Ahad, 17 Februari 2013

076. Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih

Meja: www. peceq.blogspot.com
06 RABIULAKHIR 1434 (17 FEBRUARI 2013)


Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih. Ya Allah Ya Tuhanku lidungilah hambaMu ini dari perbuatan umpat keji. Aku sedar perbuatan itu lebih menjurus kepada kemusnahan Iman dalam diri hamba-Mu ini Ya Allah. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah. Jauhkanlah hamba-Mu ini dari melakukan perbuatan dan tingkahlaku yang menyesatkan.

Dalam kehidupan apa sebenarnya tujuan mengumpat?. Apa faedahnya?. Merasa beruntungkah jika amalan mengumpat itu menjadi tutur bicara seharian?. Dengan mengumpat, menuduh dan sebagainya., apakah itu sebagai cara untuk kita mendapat kawan, sahabat dan sokongan.

Menyebarkan tuduhan dan fitnah., neraka jahanam dapatnya. Ya Allah Ya Tuhanku, datangkanlah rasa takut kepada rohku tentang azabMu. Datangkanlah rasa gementar kepada rohku tentang azab seksaan kubur. Ya Allah Ya Tuhanku dekatkanlah aku dengan gambaran seksaan Api Neraka., supaya aku hidup hanya kerana mengEsakanMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kekuatan Iman kepada hambaMu ini Ya Allah dan lindungilah hambaMu ini Ya Allah dari mengeluarkan kata-kata yang biadap kurang ajar dan lindungi hambaMu ini dari melakukan caci maki dalam tutur kata. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah hambaMu ini Ya Allah dengan sebarang keterlanjuran. Kurniakanlah HidayahMu, RahmatMu Ya Allah kepada hambaMu ini Ya Allah. Supaya dengannya dapat memperkukuhkan lagi keImanan hambaMu ini Ya Allah, kepadaMu Allah Tuhan Yang Satu.

Ampuni ibu bapaku Ya Allah. Rahmatilah roh ke dua-duanya Ya Allah Ya Tuhanku.

Amin Ya Rob.

Wassalamu.

Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, admin lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.WT. 
recs.

Tiada ulasan: