Rabu, 6 Februari 2013

45. Rindu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
Follow my tweet: (AlWaser) . 

Mengenang rindu, mengingatkan aku bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T.. Perasaan rindu.,rindu sesama mahluk Allah S.W.T.. Ada pelbagai perasaan rindu. Dalam rindu merindui, utamakan rindu kepada Allah S.W.T.. In Syaa Allah perasaan rindu kita sesama hamba Allah S.W.T., sentiasa dalam perlindunganNya.


Perasaan rindu ini muncul apabila kita tinggal berjauhan dengan ibu bapa, keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan rakan-taulan. Tinggal berjauhan dengan keluarga, kerana melanjutkan pelajaran di dalam negara atau  di luar negara. Sebab lain ialah sampai masanya hidup berdikari dengan bekerja untuk menyara diri sendiri dan membina hidup sendiri setelah berkeluarga atau berumah-tangga.

Contoh-contoh perasaan rindu antaranya rindu masakan emak ayah, rindu ibu bapa, rindu adik-beradik, rindu sanak-saudara dan sebagainya.

Rindu ini adalah jalinan antara perasaan kasih dan sayang. Dilanjutkan lagi adanya perasaan cinta yang mengajak seseorang supaya menghargai erti rindu dengan tulus ikhlas bertawakal kepada Allah S.W.T., tentang perasaan rindu sesama insan. Sama-sama menghargai rindu dan saling hormat menghormati kerinduan seseorang terhadap kita.


Membelai rindu dalam diri masing-masing dengan mewarnai rindu dengan keImanan. Berpada-pada tatkala rindu datang dalam diri, supaya tidak terlena dibuai perasaan dan berkhayal, sehinggakan menjadikan diri serba tidak kena, tidak menentu, serba salah dan sebagainya.

Bukan senang hendak senang dan bukan susah hendak susah.


Waspadalah sewaktu rindu datang dengan memohon perlindungan kepada Allah S.W.T., supaya kita terhidar dari bisikan dan gangguan syaitan laknatullah.

Rindu bukan perasaan untuk diperlekeh. Rindu itu mengajar dan mengajak kita meyakini erti amanah dan tanggung-jawab. Rindu tidak menjadi perkara untuk suka-suka, malah perasaan itu lahir dari hati dan jiwa yang bersih dan tulus ikhlas.

Rindu terlarang, seperti yang sedia maklum, setiap perasaan kalau dicampur dengan hawa nafsu, amalan iblis syaitan laknatullah jadinya. Berusahalah membendung perasaan rindu dari terjerumus ke jalan yang tidak diredhai Allah S.W.T.. Bila terasa rindu, ingat Allah S.W.T., Istigfar banyak-banyak In Syaa Allah kita selamat dunia dan akhirat. Perasaan umumnya boleh mencelakakan hidup kita termasuklah perasaan rindu, jika kita tidak berhati-hati dan berwaspada. Allah S.W.T.. Maha Pelindung.

Wassalam.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: