Dengan Ilmu Pinjaman Allah S.W.T..


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 
17 RABIULAKHIR 1434 (28 FEBRUARI 2013)

Di bawah ini juga isu yang aku perolehi dari blog ANAK SUNGAI DERHAKA bertajuk Jambatan Di Laluan Putrajaya Link Runtuh bertarikh 28. FEBRUARI, 2013. Kejadian tersebut bukan sahaja bersebab dan berakibat mengapa kejadian tersebut boleh berlaku dan sudah tentu rakyat Malaysia menanggung sama kerugian Ringgit Malaysia, Maruah Mutu Bina, Maruah Kaji Bina, Maruah Pakar dan Maruah Kepakaran, Maruah Ilmu, Maruah Pengurusan, Maruah Negara dan sebagainya.

Thursday, February 28, 2013


Runtuh lagi!! Kali ini Jejambat di Cyberjaya pula.. (updated)


CYBERJAYA, 28 Feb — Sebuah jejambat berhampiran Taman Sains Selangor di Cyberjaya runtuh hari ini, yang mana merupakan salah satu lagi insiden melibatkan projek awam di dalam negara.

Dalam laman mikro Twitter, orang ramai telah mengedarkan gambar-gambar jejambat tersebut yang kelihatan terpotong dua bahagian.



Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.

Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan.

Jejambat tersebut telah ditutup daripada pengguna sejak November tahun lalu merupakan jalan keluar daripada Lebuhraya Elite (KM P2.4) menghala kearah SSP2.

Ianya dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), manakala jalan di bawahnya adalah laluan Lingkaran Putrajaya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad.

Saluran paip sepanjang jejambat tersebut juga terputus dua semasa runtuhan. Pada 9 Disember 2012, PLUS mengeluarkan kenyataan dilamannya mengumumkan lencongan lalu lintas telah diaktifkan bagi laluan Lingkaran Putrajaya dibawah jejambat untuk memudahkan kerja pemeriksaan dijalankan.

Kesesakan sering berlaku sekitar kawasan tersebut apabila pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat jejambat yang runtuh tersebut.

Seramai 10 pegawai PLUS dan beberapa pengawal keselamatan daripada bilik pameran PKR berhampiran jejambat tersebut berkumpul sekitar kawasan tersebut.

SSP2 merupakan projek hartanah PKNS yang dikatakan bakal menjadi bandar solar pertama di Malaysia ~ The Malaysian Insider



 


=========================================================
Dari BERITA HARIAN 2013/02/28 - 16:36:20 PM Mutakhir

Jambatan Cyberjaya-Aman Putra runtuh
pix_gal0
KUALA LUMPUR: Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra runtuh kira-kira jam 2.30 petang tadi, bagaimanapun tiada laporan kematian dan kecederaan diterima susulan kejadian itu.

Polis Dengkil dalam satu kenyataan berkata, jambatan terbabit yang ditutup kepada pengguna sejak sebulan lalu terletak bersempadan Cyberjaya dan Putra Perdana.
======================================================================

Sumber BERITA HARIAN

Mustahil pembangkang dapat turun tarif air

Alor Setar: Kerajaan Kedah pimpinan PAS mustahil dapat melaksanakan manifesto pakatan pembangkang untuk menurunkan tarif air di negeri itu berikutan tanggungan hutang mencecah RM3 bilion.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, berkata malah tidak mustahil tarif air akan terus dinaikkan jika PAS terus memerintah Kedah.
Tunggakan hutang yang berpunca daripada kelemahan pengurusan itu menyebabkan kerajaan negeri menaikkan tarif air 100 peratus selepas dua tahun memerintah negeri ini.


“Janji pembangkang untuk menurunkan tarif air sangat tidak munasabah kerana kerajaan negeri terpaksa menanggung hutang hampir RM3 bilion, dan mengikut Laporan Audit Negara 2011, baki tunai kerajaan negeri hanya RM193.22 juta.

“Mengikut Penyata Kewangan kerajaan negeri, hutang awam kerajaan negeri pada 2007 membabitkan rancangan bekalan air (ketika BN) adalah RM1,548.68 juta, tetapi meningkat kepada RM1,926.16 juta pada 2011.

“Dengan jumlah tunggakan hutang yang semakin kritikal, kerajaan pimpinan PAS ini layak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana sudah tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata, PAS mungkin menggunakan taktik bahawa kerajaan negeri mampu melaksanakan manifesto itu pada PRU-13 apabila mereka menjangka kutipan hasil negeri tahun ini meningkat RM105.6 juta hasil premium serta bayaran jualan air mentah Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan kerajaan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, katanya kerajaan Pulau Pinang sudah menolak jualan air mentah dari Kedah, sekali gus menyukarkan keinginan PAS untuk menunaikan manifesto itu.

“Selain itu kenaikan tarif air yang dibuat kerajaan negeri kemungkinan disebabkan kegagalan PAS menguruskan sumber air dengan baik termasuk penggunaan fasiliti dan teknologi usang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga kurang bijak dalam melestarikan sumber utama kehidupan itu apabila sumber air di Kedah dijejaskan dengan aktiviti pembalakan yang berleluasa di Batang Charuk Padi, Tasik Pedu dan Bukit Perangin.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: