Rabu, 20 Februari 2013

86. Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Merana.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
ه
Meja: www.peceq.blogspot.com

09 RABIULAKHIR 1434 (20 FEBRUARI 2013)

Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Merana., satu perumpamaan Melayu sebagai peringatan kepada ahli masyarakatnya supaya berwaspada dan berhati-hati ketika menuturkan kata-kata dan melakar kata-kata dalam bentuk penulisan.

Sebaik sahaja kita bercampur dan menjadi ahli masyarakat., kita wajar menjaga budi bahasa kita. Tujuannya supaya apabila kita berbahasa kita tidak menyinggung perasaan orang lain. In Syaa Allah seseorang akan jadi insan hamba Allah SWT yang berakhlak mulia. Tidak menyakiti emosi individu dengan mengamalkan tutur kata yang bersopan santun.

Tutur bicara yang lemah lembut, dengan nada suara yang bersesuaian adalah lambang kepada kepatuhan kata bidalan atau perumpamaan itu tadi.

Apabila kita bercampur dengan masyarakat, bukan perkara mudah untuk kita menyesuaikan diri dengan mereka yang datang dari pelbagai latar belakang, usia dan sebagainya. Selain dari menjaga perasaan dan ego diri sendiri., kita juga perlu menghormati emosi dan ego individu lain di hadapan kita.

Silap langkah bakal menimbulkan perbalahan dan permusuhan. Lupa kepada tatacara hidup hormat-menghormati dan saling bermaaf-maafan. Justeru itu telitikanlah Perumpamaan ini "Cakap Siang Pandang-pandang, Cakap Malam Dengar-dengar.

Mengumpat juga satu tingkalaku yang melanggar etika perkongsian hidup bermasyarakat. Baik dalam keluarga dan masyarakat. Apa lagi jikalau seseorang itu suka menabur fitnah dan mengamal saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Asas kepada kepatuhan Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Merana ialah Ilmu Tauhid. Berpegang kepada Ajaran Islam dapat menghindari perbuatan dan tingkahlaku sedemikian rupa.

Kita sedia maklum Allah S.W.T., memerentahkan kita wajib mematuhi perentahNya dan meninggalkan laranganNya. In Syaa Allah dengan demikian jiwa kita roh kita terbina dengan kekuatan yang menyeluruh, dalamannya dan luarannya.

Wassalamu...

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
mvcxw.

Tiada ulasan: