Ahad, 17 Februari 2013

77. Kisah Benar dari Seorang Hamba Allah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
06 RABIULAKHIR 1434 (17 FEBRUARI 2013). 
Semak Daftar Undi: Laman Sesawang SPR

Salam.
Kisah Benar dari Seorang Hamba Allah ini aku jumpa dari simpanan email lama-lama. Aku bersangka baik dan mengajak pelayar berkongsi kisah ini untuk dijadikan panduan hidup supaya hidup dengan rukun dan damai, bersetra beramanah keranaNya. In Syaa Allah sama-sama dalam Perlindungan Allah S.W.T..

Pada satu waktu (malam) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. 

Padahal aku pergi ke cc berhampiran rumah kami.Di sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email. 

Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan aku menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku menggunakan foto temanku. 

Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu. 

Aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut. Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temujanji.

Dia menerima pelawaanku dengan senang hati.Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel em pat bintang diKuala Lumpur. 

Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya melalui telefon bimbit bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam. 

Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju. Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut. Seperti
yang dirancangkan temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. 

Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku. Perbualan mereka di lobbi hotel seterusnya ke restoran hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam. Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga. 

Isteriku bersetuju. Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah. Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku. Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. 

Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. 

Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu. Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita. Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi. 

Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan. Dalam kegelapan aku termenung sejenak. Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di  sisi. Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku. 

Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku. Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu. 

Dia memuji kehebatan aku. Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam.......aku pun menghidupkan lampu. Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. 

Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat,menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool. Aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan... Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku. 

Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dia masih isteriku dan dan aku suami yang malang. 

Kesimpulannya.............jangan sesekali memberani kan diri dlm membuat sesuatu hubungan sulit #######!!!??? !!!! dan melayari chatting.......Padah akibatnya..... kenapa perempuan lebih berani dari lelaki? Apakah itu tandanya kiamat telah hampir akibat ketidak puashatian hak? Nauzubillah....
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

 .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: